BAB 17

Humor Completed 12899

Tujuh hari selepas hari pernikahanku…

Aku terkejut melihat dua orang pemuda dan dua orang wanita yang sedang duduk di ruang tamu rumahku. Siapa pula yang berani masuk ke rumah tanpa keizinan? Tidak dengar suara orang memberi salam pun!

Aku mendekati mereka perlahan-lahan. Bimbang juga jika mereka adalah orang-orang yang membahayakan. Namun sebaik sahaja aku dapat melihat wajah mereka….. Ya-Allah!!

Bagaimana keluarga arwah Fahrin boleh berada di sini. Bukankah mereka sudah meninggal dunia? Mereka hanya memandang aku dengan pandangan yang sangat sayu. Lutut aku sudah mengigil. Ketakutan.

“Hantu!!!” jerit aku sekuat hati.

Aku pejamkan mataku rapat-rapat. Tidak mahu dan tidak berani memandang wajah mereka lagi.

“Sayang! Kenapa ni?” Aku terkejut mendengar pertanyaan itu.

Perlahan-lahan aku membuka mata. Bayangan wajah Encik Zack yang kini sudah menjadi suamiku terlayar di ruang mata.

“Astaghfirullah al-azim…. saya bermimpi rupanya!” luahku.

Aku ceritakan tentang mimpi yang baru aku alami itu. Encik Zack juga mengucap panjang. Kemudian kami sama-sama membaca surah Yassin, buat hadiah kepada seluruh keluarga arwah. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience