Chapter 6: If

Action Completed 789

"Shirou,Shirou,Shirou"
"Saya lebih mengharapkan Anima yang datang ke sini tapi awak pula yang muncul"

Dengan perlahan,abang Rex keluar dari bilik yang gelap itu.Ketika itu,saya tidak mampu untuk menggerakkan badan saya.Dalam kepala saya tidak habis mempersoalkan apa yang sedang berlaku di depan mata ni.

"Kenapa"
"Kenapa abang buat semua ni"
"Apa yang menyebabkan abang buat semua ni!"

Abang Rex memandang rendah saya dan ketawa dengan sangat kuat sehingga menyebabkan gema di dalam bangunan ini.Selepas itu,dia masih berdiam diri.Dia keluarkan sesuatu dari poket seluarnya.Ia adalah sekeping gambar.

"Shirou,awak kenalkan budak ni" abang Rex menunjukkan gambar itu dan di dalam gambar itu mempunyai seorang budak yang saya sangat kenali.

"Tak mungkinlah"
"Abang ke yang bunuh Kitai dulu"
"Kenapa abang bunuh dia?"
"Apa salah dia"

"Budak ni ialah anak kepada manusia terakhir yang mampu mengawal roh magis"
"Kami mahu ayah dia membantu kami tapi malangnya ayahnya menolak dengan sebab dia tidak mahu terlibat dalam dunia ini lagi"
"Membazirkan kemahiran betul"

Ayah Kitai ialah orang yang boleh mengawal roh magis?Tapi dia tidak pernah beritahu saya?Atau dia mungkin tidak tahu apa-apa?

"Selepas itu,kami cuba mengugut ayah dia dengan cuba menangkap budak tu"
"Awak tahu apa yang menarik?"
"Budak tu pun ada kemahiran yang sama"
"Kami ingatkan mahu gunakan setelah menyerang dia hari tu tapi ada pula yang menyibuk"

Dengan pantas abang Rex berjalan ke hadapan saya dan berkata "Awak ni dari dulu sehingga sekarang memang suka menyibuk"

"Baiklah,askar-askar sekalian,boleh dah bunuh dia"
"Jumpa lagi,oh bukanlah"
"Selamat tinggal,Shirou"

Roh Magis itu semua menyerang saya dengan serentak.Tanpa melengahkan masa,saya segera mengeluarkan semula pedang saya dan mempertahankan diri.Dengan keadaan yang diri saya yang sangat penat,saya menekan had saya untuk terus bertarung.Walau bagaimanapun,saya lansung tidak rasa yang saya akan menang pertarungan ini.Saya mahu beritahu perkara ini pada senior Anima tetapi mereka lansung tidak memberi peluang pada saya.

"Ugagagaga"
"Gragaraghhh"

Walaupun sudah lama,prestasi mereka lansung tidak berkurang sementara kemampuan saya semakin berkurang.Semakin lama,mata saya menjadi tersangatlah tidak larat.Saya seperti tidak mampu untuk bertarung lagi....

"Shirou!"
"Shirou!"
"Bangun,Shirou!"

"Eh,abang Light"
"Kenapa abang ada dekat sini"

Di hadapan saya,abang Light berada di hadapan saya.Saya cuba melihat sekeliling saya dan mengenal pasti tempat ini.Saya berada di luar mahkamah lama tu.Nampaknya saya telah dibawa agak jauh dari situ.

"Apa abang buat di sini" tanya saya pada abang Light.

"Saya ternampak awak dan Anima bersama di bandar tadi"
"Ia agak pelik melihat awak berdua bersama dan rupa awak berdua pun agak mencurigakan"
"Kemudian,saya sedar yang awak dan Anima berpisah di suatu tempat"
"Saya buat keputusan untuk ikut awak kerana saya tidak rasa yang Anima akan berada dalam bahaya dan nampaknya saya buat keputusan yang betul"

"Oh,macam tu ye" kata saya dengan muka yang muram.Dalam kepala saya masih memikirkan apa yang berlaku tadi.Saya lansung tidak menyangka yang abang Rex membunuh Kitai dahulu.

"Siapa sangka yang Rex buat benda macam tu"
"Apa yang awak mahu buat sekarang ni,Shirou"

"Saya rasa saya akan beritahu maklumat ini pada senior Anima dulu"

Tanpa melengahkan masa,saya cuba menelefon senior.Saya cuba menelefonnya berkali-kali tapi lansung tiada yang menjawab.Setelah beberapa kali saya menelefon dan mesejnya,dia akhirnya menelefon saya semula.

"Anima,awak macam mana"

"Shirou,kenapa lambat sangat awak menelefon saya"
"Anima dah tunggu dengan sangat lama tahu"

Eh,suara siapa ni?Saya seperti telah terbiasa dengar suara ni.Lagi saya dengar,saya teringat tuan suara ini.Ini ialah suara orang yang menyerang kami hari tu.

"Hoi,apa yang awak buat pada Anima"
"Di mana Anima sekarang"

"Jangan risau,dia ada di sini"
"Tapi siapa sangka yang awak dapat lari dari orang bawahan saya"
"Apapun saya tidak kisah tentang awak,saya sudah dapat Anima sekarang"
"Jumpa lagi"

Titttt

"Abang Light,kita kena masuk semula ke dalam mahkamah tu"
"Senior Anima dalam bahaya sekarang"

"Sabar,Shirou"
"Kita mesti laporkan hal ini pada ketua dahulu"

"Be-betul juga apa yang awak kata"
"...."
"Tapi boleh ke kita percaya pada mereka"
"Dan boleh ke saya percayakan abang sekarang ni"

"Bergantung pada awaklah"
"Saya tidak memaksa awak lepas apa yang berlaku tadi"
"Semua bergantung pada awak sahaja"

"Baiklah"

Selepas itu,saya dan abang Light pergi ke pangkalan SOLUTION.Saya masih ragu-ragu dengan orang ramai tapi saya masih membuat keputusan untuk memberitahu maklumat ini pada ketua.

Setelah tiba,saya memberitahu semuanya pada ketua.Dia sedikit marah pada saya kerana tidak memberitahunya tetapi dia masih maafkan saya setelah mendengar apa yang berlaku pada saya tadi.

"Saya akan menghantar satu pasukan untuk menyerang dan mendapatkan maklumat dari mereka itu"
"Itu sahaja dari saya"
"Kamu berdua boleh bersurai"

"Tunggu,ketua"
"Kita tak boleh habiskan masa lagi sekarang"
"Anima berada dalam masalah sekarang"

"Arahan ialah arahan,Shirou"
"Awak tidak perlu risau tentang hal ini"
"Saya yakin ia akan berjalan dengan lancar" balas tuan Taiyou.

Saya cuba melawan balik tetapi dihentikan oleh abang Light.Saya menunduk hormat dan keluar dari bilik ketua.Setelah keluar dari situ,saya segera untuk pulang ke rumah saya dan mempersiapkan senjata saya.Saya mahu mengabaikan arahan dari ketua dan saya pergi menyelamatkan senior Anima.Sebelum saya sempat keluar dari pangkalan SOLUTION,abang Light menahan saya.

"Kamu mahu ke mana,Shirou"
"Kamu mahu pergi ke tempat itu semula,bukan"

"Jika abang nak tahan saya,saya tidak kisah untuk menyerang abang pula"

"Jangan risau lah"
"Abang bukan nak buat macam tu"
"Shirou,jika kamu mahu pergi,bawa saya sekali"

Saya macam pernah melihat pula situasi macam ni.Selepas melepaskan nafas yang panjang,saya menerima bantuan abang Light.

Selamat tahun baru pada para pembaca.Terima kasih pada yang membaca novel ini.Saya berharap yang mereka membaca novel ini akan berasa seronok dan dapat mengikut cerita ini sehingga tamat.Novel Death Wish akan berakhir dalam 3 chapter lagi termasuk epilog.Jadi bagi yang membaca,saya berharap anda akan membacanya hingga ke akhir.Selepas tamat cerita ini,saya akan terus membuat novel seterusnya.Novel seterusnya akan membawa tema Superhero.Novel tersebut terinspirasi dari cerita-cerita Marvel jadi mungkin anda boleh mengharapkan cerita tersebut menjadi ala-ala Marvel Avengers macam tu. Tajuknya saya akan beritahu tajuk cerita tersebut apabila Death Wish tamat.For your information,cerita baru tu akan mempunyai kaitan dengan cerita Death Wish jadi bagi mereka yang enjoy membaca Death Wish,saya berharap anda semua akan baca juga cerita itu.Selepas itu,saya akan memberi sedikit kejutan pada pembaca tentang cerita baharu tu di chapter seterusnya. Terima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience