Bab 11

Romance Completed 207871

'Ting'

Pintu lift terbuka dan Intan melangkah keluar menuju ke bilik rehat.

Sebaik masuk ke dalam bilik rehat hanya ada beberapa orang pekerja sahaja yang sedang rehatkan diri. Tak nampak pula yang lain-lain, mungkin ada di ruang makan sedang menikmati makan tengah hari agaknya.

Intan melangkah malas menuju ke sofa di dalam bilik itu. Duduk dilabuhkan sambil memikirkan apa alasan yang ingin diberi pada Caden.

Ni semua Mira punya pasal. Kalau motor dia tak rosak tak ada la aku kena urus pejabat dan bilik rehat si Caden tu sorang-sorang tadi.

Terhela keluhan dari Intan.

Cakap pasal Mira ingat pulak pada Aishah. Bila diingat-ingat balik, memang Aishah ada datang jumpa. Masa tu baru selepas sarapan nasi lemak di ruang makan pekerja sebab lapar. Nasi lemak!

Dengan Shira hari tu pun lepas makan nasi lemak juga. Sarapan pagi di cafe IPK. Ish, biar betul ni. Takkan makan nasi lemak boleh jadi macam tu pula.

Sedang Intan sibuk memikirkan kejadian tersebut, riuh terdengar suara orang berbual apabila pintu bilik rehat ditolak. Dapati Aishah, Yati dan Kak Ana yang masuk, baru sudah makan tengah hari la tu.

Hm... Auntie union datang dah.. Puas pulak nak mengelak.

"Intan!" dengar Aishah jerit namanya.

Kan dah kata..

Laju langkah ketiga-tiga mereka datang ke arah Intan yang duduk di sofa. Kalut semua nak duduk sekali.

"Ish.. Apa sempit-sempi ni. Sana la sikit" marah Intan sambil tolak Aisah yang dah macam nak duduk di atas riba.

"Apa benda la korang ni" tambah Intan lagi.

"Weh.. Apa yang jadi pagi tadi?" soal Aishah dengan mata yang teruja memandang Intan.

"Apa yang jadi?" takkan staf dua orang tadi bercerita pasal aku makan kat bilik rehat Caden kot.

"Apa pulak yang jadi. Cuba tanya soalan tu terang dan jelas sikit Ecah" Intan cuba mengelak.

"Ye lah, kau kan kena buat sorang-sorang pagi ni. Mira tak ada. Macam mana Tuan Caden, okey ke?" soal Yati.

Oo.. Itu yang nak ditanya. Buat suspen je. Ingatkan nak tanya pasal makan dengan Caden tu.

Baru Intan nak buka mulut tiba-tiba pintu bilik rehat terbuka, terjengul wajah kalut En Rahim. Sebaik nampak mereka di sofa. Laju tangan menggamit panggil.

"Intan, Aishah, Kak Ana sini kejap" panggil En Rahim yang berdiri di tengah pintu.

Kelam kabut bangun ketiga-tiganya ke arah En Rahim. Macam kecemasan sangat.

"Ada apa En Rahim. Macam penting sangat je ni" soal Kak Ana.

"Kita baru terima guest dua bas. Jadi ada bilik yang tak sempat nak kemas. Saya nak Intan bantu Shiela di tingkat dua belas, Aishah dan Kak Ana ke tingkat lapan belas dan sembilan belas bantu team sana. Sekarang, tolong ya" pinta En Rahim.

"Baik, kami pergi dulu" ucap mereka hampir serentak.

+++

Dua buah bas kot. Nak tercabut pinggang ni. Kenapa la booking awal-awal..

Lepas Intan dan Sheila siap di tingkat dua belas, mereka naik ke tingkat lapan belas pula untuk membantu dan kemudian ke tingkat sembilan belas. Hampir jam empat setengah juga baru siap. Lega..

Setelah siap ketiga-tiga mereka melangkah masuk ke bilik rehat. Masing-masing penat dengan duduk bersandar di sofa.

"Apasal la tak booking awal-awal. Main serbu macam tu je. Dah payah macam ni" bebel Aishah yang mata masih lagi terpejam.

"Esok mesti lagi penat.." sambung Kak Ana pulak.

"Esok bukan akak off ke?" soal Intan. Lupa la tu makcik ni.

"Haah, esok akak off lupa" terus ceria wajahnya.

"Amboi, segar bila dengar off" usik Aishah sambil lengan Kak Ana dicuit.

Mengekek ketawa mereka.

"Okeylah, masa dah time, saya balik dulu lah" kata Aishah lalu bangun dari sofa menuju ke lokar. Begitu juga Kak Ana.

"Haah, akak pun nak balik juga kejap lagi suami akak sampai la tu" kata Kak Ana pulak.

"Ye lah. Saya kejap lagi la kot baru balik. Nak rehat dulu" kata Intan. Botol mineral yang dipegang, dibuka tutupnya dan air diteguk. Ah... Lega tekak.

"Eh, kau balik dengan apa Intan? Tak nampak pun kereta kau kat parking." tanya Aishah yang tengah bersiap untuk pulang.

"Oh.. Pagi tadi saya naik grab sebab petang ni nak ke kedai motor nak ambil motor. Naik motor cepat sikit. Letih la asyik jem je hari-hari" jawab Intan.

"Dah tu petang ni naik grab juga ke? Jom la saya tolong hantar." pelawa Aishah.

"Eh, tak payah la. Jalan kita nak lalu tak sama. Tak pe, Ecah balik la dulu" kata Intan.

Takkan nak balik dengan Aishah, buatnya Caden cari dia nanti, tak ke haru. Baik jangan cari pasal.

Tinggallah Intan dan beberapa orang lagi pekerja. Ada yang baru masuk kerja dan ada yang mahu pulang, tidak kurang juga yang sekadar rehatkan badan yang penat.

Intan mengintai jam tangan. Lima minit lagi pukul lima petang. Baik bersiap sekarang. Buatnya tiba-tiba Caden dah sampai. Kalut pulak nanti.

Intan bangun dengan malas menuju ke lokar. Pakaian diambil dan menuju ke tandas. Ini yang bagusnya bilik ini. Tandas pun ada. Selepas pakaian ditukar, beg diambil dan bersiap ala kadar.

Chirp chirp chirp
Bunyi burung.

Telefon diambil dari dalam beg, dilihat ada mesej dari whatsapp. Icon itu ditekan.

Siapa ni. Nombor tak kenal.

Unknown: Datang basement sekarang.

Amboi. Main mengarah je. Dah la tak kenalkan diri.

Eh, tah-tah Caden tak. Cepat-cepat Intan ambil kertas yang Caden serah tadi. Diteliti nombor tersebut. Sama. Alamak! Pantas whatsapp dibalas.

Intan: Saya datang sekarang.

Pantas Intan menuju ke lift. Butang ke bawah ditekan. Sebaik pintu lift terbuka, laju Intan melangkah masuk dan butang ditekan.

'Ting'

Pintu lift terbuka. Pantas kaki melangkah ke tempat parking khas untuk Caden.

Aik, kata suruh datang sekarang. Apasal tak ada orang dalam kereta.

Terjenguk-jenguk Intan mengintai ke dalam kereta, dah lah cermin gelap. Apa pun tak nampak.

Chirp chirp chirp
Bunyi burung

Caden: Not that car

Intan: Dah tu, kereta mana?

Caden: Here

Here mana pulak. Ish dia ni la..

Tak sempat Intan nak membalas mesej tersebut, sebuah kereta hitam berhenti di tepinya. Tu dia.. Audi Q8.

Cermin penumpang sebelah pemandu turun dan dilihat Caden yang memandunya.

"Come in" panggil Caden.

Intan membuka pintu kereta lalu melolos masuk ke penumpang hadapan.

Seat belt dipasang.

Aduh.. Awkwardnya..

Intan memandang Caden yang tenang memandu di sebelah. Handsomenya la hai.. Tapi muka tu payah no nak senyum. Kalau senyum.. Laagiii handsome.

"Kenapa?" soal Caden.

"Hah! Kenapa? Kenapa apa?" soal Intan semula.

Caden di sebelah dah tersenyum. Mak oi.. Dia senyum la..

Sekilas Caden memandang Intan.

Tersedar dirinya tertangkap merenung Caden. Pantas kepala ditoleh ke hadapan.

"Kenapa pandang saya macam tu?" soal Caden dengan pandangannya tegak ke hadapan.

"Tak, Tuan Caden nampak lain bila tak pakai kemeja dengan suit macam selalu. Handsome" laju Intan membalas.

Tersedar terlepas kata, laju tangan naik menutup mulut. Nak aja ditampar mulut ni.

Tapi betul, Caden nampak lebih santai dengan seluar khakis dan t-shirt putih lengan panjang yang lengan bajunya ditolak ke siku.

Tersungging senyum di bibir Caden. Murah pulak senyum Caden petang ni. Kalau tidak muka tu ketat kelat. Serius dua puluh empat jam.

"Saya tak kerja petang ni. Nak hantar awakkan" balas Caden. Auw.. Cam boyfriend nak hantar girlfriend pulak. Kih kih kih

"Saya ingatkan Carlos yang pandu kereta" ucap Intan.

Terus keras wajah Caden bila nama Carlos disebut Intan.

"Dia ada kerja lain." mendatar saja suara Caden.

"Oo..." bulat mulut Intan membalas.

"Thanks, tolong saya. Saya boleh je balik sendiri" terang Intan.

Tidak mahu dikatakan suka mengambil kesempatan. Kalau ikutkan boleh saja Intan minta Nasir atau Shukri menghantarnya tapi dah Caden nak hantarkan terpaksa la terima.

Intan merenung ke luar. Eh, ini bukan jalan nak kedai motor ni. Dah, dia nak bawa aku ke mana pulak. Jangan buat pasal ye, nanti ada yang lebam biji mata tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience