"Buat apa nak simpan nombor dia?" Soal Farish kepadaku dengan wajah berkerut seribu.
"Saja, buat kenalan. Baik apa nurse tadi tu. Masa awak takde, dialah yang banyak tolong saya tadi. Awak patut berterima kasih dekat dia." Ucapku sambil tersenyum rapi.
Farish Mikael seakan berfikir sejenak dengan apa yang aku ucapkan sebentar tadi.
"Awak pergilah ajak dia makan ke apa nanti lepas saya keluar dari hospital nanti." Pancingku harap terkena.
"Seriously? Dia nak ke?" Soal Farish kepadaku.
"Ya, apa salahnya?" Balasku sambil mengangkat kedua belah kening.
"Baiklah kalau macam tu." Farish tersenyum dan anggukkan sahaja dengan cadanganku itu.
"Good. Siti Fatimah nama dia. Klasikkan?" Kataku sambil tersenyum lagi.
"Ya, susah nak dengar nama macam tu zaman moden macam ni. Rare!" Sokong Farish.
"Kan, rare tapi harap dia single." Ucapku lagi sambil tepat memandang ke arah Farish.
Farish menjeling ke arah aku.
"Harap dia single? Apa maksud you ni?" Tanya Farish kepadaku dengan kepala senget sebelah.
"Huarghhhh!" Tiba-tiba aku menguap luas macam badak air. Mataku juga mula berair.
"Haa, mengantuk dahlah tu. Tidur awal malam ni, kena bagi cukup rest." Arah Farish Mikael kepadaku setelah melihat aku keletihan walaupun aku sudah puas berehat hari ini.
"Tapi, awal lagi." Aku cuba untuk memberi alasan. Aku bosan, aku nak bersembang.
"No, tidur... Kalau tak tidur I suruh doktor tambah lagi hari you stay kat sini? I tak kira, sebab doktor tu kawan sekolah I dulu. " Ugut Farish sambil menyilangkan tangannya senyuman mengugut terhias rapi di bibirnya.
Aku dengan pantas terus menyelitmuti tubuhku dan pura-pura pejamkan mata. Aku perasan sahaja yang Farish sedang ketawakan aku dari jauh.
Setelah 30 saat, dia datang kepadaku, dia menanggalkan sandalnya lalu merebahkan tubuhnya di sebelahku lantas perlahan-lahan tangannya memeluk pinggangku erat. Aku terjeda di dalam samar-samar lampu malap.
Perlahan-lahan dia mencium cuping telingaku sebanyak tiga kali dengan gaya yang romantis. Aku dengan tak semena-mena memegang tangannya juga kerana terasa amat selesa diperlakukan olehnya sebegitu rupa. Entah kenapa, aku sendiri tak faham.
"Hadiy, I love you..." Ucapnya perlahan dengan nada yang romantis.
Aku mendiamkan diri. Tak semena-mena air mataku mengalir ke pipi tanpa pengetahuannya kerana tidak mampu menahan rasa sebak.
Namun, aku hanya mampu berkata dalam hati...
'Farish, I love you too tapi saya tak mampu... Tak mampu untuk menyayangi awak dengan lebih sebab awak tercipta bukan untuk saya secara fitrahnya. ' Ucapku dalam hati.
Perlahan-lahan aku dengan dia tertidur sambil berpelukkan. Rasa hangat yang romantis mengalir ke seluruh tubuhku.
Share this novel