Bab 56

Romance Series 106380

JUWITA menjalani hari-harinya dengan tenang. Dia juga gembira kerana Haris yang dulunya tidak mahu menerajui syarikat itu, akhirnya sama-sama menerajuinya.

Zailani...
Makin hari makin macho. Hilang dah kuritanya tapi selalu je dia menyakat Juwita buat ala-ala kurita tu.

Dua minggu lepas, makan penumbuk Zailani apabila mengusik Juwita dengan gaya kuritanya. Sempat Juwita bagi amaran supaya tidak mengulangi lagi.

Berkerut wajah Zailani ketika itu. Maunya tak berkerut. Senak perut makan penumbuk. Boleh tahan juga penangan Juwita ni. Ganas yak amat.

Tengah hari itu mereka telah berjanji untuk makan bersama setelah hampir seminggu Juwita sibuk ke sana ke mari melawat tapak projek yang masih di dalam pembinaan. Maklum sajalah masih banyak yang perlu dia pelajari.

Zailani tekun memerhati Juwita makan. Sekali tengok, macam dah seminggu tak jumpa nasi. Tersenyum dia memerhatikan keletah Juwita.

"Ju..." Panggilan Zailani menghenti suapan Juwita. Dia memandang Zailani. Menanti bicara seterusnya dari Zailani.

"Lan nak masuk meminang Ju? Kalau Ju setuju, hujung bulan depan Lan minta mak dan ayah jumpa ibu Ju." Tak berkelip mata Juwita memandang Zailani. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Lama dia merenung Zailani. Tak berkedip matanya. Bermimpikah dia mendengar lamaran Zailani?

"Ju..." Tangan Zailani dilambai-lambai di depan muka Juwita. Akhirnya Zailani menepuk lembut pipi Juwita.

"Huh?" Juwita terpinga-pinga. Zailani ketawa lucu.

"Ju, kalau teruja sekalipun janganlah tayang muka macam tu." Hidung Juwita dicuit lembut. Terkesima Juwita dengan tindakan spontan Zailani.

Entah kenapa sejak Zailani meluahkan isi hatinya, Juwita seringkali berada diawang-awangan. Perasaannya sentiasa terbuai. Apatah lagi dengan sikap romantik Zailani.

Ah... kuat betul penangan cinta Zailani sehingga membuatkan dia menjadi nanar. Bahkan, seringkali dia tertangkap apabila tersenyum sendirian.

"Sayang, dengar tak Lan cakap ni?" Berdegup laju jantung Juwita saat Zailani memanggilnya sayang. Entah mengapa dirasakan begitu unik sekali nada yang keluar dari bibir Zailani saat memanggilnya sayang.

"Hmmm..." Hanya itu yang mampu keluar dari bibirnya ketika itu. Zailani mengeluh.

"Lan nak masuk meminang Ju. Boleh ke tak?" soal Zailani sekali lagi. Kali ini Juwita mengangguk perlahan. Namun sejenak kemudian, wajahnya berubah mendung.

"Tapi..." Jelas ada kegusaran di hati Juwita. Belum pun sempat Juwita menghabiskan ayatnya, Zailani lantas memotong.

"Lan terima Ju seadanya Ju. Yang lepas biarkan lepas. Yang penting hari ni dan hari-hari yang seterusnya. Lan nak Ju sentiasa bersama Lan. Kita saling melengkapi kekurangan masing-masing. Boleh?" Seakan mengerti apa yang bermain difikiran Juwita, Zailani lantas memujuk.

Mengusir jauh segala tanggapan negetif yang berada di kepala otak Juwita ketika itu. Baru tadi dia rasa terhibur dengan gelagat Juwita. Dia tak mahu rasa rendah diri Juwita merubah suasana menjadi suram.

Sudah cukup segala penderitaan yang Juwita alamai selama ini. Dia ingin membahagiakan Juwita. Dia ingin melihat Juwita bahagia. Walau apa pun dugaan yang mendatang, takkan sesekali dibiarkan Juwita sendirian.

"Dah makan cepat. Ju kata kejap lagi ada meeting, kan? Kang mengamuk pula Haris tu. Ju jangan berangan ye masa meeting. Menanah telinga Lan ni nanti dengar Haris membebel. Dia tu mulut kalah mulut mak kalau membebel tau." Juwita ketawa terhibur. Baru kelmarin dia dibebeli kerana tersenyum sendiri ketika meeting. Mujur hanya Haris yang perasan sikapnya ketika itu. Jika tidak, pasti dia malu besar.

Zailani tersenyum senang melihat Juwita ketawa. Semangatnya semakin pulih. Sikit sebanyak sangat melegakan hati Zailani.

Usai makan, mereka melangkah seiringan menuju ke pejabat. Mereka berpisah ditingkat yang berbeza.

"Amboi, senyum sampai ke telinga." Juwita mencebik saat mendengar usikan Haris.

Ya... sekarang Haris semakin galak menyakatnya. Apatah lagi sejak sering tertanggap tersenyum sendirian.

"Kau jangan nak dengki boleh tak?" Juwita tayang muka serius sambil menjungkit kening kirinya. Haris ketawa senang.

"Eiii... tak kuasalah nak dengki. Ish... macam manalah agaknya kurita tu bercinta dengan kau kan? Dahlah kau ni serupa singa betina hilang anak." Buntang mata Juwita mendengar usikan Haris. Hampir saja dia melemparkan file ditangannya kepada Haris. Mujur saja otakkan cepat menegah.

"Kau jangan nak macam-macam ye Haris. Kau kena dengan aku nanti baru tahu." Juwita pantas melabuhkan punggungnya. Diikuti Haris yang duduk tenang di depannya.

"Samsul baru call tadi. Zack buat kecoh lagi." Juwita mengeluh mendengarnya.

"Apa lagilah dia nak? Lepas satu-satu masalah. Kalau tak disebabkan uncle, memang aku sumbat dah Zack tu dalam lokap. Mereputlah kat dalam sana." Jelas Juwita berang dengan apa yang berlaku. Sangkanya Zack akan berubah, namun semakin banyak masalah yang timbul.

"Kau call HR. Kenakan tindakan tatatertib pada dia. Sampai masa, aku tendang dia keluar dari syarikat ni. Bukan nak memajukan. Makin nak menjahanamkan adalah." Merah padam wajah Juwita menahan marah. Entah mengapa Haris berasa kecut perut melihat kemarahan Juwita kali ini.

Nampak sangat Juwita berusaha keras melawan kemarahnya. Tegang habis wajah Juwita ketika itu. Namun dia tahu, hanya Juwita sorang yang mampu mengenakan tindakan pada Zack.

Kalau tak, masakan sampai sekarang tiada tindakan yang dikenakan pada Zack. Untung saja Juwita hanya meminta Zack membayar semua duit syarikat yang telah disonglap. Itu pun selepas Tuan Mansur berkeras untuk tidak membawa perkara itu ke atas.

Share this novel

esther marcus
2020-10-31 06:41:05 

story mcm x complete je..


NovelPlus Premium

The best ads free experience