"Hangpa tau dak yang jalan nak pi umah Mak Chom tu kan ada kuboq kan, depa dok kata nampak hantu. Betui ka dak aku tak pasti lah, tak penah nampak pun." Kata Fatihah sambil mengikat reben tudung( Well, old fashion hijab style) "Alah, aku tak takut lah weh, lagipun kita semua tau yang kuboq tu tempat orang mati, hangpa ada akai pikiaq tengok, orang mati nak buat apa kat kita?" Kata Salbiah. "Hang jangan cakap besaq, sat lagi kalau dia betui sakat hang, aku tak tolong" balas Fatihah.
Salbiah bukanlah seorang yang tidak percaya akan alam ghaib ni even ayah dia sendiri pun orang yang selalu dipanggil untuk tengok-tengok kan ke atau 'deal' dengan benda yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Cuma kadangkala cerita kawannya tidak masuk akal. Macam mana benda yang tidak hidup boleh jatuhkan benda yang hidup kan? "Weh, Biah malam ni aku tak pi mengaji tau aku uzuq." Kata Fatihah. "Ha, ya lah, aku pi dengan adik aku na." balas Salbiah.
Setiap hari pun Salbiah, adiknya dan Fatihah akan pergi ke kelas mengaji di hujung kampung, rumah Mak Chom. Dia seorang guru sekolah agama pondok di waktu siang, malam pula dia akan mengajar kelas mengaji bagi kanak-kanak yang tinggal di dalam kampung tersebut. Oleh kerana malam tersebut khamis malam jumaat Mak Chom akan mengajak semua anak didiknya membaca yaasin dahulu kemudian barulah mengaji. Oleh kerana malam tersebut, Salbiah punya bacaan agak bagus jadi Mak Chom menambah bilangan halaman bacaannya. Usai mengaji, dia menunggu adiknya menghabiskan bacaan. Sambil menunggu, dia berborak dengan Leman anak Mak Chom. "Leman, depa dok kalut kata nampak hantu lepaih jambatan tu, betui ka?" Soal Salbiah. "Ada ka dak, aku tak tau, malas nak ambil pusing" jawab Leman sambil menyusun kasut yang bersepah di bawah rumahnya.
"Biah, hang ni dengan Ija teruih balik, jangan dok mengelewaq lagi na..ni pun dah lewat. Sat lagi abah hang hingaq." Kata Mak Chom sambil melipat rehal dan menyimpan semula ke tempat asal. "Tau Mak Chom, ni jangan nak risau lah, lagipun hantu tu takut dengan Biah, ni mengaji banyak muka surat kut" Selorohnya sambil membetulkan kainnya yang tersangkut di pedal basikalnya. "Cakap besaq, sat lagi kena baru hang tau" jawab Mak Chom. Lalu Salbiah dan adiknya pun berlalu dari rumah Mak Chom dan mengayuh basikal mereka.
Sejurus sahaja mereka melepasi jambatan lalu mereka akan lalu di sebelah kubur. Kemudian barulah simpang rumah Salbiah. Tiba-tiba "Woii Ija, tunggu lah kak. gere'k kak tak gerak ni" jerit Salbiah kepada adiknya yang mengayuh dihadapannya. "Sat,.. aku pusing." kata adiknya. Basikal yang dinaiki Salbiah tidak bergerak, walhal hanya dia yang mengayuh seorang basikal tersebut. Oleh kerana dia tidak puas hati dia pun turun dari basikal dan menarik basikal terebut bersama adiknya. namun basikal itu statik dan tidak bergerak. "Weh, ni hang punya pasai lah, pasai hang cakap besaq kita dah sangkut kat sini" rungut adiknya. "apa pasai pulak salah aku?" marah Salbiah.
Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Salbiah dan adiknya masih belum pulang. Pak ngah Latif tersangatlah risau, lalu mengayuh basikal dan pergi mencari anaknya. Sementara itu, Salbiah mencuba lagi menarik basikalnya namuntidak bergerak. satu sahaja jalan penyelesaiannya. LARI!!!!!!!! "Ija, aku kira sampai tiga kita lari..." jerit Salbiah. "Satu, dua, threeee!!!! LAAARRRRRRRIIIIIIIIIII" pekik Salbiah. Mereka pun berlari dengan laju, boleh menang marathon sekolah la, TETAPI.... mereka masih ditempat yang sama.
"ABAAAAHHHHHHHHH... MAI LA CEPAT!!!" jerit Ija sambil menangis. "Tu suara ija, Biah..." monolog Pak ngah Latif. Sampai sahaja di bawah jambatan tersebut, dengan segera Pak ngah Latif mendapatkan kedua anaknya. "Abah, kami nak balik...gere'k dak boleh gerak..." jerit Salbiah. Oleh kerana ilmu yang dimiliki Pak ngah Latif agak tinggi, dia membaca sepotong ayat dan menghalau makhluk yang hanya dia nampak. Balik sahaja ke rumah, terus Salbiah dan Ija mandi dan apa lagi selepas itu, Ija menceritakan kronologi bagaimana mereka boleh diganggu. "Aku dah habaq, hang suka kan cakap besaq, tengok apa dah jadi?" Soal Pak ngah Latif.
Malam itu sahaja hampir satu jam lebih kedua beradik tersebut kena 'brain wash' dengan ayah mereka. Katanya makhluk yang menganggu mereka malam itu sahaja mahu menyakat Salbiah. Tak tunjukkan muka, tapi usik 'dia' memang win.
-END-
Share this novel