Bab 9

Romance Series 4350

Aku baru sampai ke rumah. Jam sudah menganjak ke pukul tujuh malam kini. Aku berehat sebentar disofa. Aku menyandar sambil memejam mata namun tiba-tiba terdengar telefonku berirama tanda minta dijawab.

“Sayang, malam ni B nak keluar sekejap jumpa kawan tau!" Khairul memaklumkan. Aku berkerut dahi.

“Kawan mana?”

“Adalah.. Kawan lama.”

“Keluar ke mana?” Soalan itu memang wajib aku tanyakan semenjak aku menjadi kekasih rasmi Khairul. Entah, aku juga mula menjadi seorang yang protective atau cemburu barangkali.

“Lepak-lepak kat KL.” Khairul memberitahu lagi. Setelah itu talian dimatikan.

Aku yang tadi terasa rileks bersandar mula tak senang duduk. Aku bangun mengambil tas tanganku menuju ke bilik tidur. Perutku sudah mula berirama tanda minta diisi.

Aku mandi dan kemudian solat maghrib. Setelah bersiap aku memutuskan untuk makan malam disebuah restoran di Selayang. Aku cuma bersendirian sehinggalah tiba-tiba aku didatangi oleh rakan sekolah lamaku.

“Yana!” Sheila menyapa. Dia datang ke mejaku bersama Alia.

Aku yang sedang enak menjamu selera agak tersentak namun bangun menyambut kehadiran mereka. Kami berpelukan mesra.

“Hei, kau orang berdua ni dari dulu tak pernah berenggang, ye?” Aku kemudian ketawa mengingat kenangan semasa kami disekolah menengah dulu. Mereka berdua terlalu rapat, berdua saja walau kemana-mana.

“Best friend forever!” Demikian Alia memberitahu. Kami ketawa lagi. Alia dan Sheila duduk didepanku. Aku juga kembali duduk dikerusiku.

“Kau seorang je ke?” Sheila bertanya.
Aku cuma mengangguk.

“Oh my! Our crush dulu! Alia, tengok tu!” Tiba-tiba Sheila mencuit Alia disebelahnya sambil menunjukkan ke arah belakangku.

Aku segera menoleh sebentar kebelakang dan kemudian berpaling semula menghadap kearah mereka.

“Crush kau orang?” Aku bertanya. Sungguh aku tak sangka! Sambil itu mindaku pantas menganalisa cuba mengingati bagaimana mereka berdua mengenali Khairul.

Ya, Khairullah lelaki yang mereka tunjukkan tadi. Khairul kata akan keluar dengan rakannya ke KL, tapi kenapa Khairul ada di Selayang pula? Mindaku makin pantas berfikir. Segera aku capai telefon bimbitku yang berada diatas meja.

- Where are you?

Mesej itu terus aku hantarkan kepada Khairul. Tak lama kemudian masuk mesej balasan.

- B dekat kedai makan.

- With whom?
Aku bertanya lagi.

- Kawan.

Ringkas saja balasannya. Aku terasa nafasku panas semacam seperti hatiku yang agak menggelegak ketika ini. Telefon aku letak kembali keatas meja.

“Macamana kau orang boleh crush pulak dekat mamat tu? Cuba cerita sikit.” Aku bertanya. Kembali menumpukan perhatianku kearah Sheila dan Alia didepanku. Mereka nampaknya girang sangat sehinggakan wajah mereka berona merah. Aku meneruskan suapan nasi gorengku sambil menunggu jawapan.

“Mamat tu sekolah mana entah tapi kitaorang selalu nampak dia naik bas sekali dengan bas kitaorang.” Sheila memberitahu. Aku mengangguk-anggukkan kepalaku.

“Habis, masa tu kau orang tak pernah tegur dia ke?” Aku bertanya lagi.

“Tak pernah pulak. Seganlah.” Alia ketawa kecil.

“Rugi tau!” Aku menegur mereka.

“Tapi masa tu memang dia hot sangat tau! Dengan uniform sekolah, beg sekolah lepas tu pakai topi.. ohh macho sangat!” Sheila bercerita lagi dan kemudian dia dan Alia ketawa-ketawa gatal. Aku memerhatikan saja tingkahlaku mereka.

“Eh, dia dah ada girlfriendlah!” Sejurus Alia berkata begitu, pantas saja kepalaku menoleh ke belakang.

Terbeliak mataku apabila melihat seorang gadis sudah duduk disebelah Khairul. Mereka berbual bersama. Terasa darahku sudah mendidih hampir seratus darjah kini. Pantas aku mencapai telefon bimbitku. Darjah cemburuku naik sampai ke kepala!

“I should know your friend besides you!” Aku terus menelefon Khairul dan berbisik ditalian sambil berdiri dan memandang tepat kearah Khairul. Khairul yang ternampak kelibatku cepat-cepat bangun dan menghampiriku.

“Sayang, you makan dekat sini?” Khairul menegur setelah tiba di mejaku. Sheila dan Alia juga sudah berdiri kini.

“You know him, Yana?” Terdengar soalan dari Sheila. Entah bagaimana reaksi dia dan Alia aku sudah tak peduli lagi kerana mataku hanya merenung Khairul saja ketika ini.

“Yes.” Aku menjawab sepatah sambil sedang cuba menahan rasa cemburuku.

“Sorry, I gerak dulu dengan girlfriend I ni, ye?” Khairul kemudian menarik tanganku beredar ke kaunter bayaran. Sheila dan Alia cuma memandang kami tanpa berkelip.

“I forgot to ask who’s your friend. I didn’t expect that she is a girl. I thought kawan you lelaki.” Aku terus meluah rasa. Khairul sudah membuat bayaran dan kini kami sudah berada dikawasan parkir kereta.

“Sayang, I can explain to you. Where’s your car?”

“Why did you ask? Kereta you mana? Perempuan tu ambil you ke?” Aku sudah mula meradang. Bermacam soalan bukan-bukan berada dibenakku kini.

“Kereta B kawan B pinjam. Dia pergi mana entah, B tak tahu” Jawapan Khairul benar-benar membuatkan aku hampir bertukar menjadi Hulk!

Khairul menyeluk poket kanan seluarku untuk mengambil kunci kereta dan nampaknya dia berjaya mencari kedudukan keretaku setelah menekan punat alarm.

Didalam kereta aku cuma berpeluk tubuh dan menahan geram. Khairul memandu entah mahu kemana.

“Sayang.. okay, where should I start the story?” Khairul bertanya. Dia memandu dengan agak laju kini. Aku mengeluh berat. Tiba-tiba telefon Khairul berbunyi. Khairul menjawab panggilan itu dengan tangan kiri sementara tangan kanannya tetap mengawal stereng.

“Aku dah gerak dengan awek aku. Esok kau hantar je kereta aku kat rumah aku.” Demikian Khairul bersuara dan kemudian mematikan talian. Telefon bimbitnya disimpan ke ruang bawah stereng.

“Sayang, please say something.” Tangan kiri Khairul tiba-tiba memegang lenganku. Aku menarik-narik lenganku. Khairul beralah. Tiba-tiba Khairul memberhentikan kereta.
Nampaknya dia membawaku ke Taman Tasik Titiwangsa. Kami berada dikawasan parkir taman tasik itu kini. Aku menoleh ke arah Khairul.

“Siapa perempuan tadi?!” Aku menyoal dalam jerit. Suaraku entah berapa oktafnya. Khairul memandangku namun akibat suasana yang agak gelap aku tak pasti anak matanya terpancar ketulusan atau apa.

“Tak tahu. Tak sempat tanya nama.” Demikian Khairul menjawab. Sungguh aku rasa seperti orang bodoh apabila mendengar jawapan begitu.

“Oh, tak sempat berkenalanlah nampaknya? Sebab I dah called masa tu?”

“Sayang, okey B tadi memang keluar dengan kawan kemudian kawan B bawa datang situ sebab dia kata nak makan.”

“And then?”

“Lepas tu dia kata nak pergi mana entah, tiba-tiba datang budak perempuan tadi bagitau kawan B suruh tunggu situ.”

“So?”

“Lepas tu Sayang called and then now kita dekat sini.”

“Why kawan B pinjam kereta B?”

“Dia memang biasa pakai kereta B.” Jawapan dari Khairul sungguh tak boleh aku terima. Kini apa saja yang terbit dari bibirnya tidak mendapat kepercayaan langsung dari aku. Aku berpeluk tubuh sambil bersandar.

“Sayang, jom kita bercakap dekat luar.” Khairul mengajakku sambil memegang lenganku lagi. Aku terus keluar dari kereta dan berjalan pantas dikaki lima. Khairul cepat-cepat mengejarku sebaik saja dia mengunci kereta.

“B minta maaf okey. Sayang, say something please.” Khairul merayu disebelahku. Aku ternampak sebuah kerusi didepan tasik dan terus melangkah kesana. Khairul hanya mengekori.

Aku duduk dikerusi dan Khairul cuma berdiri tak jauh didepanku. Cahaya lampu ditepi ruang pejalan kaki terang memancar dikawasan sekitar. Aku merenung ke arah tasik sambil mindaku ligat berfikir.

Siapa perempuan tadi? Khairul mahu kemana malam ini sebenarnya dengan perempuan itu dan kawannya? Apa rancangan mereka malam ini? Sehingga terasa sesak mindaku kerana berfikir banyak soalan, akhirnya aku mengeluh berat. Khairul duduk bertinggung didepanku. Aku cuma menjelingnya dan menoleh kembali ke arah tasik dibelakangnya.

“Sayang, B tak ada apa-apalah dengan perempuan tu. Percayalah!” Suara Khairul mendesak. Dari suaranya terlihat seperti dia tidak bersalah. Dia bersalah kerana apa? Aku berfikir sendiri. Dia bersalah kerana membohongiku. Bohong apa? Arghhh! Suara dimindaku bertingkah makin laju sehingga membuatkan aku tak senang duduk kini.

Aku bangun dan kemudian berjalan perlahan menuju ke kaki lima dibelakang Khairul. Khairul menoleh hairan dan kemudian segera mendatangiku.

“Sayang, jangan buat kerja gilalah!” Khairul tiba-tiba menarik bahuku dengan agak kuat. Aku terkejut dan hampir terjatuh kebelakang. Aku terasa makin marah kini.

“You ni kenapa?” Aku memarahinya.

“Sayang, takkanlah pasal tadi Sayang nak pergi terjun tasik tu pulak?” Khairul membalas. Aku terus berkerut dahi. Terjun ke dalam tasik? Tak pula aku terfikir begitu!

“Bila masa pulak I nak pergi terjun tasik tu?” Aku menjelingnya. Aku berjalan kembali ke kerusi sambil menghentak-hentak kakiku. Geram! Ingat aku ni jahil sangat ke sampai nak terjun tasik segala? Aku tahulah tasik tu sejuk malah dalam pula. Entah ada apa dalam tasik tu. Ada buaya atau sampah sarap disitu. Eh, sampai kesitu pula dia berfikir! Hatiku membebel sendiri. Aku terasa sebal. Lain yang aku harapkan, lain pula yang dia fikirkan!

Khairul duduk disisiku dikerusi. Aku menjarakkan sedikit tubuhku dengannya. Khairul menoleh kearahku.

“Sayang..” Khairul bersuara perlahan. Nadanya meleret seolah sedih dan terasa dipinggirkan. Memang! Memang aku geram dengannya dan terasa tak mahu langsung melihatnya. Tapi aku perlu tahu segala cerita dari mulutnya.

“Sebenarnya you nak pergi mana malam ni?”

“Kenapa I-You pulak ni?!” Khairul menyoal dengan nada agak marah. Kelihatannya dia tak suka aku memanggilnya begitu. Ah, lantaklah! Memang aku ni kalau dah marah terus tukar panggilan. Tak ada dah sayang-sayang atau B macam selalu.

“Jawab jelah!” Aku meninggi suara. Khairul mengeluh berat.

“Pergi lepak. Keluar dengan kawan pun salah ke?!” Khairul bertanya dan nadanya agak tinggi juga. Dia marah juga nampaknya.

“Okey, memang tak salah. Tapi you cakap keluar dengan kawan lelaki. Yang I nampak tadi bukan lelaki tapi perempuan!” Aku benar-benar marah kini.

“Perempuan tu tiba-tiba datanglah! Mana B tahu dia nak datang situ!" Khairul menerangkan namun suaranya tak kurang juga tinggi. Aku diam. Berfikir soalan apa lagi yang mahu aku tanyakan kepadanya.

“Okey, kalau Sayang tak percaya, ni B bagi Sayang cakap dengan Khudzri. Tanyalah dia sendiri.” Khairul berusaha memujukku. Dia bangun dan menyeluk poket seluar jeansnya cuba mencari telefon bimbitnya. Khairul terduduk kembali dengan hampa.

“Handphone dalam kereta.” Khairul memberitahu dengan suara perlahan dan sedikit lemah.

Aku mula terasa geram kembali. Aku menyandar dan berpeluh tubuh. Aku menyilang kaki. Angin malam bertiup perlahan dan membuai-buai rambut panjangku. Tak sengaja mataku yang merenung ke arah tasik ternampak sepasang kekasih diruang pejalan kaki.

Elin. Aku ternampak Elin disitu! Tapi bukan Daniel yang sedang berjalan bersamanya kini.

“Sayang, jom! Hari macam nak hujanlah.” Khairul tiba-tiba mengajakku pulang apabila kelihatan cahaya guruh dilangit. Aku menoleh sebentar kearahnya namun aku melihat mata Khairul tak lepas dari memandang ke arah depan. Aku menoleh semula kedepan dan nampaknya Khairul sudah ternampak Elin.

“Tak payah call Khudzri. Tu, dia dekat sana. Jom pergi jumpa dia.” Kata-kata Khairul membuatkan aku hampir terlopong.

Elin dengan Khudzri?

Khairul menarik tanganku untuk turut sama bangun dengannya dari kerusi. Aku menurut saja dan kemudian kami sudah berada didepan pasangan kekasih tadi. Terlihat dari kemesraan yang aku lihat tadi dapat aku simpulkan mereka adalah pasangan kekasih.

“Khudzri.” Khairul menyapa. Elin nampaknya agak terkejut apatah lagi lelaki disebelahnya. Namun kemudian lelaki itu tersenyum.

“Eh, Khairul! Aku called kau tadi tapi tak jawab. Macamana kau ada dekat sini?” Khudzri bertanya seolah tiada apa-apa. Dia tampak seperti teruja saja.

“Kenalkan ni girlfriend aku, Elina.” Khudzri memperkenalkan. Gliran aku pula terkejut dengan kenyataan itu. Girlfriend? Elina? Siapa nama sebenar perempuan ini? Yang aku tahu dari Daniel dan Khairul namanya Elin tapi dengan Khudzri namanya Elina pula. Apakah namanya lebih panjang lagi dari itu sebenarnya?

“Oh, girlfriend kau ke?” Khairul senyum sinis. Elin sudah tak keruan wajahnya. Sinar lampu yang agak terang disitu membuatkan aku dapat melihat gerak-gerinya dengan jelas sekali.

Jadi apa hubungan Elin dengan Daniel sebenarnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience