Bab 4: Migraine

Romance Series 3092

Departure hall.

Hati Ika berdebar-debar, dia tidak sabar untuk menjejakkan kakinya di tanah air. Selama hamper tiga bulan dia berada di benua eropah untuk menyelesaikan misi rahsianya itu. Dia rindu segala-galanya yang berada di Trigisia. Rindu ayah, mama, adik, along, angah, masakan mama, semuanya lah.

Dia melihat tiket kapal terbang kelas pertama ditangan. Dia mengeluh. Ini semua kerja mamanya, sudah banyak kali dia menolak mamanya belikan tiket kelas pertama. Kalau boleh dia tidak mahu berada di bahagian kelas pertama sebab dia seorang pemerhati. Ika suka memerhati keadaan sekeliling. Katanya ia sangat membantu dalam kariernya. Kalau berada di bahagian kelas pertama, mesti suasananya sunyi tidak banyak bunyi. ‘Arghhhh, mesti boring nanti!’ Jerit Ika dalam hati.

Panggilan untuk memanggil penumpang untuk menaiki pesawat berkumandang. Ika berjalan menuju kearah pintu masuk pesawat yang telah disediakan. Dia mengikut pramugari ke tempat duduknya. Luas. Itu perkataan pertama yang berada dalam fikirannya. Walaupun ini bukan kali pertama dia berada di bahagian kelas pertama, dia masih berasa kagum. Kagum dengan keluasan tempat duduk, kagum dengan layanan terbaik pramugari dan pramugara. Apabila berada di tempat duduk, Ika mula membuka kot tebal dan kasut tumit tinggi dan tukar kepada waffle slipper yang telah disediakan.
Ketika dia tunduk untuk menukar selipar, tiba-tiba ada suara yanag dikenalinya menegur.

“Hi, Ika! So we’re on the same flight huh.” Kata Eijaz.

Dia agak terkejut pada mulanya apabila mengetahui bahawa tempat duduk gadis itu berada di kelas pertama. Sangkanya gadis itu hanya orang biasa-biasa. Rupa-rupanya tidak. Hatinya mula ingin tahu siapa sebenanya Ika. Sementara itu, Ika yang sedang memakai selipar wafflenya berpaling ke arah suara yang menegurnya.

“Oh, Hi! We meet again.” Sapa Ika acuh tak acuh.

“Yeah, panjang betul jodoh kita.” Kata Eijaz sambil ketawa.

“Ha. Ha. Ha. Yelah tu. ” Jawab Ika menganggap kata-kata Eijaz sebagai gurauan.

Keadaan menjadi senyap. Kedua-dua mereka kehabisan modal untuk bersuara. Tiba-tiba pramugari datang dan meminta Eijaz untuk duduk di tempat duduknya kerana pesawat akan berlepas dalam beberapa minit lagi. Selepas beberapa jam, Ika mula kebosanan. Semua benda sudah dilakukannya, menonton filem, baca majalah, main games dalam henfon. Tiba-tiba dia berasa kepalanya semakin berdenyut-denyut. Sebenarnya memang dari pagi kepalanya berdenyut tapi tidak sekuat ini. Ika mula mencari-cari minyak angin aromaterapi dalam tas tangan tapi tidak dijumpainya. Kepalanya semakin sakit sehingga berkerut-kerut dahi.

Eijaz yang berada selang satu kerusi memerhati Ika secara senyap-senyap perasan riak wajah Ika seperti menahan sakit. Dia segera meninggalkan tempat duduknya dan menuju ke arah gadis itu.

“Awak okay? Ada tak selesa mana-mana ke?” Tanya Eijaz bimbang.

“No, I’m not okay. I think my migraine datang. Awak ada minyak angin?” Zalika menjawab dengan tangannya mengurut kepala.

“Migraine? Sakit sangat ke?” Tanya Eijaz lagi. Ika menganggukkan kepala.

“Okay, wait here a moment?” sambung Eijaz.
Tidak sampai seminit Eijaz datang kembali bersama pramugari.

“Nah, take this medicine. Maybe it could reduce your pain.” Kata Eijaz sambil menghulurkan dua biji Panadol dan segelas air masak.

“Miss, do you need our doctor to check on you?” Celah pramugari yang berada di belakang Eijaz.

“No, it’s okay. I just want to rest a little bit.” Jawab Ika lemah.

Matanya mula layu. Mungkin kesan ubat yang dimakannya tadi. Eijaz yang dari tadi berada di situ meminta selimut dari pramugari lalu menyelimut Husna Zalika. Dari masa ke semasa dia periksa keadaan gadis itu. Dia melekapkan telapak tangannya di dahi Ika dan di dahinya. Suhu Ika agak panas. Eijaz sekali lagi memanggil pramugari dan meminta sehelai tuala kecil dan sebesen kecil air. Dengan perlahan dia mula menuam dahi Ika. Dahi Ika mula mengerut. Dahinya terasa sejuk dan ada pergerakan. Dia membuka mata.

“What are you doing?” Soal Ika kepada Eijaz dengan riak kurang senang dan terkejut.

“Err, tuam dahi untuk kurangkan suhu.” Jawab Eijaz.

“You don’t need to do that. I’ll be fine after a while. ” Kata Ika sambil mengambil tuala kecil di dahinya lalu meletakkan kembali di dalam besen kecil yang bewarna putih itu.

“I know you’ll be fine but now please let me do this. It’ll help to cool down the temperature.” Tegas Eijaz sambil memerah tuala kecil dan meletakkan kembali ke dahi Ika.

Ika tergamam dengan tindakan lelaki yang baru dikenalinya itu. Matanya melekap pada lelaki tersebut. Tidak berkelip. Seperti tahu apa yang Ika rasa, dia tersenyum nipis.

“You help me once, so why not this time I help you. With this, we are even now.” Eijaz kenyit mata.

“Thank you.” Kata Ika perlahan sambil tersenyum. Hatinya berdebar tidak tahu kenapa.

Mungkin rasa terharu. Singkapnya dalam hati. Secara perlahan mata Ika layu semula. Tidak tahu kenapa dia berasa selamat berada dekat dengan Eijaz sedangkan kerjanya sebagai ejen perisik perlu sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Selama beberapa jam dalam pesawat Ika tidur dengan nyenyak sekali sehinggakan sampai ke destinasi pun dia tidak sedar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience