EPISODE 4 (Eyka_Aqua)
Pukul 7.
Seperti biasa jam data dari komputer graviti sentiasa mengejutkan Arsh dengan tekun dan tak berputus asa sehingga Arsh menekan butang batal.
"Ya. Aku bangun." Arsh menekan butang batal.
Arsh berjalan ke tingkap dan membuka tingkap. Menghirup udara segar dari luar dan suasana rumah Arsh yang agak jauh dari pekan dan perkampungan menyebabkan rumahnya dikelilingi pokok dan bunga-bunga yang cantik serta unik.
Arsh memikirkan apa yang berlaku semalam. Kehebatan Cashen menandatangi awan semalam.
"Kenapa aku tak dapat menebusi kawasan tu?" Sambil membuka dan menutup mengengam tangan kanannya.
"Herbalik? Apishield? Kenapa aku tak pernah dengar mengenai mereka walaupun ramai yang menyebut fasal diaorang." Arsh masih bermonolog bersendirian.
Apa yang Arsh katakan semalam hanya penipuan mengenai dia mengenali keluarga Herbalik.
"Baik aku bersiap. Balik nanti aku nak pergi perpustakaan. Mungkin aku boleh ajak si Las." Kata Arsh sambil mengeliat dan membuat senaman kecil.
Perjalanan ke sekolah..
Arsh berjalan dengan penuh segak telah menaikkan kehensemannya. Arsh perasan dia diperhatikan oleh penduduk pekan.
Ada diantara mereka tersengih, ada yang berbisik sesama sendiri dan ada yang berhenti menjalankan aktiviti kerana memerhatikan Arsh. Majoriti yang memandang adalah kaum wanita.
"Errr.. dah kenapa diaorang perhatikan aku?? Aku ada buat silap ke??" Bisik Arsh dalam hati.
Sekolahnya berada di hutan yang jauh terpinggir dari bandar dan dikelilingi dengan hutan serta bukit bakau. Hal ini kerana sekeliling sekolah dipagar dengan sihir dan juga untuk memudahkan aktiviti sihir dijalankan tanpa penglibatan penduduk Aquari.
Aquari adalah gelaran diberi penduduk angkasa serta penduduk Aqua sendiri. Aquarian menunjukkan sesuatu yang hidup didalam laut dan mampu bernafas didalamnya manakala Aquari adalah penduduk manusia yang menetap di Planet Aqua yang berwarna biru jernih. Planet Aqua seperti biji guli berwarna biru pekat dibawah, biru cair ditinggah dan warna jernih diatasnya. Itulah pandangan yang penduduk angkasa nampak apabila melintasi planet Aqua.
Sebaik sahaja Arsh melepasi pekan dan melalui jalan kecil atau lebih senang jalan pintas dari pekan ke sekolahnya tanpa melalui bandar.
"Arsh!!!" Arsh berhenti kerana terdengar seseorang memanggilnya. Arsh berpaling wajah ke kiri dan ke kanan. Tiada siapa disitu. Arsh memusing badan ke belakang. Masih tiada siapa.
"Hurm?" Arsh pelik. Tiba-tiba dia terasa ada sesuatu yang akan jatuh dari atas kepalanya terus dia mendongak kepala.
Sabrina jatuh dari langit. Sambil memegang skirtnya dari terangkat. Mata Arsh terbeliak akan kehadiran Sabrina. Tak sempat mengelak Sabrina jatuh tepat pada badan Arsh. Arsh terjatuh ke tanah.
"Aduhhh!!" Arsh mengerang. Arsh nampak Sabrina terbaring diatas badannya. Tiba-tiba jantung Arsh berdegup kencang.
"Comel." Hati Arsh berbisik.
Arsh menolak badan Sabrina dengan lembut kebelakang.
"Awak ok Sabrina?" Tanya Arsh lembut.
Sabrina menggeleng kepalanya menandakan dia pening. Matanya terkebil-kebil seoleh cuba membetulkan pandangannya. Nampaknya Sabrina tak mendengar pertanyaan Arsh.
"Awak ok?" Tanya Arsh kembali.
Muka Arsh dengan Sabrina lebih kurang 8 inci telah menyebabkan muka Sabrina merah menyala dan segera bangun dari badan Arsh dengan tergesa-gesa.
"Aaaaa... awak ok?? Ma..maafkan saya!" Sabrina memohon maaf dengan Arsh sambil menunduk kepalanya 90掳 darjah.
"Saya ok je. Awak?" Arsh bangun dan menepuk debu yang melekat pada baju kot putih Arsh.
"Saya ok! Terima kasih." Jawab Sabrina.
"Hahahaha. Tak perlu kelam kabut. Syukur awak tak sakit." Sabrina tergamam melihat wajah Arsh yang comel yang sedang ketawa kecil. Jantung Sabrina berdegup kencang.
Arsh menyambung perjalannya ke sekolah tetapi Sabrina masih tercegat disitu dan wajahnya merah.
"Mari. Kang lambat pulak ke sekolah." Arsh berkata sambil menunggu Sabrina dengan wajah ceria.
Sabrina tersenyum lebar dengan perlawaan dari Arsh. Dia berlari kecil ke Arsh dan mereka menyambung ke perjalanan.
Di sekolah..
Arsh menyapa Las di depan kelas.
"Selamat pagi, Las"
"Selamat pagi. Ceria semacam sahaja kau ni ada apa-apa berlaku ke?" Tanya Las.
Las ternampak kelibat Sabrina dibelakang Arsh.
"Selamat pagi, Sabrina." Tegur Las.
"Selamat pagi!" Balas Sabrina dengan wajah merah dan berlari memasuki kelas.
Arsh ketawa kecil.
"Hem. Hem." Las berdehem. Arsh berhenti ketawa.
"Amboi langkah bendul nampak." Usik Las.
"Langkah bendul?" Tanya Arsh.
"Yelah. Sini nak mengorat dia, rupa-rupa sana yang mula dulu." Usik Las.
"Biasalah. Siapa yang cepat dia yang dapat. Siapa suruh tunggu padan muka rusa disambar harimau." Arsh membalas usikkan Las.
"Ewah.. kau harimau, habis tu aku apa?" Tanya Las.
"Buaya!" Arsh dengan Las ketawa.
"Punya elok muka aku. Kau samakan aku dengan buaya." Kata Las sambil ketawa kecil.
"Eloklah tu.. kalau aku samakan kau dengan monyet, amacam? Mahu?" Kata Arsh sambil angkat kening.
"Perghh.. kau boleh jadi beruk makyeh." Balas Las sambil ketawa kecil.
"Kalau aku beruk makyeh dan kau monyet. Apa patut kita buat?" Tanya Arsh sambil ketawa kecil. Arsh meletak beg di kerusinya dan mengalih kerusinya mengadap meja Las.
"Kita kawin. Kau boleh jadi bini aku. Kau hensem kalau pakai rambut palsu mesti lawa giler."
" hoi!" Terburai ketawa Arsh dengan Las dengan lawak merapu mereka.
Semua kaum perempuan memerhatikan mereka berdua yang tengah ketawa.
"Oh ye Las. Balik nanti jom kita singgah perpustakaan nak?" Tanya Arsh sambil mengeluarkan buku untuk subjek sains yang akan bermula sebentar nanti.
"Tak tahu pulak kau spesis ulat buku. Aku ok je." Kata Las sambil mengeluarkan buku sains juga.
"Ada benda yang aku musyikil." Jawab Arsh sambil memusing kerusinya ke belakang semula.
"Musyikil? Apa?" Tanya Las sambil mengdonggak mukanya dengan tangan kiri.
"Macam ni.." belum sempat Arsh beritahu cikgu Sains sudah memasuki kelas.
"Rehat nanti aku cerita." Sambung Arsh dan memusingkan kerusi gravitinya mengadap depan.
"Selamat pagi semua! Nama saya cikgu Sebastian. Saya akan mengajar anda semua subjek sains. Hidup kita dipenuhi dengan benda-benda sains seperti sains teknologi, sains kehidupan, sains pengiraan, dan sebagainya." Suara cikgu Sebastian yang kuat dan jelas telah diberi perhatian oleh semua pelajar.
"Hari ni saya akan mengajar apa itu sains kehidupan. Sesiapa tahu apa itu sains kehidupan?" Soal Cikgu Sebastian.
Pelajar yang duduk di meja 007 mengangkat tangan.
"Baik. Pelajar meja 007 apa jawapan kamu?"
"Sistem tubuh manusia!" Jawab pelajar dari meja 007.
"Bagus. Yang lain?"
Pelajar meja 011 menangkat tangan.
"Baik. Apa jawapan kamu 011"
"Nama saya Ar,cikgu" jawab pelajar meja 011.
"Maafkan saya. Saya tak berminat nak panggil nama kamu. Jadi saya akan memanggil kamu dengan no meja. Menghafal no meja jauh lebih mudah dari menghafal nama." Jawab cikgu Sebastian dengan penuh slamber.
"Apa jawapan kamu?"
"Laut."
"Pandai. Lagi?"
Pelajar meja 009 mengangkat tangan.
"Ok apa jawapan kamu 009?"
"Tanah.. langit.."
"Bagus. Kamu boleh duduk."
"Semua tahu apa itu sains kehidupan. Jadi saya akan mengajar kamu apa itu sistem penafasan dan kenapa kita perlu bernafas dan sistem apa yang amat memerlukan oksigen." Terang cikgu Sebastian.
Cikgu Sebastian cakap tanpa henti sehingga waktu rehat. Sebaik sahaja jam loceng yang menandakan waktu rehat, cikgu Sebastian terus berhenti bercakap dan meminta para pelajar menyiapkan tugasan yang diberi.
"Para pelajar sila mencari gambar tentang sistem badan manusia dan menerang setiap gambar dengan terperinci dan pelajar diminta menghantar buku itu minggu depan." Cikgu Sebastian memberi arahan.
"Ok! Sampai disini sahaja kelas. Saya akan ambil kehadiran." Cikgu Sebastian mengaktifkan data kehadiran pelajar.
"Semua dibenarkan berehat. Terima kasih!" Kata cikgu Sebastian sebaik sahaja selepas mengibas muka pelajar sebentar tadi.
"Terima kasih cikgu!"
Di atas bumbung.
Ash dan Las melepak sambil makan. Las membawa聽korin.聽Korin聽adalah makanan tengahari yang dibawa oleh seluruh penduduk planet Aqua yang diletak聽 dalam bekal makanan. Korin lebih kurang seperti bento tetapi setiap korin mesti ada ada sejenis lauk yang dipanggil聽mo聽iaitu daging arnab terbang yang mampu membekalkan tenaga yang cukup banyak untuk mereka yang berkerja dan bersekolah mahupun mereka yang perlu menghadapi misi-misi penting. Mo sejenis lauk wajib yang perlu ada dalam korin sama ada korin dibuat jenis panas atau sejuk. Ia adalah makanan wajib mereka yang keluar dari rumah.
"Weh, Arsh. Sambung yang tadi." Sambil memasukan sayur brokoli ke mulut.
"Hurm??" Balas Arsh sambil mengunyah hirisan聽 tomato ke mulutnya.
"Yang kau musyikil tadi."
"Oh. Kau pernah dengar tak keluarga Herbalik?"
"Pernah."
"Apa yang kau tahu fasal Herbalik?"
"Mereka satu kaum yang cukup handal dalam hutan. Mereka boleh mengawal dan memantau hutan dari jarak yang jauh. Mereka boleh menggagak sebutir belian didalam hutan yang luas tanpa perlu peralatan khas. Mereka pengguna elemen flora." Terang Las dan menyambung mengunyah mo.
"Diaorang boleh belajar elemen tambahan ke?" Soal Arsh. Arsh menyuap nasi ke mulutnya.
"Boleh."
"Macam mana kau tahu?"
"Hurmm? Bukan ke kita semua belajar di sekolah menengah rendah dulu antara keluarga-keluarga terkemuka dalam sejarah bab 7." Terang Las.
"Kenapa? Kau dah lupa? Sekejap betul kau lupa. Baru masuk 4 hari kita masuk sekolah tinggi ni." Tanya Las sambil menghabiskan sisa makanannya.
"Aku.. tak ada apalah." Sambil menghabiskan makanannya.
Ayat tergantung Arsh telah menarik minat Las dan dia memberi jelingan ke arah Arsh yang tengah makan.
"Kenapa?" Tanya Las.
"Hurmm?"
"Oh! Aku rasa. Aku tak dapat nak ingat apa yang berlaku." Jawab Arsh dengan muka kuyu.
"Aku sebenarnya tak dapat nak ingat nama penuh aku. Aku tak boleh nak ingat kenapa aku boleh lupa. Aku lupa siapa aku yang sebenar. Semua memori aku dulu seoleh-oleh aku tak pernah lalui." Terang Arsh lagi. Kali ini matanya menunjukkan kegelapan dalam hati Arsh.
"Yang aku ingat peristiwa "itu" sahaja." Beritahu Arsh.
"Jangan risau. Aku akan jadi kawan kau. Aku akan temankan kau. Apa sahaja yang kau nak luahkan. Kau boleh luahkan pada aku." Jawab Las sambil mengusap kepala Arsh.
Arsh terharu mendengar kata-kata Las.
"Terima kasih. Tolong rahsiakan ya."
"Perjanjian antara kita hanya boleh dihancurkan kerana tuhan." Jawab Las sambil tersenyum.
Walaupun senyuman Las tidak nampak kerana dihalang dengan pakaian hitam yang menutup mulutnya tetapi mata Las akan tersenyum jika Las tersenyum riang.
Bersambung..
Share this novel