BAB 7 : NO!

Humor Series 106134

Sekali lagi dada Amril dipukul kuat, sehinggakan bunyi pukulan tu boleh dengar hingga ke tempat aku dan Zarith berdiri. “Aku nak anak aku semula! Kau kembalikan anak aku! Aku tak sepatutnya ikut tour bodoh ni! Patutlah aku ada feeling tak baik sebelum ikut tour ni, rupanya tu petanda perkara begini akan berlaku! Aku nak anak aku! Kembalikan anak aku!!!” Kami semua perhati aje Puan Suraya memukul-mukul dada Amril. Amril biarkan aje dirinya dipukul. Sebaik kami sampai di hospital tadi, Zarith terus membawa kami ke wad dimana mayat arwah tu ditempatkan. Sedih tengok. Sesaat selepas Mr. Millionaire memperkenalkan diri bahawa dialah pemilik syarikat worldtravel.com, terus aje Puan Suraya meluru mendapatkan dia, menampar, meraung dan menangis. Amril hanya berdiri tegak dengan kepala yang ditundukkan sambil mulut tak henti-henti meminta maaf. Merah pipinya dek tamparan tersebut. Aku yang melihat dan berdiri dari jauh jatuh kasihan kat dia. Bukan salah dia jugak sebenarnya dan aku tahu dia tak nak perkara macam ni berlaku. Takde siapa dalam dunia ni yang nak perkara begini berlaku. Takde, no one.

Aku dan Zarith berdiri berdekatan satu sama lain. Amril awal-awal dah larang jangan sesekali back-up dia walau apa pun yang berlaku.

“Kalau korang back-up aku, tahulah aku macam mana nak nak berhentikan korang berdua,” tajam dan tegas intonasi dia.

“Tapi bos. Kalau diorang apa-apakan bos takkan kitorang just nak tengok aje.”

“Ye, tengok aje! Aku tak nak korang masuk campur. Nanti perkara ni jadi lebih besar. Selagi aku masih boleh handle, aku akan handle sendiri. Ingat tu!” Zarith ketap bibir. Nampak peluh merintih kat dahi dia. Aku tahu dia rasa bersalah sebab dia yang bertanggungjawab membawa tour ni. Selepas beberapa ketika, dia mengangguk lemah.

“Baik, bos,” jawabnya perlahan dan Amril terus meluru keluar dari taksi. Atas larangan dan ugutan dilucutkan jawatan tu, aku dan Zarith hanya memandang aje. Aku kalih pandang ke Puan Suraya yang masih memukul dan meraung di hadapan Amril. Kesian sangat melihat Puan Suraya dan Encik Razak yang menangis. Encik Razak pun sesekali hanya mengelap airmatanya yang sudah bergenang di tubir mata. Tak seperti Puan Suraya yang sentiasa meraung.

Bila sampai kat sana barulah kami tahu bahawa arwah adalah seorang anak perempuan. Arwah yang meninggal tu adalah bakal guru. Baru sahaja tamat pengajian pada Disember tahun lalu dan bakal dipostingkan pada bulan Julai ni. Arwah tu adalah anak pertama dalam keluarga. Ada dua orang adik lagi macam aku, dua-dua pun adik lelaki. Kiranya, dia adalah harapan mak dan ayah dia untuk suatu kehidupan yang lebih ‘financial freedom’ sebab akan ada anak yang bakal bekerja untuk bantu menyara keluarga. Tour ni sebagai hadiah daripada mak ayah dia sebab bakal menjadi guru nanti, untuk berbakti kepada bangsa dan negara, sama seperti kedua orang tuanya. Tetapi, Allah lebih sayangkan dia dulu. Dia tinggalkan ayah, mak dan dua adik lelakinya.

“Maafkan saya, puan, tuan,” sekali lagi bertubi tumbukan mengena dadanya.

“Kau ingat maaf kau boleh buat anak aku hidup semula ke?! Kau takkan dapat maaf dari aku sehinggalah anak aku hidup semula! Tak sekali-kali!!!” raung Puan Suraya lagi. “Hidupkan anak aku dulu baru aku boleh maafkan kau!!!” dia teriak lagi. “Aku dah tak ada anak perempuan, kau tahu? Anak aku dah mati! Kau tu mesti tak tahu perasaan aku sebab kau tak kahwin lagi, kan? Mesti kau tengah bersukacita dengan dukacita aku ni, kan?” Puan Suraya menangis lagi tetapi raungannya kali ini lebih perlahan. Akhirnya dia terduduk lesu di atas lantai. Pandangannya kosong menembusi dinding wad hospital. Airmata berlinangan turun dan dadanya turun naik. Penat meraung dan menangis.

“Saya tak bersukacita, puan. Kalau boleh, saya juga tak nak perkara macam ni berlaku. Maafkan saya sekali lagi,” balas Amril lemah. Encik Razak mengesat airmata dan menghampiri isterinya.

“Dahlah tu. Takde siapa yang nak perkara macam ni berlaku. Dia pun tak nak perkara macam ni berlaku. Redhalah, Allah lebih sayangkan anak kita,” Encik Razak duduk berlutut sambil memeluk dan mengusap belakang isterinya. Sikapnya membuatkan aku teringat ayah. Ah, aku rindu ayah. Tiba-tiba, Encik Razak berdiri dan menghulurkan tangannya. Amril cepat menyambutnya dan mereka berbalas pandangan. Sabar dan tabah sungguh Encik Razak ni. Aku kagum sendiri.

“Maafkan saya,” aku nampak Amril menggenggam kemas tangan Encik Razak. Encik Razak ketap bibir dan mengangguk sekali.

“Allah lebih sayangkan dia tapi susah nak terima bila begini sebenarnya cara dia dipanggil. Redha tu susah nak datang,” Encik Razak menggeleng dan mengelap matanya. Ada air mata disitu tetapi dia cuba menyembunyikannya. Meskipun aku tak faham perasaan yang dialami oleh Encik Razak dan isterinya, aku faham bahawa untuk redhakan sesuatu yang kita tak sedia untuk berhadapan adalah sangat susah. Ia sangat menyakitkan.

“Bagitahu saya apa yang saya boleh bantu. Izinkan saya bantu apa-apa aje,” Encik Razak geleng lagi.

“Kau tak dapat tolong jadi tak payahlah berpura-pura nak menolong. Kau takkan dapat hilangkan perasaan rindu yang akan datang, nak pandang wajah dia, nak dengar suara dia, nak tengok dia berkahwin, nak tengok dia bahagia, kau takkan dapat bantu semua tu. Kau tahu itu semua takkan berlaku lagi. Kau rindu tapi kau takkan dapat jumpa dia lagi dan itu sangat menyakitkan,” Encik Razak melepaskan genggaman tangannya. Amril terdiam. Aku yang mendengar dari jauh turut terdiam mendengar bait kata yang keluar dari mulut Encik Razak. Apatahlagi Amril yang menawarkan diri untuk membantu. Tetapi apalah sangat perasaan yang kami rasai ini jika dibandingkan dengan kehilangan insan tersayang.

Amril datang ke arah kami apabila Puan Suraya dan Encik Razak dah menghilangkan diri.

“Takpelah, kita balik ke hotel dulu. Malam ni Zarith, kau tenang dulu. Jangan sesakkan fikiran kau. Rehatlah, pergilah balik. Tidur dan rehat. Esok kita jumpa semula.”

“Bos?” soal Zarith.

“Aku dan Arisa pun akan rehat. Kita tak boleh nak selesaikan perkara dengan keadaan serabut macam ni. Esok pagi kita jumpa kat sini. Go home, Zarith. Jom, Arisa!” dia ajak aku seraya menarik bagasinya dari genggaman Zarith. Aku membontoti dia dari belakang. Zarith datang terkocoh-kocoh bersaing berjalan dengan dia.

“Bos stay kat mana?”

“G. H Universal Hotel. Korang kat area Paskal Hyper Square, betul tak?”

Zarith angguk. “Ha’ah.”

“Okey, jumpa esok. On telefon tu sepanjang malam. Mungkin aku akan telefon kau tiba-tiba.”

“Okey, bos.”

“Okey. Kitorang jalan dulu.” Zarith angguk dan aku mengikuti Amril masuk ke dalam taksi.

“Nah,” aku ushakan sesuatu kat dia sebaik taksi itu meluncur di jalan raya. Amril yang sedari tadi hanya membuang pandang ke luar tingkap, mengalihkan pandangan ke arah aku. Terus sahaja dia kerutkan kening.

“Apa tu?”

“Sapukan kat pipi dan tempat-tempat yang Puan Suraya pukul tadi,” balasku.

“Eh, tak nak.”

“Ambik ajelah...” aku berusaha usha.

“Merah ni akan hilang jugak nanti.”

Aku garu kepala tak gatal dan akhirnya aku buka perlahan-lahan beg hitam dia, dan memasukkan ubat sapu tersebut. Perlahan-lahan itu jugak aku zip semula bila dia asyik membuang pandang kat luar. Mesti banyak benda dia fikir. Kesian. Aku diam aje kat tempat duduk. Tak nak ganggu dia.

“Arisa, bangun!” aku dengar suara orang kejutkan aku. Tak sedar kami rupanya dah sampai kat hotel yang dia maksudkan tadi. “Dah sampai dah ni,” kata Mr. Millionaire lalu melangkah keluar dari kereta. Aku tutup mulut menguap. Aku tak sedar aku dah terlelap tadi. Aku ketuk kepala sendiri, membisikkan kat diri sendiri yang aku tak sepatutnya benarkan diri aku terlelap biarpun aku penat sangat. Kalaulah pemandu taksi dan Mr. Millionaire ni ada niat jahat kat aku... Erk! Aku cepat gelengkan kepala. Nasib baik diorang baik. Tak buat benda tak baik kat aku.

Amril membayar dan taksi itu menghilang disebalik kepekatan malam.

“Jom!” ajaknya. Aku ikut sahaja. Entah berapa banyak wow! yang keluar dari dalam hati aku. Mata melilau melihat sekeliling hotel tersebut sambil memuji. Style dan design setiap sudut dan bentuk hotel tu seperti zaman Renaissance Itali. Terasa hidup dalam istana pulak! Cantik bak hang! Hotel lima bintang kot. Mampus aku nak bayar kalau Amril suruh bayar esok-esok. Dia kan ada kecenderungan nak bankrapkan aku macam Hundred Plus tu. Aku hanya mampu ber’huhu’ depan receptionist aje nanti bila dia suruh bayar. Memang takde kot duit aku nak sewa hotel lima bintang macam ni. Huhu!

“AKU nak terapikan fikiran dan badan. Rasa lemah sangat ni. Aku masuk dulu,” katanya lemah lalu memusing tombol pintu bilik. Aku perhati dia masuk. Bila dia dah masuk, barulah aku masuk dalam bilik hotel aku pulak.

Aku duduk kat hujung birai katil, bertanya diri sendiri apa terapi dia yang sebenar. Fikiran aku ligat mencari jawapan. Aku kena masukkan bahagian ni dalam ruangan artikel aku nanti. Aku tak boleh lepaskan peluang ini. Ini mungkin peluang seumur hidup aku nak tau terapi apa yang dia lakukan kat dalam bilik tu. Tapi tak sanggup pulak aku nak ujarkan pertanyaan melihatkan keadaan dia yang macam dah tak terurus tadi. Yelah, tahulah dia tu Millionaire atau apa-apa yang orang gelarkan. Tapi, dia tu manusia jugak, akan stress jugak! Dan untuk menghilangkan stres tu, dia mesti nakkan privasi sendiri untuk berfikir, macam aku! Bezanya, aku ni tak Millionaire macam dia.

Hailah, apa yang dia buat kat dalam bilik tu?

Argh! Aku ramas-ramas rambut aku sampai tak terurus. Bergolek-golek atas katil untuk dapatkan jawapan. Aku dekatkan diri kat dinding dan cuba mendengar apa yang dia lakukan. Dinding konkrit ni pun tebal sangat! Aku tak dapat dengar langsung! Apa aku nak buat? Aku kena tahu jugak! By hook or by crook!

Apa aku nak buat?

Apa aku perlu buat?

Apa Miss Zaara akan lakukan saat macam ni?

Otak geliga aku ni terfikirkan Miss Zaara pulak pada waktu-waktu emergency macam ni. Hmm, apa Miss Zaara akan buat? Aku bertanya diri sendiri sambil mata pandang lantai, berpeluk tubuh dengan tangan kanan dibawa ke atas sambil jari indeks aku digendangkan kat pipi sendiri. Berfikir dan terus berfikir. Lagi dan lagi!

Tada! Sebiji mentol menyala kat atas otak geliga aku ni. Aku tahu aku geliga.

Aku capai smartphone aku dan mencari benda yang aku nakkan tu. Copy dan pastekan kat ruangan whatsapp personal dia. Dan, hantar!

Aku tunggu dan terus tunggu. Mesej dah delivered tapi masalahnya dia tak tengok lagi. Kedua-dua tanda right tu belum bertukar ke warna biru! Aku nak ia bertukar menjadi biru! Pleaselah, please...

Aku putus harapan. Mungkin dia memang sedang laksanakan terapi dia kot. Tetapi, apa terapi tu? Tu aje yang aku nak tahu. Hati aku tak keruan selagi aku tak tahu apa terapi yang dia sedang lakukan dalam bilik tu. Aku kena masukkan bahagian ni dalam artikel aku dengan tajuk kecil, terapi seorang Millionaire, mungkin? Hmm, aku boleh aje ubah dan cari perkataan lain. Aku masih punya banyak masa lagi.

Oh my! Aku mengeluh. Fine, esok aku tanya dia, ‘apa terapi yang kau lakukan dalam bilik hotel?’ Err, peliknya!

Kiranya aku perlu mandi dulu.

Aku masuk bilik air, tak sangka ada tab mandi. Wow, besar! Ni dah macam suite ni. Bagi orang makan gaji macam aku; setiap bulan hanya menunggu tarikh keramat dua puluh lima hari bulan, ni adalah heaven! Aku gelak besar seorang diri. Sambil menyanyi-nyanyi lagu Girls Generation Baby Baby. Aku tahu lagu tu dah lama sangat tapi disebabkan itu aje lagu yang aku tau, aku nyanyikan ajelah. Aku pasangkan kedua-dua air panas dan air sejuk. Orang kata, biar suhunya balance, tak gitu? Aku gelak lagi.

Tiba-tiba, mataku tertancap pada bunga ros yang terletak baik di sebelah hujung tab mandi tersebut. Memang terbaiklah hotel ni! Tanpa buang masa, aku taburkan bunga ros tersebut kat permukaan air. Dah macam honeymoon pulak. aku sengih sendiri. Honeymoon tanpa suami. Hmm, bestnyalah hidup single sendirian bila dapat manjakan diri macam ni setiap minggu. Malangnya, aku tak dapat buat benda ni setiap minggu. Pokailah aku kalau tak berjimat cermat.

Perlahan-lahan, aku masuk dalam tab mandi tu bila airnya dah agak penuh. Betu-betul seperti seorang model yang sedang buat komersial tab mandi atau sabun mandian. Aku sentuh bunga ros tersebut dan jatuhkannya kembali. Aku oleskan air yang dipenuhi bunga ros dilengkapi dengan wangian Vineyard Peach Shower Gel keluaran Body Shop bermula pada bahagian bahu hingga ke jari jemari runcing aku. Aku tak bawa semua benda ni, hotel ni memang dah sediakan sekali. Penuh drama sungguh aku ni.

Sangat menenangkan.

Sangat melembutkan kulit-kulit aku. Hmm, aku kena jaga kulit aku. Biar berkilauan!

Bestnya kalau aku ada terapi macam ni kat rumah mak.

Aku buka mata besar! Terhenti segala gerakan yang aku lakukan. Huh, terapi! Terapi? Mungkin, ni lah terapi yang Mr. Millionaire sebelah bilik aku ni cakap.

Sejurus selepas itu, aku dengar bunyi telefon aku. Bunyi whatsapp. Sekali, dua kali dan berkali-kali. Aku capai telefon aku yang aku letak atas sinki.

‘Hmm, aku tak tahu.’

‘Ada pulak masa aku nak fikir benda macam ni, kan?’

‘Jap’

‘Nak fikir dulu’

Itu balasannya. Balasan dari Mr Millionaire sebelah bilik aku. Balasan untuk mesej yang aku hantar kat dia sebentar tadi. Aku pun terus sambung taip.

‘Masih stres ke?’

‘Tengah buat apa tu?’

‘Masih sedang terapi ke?’

Aku cuba mengorek rahsia terapi dia. Mungkin dengan tak sengajanya dia akan bagitahu terapi apa yang dia sedang lakukan sekarang ni. Boleh jadi yoga, boleh jadi sedang baring menghadap syiling sambil lengan kiri menutup mata dan boleh jadi jugak dia sedang duduk kat atas tikar sejadah nak minta ketenangan hati dan fikiran dari Yang Maha Esa, Allah SWT. Semuanya adalah kemungkinan saat ini. Aku perlukan jawapan yang pasti.

‘Taklah stress...’

‘Tengah berendam ni’

‘I prefer to have a long bath when I’m in trouble, when I need solutions’

‘Nak kena fikir jalan penyelesaian pasal hal tadi...’

‘Dan yeah...’

‘You didn’t have to put in the minyak urut kat dalam beg aku’

Aku terkesima sekejap. Terapi kami sama. Aku pun lebih suka shower lama. Biarkan air shower yang panas tu membawa pergi bersama masalah aku. Dan sekarang, aku pun tengah berendam jugak. Berendam dalam tab mandi yang dipenuhi bunga ros merah dengan wangian Vineyard Peach Shower Gel. Mesti dia pun sama. Tak nak lah aku bagitahu yang aku pun sedang berendam dalam tab mandi, nanti apa pulak dia fikir.

Romantik! Aha. Bukan, bukan aku yang romantik! Dia yang romantik...

Aku tak sedar aku sedang kuntum senyum saat ni.

‘Put aside the trouble’

‘You need to rest, too’

‘Mungkin lepas tidur nanti kau akan temui jalan penyelesaian ?’

‘Takpe, kau lebih perlukannya dari aku’

‘Tapi jangan jadikan harta sendiri pulak’

‘Esok aku nak semula, hehe’

‘Hmm...’

‘Dah dapat jawapan ke?’

Aku sebenarnya hantarkan satu soalan gila-gila kat dia tadi. Soalan yang selalu diviralikan dalam whatsapp. Aku suka main benda begitu dengan dua orang adik lelaki aku. Suka sangat nampakkan kebodohan diorang bila diorang tak dapat jawab. Rasa macam aku ni genius sangat bila buat macam tu. Aku gelak besar bila diorang tak dapat jawab. Aku takkan bagi masa yang lama nanti diorang dapat jawab pulak. Sebelum diorang jawab betul, aku dah cepat-cepat bagi jawapan. Nampak tak permainan aku kat situ sebagai seorang kakak sulung yang jahat?

‘Sherlock is called upon a crime scene. A woman has been killed and there are only three suspects to the murder, the three people who were present on the scene.

1. Alice, the best friend of the woman who was present for a night out.

2. Debra, who was accompanying Alice.

3. Sia, who is the house maid.

A note is found in the hands of the victim, which reads: ‘Second of January, Third of July, Fourth of April, Second of October, Fourth of December’. The note was all Sherlock needed to find out who was the killer. Can you find the killer too?’

Senang aje kot soalan aku. Nasib baiklah aku tak bagi had masa macam adik-adik lelaki aku tu. Kau dah untung sangat tak diperlihatkan, hmm, lembab?

‘Alice!’

Aku gelak besar. Aku patut bagi soalan yang lebih susah sikit.

‘Yups, betul…’

‘Tahniah!’

Aku tunggu balasan dia. Lama. Sehingga aku buat kesimpulan sendiri yang dia dah tertidur dalam tab mandi. Ah, pedulikan. Aku keluar dari tab mandi dan bersihkan diri. Cuci muka, berus gigi dan ambil wuduk. Aku belum solat Maghrib dan Isyak. Nasib baiklah jarak antara tempat tinggal aku dengan tempat ni lebih dari dua Marhala, bolehlah aku jamakkan sekali.

See? Islam itu memberi kemudahan. Bukannya memberi kesusahan. Tak payah susah-susah nak tujuh rakaat. Lima rakaat dah cukup. Selesai solat, aku terus tidur. Esok aku tahu, aku akan temankan dia jumpa banyak orang. Apa yang aku tak tahu ialah apa tindakan yang dia akan ambil. Hmm, aku tertanya-tanya jugak bagaimana seorang Millionaire akan selesaikan masalah yang dia hadapi? Aku tak pernah nampak secara langsung bagaimana cara diorang approach selama aku bergelar seorang journalist. Mungkin ini dah memang rezeki aku nak tengok drama diorang secara live. Esok. Dalam hati, aku bersyukur kat Miss Zaara yang berikan aku tugasan ini.

Tak sedar langsung bila mata aku dah tertutup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience