Bab 16 : Berpisah

Adventure Completed 1375

BAB 16 - BERPISAH

Nik Akhil dan Siti Syazanah selamat tiba di aras tiga. Mereka melangkah keluar dari lubang pokok. Tiba-tiba bau yang tidak menyenangkan menusuk masuk ke dalam rongga hidung mereka. Serentak mereka muntah.

“Bau apa yang busuk sangat ni?” pelik Nik Akhil selepas membersihkan mulutnya menggunakan air mineral yang berada di dalam beg galasnya.

Hidungnya diikat menggunakan kain tuala yang turut dikeluarkan dari beg galasnya.

“Wuekk!”

Tersentak Nik Akhil apabila mendapati isterinya masih muntah. Segera dia mendekati isterinya dan mengusap belakang Siti Syazanah dengan lembut.

Seusai itu, dia menghulurkan air mineral miliknya. Kemudian, dia melilitkan kain tuala miliknya pada hidung dan mulut isterinya.

Disebabkan tubuhnya yang tidak bermaya, suaminya memapahnya duduk di atas tanah dan disandarkan pada sebuah pokok.

“Sayang ok dah?” risau Nik Akhil sambil mengusap bahu gadis itu.

Siti Syazanah membalas dengan anggukan. Beg galasnya diturunkan sebelum memasukkan tangannya ke dalam beg itu.

Sebiji ubat dikeluarkan dari beg galasnya. Dia melonggarkan ikatan kain tuala untuk menelan ubat tersebut. Huluran air mineral oleh suaminya disambut.

Selesai itu, dia mengetatkan kain tuala tadi. Sapu tangan miliknya pula diikat untuk menutup hidung dan mulut suaminya.

“Jom kita cari ‘Gamabunta’ sekarang,” ajak Siti Syazanah.

Dia sudah berdiri di hadapan suaminya.

“Betul Syaza ok ni?” tanya Nik Akhil untuk kepastian.

Pelik melihat perubahan mendadak isterinya.

“Ye, abang. Syaza ok. Selepas makan ubat tadi, dah baik dah ni. Jom kita cari ‘Gamabunta’ sekarang. Yang lain sedang menunggu kita di bawah,” tangan suaminya ditarik supaya berdiri.

Nik Akhil berdiri apabila tangannya ditarik lembut oleh isterinya.

“Bukan ‘Gamabunta’, sayang. Nama ‘penjaga’ di aras ini ialah Gama. Ini mesti teringat cerita ‘Naruto’ , kan?” usik Nik Akhil.

Tergelak kecil Siti Syazanah apabila menyedari kesilapannya.

“Tersasul pula. Hehe,”

Selepas itu, mereka berdua memulakan pencarian mereka. ‘Penjaga’ yang dikenali sebagai Gama menjadi arah tuju mereka. Mereka perlu mendapatkan penawar bagi memulihkan semula alam aneh.

Puas mereka menjelajah aras yang penuh dengan bunga-bunga itu, namun ‘penjaga’ masih tidak ditemui. Mereka berhenti berjalan. Tempat pertemuan pertama mereka dengan Gama pada 5 tahun yang lepas menjadi lokasi rehat mereka.

“Macam mana kita masih belum menemui ‘katak’ gergasi itu?” pelik Nik Akhil.

Bila difikirkan, mustahil dapat bersembunyi di aras itu memandangkan saiz ‘penjaga’ itu yang besar.

Siti Syazanah terfikir sesuatu lantas berjalan mengelilingi batu besar yang pernah menjadi tempat istirehat ‘penjaga’ di situ.

“Akil!” tersentak Nik Akhil apabila terdengar jeritan yang nyaring itu.

Pantas dia berlari mendapatkan isterinya. Kelihatan Siti Syazanah sedang melutut memandang celah batu.

“Kenapa, Syaza?”

“Ini…,” gadis itu menunding jarinya ke arah celahan batu besar.

“Gama berada di dalam ni,” tergamam Nik Akhil.

Dia mencari makhluk yang dimaksudkan isterinya. Ternyata, ‘penjaga’ di aras itu turut mengecil. Saiz Gama yang berkali-kali ganda dari mereka kini sudah menjadi saiz seperti katak biasa.

Apa sudah berlaku?

“Gama, kami perlukan bantuan awak. Kami perlukan penawar untuk membantu ‘penjaga-penjaga’ di aras yang lain. Tolong kami, Gama,” merayu Siti Syazanah.

‘Katak’ itu masih enggan keluar dari tempat soroknya.

“Jika saya membantu kalian, siapa yang akan membantu saya?” bersuara Gama.

“Kami akan membantu kamu, Gama. Malah, seluruh alam aneh ini akan kami bantu. Kami janji yang kami akan mengembalikan alam aneh ini seperti sedia kala,” bersemangat Siti Syazanah.

“Betulkah kata-katamu, wahai manusia?” ragu ‘penjaga’ aras tiga.

“Pernah ke kami memungkiri janji kami, wahai Gama?” celah Nik Akhil.

Lama makhluk yang mengecil itu mendiamkan diri. Beberapa minit kemudian, dia keluar dari tempat persembunyiannya.

“Baiklah. Saya janji yang saya akan memberi penawar itu pada kalian. Dengan syarat, salah seorang daripada kalian perlu menemani saya di sini,”

Berubah mimik muka mereka. Pasangan suami isteri itu saling berpandangan.

Tidak sempat Nik Akhil bersuara, Siti Syazanah memulakan bicaranya.

“Berdasarkan ketangkasan dan kecekapan, abang yang paling sesuai untuk memberi penawar ini kepada mereka,”

“Tapi, abang risau kalau sayang cedera nanti,”

Tangan suaminya digenggam erat.

“Jangan risau, abang. InsyaAllah tiada apa-apa yang berlaku. Syaza yakin yag abang akan menjayakan misi ini dan akan datang menjemput Syaza nanti,” lembut pujukan gadis itu.

Suram wajah Nik Akhil. Namun, apa yang dikatakan oleh gadis itu ada benarnya.

“Baiklah. Wahai Gama, berikan penawar itu kepada saya. Saya tinggalkan Syaza di dalam jagaanmu buat sementara. Tolong lindungi dia bagi pihak saya,” ujar Nik Akhil pada ‘katak’ itu.

“Baiklah. Ini penawarnya. Dekatkan ‘penawar’ ini pada hidung orang yang terkena racun itu,”

Sekuntum bunga berwarna biru lembut diberikan kepada Nik Akhil.

“Bolehkah ‘penawar’ ini digunakan beberapa kali?” tanya Nik Akhil selepas mengambil huluran tersebut.

“Boleh, wahai manusia,”

“Baiklah. Terima kasih, Gama. Syaza, jaga diri baik-baik. Jangan pergi mana-mana tau. Tunggu sini baik-baik,” pesan Nik Akhil.

“Baik, bos,” tabik Siti Syazanah sambil ketawa kecil.

Tubuh isterinya didakap erat. Berat hatinya untuk berjauhan dengan isterinya walaupun hanya sementara.

“Abang pergi dulu. Assalamualaikum,”

Salam Nik Akhil dijawab. Selepas hilang kelibat suaminya, Siti Syazanah memegang perutnya. Terasa memulas pula.

“Wahai manusia, kamu baik-baik saja ke?” prihatin Gama.

“Saya terasa loya pula. Mungkin disebabkan bau yang kurang menyenangkan di sini. Boleh saya tahu bau apakah ini?” tutur Siti Syazanah.

“Sebenarnya, ianya datang dari saya. Apabila tubuh saya mengecil, bau-bau tersebut akan dilepaskan ke udara. Oleh itu, kawasan ini diliputi dengan bau saya,” sedih suara ‘penjaga’ itu.

“Ma..maafkan saya. Saya tidak bermaksud untuk mengatakan yang awak busuk. Saya tiada langsung niat begitu,” cemas Siti Syazanah.

“Tidak mengapa. Saya tahu yang kamu tidak sengaja,” balas Gama.

“Err…Wahai Gama, adakah kamu tahu punca kamu mengecil? Dan bagaimana alam aneh ini menjadi kucar-kacir?” teragak-agak Siti Syazanah menyoal.

Dia perlu mengambil kesempatan itu untuk menyiasat lebih lanjut berkenaan alam aneh. Dengan itu, bolehlah dia dan manusia yang lain pulang semula ke bumi.

“Kami akan menjadi lemah jika ‘king of guardian’ turut lemah,” jawab Gama.

‘King of Guardian?’ bisik Siti Syazanah di dalam hati.

“Ia berlaku secara tiba-tiba. Saya ternampak beberapa lembaga putih memetik bunga-bunga di sini sebelum mereka menghilang. Tidak lama kemudian, tubuh saya mula mengecil. Jika saya tahu ianya berpunca dari lembaga itu, pasti saya akan menangkap dan menghalau mereka dari sini,” hujah Gama.

‘Lembaga putih?’ fikir Siti Syazanah.

Dia teringat di mana semasa berada di lubang laluan untuk ke aras lain, dia ternampak beberapa tanah yang berwarna putih. Adakah ‘lembaga’ yang dimaksudkan Gama itu turut menggunakan laluan tersebut? Jika benar, saiz ‘lembaga’ itu tidaklah besar mana memandangkan ‘lembaga’ itu muat untuk melalui laluan tersebut.

“Gama, adakah jumlah ‘lembaga’ putih itu ialah tiga?” soal Siti Syazanah.

“Macam mana kamu tahu, wahai manusia?” terkejut Gama apabila mendengar pertanyaan gadis itu.

“Saya rasa saya tahu apa puncanya sehingga alam aneh menjadi sebegini. Gama, saya perlu ke aras paling atas. Jika kamu menemui Akil, beritahu dia yang saya menunggu dia di aras atas,” pesan Siti Syazanah.

“Tunggu dulu!”

“Maafkan saya kerana memungkiri janji. Tetapi, saya sudah berjanji pada ‘mereka’ untuk menyelesaikan ‘kes’ ini terlebih dahulu. Maaf Gama. Maaf Akil,”

Panggilan Gama tidak dihiraukan. Dia berlari menuju ke rumah pokok. Dia harus segera ke aras empat untuk mengetahui sama ada tekaannya adalah betul.

-------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience