Rate

BAB 2

Drama Series 604

2010

Hari ini merupakan hari pendaftaran masuk ke kolej universiti. Wan dan Alisya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di universiti yang sama. Tapi mereka ditawarkan belajar di bidang yang berlainan. Wan mengambil kursus perniagaan manakala Alisya mengambil kursus Sains dan Matematik.

"Wan!" jerit Alisya sambil melambaikan tangannya.

Wan terus mengatur langkah menuju ke arah Alisya "Alisya, dah lama ke kau sampai?"

"aku dah lama dah sampai. Mak ayah aku pun baru je balik tadi selepas tolong aku angkut barang ke bilik"

"Oh yeke. Ni aku baru je sudah daftar bilik tadi. Nombor bilik kau berapa? Bilik aku 304 di blok 1"

"Hmmm... aku dapat bilik kat blok 2, 116"

"Oh ye ke, hmmmm. Kalau la aku datang awal tadi, mesti dapat sebilik dengan kau kan?" balas Wan sambil mengeluh.

"ala...kau janganla sedih. Blok aku dengan blok kau tak jauh pun, dekat je... nanti kalau ada masa aku pergi la lepak kat bilik kau. Takpun kita lepak je kat kafe nanti"

"Hmmm, yelah. Weh aku dah kena pergi ni. Ayah aku tengah tunggu aku tu nak angkut barang-barang masuk bilik"

"yelah, aku pun nak sambung mengemas barang-barang aku kat bilik. Kalau ada apa-apa kau whatsapp je aku nanti ok?"

"hmmm, ok. Bye Alisya, nanti kita jumpa lagi"

"ok, bye"

....

"Ayah pergi dulu ye. Jaga diri baik-baik tau. Nanti kalau ada apa-apa call je"

"Hmmm, yelah. Ayah jangan la risau. Wan ok je. Ayah bawa kereta hati-hati tau" kata Wan lalu bersalam dengan ayahnya. Wan melambaikan tangannya ke arah ayahnya dan matanya menuruti kereta ayahnya berlalu pergi. Wan kembali semula ke bilik. Wan berkenalan dengan rakan sebiliknya, Mira sambil menyimpan pakaiannya ke dalam almari.

"Hmmm, dah nak dekat pukul 5 ni. Jom turun berkumpul kat dewan" ajak Mira

"Haa la. Dah nak pukul 5" balas Wan sambil mempersiapkan dirinya untuk pergi.

"Assalamualaikum "

"Waalaikumusalam" balas Wan dan Mira serentak sambil memandang ke arah pintu. Terlihat seorang gadis kecil molek sedang mengangkat beg masuk ke dalam bilik tersebut. Dia merupakan rakan sebilik Wan dan Mira.

"Hai, saya Wan. Ini Mira. Awak?"

"Nama saya Anis"

"Ooo... Anis. Hmmm... kami dah nak pergi ke dewan ni. Nak ikut sekali tak?" tanya Mira kepada Anis

"Ermmm... rasanya tak kut. Barang-barang saya banyak lagi kat bawah nak kena bawa naik. Korang berdua pergila dulu" balas Anis.

"Oh ye ke. Tak nak kitorang tolong ke angkut barang tu?" kata Wan.

"Eh tak payah la. Family saya ada tu kat bawah tolong angkut barang-barang" balas Anis

"Kalau macam tu, kitorang pergi dulu eh" kata Wan

"ok bye. Kita jumpa nanti" balas Anis sambil melambaikan tangannya kepada Wan dan Mira.

Mira dan Wan turut melambaikan tangan ke arah Mira lalu bergegas turun ke dewan untuk sesi taklimat orientasi. Orientasi berjalan selama seminggu. Hubungan Wan dan rakan-rakan sebiliknya, Mira dan Anis semakin rapat sepanjang minggu orientasi. Para pelajar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selama seminggu sebelum kuliah pembelajaran dimulakan.

...

Kring! Kring! Kring!

Wan tersedar dari lenanya setelah alarm telefonnya berbunyi. Wan mengusap matanya lalu mencapai telefonnya. "Alamak! dah pukul 2" Wan terus bangun dari katilnya lalu berlari ke arah bilik air untuk membasuh mukanya. Setelah itu, dia kembali semula ke bilik dan mempersiapkan dirinya secepat mungkin kerana dia telah terlambat untuk ke kelas.

"Assalamualaikum " ucap Anis yang baru balik dari kelas.

"Waalaikumusalam" balas Wan sambil bersiap.

"Kau ni dah kenapa? Nampak macam kalut je" tanya Anis sambil melihat ke arah Wan dengan mukanya yang pelik.

"Aku dah lambat nak ke kelas ni. Weh, aku pergi dulu ye. Bye" balas Wan dan dia terus pergi. Anis tersenyum je melihat perangai Wan yang kalut tu.

Nasib baik ada bas ketika itu. Wan berlari secepat mungkin ke kelas. Jam telah menunjukkan pukul 2.30 petang. Hati Wan berdebar-debar disaat dia berdiri di depan pintu kelasnya. Dia gagahkan dirinya untuk membuka pintu tersebut lalu masuk ke kelas. "Assalamualaikum " ucap Wan dalam sayu setelah dia membuka pintu. Semua pelajar di situ berpaling dan memandang tepat ke arahnya.

"Waalaikumusalam, sila duduk" balas pensyarah.

Wan terus menuju ke arah tempat duduk kosong di belakang sambil menundukkan mukanya ke bawah. Wan agak sedikit lega kerana pensyarah tersebut tidak marah kepadanya saat itu. Pensyarah tersebut merupakan Pn Yati. Pada masa yang sama, Wan merasa amat bersalah kerana sudah 30 minit lewat masuk ke kelas. Pelajaran diteruskan seperti biasa. Setelah waktu pembelajaran habis, Wan pergi meminta maaf kepada Pn Yati.

"Madam, saya nak minta maaf sebab lewat datang ke kelas. Saya janji perkara ni takkan berulang lagi" kata Wan.

"Memandangkan ini merupakan kelas pertama kita, saya maafkan awak. Saya harap awak tak ulangi lagi kesilapan awak ni lain kali. Saya takkan teragak-agak untuk ambil tindakan kalau perkara ini terjadi lagi, ok?"

"ok madam. Terima kasih. Saya minta diri dulu" balas Wan dan keluar dari kelas tersebut.

"Hai, Wan. Macam mana kau boleh datang lambat ke kelas tadi? Dah banyak kali aku try call kau tapi kau tak angkat pun" tegur Farah. Farah merupakan kawan sekolah Wan. Mereka berdua tidak terlalu rapat sewaktu di sekolah dulu. Hubungan mereka semakin rapat sewaktu mereka berjumpa di minggu orientasi. Farah la satu-satunya orang yang Wan kenal di dalam kelas tersebut.

"Hmmm... tengahari tadi aku mengantuk. Pastu aku pun tidur la. Aku tak perasan la pula yang telefon aku tu dalam silent mode. Tu yang aku tak dengar tu kau telefon aku. Nasib baikla, alarm telefon aku tu berbunyi. Kalau tak, mesti aku tengah lena lagi kat bilik aku tu" jelas Wan.

"Ooo...patutla. Kau dah makan ke?" tanya Farah.

"Hmmm, belum. Jom pergi makan sekali. Aku dah lapar ni dari tadi belum makan lagi ni"

"Nak makan dekat mana?"

"Kita pergi makan dekat foodcourt jela"

"Ok, jom"

...

"Assalamualaikum" ucap Wan setelah dia membuka pintu biliknya.

"Waalaikumusalam" jawab Mira dan Anis serentak.

"Mira, kau bersiap nak pergi mana tu?" tanya Wan

"Aku nak pergi keluar makan jap dengan kawan aku" balas Mira

"Keluar dengan kawan ke boyfriend?" kata Anis sambil mengusik Mira.

"Hahahahhaha.... dua dua" balas Mira sambil tersenyum.

"Patutla lawa semacam. Keluar makan dengan pakwe rupanya" tambah Wan lagi

"Korang berdua tak nak ke ikut aku pergi makan sekali?" tanya Mira kepada Wan dan Anis.

"Taknak lah. Aku segan la dengan kawan-kawan kau" jawab Anis.

"Aku pun tak ikut kut sebab aku baru je lepas makan dengan kawan aku tadi kat foodcourt" jawab Wan

"Oh yeke. Anis, kau betul-betul tak nak ikut aku ke? Kau kan tak makan lagi? ke kau nak suruh aku bungkus makanan kat kau?"

"Aku malas la nak keluar. Hmmmm... boleh juga macam tu. Kau bungkus nasi goreng je la kat aku"

"Ok set. Aku pergi ye korang. Bye" kata Mira sebelum berlalu pergi.

"Bye" ucap Wan dan Anis serentak.

Wan menyalin pakaiannya dan pergi ke bilik mandi untuk membersihkan dirinya. Setelah selesai, Wan berbaring di atas katil. Dia bermain game di telefonnya sementara menunggu waktu maghrib.

...

Ting!

Wan memeriksa pesanan yang masuk ke telefonnya lalu membalasnya.

Farah: Wan, kau kat mana? Aku dah sampai kat bus stop ni.

Wan: Aku dah nak turun tangga ni. Tunggu jap.

Farah: Ok

Pada hari itu, cuma Wan seorang saja yang mempunyai kelas pagi. Jadi, dia membuka pintu dan menutup pintu biliknya dengan perlahan sebab dia tak nak Mira dan Anis tersedar dari tidur. Wan terus berjalan menuruni tangga dan menuju ke arah bus stop. Wan menuju ke arah Farah yang telah menunggunya di situ dan mereka berdua naik ke dalam bas bersama. Wan dan Farah memang selalu akan bertemu di bus stop dahulu sebelum pergi ke kelas bersama. Setelah sampai ke kelas, Wan dan Farah memilih tempat duduk di barisan kedua. Cuma mereka berdua sahaja yang telah tiba di kelas itu 20 minit sebelum kelas bermula. Seorang demi seorang telah datang memenuhi kelas tersebut. Namun, Wan sedikit terkejut apabila melihat ke arah seorang lelaki yang baru tiba.

"Farah, tu bukan ke Faris ke?" tanya Wan kepada Anis sambil berbisik.

"Mana?"

"Tu ha, lelaki yang duduk kat belakang tu"

Anis berpaling ke arah belakang lalu dia menjawab "haa la, tu Faris"

"Bila masa pula dia sekelas sekali dengan kita ni? Selama 3 hari ni tak pernah nampak dia pun dalam kelas"

"Entah. Hmmm... kenapa kau nampak macam tak suka je dia sekelas sekali?" tanya Farah

" Of course la aku tak suka dia. Kalau kau nak tahu, aku pernah gaduh dengan dia masa form 3 dulu"

"kau pernah gaduh dengan dia? kenapa?" tanya Farah

"aku..." belum sempat Wan bercerita, pensyarah telah masuk ke kelas. "nanti aku cerita kat kau lepas kelas nanti" bisik Wan kepada Farah. Mereka berdua kembali fokus kepada pembelajaran. Pada masa yang sama, Wan masih lagi berasa tidak puas hati dengan kehadiran Faris di dalam kelas itu. 'Ya Allah, kenapa la aku kena jumpa balik dengan mamat tu kat sini' keluh Wan di dalam hati.

Share this novel

Nur Suzy
2020-09-01 11:34:27 

wan lelaki ka perempuan


NovelPlus Premium

The best ads free experience