BAB 16

Mystery & Detective Completed 12501

SEPERTI yang di uar-uarkan tentang hari keusahawanan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Alam 2 akan berlangsung tidak lama lagi dan ia adalah hari terbuka kepada semua orang termasuk yang bukan dari kalangan pelajar dan pengajar di sini. Bebas. Sesiapa boleh masuk dalam masa yang di tetapkan pihak sekolah untuk membeli barangan yang di jual di sini. Macam bazar..

Dan untuk kali pertamanya dia di sekolah ini, baru hari ini dia dapat peluang untuk bertegur sapa dengan 'kembarnya' lagi seorang. Selama ni dia hanya memerhatikan sahaja tingkah laku 'kembarnya' itu dengan adik kembar dia yang lahir sekali dengan dia.

Gerak langkah kaki di hayun perlahan. Sengaja nak dia rasa seperti ada yang mengekori dan memandang dia dari belakang. Nak tahu juga apa reaksi dia yang pertama.

Teringat masa kali pertama kaki jejak di bumi SMK Seri Alam 2 ni. Bila seorang guru tu meninggikan suaranya memanggil pangkal nama dia sebab sikap kurang ajar ketika itu, dan dia pula yang menyahut. Nalurinya tak silap menilai walaupun suara itu dah lama tidak kedengaran di cuping telinga.

Hati dia merasakan ada yang tak kena. Dia dapat merasakan seolah dia di ekori dari belakang. Namun kerana nak sedapkan hati, dia biarkan. Sikit pun tak toleh ke belakang. Langkahnya makin laju.

Ainul Hanania hanya memerhatikan je pergerakan yang di lajukan oleh Ainul Batrisyah di depan. Walaupun ramai pelajar yang sedang lalu lalang di tingkat satu, selaras dengan bilik guru dia masih boleh melihat pergerakan Ainul Batrisyah kerana fokusnya hanya pada dia!

"Ainul!" Sergah Shahril yang tiba-tiba keluar di sebalik dinding sebelah mesin air.

Pucat muka Ainul Batrsiyah di sergah tanpa beri salam macam tu. Ada ke patut. Nafasnya yang tak menentu berdegup cuba di kendurkan sedikit kerana takut plus terperanjat.

"Shahril.. ada apa?" Soal Ainul Batrisyah terus.

Mereka saling berpandangan. Muka Ainul Batrisyah di pandang dah pucat lesi. Rasa bersalah pula dia dah buat kawan baik musuhnya jadi takut macam sekarang.

"Apasal muka pucat gila? Darah kena sedut dengan pontianak ke apa?"

Fuh! Tak sayang mulut beb. Memang celupar gila dia ni.

Tangannya yang kesejukan menyentuh kedua belah pipi silih berganti. Pucat ke muka dia?

"Mana ada. Memandai je awak ni." Dalih Ainul Batrisyah cuba selindung di sebalik senyuman yang cuba di ukir, namun nampak kekok sangat.

"Erm, yelah. Eh ni. saya nak tanya. Mana kawan baik awak yang selalu dengan awak tu? Dia tak sekolah ke hari ni?" Sambil menyilangkan kedua belah tangan, dia menyoal bak pak polis menyoal penjahat.

"Tak. Dia demam.. semalam kan kita orang berhujan balik sekolah. Tu yang dia terus tumbang tu." Jawab Ainul Batrisyah seadanya.

Kepala Shahril terangguk-angguk semacam faham sangat dengan penjelasan pendek Ainul Batrisyah.

"Oh, yelah. Cup cake tu kan tak boleh kena hujan. Cepat lembik.."

Aiseyh! Dengar macam caring sangat, rupanya menyindir lagi. Hurm.. apa pun tak boleh.

"Eh, ada ke patut awak cakap macam tu. Tak baik tau.."

"Alah, gurau sikit je.. Eh! Ainul!"

Sekelip mata Ainul Batrisyah di tarik ke dakapannya. Tidak sekemas mana tetapi masih boleh dia mengelak dari benda yang entah apa tiba-tiba menyerang mereka di sini.

Segera Ainul Batrisyah menarik diri dari pelukan itu. Mujur sisipan pelukan tidak terlalu kuat sampaikan dia tidak boleh melarikan diri kebelakang.

"Apa tu.."

Shahril masih memandang ke atas. Diamati benda yang cuba menyerang mereka berdua tadi. Tapi tak sampai seminit benda tu lesap macam asap hitam. Dia makin bingung.

"Sorry.." tersedar akan insiden yang sedikit memalukan tadi cepat-cepat dia meminta maaf.

Mujurlah tak ada mata yang memandang ketika itu. Masing-masing sibuk membuat hal masing-masing. Dia menarik nafas lega.

Dari jauh Ainul Batrisyah melihat insiden yang tak pernah terfikir akan terjadi kepada seorang gadis yang sering mendapat pujian kerana sikapnya yang pandai menjaga maruah diri. Betul-betul dia tak menyangka akan melihat kelakuan di luar pemikiran. Ainul Batrisyah berpelukan dengan lelaki? Huh! Kebencian makin meluap di dada.

Ain Hanani merenung tajam ke arah tingkat itu. Dia tahu, kakaknya melihat apa yang dia nampak tadi. Memang sakit hatinya bila tahu perangai Ainul Batrisyah yang sebenar. Tak sangka, yang lemah lembut gemalai ikan sardin ni boleh biarkan diri dia di peluk sesuka hati oleh lelaki. Bagusnya fiil Ainul Batrisyah di belakang umi dan abi. Patutlah beria nak duduk dengan mak su.. rupanya ini sikap sebenar kau.

HARI keusahawanan telah tiba. Kebanyakan pelajar dan guru yang terlibat dengan jualan seawal jam 6.00 pagi mereka sudah berada di sekolah untuk menghias gerai mereka dengan barangan jualan.

Juga tidak ketinggalan Cikgu Tajul Fikri selaku guru yang bertugas bagi sesi penilaian gerai yang kemas, terbersih dan meriah hiasannya.

Tidak ketinggalan juga dengan dua sekawan yang semakin rapat dan akrab. Mereka menjinjing raga yang penuh dengan anak patung untuk jualan. Katanya, hasil daripada jualan itu nanti mereka ingin sumbangkan kepada badan-badan kebajikan yang terpilih.

Boleh di katakan hampir separuh jugalah kelab dan gerai yang memilih untuk memberi dana hasil jualan mereka kepada mereka yang memerlukan. Juga senarai badan kebajikan yang terpilih sudah pun di senaraikan oleh Cikgu Puziah Daem.

"Ish, berat gila patung-patung ni." Rungut Ainul Batrisyah.

Walaupun mataharti belum terpacak atas kepala, tetapi tudung bawal berwarna merah hati sedondon dengan baju I'm The Best sudah pun basah dek peluh di kepala dan dahi.

Rayyana juga begitu. Merungut kerana muatan dalam raga ni terlampau berat. Mujurlah mereka berdua yang angkat, kalau dia seorang? Mahu dia menyeret raga tu sampai isi terkeluar semua.

"Apa yang dia orang isi dalam bakul ni? Batu bata ke apa.."

Samapai di gerai mereka yang bernombor 0.123 mereka mula memunggah anak patung yang duduk bersempit dan lintang pukang dalam raga tadi.

Macam-macam jenis patung. Ada patung panda, arnab, chucky, bear, beruang, anabelle, princess, spiderman. Uish, macam-macamlah. Di jual dengan separuh harga! Fuh! Patung baru di jual semula harga diskaun?! Mak datuk.. betul-betul buatcharity dia orang hari ni.

"Kau ada bawa?" Soal Syufaat langsung tak senyum.

"Ada. Tu hah.."

Sambil lewa Ainul Hanania muncungkan sedikit mulutnya menunjuk ke arah sekumpulan kawan sekelabnya yang menjadi hantu hari ni. Haish.. pagi-pagi buta lepas sarapan tak menyabar nak jadi hantu. Karang, jadi hantu betul..

"Bagus."

Terus Syufaat berlalu tanpa ucapan terima kasih kepada Ainul Hanania yang dah bertungkus lumus keluarkan duit sendiri beli kostum hantu dan make-up suapaya nampak realistik sikit. Nasib si Ainul Hanania ni jenis hati kering, tak ambil hati dengan sikap pengerusi kelab hantu dia. Memang patut jadi pengerusi kelab hantu, perangai pun lebih teruk dari hantu. Hantu pun tahu menghargai!

"LAAHH.. tak siap lagi anak umi ni."

Setelah pintu biliknya di kuak, dia tahu siapa yang datang melawat waktu-waktu macam ni. Tapi, dia bukan sengaja!

"Umi.. sakit lagi lah anu Ain.." Rengek Ain Hanani sambil menggosok bawah perutnya yang terasa bisa mencucuk-cucuk sakitnya.

Sejak malam tadi dia tak dapat lena kerana sakit perut. Dan pagi ni dia kena senggugut pula. Sudahnya, si kakak kembar dia pergi sekolah dulu meninggalkan dia. Harapnya lepas rehat kejap, bolehlah datang temankan dia dekat sekolah. Huh, kalau gini keadaan Ain Hanani, dia tak boleh temankan kakak dia lah.

"Ain dah makan ubat?" Tanya umi.

Risau melihat keadaan anaknya yang sakit itu. Dia tahu sakit kena senggugut macam mana. Kerana dia juga selalu mengalaminya. Risau pula nak tinggalkan Ain seorang diri di rumah.

"Dah umi.." Sahut Ain Hanani dalam nada dengar dengan tidak. Di tekan-tekan bawah perutnya yang terasa bisa, sakitnya MasyaAllah...

"Risau pula umi nak tinggalkan kamu seorang dekat rumah ni." Jelas riak gusar di wajah umi.

"Tak pe umi. Ain okey je.. Umi pergilah nanti lambat pula sampai dekat sana. Kak Hanania tengah tunggu umi datang tu.."

Dalam keadaan sakit macam tu pun masih sempat lagi Ain Hanani ingatkan kakaknya di sekolah yang menantikan kehadiran umi, abi dan dirinya. Namun melihatkan keadaan ini, rasanya tak mungkinlah dia akan ikut serta.

"Betul ni Ain boleh seorang dekat rumah?" Tanya umi lagi risau.

"Iya umi.. betul. Sakit sikit je.. nanti baiklah tu.." Ujar Ain Hanani lagi.

Tubuhnya yang terbaring meringkut macam udang sambil menahan bisa sempat menghadiahkan senyuman kepada umi. Lalu tangan umi di salam selepas dahinya di cium.

Bunyi pintu biliknya telah di tutup rapat. Dia kembali merebahkan kepalanya di bantal peluk. Bisa di bawah perut masih terasa, tetapi sikit berkurangan.

Dia terasa basah di bawah punggungnya ketika cuba mengiringkan tubuh ke arah kanan. Darah! Banyaknya keluar! Dia mula panik. Tak tahu apa nak buat. Darah yang mengalir di aliran rahimnya bagai tak mahu berhenti mengalir macam air paip. Bau hanyir darah menguasai ruang kamarnya.

"Ya Allah!"

"TAKUT doh.."

"Apa kau nak takut. Hantu olok-olok je kut. Penakut sangat lah kau ni!" Ejek Senah sambil beratur di kaunter tiket rumah hantu.

Sebenarnya Senah sengaja nak kenakan kawan dia ni. Beberapa orang 'hantu' upahan di dalam sudah siap bersedia untuk menakutkan Fiza tu. Kebetulan esok hari lahir dia, sajalah nak prank kan si Fiza.

"Senah, jomlah. Tak payahlah masuk rumah hantu ni.."

Lengan Senah di tarik-tarik bagai anak kecil yang mahukan gula-gula kapas dari emaknya. Tetapi emaknya tak bagi malah melarangnya. Senah buat tak endah permintaan Fiza.

Kalau dia bersetuju untuk membatalkan rancangan kenakan si Fiza tu, habislah lah rosak semua plan. Beberapa biji kamera telefon pintar telah pun di letak di beberapa tempat utama bagi mengenakan Fiza.

"Eee.. Kau ni! Cuba relaks sikit. Aku ada kut dengan kau. Bukan kau masuk seorang-seorang. Dengan aku kan?"

Sampai giliran Senah untuk membeli tiket. Dua keping tiket di beli untuk dia dan Fiza. Sempena hadiah hari lahir kawannya, dia belanjalah. Bukan mahal sangat pun. RM2.50 je.

"Senah.. aku takutlah.." Rengek Fiza disebelahnya.

Senah dah buat muka meluat. Dari tadi merengek benda yang sama. Takut.. takut.. aku lempang karang, sampai padang nanti.

"Apa kau ni. Chill sudahlah. Bukan hantu betul pun. Hantu olok-olok je lah!" Betul-betul boleh hilangs abar kalau satu jam dalam rumah hantu tu dengan Fiza kalau macam ni keadaannya.

"Orang yang lemah semangat tak di galakkan masuk dalam.." Lembut suara Ainul Hanani memberi nasihat kepada dua sekawan yang masih berdiri di depannya menunggu duit baki darinya.

"Hah! Dengar tu. Aku ni lemah semangat orangnya. Dah jom blah!" berbunga kekwa dalam hati Fiza bila si penjual tiket rumah hantu tu berkata sedemikian.

"Tak ada maknanya.. aku dah beli, untuk kau sekali. Kalau kau tak nak ikut aku kita putus kawan." Aiceyh! Main ugut-ugut nak putus kawan pulak dah.

"Kau ni. tahu tak hari ni aku period? Hantu suka tau benda-benda gini." Bisik Fiza lagi.

"Dah tahu bendera merah, tak payahlah nak ikut masuk. Ada pula nanti terkencing air warna kuning bertukar merah." Sampuk pelajar lelaki di belakang mereka pula sambil mentertawakan Fiza yang mula ketakutan.

Baki duit Senah di pulangkan. Mereka berdua terus masuk melalui lorong yang telah di tetapkan untuk masuk ke dalam.

"Belum masuk dah seram. Kalau masuk ada juga aku pengsan."

Saat tabir hitam itu di singkap; itu adalah pintu masuk ke dalam dan mereka hanya menggunakan tabir hitam yang koyak rabak dan di conteng agar nampak keseramannya sebelum masuk, pelbagai bunyi yang aneh-aneh sudah menyapa halwa pendengaran mereka.

Senah dan Fiza memberikan laluan kepada sekumpulan pelajar lelaki yang di belakang mereka masuk terlebih dahulu sementah dia menunggu keberanian Fiza datang menyusup terus di kaki lalu melangkah masuk ke dalam.

Kurang dari dua minit kemudian barulah Fiza memberanikan dirinya masuk setelah beberapa potong ayat suci di baca untuk lemah semangatnya. Tapi.. lengan Senah memang tak lepas dari genggamannya. Kuat dia memegang lengan Senah.

"Dah ready? Jom kita terjah hantu-hantu ni. Ha.. ha.. ha.."

Lahai.. bongkaknya Senah berkata-kata. Kalau betul-betul hantu tu muncul depan mata, jangan dia lari tak cukup tanah pulak.

SETIAP jam berganjak ke detik seterusnya kelihatan makin ramai pengunjung yang memeriahkan hari keusahawanan di SMK Seri Alam 2 ini. Senyum melebar setiap penjual kerana melihat kehadiran mereka yang sudi memeriahkan majlis hari ini.

Nampak senyum lebar yang menghiasi wajah Encik Borhanuddin selaku pengetua sekolah. Cikgu Sanusi tidak kurang sama juga. Melihat dengan lirikan mata yang penuh bahagia. Jarang sekolah mereka semeriah hari ini.

"Eh, Cikgu Rina jual apa?" Tanya Nura sambil betulkan pin tudungnya di bahu kiri dan kanan.

"Entah." Jawapan selamat. Mukanya selamba tapi rasa teruja juga nak tahu tahun ini gerai Cikgu palinghot dekat sekolah ni jual apa.

Jihah dan Nura berjalan seiringan dari satu gerai ke satu gerai. Rambang mata melihat pelbagai barang dan makanan di jual di sini. Bukan biasa-biasa jualan mereka, juga harganya murah dalam kuantiti yang cukup banyak. Sesuai dengan harga..

Dalam sekelip mata juga, dewan dan perkarangan gerai di dalam sekolah ini pengunjungnya makin berkurangan. Ramai yang berpusu-pusu keluar dari sekolah. Menimbulkan sedikit tanda tanya, kenapa?

Ainul Batrisyah masih di dalam tandas. Kedengaran suara riuh sekampung dari luar menarik perhatian dia. Tapi, dia kena tunggu Rayyana dekat tandas sebab kawan baiknya sakit perut tiba-tiba.

Rasa ingin tahu Ainul Batrisyah benar-benar menarik atur langkah kakinya. Namun hanya sekerat jalan bila dia dengar namanya di seru dari dalam tandas. Dah kenapa pula si Rayy ni menjerit macam kena sampuk agaknya.

Tiada kisah tentang hal orang lain. Dia di sini hanya menjalankan tugas yang di berikan oleh pengerusi kelabnya. Perut rasa lapar, tapi tak ada sapa nak ganti. Nak tak nak dia terpaksa menunggu kedatangan adik kembarnya. Tapi dah nak dekat tengahari, bayang adik kembar dia pun dia tak nampak. Makin muncung dan masam muka Ainul Hanania.

"Nia, kejap lagi lebih kurang sejam lagi aku ganti tempat kau. Kau pergilah beli dekat bawah sana."

Fuh! Brader kerek ni tak ada salam tak ada kata sapa main terjah panggil dia suruh macam-macam. Tak ada adab betul! Adab mana adab! Agaknya tak pergi sekolah kut. Haish, pergilah sekolah sana belajar tentang adab. Kurang ajar sangat!

Eh..eh.. yang awak nak melenting sangat tu kenapa Ainul Hanania? Awak pun sama je dengan Syufaat tu. Tak ada adab. Jadi, awak pun patut kena sekolah sama. Sekolah belajar tentang adab. Ulang suara, BELAJAR TENTANG ADAB!

AMAT mengejutkan. Senah pelajar tingkatan lima sekolah ini telah di temui mati di gilis dengan lori pasir di selekoh ke Flora Height. Patutlah gamat suasana dari luar sampai ke dalam boleh dengar.

Ada yang menjerit ketakutan. Ihs! Pelbagai reaksi di tonjolkan. Rupa-rupanya ada kemalangan ngeri berlaku di luar. Patutlah..

Berita kematian Senah menimbulkan banyak persoalan dan buah mulut orang dekat sini. ada yang mengatakan Senah dalam sekolah, macam mana pula dia boleh keluar sedangkan ada beberapa pelajar lelaki nampak Senah dan Fiza masuk dalam rumah hantu dan belum keluar.

Sadis kematian Senah bila ahli keluarganya yang sedang membeli cenderahati di gerai dalam sekolah menerima satu tamparan yang tak terjangka. Kepala Senah tergolek-golek dari bukit selekoh tempat kemalangan itu berlaku.

Makin huru-hara suasana dekat sini. ramai yang ketakutan, terutama sekali pelajar perempuan. Ada juga antara mereka yang termuntah bila nampak isi perut Senah bersepai, biji mata Senah terjojol keluar dari tempatnya.

Ya Allah.. kasihan melihat mayat Senah. Tak ada ribut ada angin, semua ni terjadi. Sudah suratan takdir Senah meninggal dengan cara ini. Redha.

Yalah, dri DIA kita datang dan kepada DIA jugalah kita kembali. Beberapa orang cikgu mendekati keluarga Senah yang meraung menangisi pemergian Senah. Siapa yang tak pilu melihatkan anaknya mati dengan cara begitu. Suasana di selubungi tangisan.

Hujan turun renyai-renyai dan makin lama makin lebat. Sisa-sisa darah Senah mula mengalir di atas tar. Bunyi siren polis makin mendekati sekolah. Orang ramai memberi ruang kepada pihak polis untuk masuk ke kawasan kemalangan.

Mujur pemandu lori itu tidak melarikan diri setelah berlakunya kemalangan ngeri tadi. Dia di soal siasat di situ juga bagi mengetahui sedikit sebanyak tentang masa kejadian dan puncanya.

"Takkan dia punya kerja lagi?"

Ainul Batrisyah bergelak ketawa seorang diri di tingkat dua bangunan sekolah ini. Dia yang berdiri mengahadap tandas pelajar perempuan itu ketawa tak ingat dunia. Makin sebal hati Ainul Hanania memandangnya.

Pelbagai persoalan mula bermain di fikiran. Tak mugnkinlah kerja Isyah. Aku percaya dia dah bersih dari semua tu! Habis kalau tak kenapa tiba-tiba berlaku kemalangan macam ni lagi?!

"Hei Rayy. Awak jangan nak buat lawak bodohlah. Karang awak yang terkencing-kencing dekat dalam tu." Ketawa Ainul Batrisyah lagi.

Sungguh dia tak dapat menahan geli hati bila Rayyana membuat mimik muka hantu depannya. Siap boleh buat suara hantu. Hah, sekali betul-betul jumpa hantu baru kepadan muka si Rayy ni. Ha.. ha.. ha..

Sekuat hati Ainul Hanania berlari medapatkan Ainul Batrisyah di bangunan sebelah. Tingkat sama dengan beberapa bilik yang di gunakan untuk rumah hantu, bilik cinema dan bilik jualan buku dan novel.

"Isyah!"

Bergema setiap ruang yang di lewati dengan jeritan memanggil nama Ainul Batrisyah.

"Isyah!!"

Dengan nafas yang sesak didada langkah kakinya yang berlari pantas mendapatkan Ainul Batrisyah yang masih berdiri bergelak ketawa depan tandas seorang diri.

"Hei Isyah."

Tercungap-cungap Ainul Hanania menyetuh bahu Ainul Batrisyah. Dia menoleh ke arah mahluk yang menyentuh bahunya.

"Nia.. ada apa? Kenapa tercungap-cungap ni?" Tanya Ainul Batrisyah prihatin.

"Kau.. kau.. punya kerja lagi ke?" Tiba-tiba soalan itu keluar tanpa meberikan sebarang klu yang jelas pada Ainul Batrisyah.

Muka blur Ainul Batrisyah di tayang pada adiknya. Tak faham langsung.

"Hei kau ni.. kau simpan mahluk tu lagi ke!"

Nyaring suara Ainul Hanania menjerit cukup buat satu sekolah dengar kata-katanya tadi yang berunsur marah dan pertanyaan.

"Tak! Kan saya dah buang! Umid dengan abi pun tahu kan.."

Ish! Rasa nak sekeh-sekeh je kepala adiknya itu. Walaupun mereka dalam tingkatan yang sama tapi ikut tahun kelahiran Ainul Batrisyah lebih tua dari Ainul Hanania dan Ain Hanani dua tahun.

"Habis, takkan Senah boleh kemalangan macam tu je sedangkan dia tak keluar lagi dari bilik hantu tu?"

Persoalan dan kenyataan yang sukar untuk di percayai! Apa kaitan dia dalam kes kemalangan Senah? Dia dok meneman Rayyana yang sakit perut dari tadi dekat tandas. Jangan cakap benda tu ikut dia lagi.. oh jangan. Tolong pergi. Aku dah buang kau jauh-jauh! Pergi..pergi.. pergi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience