BAB 24

Romance Completed 18280

Suasana rumah riuh dengan kehadiran tetamu dan jiran tetangga. Majlis cukur jambul yang berlangsung selelas zohor tadi berjalan lancar. Syifa Zahara juga langsung tak meragam. Dia lena dipelukan ayahnya sepanjang majlis berlangsung. Hafiy memberi nama Syifa yang bermaksud penyembuh. Biarlah dengan kehadiran Syifa Zara menjadi penyembuh kesedihan dan kekosongan dihati Hafiy.

Kehadiran tetamu yang hadir membawa seribu satu doa buat anak perempuan Hafiy dan Hafiy sendiri. Rata2 yang datang mendoakan agar menjadi anak yang solehah dan menjaga keluarga kelak dewasa. Hafiy tak henti tersenyum apabila tetamu yang datang memuji kecomelan anak perempuannya.

"Abang Hafiy, ok ke tu? Biar adik jaga kan.. abang pergilah makan".

"Erm.. takpe. Nanti abang makan. Adik tak payah risau la". Balas Hafiy tenang. Syifa Zahara lena didakapannya.

"Takpelah gitu. Apa2 panggil la, ye".

Hafiy mengangguk tersenyum. Kemudian, datang pula Puan Azila.

"Hafiy, Syifa lena nampaknya tu?".

"Hirm.. baru lena jugak ni. Nasib la dia tak meragam nangis2 tadi".

"Kamu tak bagi susu ke?".

Hafiy menggeleng. "Dia tak nak, mak. Agak tak sedap kot susu yang kali ni".

Puan Azila menjongket bahu. Sudah seminggu cucunya tak boleh nak menerima sebarang susu formula. Minum pun dalam kuantiti yang sedikit. Lebihnya banyak kembung perut tak pun muntah. Saranan doktor agar cucunya mendapat susu ibu. Tapi, susu ibu mana pulak nak mereka dapatkan. Terpaksalah Hafiy memaksa juga anaknya minum susu formula.

"Cuba la tukar. Iyelah, perut dia tak sedap la tu. Kamu sabar ajelah".

"Takpelah, mak. Saya ni tak kisah nak tukar2, cuma kesian dia la. Perutnya selalu masuk angin. Risau hati ni".

Hafiy mencium lembut pipi anak perempuannya. Syifa Zahara juga kerap meragam tengah2 malam. Mujur ada Puan Azila yang membantu. Mariam Syuhada sekarang tak tinggal dengan Hafiy. Katanya, dia membiarkan Hafiy ruang untuk tenang. Hafiy sendiri tak mahu berbincang soal ini. Sesekali, Mariam Syuhada akan singgah dan membantu suaminya menguruskan Syifa Zahara. Hafiy tak langsung membantah.

"Kamu dengan Syu masih tak baik lagi?". Soal Puan Azila lembut. Risau dia memikirkan hubungan anak dan menantunya.

"Erm, mak dah makan?". Hafiy memutar soalan. Tiada mood nak bercakap soal hubungan mereka berdua.

"Nak elak la tu? Jangan mengada2 la, Fiy. Mak ni bukannya tak nampak. Kamu pun dah besar, tak elok la buat macamni".

Hafiy tersengih. Dia mengetap bibirnya.

"Mak, Hafiy malas la nak cakap pasal ni. Lagipun, dia yang buat keputusan ni. Hafiy pun sekarang selesa duduk macamni. Dengan Syifa. Kalau dia nak bagi Hafiy ruang, apa yang Hafiy boleh buat?".

"Ish, budak ni! Kamu lupa ke tu isteri kamu? Tak baik kamu buat dia macamtu. Fiy, semua orang buat silap. Kamu pun pernah buat silap. Tapi nak, tak baik kamu buat dia macamtu. Hidup suami isteri ni kena ada tolak ansur".

Hafiy mengangguk. Masuk kali ni, dah hampir lima kali dia mendengar benda yang sama.

"Tau, mak!".

"Tau tapi takde apa2 perubahan pun? Tak elok tau orang pandang macam ni. Kamu ketua keluarga jadi kena tunjuk sikap ketua keluarga tu. Bentuk family kamu sendiri. Mak tak suka Hafiy buat Syu macamni". Bahu Hafiy ditepuk lembut.

"Iye, mak!". Jawab Hafiy malas.

"Tu la kamu! Mak cakap je mula la ambil tak kisah. Mak ni sayang Syu tu. Jangan biarkan keluarga kamu macamni. Kamu dah ada Syifa pula sekarang, takkan nak biar je? Haa..! Mak rasa kan, ada eloknya kamu biarkan Syu susukan Syifa ni. Alang2, boleh jadi ibu susuan".

Hafiy berkerut. Dia langsung tak terfikir tentang itu.

"Taknaklah!".

"Eh, budak ni! Bukannya mak suruh Syu buat apa pun. Susu kan budak ni, tu aje. Dia pun tengah tak sesuai dengan susu formula, haa tak salah la kan? Ini pun anak dia jugak".

Hafiy menggaru kepala yang tak gatal. Wajah anaknya dipandang lama.

"Boleh ke, mak?".

"Apa pulak tak boleh? Kamu faham tak ibu susuan? Hai, takkan mak nak ajar pulak!". Perli Puan Azila. Hafiy tersengih malu.

"Tengoklah macamana nanti".

"Eh, budak ni! Jangan nak lengah2kan benda ni. Kesian anak kamu. Jumpa Syu, bincang benda ni. Ayah kamu pun tak suka kamu buat benda macamni. Dah besar, kan?".

"Iye, mak! Hafiy tau. Nanti Hafiy bincang, ye? Mak jangan risau la. Ni, Hafiy nak letakkan Syifa dalam bilik. Hafiy pergi kejap, ea?".

Puan Azila menggeleng kepala melihat sikap anak lelakinya. Pasti nak mengelak la tu. Puan Azila kembali ke ruang tamu melayan tetamu.

Hafiy pula meletakkan Syifa ke dalam baby coat. Lena sekali anaknya. Dalam dia sedang memerhati wajah anaknya, Hafiy teringat kata2 Puan Azila.

"Sayang ayah, apa patut ayah buat?".

Hafiy menepuk perlahan Syifa Zahara. Sesekalk dia tersenyum melihat Syifa yang tersenyum manis.

"Ayah sayang umi. Tapi, ayah terkilan dengan perangai umi".

"Abang..?"

Hafiy terkejut lalu menoleh. Susuk tubuh Mariam Syuhada berdiri betul2 dihadapan bilik air. Entah bila isterinya disitu, dia pun tak sedar.

"Abang.."

"Apa Syu buat kat sini?".

Mariam Syuhada mendekati Hafiy. Wajahnya muram.

"Abang, maafkan Syu, ok? Syu tau abang terasa dengan sikap Syu sebelum ni. Tak boleh ke abang maafkan Syu? Syu rindu abang".

Hafiy diam. Dia bercekak pinggang memandang Mariam Syuhada.

"Abang dah lama maafkan Syu.."

"Tapi, kenapa abang tak nak tengok muka Syu?".

Hafiy mengeluh. Matanya masih memandang Syifa Zahara yang lena di atas katil.

"Abang, Syu dah menyesal dengan perbuatan Syu. Abang jangan buat Syu macamni. Syu rindu nak dengar suara abang". Mariam Syuhada memegang erat jemari Hafiy. Dia mengucup lembut tangan suaminya.

"Kenapa Syu buat abang macamni?". Soal Hafiy setelah lama mendiamkan diri.

"Abang, Syu salah. Syu lupa tanggungjawab sebagai isteri abang".

"Abang rindu Syu. Tapi, Syu langsung tak bagi peluang kat abang nak jelaskan. Sikit pun Syu taknak dengar. Kesian Ara tau tak. Setiap hari dia sebut nama Syu, nak jumpa Syu. Tapi, Syu keras kepala".

Mariam Syuhada tertunduk menangis. Dia tau semua yang disebutkan itu salah. Dia tau tanggungjawab sebagai isteri dah dilupakan. Mariam Syuhada sedar itu semua.

"Maafkan Syu. Syu bersalah pada Ara.. pada abang. Syu mintak maaf, bang. Syu sayang abang".

"Kalau Syu sayang abang, Syu patutnya dengar dulu pejelasan abang. Mana Syu abang yang dulu?".

"Syu ada kata sini. Ni Syu abang!". Dia mencapai tangan Hafiy dan meletakkan di pipi nya. Air mata yang mengalir tiada tanda akan berhenti.

"Abang rindu Syu!".

"Syu pun rindu abang! Maafkan Syu, bang".

Hafiy mengucup lama dahi Mariam Syuhada. Betapa rindunya dia pada wajah manis isterinya. Tubuh Mariam Syuhada dibawa ke pelukan. Lama sekali. Bau wangi isterinya menusuk ke hidung.

"Maafkan abang.."

"Tak.. tak! Syu yang salah. Abang tak salah pun pada Syu. Abang maafkan Syu, ye? Syu janji akan jadi isteri yang baik. Syu akan buat yang terbaik untuk keluarga kita nanti".

"Janji jangan tinggalkan abang?".

Mariam Syuhada mengangguk laju. Air mata yang mengalir diseka Hafiy.

"Abang janji jugak jangan tinggalkan Ara, ok?".

Hafiy tersenyum. Tak mungkin dia akan tinggalkan Mariam Syuhada.

"Kita bina hidup semula. Abang nak kita lebih tolak ansur. Kalau Syu ada tak puas hati dengan abang, cepat2 bagitau. Taknak simpan2 dalam hati".

"Ok, abang. Syu janji akan jadi isteri yang terbaik buat abang".

Mereka tersenyum bahagia. Jafiy memeluk erat Mariam Syuhada kembali. Akhirnya, rumahtangga mereka kembali terjalin. Hafiy mengucap syukur yang tak terhingga. Doanya, ini merupakan yang terakhir dan terbaik buat mereka sekeluarga.

Sedang asyik mereka berpelukan, Syifa Zahara merengek tiba2. Hafiy tergelak kecil.

"Ada yang jealous ayah peluk umi, ye?".

Mariam Syuhada merona merah. Ditepuk kuat bahu Hafiy. Mariam Syuhada mendekati Syifa Zahara dan mula menepuk2 lembut untuk menidurkannya kembali.

"Comel kan Syifa ni? Saling tak tumpah macam Ara".

"Hurm.. aturan Allah tu cantik".

Mariam Syuhada mengangguk setuju. Tak siapa antara kita tau rahsia yang telah Allah simpan.

"Mak ada bagi cadangan tadi.."

"Cadangan apa?". Soalnya hairan.

"Mak bagi cadangan untuk Syu susukan Syifa. Lebih elok memandangkan sekarang ni Syifa pun tak boleh dengan susu botol, kan?".

Mariam Syuhada terkedu. Sungguh, cadangan yang langsung tak pernah difikirkan oleh dirinya. Wajah Hafiy dipandang lama tak percaya.

"Takkanlah.."

"Takkan kenapa pulak? Abang setuju dengan cadangan mak. Syifa kecil lagi. Dia dahagakan susu ibu. Tak salah rasanya Syu susukan Syifa. Syu akan jadi ibu susuan Syifa nanti".

Mariam Syuhada menghembus nafas perlahan. Cadangan Hafiy difikir penuh mendalam. Sekilas dia memandang wajah Syifa Zahara yang lena.

"Abang ok ke?". Soalnya sekali lagi. Dia risau kalau2 tindakannya nanti membawa keburukan.

"Abang ok. Takde salah, kan? Lagipun, Syu tetap akan jadi umi pada Syifa. Abang cuma nak Syifa dapat susu ibu secukupnya. And.. Syu akan jadi ibu susuan Syifa. Bonding akan lebih erat, kan?".

Mariam Syuhada tersenyum tipis. Ada benar kata2 suaminya. Tak salah kiranya dia menyusukan Syifa memandangkan anak kecil itu memerlukan susu ibu saat ini.

"Lagipun, mana tau dengan Syu susukan Syifa, tiba2 Allah nak bagi kita rezeki pulak ke?".

"Ish, abang ni! Ke situ pulak".

"Laa.. betullah abang cakap! Syu ingat abang main2 ke?".

Mariam Syuhada hanya mampu tersengih. Hampir sahaja dia terlupa tentang itu. Perutnya yang kempis dipegang kejap. Kalau betullah rezeki Allah akan datang dalam berbagai cara, Mariam Syuhada tak mungkin akan duduk berdiam sahaja tanpa melakukan seuatu.

"Syu dah cuba macam2 tapi still tak pregnant jugak.."

"Sabar, sayang. Kita akan terus cuba lagi. Jangan sedih2 la".

Mariam Syuhada mengangguk lemah. Wajah Syifa Zahara dipandang lama. Rezeki dari Allah buat diri mereka saat ini. Tenang sekali melihat wajah anak kecil ini. Sesekali, Syifa Zahara akan merengek kecil.

"Sorry2.. umi kacau Syifa, ye? Shh.. tidur ok? Umi ada kat sini". Perlahan suara Mariam Syuhada mendodoikan anak kecil itu. Ditepuk2 punggung Syifa Zahara. Anak kecil itu kembali lena.

Hafiy tersenyum memandang tingkah isterinya. Suka dia melihat adegan yang baru berlaku. Mariam Syuhada kelihatan penyayang dan tak kekok menguruskan anak kecil. Naluri keibuan yang sudah sekian lama tertanam dalam diri isterinya terserlah. Pasti begini kehidupan mereka jika mempunyai anak sendiri.

"Kenapa abang senyum2 tu?".

"Kenapa? Tak boleh ke abang nak senyum kat Syu?". Usik Hafiy. Dia mengelus lembut lengan isterinya.

"Takdelah.. pelik aje! Sengih2 macam kerang busuk".

Hafiy tergelak besar mendengar ayat isterinya. Ditambah wajah lucu Mariam Syuhada menggelikan hatinya.

"Ada pulak Syu cakap macamtu. Abang cuma terbayang kalau kita ada anak, mesti comel Syu nanti. Sekarang ni pun, Syu dodoikan Syifa je dah nampak comel".

Mariam Syuhada mencebik. Ada sahaja akal suaminya itu. Dia mencubit kuat perut Hafiy menyebabkan suaminya terjerit kecil. Syifa Zahara yang terus2 diganggu menangis kuat.

"Abang la ni! Kan dah menangis".

"Abang pulak? Syu yang usik abang.."

Mariam Syuhada mengeluh. Diambil Syifa Zahara lalu didukung kemas. Perlahan2 Mariam Syuhada mendodoikan anak kecil itu. Hafiy disisi hanya melihat sahaja isterinya memujuk Syifa Zahara.

"Abang, ambilkan botol susu tu".

Hafiy berkerut. "Kan tadi abang suruh Syu susukan aje. Buat apa nak botol susu bagai?".

Mariam Syuhada terdiam. Wajah suaminya dipandang silih berganti. Jantungnya berdegup laju. Mariam Syuhada terasa gementar pula.

"Takpe ke?".

"Try la.."

Mariam Syuhada duduk kembali di birai katil. Syifa Zahara yang masih merengek dipandang kejap.

"Cepatlah.. kesian Syifa nangis tu".

Mariam Syuhada masih lagi tak berkutik. Dia merasa takut dan dalam masa sama berdebar. Dengan lafaz bismillah, Mariam Syuhada menyusukan Syifa Zahara didukungannya. Alangkah bahagianya perasaan Mariam Syuhada saat ini. Gugur air mata wanita itu. Satu perasaan yang tak mungkin diungkapkan dengan kata2.

"Abang.. Syu susukan Syifa".

Hafiy tersenyum. Wajah bahagia isterinya dipandang lama. Teruja sungguh Mariam Syuhada. Syifa Zahara pula langsung senyap dan terus menyusu laju. Lega Hafiy melihatnya. Dua2 insan yang Hafiy sayang masing2 mendapatkan apa yang mereka mahu.

"Comel aje dia menyusu dengan umi. Anak ayah lapar, ye?". Hafiy belai lembut pipi anak perempuannya.

"Sayang suka tak?".

Mariam Syuhada mengangguk laju. "Terima kasih, abang".

Hafiy mencium dahi isterinya lama. Kemudian, dia mencium pula pipi Syifa Zahara.

"Abang keluar kejap, tetamu mesti ada yang nak balik tu. Nanti abang datang balik".

Mariam Syuhada mengangguk. Hafiy bingkas bangun dan keluar dari bilik tidur.

"Mana isteri kamu? Mak cari2 kat dapur takde pulak". Sergah Puan Azila.

"Ada tu.. dalam bilik. Tengah menyusukan Syifa". Hafiy tersenyum lebar. Puan Azila juga tersenyum memahami ayat anak lelakinya.

"Alhamdulillah. Lega mak dengar. Banyak susu dapat?".

"Banyak. Suka la Syifa harini kenyang dia".

Puan Azila mengangguk.

"Isteri kamu? Mesti lagi suka".

"Menangis". Bisik Hafiy ke telinga Puan Azila. Tergelak kecil wanita itu dibuatnya.

"Kamu apa tau perasaan perempuan! Cepat2 dapatkan anak dengan Syu. Nanti, lagi menangis Syu tu kalau dia mengandung pulak. Dah lama dia tunggu, kan?".

"Insya Allah, mak. Hafiy seronok tengok Syu suka macamtu. Terima kasih mak".

"Erm, sama2. Dah lah, Makcik Kamisah kamu nak balik dah tu. Mak nak pergi isi lauk kejap".

Hafiy mengangguk. Lantas dia mencari kelibat mak saudaranya di halaman rumah. Bibirnya masih tak berhenti tersenyum. Hafiy bahagia dengan keadaan sekarang. Moga bahagia ini terus buat mereka sekeluarga.

*** 

"Abang, cepatlah! Buat apa lagi tu?". Jerit Mariam Syuhada dari ruang tamu. Dia mengendong Syifa Zahara kemas.

Harini Syifa Zahara akan dibawa ke hospital bagi mendapatkan suntikan. Seperti biasa, Hafiy memang akan lewat dari biasa.

"Sorry2.. abang lambat. Dah, jom!".

"Eei.. ayah tu lambat aje memanjang. Apa la yang dibuat kat dalam tu kan, Syifa?".

"Amboi! Ada geng nampak?". Hafiy bercekak pinggang. Mariam Syuhada membuat muka tak bersalah.

"Ayah jealous!". Mariam Syuhada terus masuk kedalam kereta meninggalkan Hafiy terkulat2.

Hafiy tergelak kecil. Dia terus mengekori langkah isterinya menuju ke kereta. Hafiy terus memandu menuju ke hospital berdekatan.

"Abang.."

"Hurmm..?"

"Kita dah berapa lama kahwin?". Soal Mariam Syuhada lembut.

"Alamak! Yang ni abang lemah ni. Sayang tengah buat kelas matematik ke?". Seloroh Hafiy. Mariam Syuhada memuncung.

"Benci la abang ni! Cakap la betul2 cepat! Dah berapa lama?".

"Ala, sayang. Abang tengah drive ni, macam susah aje nak ingat!".

Mariam Syuhada menggeleng kepala berulang kali. Itulah nama nya lelaki. Memang tak peka!

"Macam2 alasan abang ni! Benci la".

"Ala sayang, abang bab2 ni memang lemah sikit. Kejap.. dah 3 tahun lebih, kan?". Tebaknya.

"Lebih berapa?".

Hafiy menggaru kepalanya yang tak gatal. Puas dia memerah kepala otaknya. Macam tak jumpa jawapan.

"Entahlah, abang tak confident!".

"Haih abang ni! Dah 4 tahun 10 hari!".

"Wah, sayang! Hebatnya! Memang sayang simpan dokumen tu dalam kepala otak sayang ke? Hebat lah!".

Mariam Syuhada menjerit kecil. Dicubit kuat perut suaminya. Suka nak mengusik.

"Sorry2, abang gurau aje!".

Mariam Syuhada menjeling geram.

"Ok2, jadi kenapa dengan tahun tu?".

"Harini hari apa?". Soal Mariam Syuhada kembali.

"Hari selasa la.." Selamba Hafiy menjawab.

"Haih la Syifa. Ayah awak ni memang nak kena gigit tau!". Syifa Zahara sesekali tersenyum memandang Mariam Syuhada. Suka diagah begitu.

"Laa.. betullah. Sayang tanya abang harini hari apa, abang jawablah hari selasa. Salah ke?".

Hafiy memandang sekilas isteri disebelahnya. Macam pelik soalan isterinya kali ini.

"Dah la, malas la nak tanya lagi". Mariam Syuhada pura2 merajuk. Dia kembali bermain dengan Syifa Zahara. Tersenyum2 Syifa bila diagah mesra Mariam Syuhada.

Niat dihati ingin membuat kejutan ulangtahun perkahwinan mereka tapi nampak gaya suaminya seperti lupa hari bersejarah itu.

Sesampai sahaja di hospital, Syifa Zahara mendapat suntikan vaksin dari doktor yang bertugas. Habis gamat satu hospital dengan suara tangisan Syifa. Pasti sakit. Sedih pula Mariam Syuhada melihatnya.

"Baby semua ok. Next appointment bulan depan la".

"Ok doktor. Terima kasih".

Baru sahaja mereka keluar dari bilik doktor, Mariam Syuhada menghulur Syifa ke tangan Hafiy.

"Pegang kejap, boleh? Syu nak jumpa doktor kejap".

"Kenapa? Syu tak sihat ke?".

Mariam Syuhada tersengih2. Dia terus meninggalkan suaminya dan kembali masuk ke bilik doktor.

Hafiy memandang pelik tapi diikutkan juga kata2 isterinya. Dia mengambil tempat di kerusi yanv kosong. Hafiy sempat menidurkan Syifa Zahara yang sudah kepenatan. Setengah jam selepas itu, susuk tubuh Mariam Syuhada keluar dari bilik doktor.

"Syu kenapa? Buat apa jumpa doktor?".

"Kita masuk kereta dulu, ok?". Mariam Syuhada menarik lengan Hafiy menuju ke kereta. Syifa Zahara bertukar tangan.

"Abang ingat tak bulan lepas Syu demam tu?".

Hafiy mengangguk. Teringat dia ketika Mariam Syuhada demam panas sampai tak larat nak bangun dari katil. Risau hatinya bukan kepalang.

"Syu lepastu sakit pinggang tak boleh bangun.."

"Iyelah, abang ingat tu semua. Tapi kenapa?".

"Tadi Syu cek doktor.. Syu hamil".

"Iyelah,, hamil.. hamil??!". Terbuntang mata Hafiy mendengar nya. Seperti tak percaya dengan berita yang baru didengar.

"Be..betul ke? Sayang pregnant?".

"Hurm.. macam tulah yang doktor cakap. Tadi buat check up, doktor cakap dah 3 bulan lebih".

"Allah! Terima kasih ya Allah! Akhirnya sayang mengandung! Lengkap dah keluarga kita!". Spontan Hafiy memeluk erat Mariam Syuhada. Mujur Syifa Zahara masih lena.

Mariam Syuhada tersenyum tipis. Sampai saat ini dia masih terkejut dengan berita yang baru diterima. Niat dihati hanya mahu periksa benda lain, lain pula jawapan yang keluar.

"Syu tak suka ke?". Soal Hafiy melihat wajah isterinya.

"Bukan macam tulah! Syu terkejut. Tak sangka Syu akhirnya nak jadi mak. Syu perasan dah lewat period, tapi abaikan aje. Tak sangka".

Hafiy tergelak kecil. Dia kembali mengucup lembut dahi isterinya.

"Thanks, Syu. Akhirnya kita ada baby. Alhamdulillah!".

"Alhamdulillah. Syu janji akan jaga anak kita sebaik mungkin". Perutnya dipegang. Mariam Syuhada tersenyum bahagia.

"Syifa nak dapat adik, ye? Umi bagi Syifa adik, nanti bolehlah main sama2. Ni rezeki anak ayah ni". Pipi mugil Syifa dibelai lembut. Hafiy bahagia!

"Jom, balik! Kita bagitau semua orang pasal ni! Abang tak sabar nak tengok Syu dengan perut membesar. Mesti comel!".

Mariam Syuhada tersipu malu. Dia menghela nafas lega. Akhirnya, zuriat yang ditunggu telah tiba. Pengikat kasih antara dia dan Hafiy. Mariam Syuhada menangis lagi.

Mereka terus balik kerumah Puan Faizah dan Encik Azhar. Puan Azila dan Encik Shamsul pun turut dipanggil. Berita kehamilan Mariam Syuhada disambut gembira. Paling riuh bila Mariam Zulaikha menangis kegembiraan.

Masing2 mengucapkan tahniah buat Hafiy dan Mariam Syuhada. Dengan segera Puan Azila ingin membuat kenduri doa selamat dan kesyukuran buat Mariam Syuhada. Hafiy hanya menerima dengan hati yang terbuka.

Mariam Zulaikha juga turut mengumumkan tarikh perkahwinannya pada Mariam Syuhada. Beetambah seronok mereka mendengarnya.

"Elok la kahwin cepat. Nanti akak dah sarat.. akak tak tolong!". Seloroh Mariam Syuhada. Riuh ruang tamu dengan gelak tawa.

Puan Faizah tersenyum bahagia. Suka dia melihat anak perempuannya bahagia kembali bersama Hafiy. Itu jugalah yang diharapkan setiap hari.

"Kamu tidur sini ke?". Soal Puan Faizah lembut.

"Boleh jugak.. kan, bang?".

"Boleh je. Tapi baju Syifa ada ke?".

"Ada sikit Syu bawak haritu. Lama dah tak tidur sini".

Hafiy tersenyum. Alang2 dah masuk waktu makan tengahari, mereka terus menjamu selera di rumah Puan Faizah. Masing2 riuh berceloteh hal masing2. Sekejap2 disambut dengan gelak tawa. Seronok betul!

Usai makan, Mariam Syuhada masuk ke bilik menjenguk Syifa Zahara yang masih lena. Hafiy pula baru keluar dari bilik air. Dia mendekati isterinya lalu memeluk erat Mariam Syuhada.

"Terima kasih atas berita gembira ni. Abang bahagia sangat!".

"Terima kasih juga pada abang. Syu janji akan jaga Syifa and anak kita ni".

Hafiy memegang perut Mariam Syuhada. Tak sabar rasanya nak menikmati momen2 indah itu. Lama mereka berpelukan.

"Abang cintakan Syu sampai bila2. Syu isteri abang yang laling abang sayang. Anak ni cinta abang pada Syu. Abang akan jaga keluarga kita sebaiknya".

Mariam Syuhada tersenyum bahagia. Hafiy mengucup lembut pipi Mariam Syuhada. Kemudian, dia tertunduk mencium perut isterinya lama.

"Anak ayah duduk elok2 kat dalam perut umi, ok? Ayah tunggu awak keluar. Jangan nakal2".

Mariam Syuhada tergelak kecil. Suka melihat gelagat suaminya begitu. Terasa comel pula.

knok! Knok!

"Siapa?". Laung Hafiy kuat. Siapa pula yang kacau saat2 romantis mereka ini.

"Er.. ada orang nak jumpa akak kat luar!". Suara Mariam Zulaikha kedengaran.

"Sayang, siapa nak jumpa tu?".

Mariam menjongket bahu. Dia sendiri tak tahu gerangan manusia yang datang. Hafizah mungkin!

Mereka berdua berjalan seiringan keluar bilik menuju ke halaman rumah. Tangan Mariam Syuhada langsung taknak dilepaskan. Dari jauh kelihatan susuk wanita yang dikenali. Hafiy memandang Mariam Syuhada pelik.

"Shamila?".

Shamila menoleh pandang. Dia tersenyum tipis.

"Syu? Kau sihat?".

"Ada apa nak jumpa isteri saya ni?". Tegang suara Hafiy kedengaran. Anak matanya juga tajam memandang Shamila.

"Erm.. Hafiy..saya nak minta maaf pada Syu dan awak.."

"Sebab apa?".

Mariam Syuhada menggeleng pada Hafiy. Suaminya kelihatan seperti nak meletup. Lengan Hafiy dipaut kemas.

"Syu, aku nak mintak maaf pada kau. Aku salah selama ni. Aku tau.. aku hasut kau sampai rumahtangga kau goyah. Aku salah, Syu". Luah Shamila sayu.

"Baru sekarang nak sedar?".

"Abang, jangan la macamtu.." Tegur Mariam Syuhada.

"Takpe, Syu. Aku terima semua tu. Aku yang bersalah jadi aku terima. Syu, maafkan aku, please?".

"Erm...aku dah lama lupakan".

Hafiy menjegil mata kearah Mariam Syuhada. Jelas dia tak puas hati dengan kebaikan isterinya.

"Er, kau dah lupakan means kau maafkan aku?".

"Aku dah.."

"Kenapa kau buat isteri aku.. family aku macamtu? Kau sedar tak yang perbuatan kau ni menyebabkan rumahtangga aku porak peranda! Aku hilang Syu sebab perbuatan kau!". Marah Hafiy.

"Saya sedar! Saya dah menyesal sekarang. Saya buat tu sebab saya tak fikir masa depan. Saya ikut nafsu".

"Sekarang baru nak menyesal? Setelah semuanya rosak, kau baru nak menyesal?".

"Saya tau saya salah, Fiy. Maafkan aku, Syu. Aku buat sebab aku marah kat kau. Aku tak fikir time tu. Aku bengang sebab kau hasut boyfriend aku untuk tinggalkan aku. Aku bengang. Jadi, aku nak kau rasa sama macamana aku rasa".

Mariam Syuhada tercengang.

"Mila, kau dah salah faham kat aku. Aku tak pernah terniat nak buat kau macamtu. Bukan aku yang sebabkan semua tu".

"Aku tahu! Aku tahu semua tu bukan sebab kau. Aku yang salah faham and aku lepaskan kat kau. Maafkan aku, Syu". Shamila menangis sedih. Perlahan2 dia memaut lengan Mariam Syuhada.

"Mila.. aku langsung tak simpan dalam hati. Setiap orang buat salah. Aku maafkan kau. Lain kali, jangan buat lagi". Pesan Mariam Syuhada ikhlas. Dia memeluk erat tubuh Shamila.

"Terima kasih, Syu. Aku janji takkan buat lagi!".

Hafiy menghembus nafas perlahan. Kalau ikutkan hati, memang takkan dia maafkan perbuatan Shamila. Tapi, isterinya sudah maafkan jadi, buat apa lagi dia menyimpan geram. Lagipun, tak elok marah lama2.

"Er Hafiy.. maafkan saya, ya?".

"Aku maafkan. Tolong lepas ni, jangan buat sesuatu ikut nafsu. Kita ni manusia ada akal yang waras. Jadi, gunakan sebaiknya".

Shamila mengangguk laju. Dia kembali tersenyum lebar. Lega hatinya setelah mendapat permohonan maaf Mariam Syuhada dan Hafiy.

"Er.. jom masuk! Kita minum2 dulu". Pelawa Mariam Syuhada.

"Er.. takpelah! Aku nak cepat ni. Lain kali ajelah. Oh ye, aku nak jumpa Zahara, boleh? Aku nak minta maaf pada dia".

Mariam Syuhada berubah wajah. Dipandang Hafiy disisi.

"Mila.. erm, Ara dah meninggal".

Shamila terkedu. Dia menekup mulutnya tak percaya.

"Aku tak tau. Ya Allah, aku tak sempat nak mintak maaf kat dia!".

"Takpelah. Aku percaya dia akan maafkan kau jugak. Aku pun bersalah pada dia". Sendu suara Mariam Syuhada.

Hafiy mengeratkan lagi pegangan tangan Mariam Syuhada. Dia sempat melemparkan senyuman manis buat isterinya.

"Erm, Hafiy.. salam takziah dari saya. Saya.. tumpang sedih atas kehilangan arwah Zahara".

"Terima kasih. Takpelah, yang pergi tetap pergi. Saya yakin dia akan maafkan awak jugak".

Shamila tersenyum tipis. Terasa berat hatinya kerana tak dapat nak berjumpa Zahara.

"Er, saya balik dulu. Lain kali kita jumpa lagi".

Shamila beredar dari halaman rumah Mariam Syuhada. Dia tersenyum lega. Akhirnya, dia dapat meneruskan hidup dengan jiwa yang tenang.

"Abang, Ara akan maafkan Syu jugak, tak?".

"Apa cakap macamtu? Abang tak suka dengar la. InsyaAllah, Ara akan maafkan Syu jugak. Dia faham". Balas Hafiy perlahan. Bahu isterinya diusap berulang kali.

"Syu rindu arwah Ara. Syu tak sempat nak mintak maaf. Kalau Ara ada dengan kita sekarang mesti seronok, kan?".

Hafiy terdiam. Dadanya terasa sesak bila teringatkan arwah Zahara. Hafiy juga merindukan isterinya itu. Walaupun dia hadir cuma sementara, kasih sayang dan cinta Hafiy tetap menggunung tinggi buat Zahara. Dengan Zahara, Hafiy mengharungi perit getir rumahtangga. Dia banyak belajar sabar dan ikhlas bersama arwah isterinya itu.

"Er.. abang?".

"Hurm? Kenapa?". Hafiy tersenyum. Jelas nampak sedih walaupun bibirnya menguntum senyuman.

"Abang ok tak?".

Hafiy mengangguk. "Abang nak ke bilik kejap. Takut Syifa menangis".

Hafiy terus melangkah ke bilik tanpa menghiraukan Mariam Syuhada. Hampir sahaja air matanya berguguran. Sampai sahaja di bilik, Hafiy mencapai gambar perkahwinan mereka di dalam dompet. Lama Hafiy menatap gambar Zahara. Dia menangis.

"Abang rindu Ara. Abang terlalu rindu Ara".

Hafiy menangis semahunya. Berulang kali gambar tersebut dicium. Hatinya sarat dengan perasaan yang tak terluah. Betapa jiwanya terseksa menanggung rindu pada Zahara.

"Abang besarkan anak kita baik. Ara mesti bangga dengan abang, kan?".

"Ara.. maafkan abang sebab tak mampu nak menahan rindu ni. Ara isteri abang yang paling baik. Abang tak boleh lupakan Ara".

Mariam Syuhada memandang dari balik pintu. Hatinya terasa sebak. Suaminya pasti terlalu rindu pada arwah Zahara. Dia faham kalau Hafiy masih mengingati Zahara. Beberapa bulan yang lalu menyaksikan Zahara yang setia bersama Hafiy. Saat Mariam Syuhada lupa tanggungjawab sebagai seorang isteri, Zahara insan yang sentiasa bersama. Ditambah pula saat Zahara sakit, Hafiy juga yang tetap disisi Zahara menjaga dan melindungi wanita itu.

Mariam Syuhada menyeka air mata. Kini, baru Mariam Syuhada faham apa erti kasih sayang dan cinta. Pintu bilik ditutup perlahan. Dia menarik nafas perlahan.

"Terima kasih Ara sebab jaga abang Hafiy selama ni. Ara lah cinta sejati Abang Hafiy. Walaupun Syu isteri pertama abang, Ara isteri terbaik dia".

Mariam Syuhada tersenyum bahagia. Dia mula berjanji pada diri bahawa dia akan belajar menjadi isteri sebaik Zahara. Mariam Syuhada juga berjanji akan belajar memberikan kasih sayang dan cinta buat Hafiy sebaik2nya.

Cinta bukan berdasarkan siapa yang paling pertama atau siapa yang paling banyak meluahkan perkataan sayang. Cinta adalah berdasarkan kesetiaan, pengorbanan terhadap pasangan dan berapa banyak keihklasan dalam bercinta. Itulah cinta sejati.

Kini, Mariam Syuhada sedar semua tu.

"Zahara, kau memang wanita istimewa di hati Hafiy".

*** 

~Tamat~ 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience