37 - Kecewa!

Romance Completed 45760

“Isteri you? Are you kidding me, Aidil Hakimi? Tak, tak mungkin. You saja je nak sakitkan hati I, kan?” Bergetar nada suara yang dikeluarkan. Lengan si suami cuba diraih berserta dengan mata yang sudah berkaca-kaca. Malangnya, Aidil menarik lengannya daripada disentuh oleh isterinya itu. Neldia sedikit terkejut dengan tindakan tersebut. Air mata jernih mula mengalir menuruni pipi gebunya.

“Buat apa I nak sakitkan hati you? I memang dah kahwin dengan dia lapan bulan lalu. I'm sorry sebab sorok tentang benda ni. I harap, you boleh terima dia dalam rumah ni,” tenang jawapan itu dilontarkan kepada Neldia. Ya, dia telah berkahwin dengan Faresha lapan bulan yang lalu tanpa pengetahuan sesiapa termasuk Ria Neldia mahupun Puan Kartini sendiri. Disebabkan itu, Aidil sering balik lambat ke rumah dan membuat Neldia marah kepadanya. Itulah punca mereka hari-hari bertikam lidah.

“You kejam! Sanggup you madukan I. Apa kurangnya I, Aidil?!” Hatinya bagaikan ditusuk oleh pisau yang tumpul. Sakit. Sangat sakit. Bahkan, hatinya seolah-olah dihempas kuat ke atas batu. Hancur dan tidak dapat disatukan kembali. Kecewa. Semua perasaan itu sedang melanda dirinya.

“Sebelum ni, you izinkan I kahwin lain. Tapi, kenapa sekarang you nak mengamuk pula?” selamba peluru perli dilepas ke dalam atma Neldia. Wanita itu diam membisu. Hanya suara tangisan kedengaran pada wanita tersebut.

“You tanya I apa kekurangan you?” Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembus perlahan sebelum menyambung kata-katanya lagi. “I malas nak cakap. I rasa you tahulah apa yang ada pada Faresha, tapi tak ada pada you...” Kandungan sekitar empat bulan itu di usap lembut.

“Jadi disebabkan tu, you sanggup kahwin lain? I pun boleh, tapi...”

“Tapi, kena tunggu you bersedia? Sampai bila, Neldia? I tak minta banyak, I minta satu tu je. Yes, I tahu mengandung tu penuh dengan cabaran. Tapi, I ada. I sedia turut apa jua kemahuan you. Bahkan, jadi hamba you pun, I sanggup tahu tak?” ujar Aidil panjang lebar. Sejujurnya, tingkah Neldia telah membuat dirinya terluka dalam diam.

“Abang, sudahlah tu. Kak Neldia, saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya tiada niat nak rampas abang Aidil atau sakitkan hati akak. Saya ikhlas terima akak sebagai madu saya dan saya harap akak juga macam tu,” Akhirnya Faresha mula bersuara setelah lama diam membatu. Ini kali pertama dia berhadapan dengan Ria Neldia, madunya sendiri. Kasihan melihat keadaan wanita itu.

“Kau diamlah! Pergi mampus dengan perkataan ikhlas kau tu! Listen, aku tak akan terima kau dalam hidup aku! Tunggulah nasib engkau,” Air mata yang deras mengalir tadi, di kesat dengan kasar menggunakan hujung jari. Ombak kemarahan telah bergulung-gulung di sanubari, seolah-olah hendak memusnahkan Faresha dalam sekelip mata.

“Apa salahnya akur antara satu sama lain? Faresha okay je, kan? Tak kan you tak boleh buat macam tu?”

“You tahu I macam mana, kan? Ada nampak macam boleh terima dia ke? Sedangkan dengan Hanis I tak boleh akur, ini pula dengan dia? Jangan mimpi,” air muka Ria Neldia tegang saat itu.

“Habis tu, you nak buat apa? Nak singkirkan dia, macam singkirkan Hanis dulu? I tak akan benarkan you buat macam tu. I sayang Faresha and I sayang anak I.” Balas Aidil dengan tegas.

Neldia terdiam tidak membalas. Perut buncit Faresha di pandang sekilas. Kalau pasal anak, dia kalah. Salahnya juga kerana enggan memberi zuriat kepada suaminya itu. Tapi, itu semua dia tidak peduli. Dalam ruang minda, hanya memikirkan cara untuk menyingkirkan wanita tersebut. Aidil Hakimi hanya milik seorang Ria Neldia!

“Buang niat buruk you, kalau masih nak stay dalam rumah ni. I tak main-main dengan perkataan I. Kalau you berani, buatlah. Jangan salahkan I kalau tiba-tiba I halau you daripada rumah ni,” tambah Aidil lagi. Kali ini, lagi keras nadanya memberi amaran kepada Neldia. Bukan sesuka hati dia mahu berbuat demikian, tetapi cara ini mungkin dapat menyedarkan perangai Neldia yang sedikit licik.

“I benci you, Aidil! Gara-gara perempuan ni, you sanggup nak buang I?! I tak sangka...” turun naik dadanya menahan gelombang amarah yang membuak-buak.

“Abang... sudahlah tu. Kasihan dengan Kak Neldia,” Faresha cuba memujuk suaminya. Tak sangka benda ni akan jadi besar. Kalau dia tahu jadi macam ni, lebih baik hubungan itu di sorokkan. Bukan Neldia saja sakit, sebenarnya hatinya juga sakit. Namun, dia berusaha untuk menerima Neldia sebagai madunya. Dalam hal ini, dia boleh dikatakan sebagai orang ketiga. Orang yang menghancurkan rumah tangga orang lain. Hakikatnya, dia tidak berniat demikian.

“Kau diam! Ini urusan aku dengan suami aku!” Gertak Neldia. Benci sungguh mendengar suara milik Faresha.

“You know what? I tak pernah lupa kesalahan I dulu. Disebabkan you, I buang Hanis. I layan dia macam sampah. Padahal, perangai Hanis jauh lebih baik berbanding you! Kali ni, I tak kan buat kesalahan yang sama,” Hati Neldia semakin sebak sehingga tidak mampu untuk berkata-kata. Dirinya seolah-olah berada di dunia yang gelap dan suram dek kerana kesedihan yang melampau. Adakah ini petanda cinta lelaki itu sudah tiada buat dirinya lagi?

“Esok I nak you minta maaf dengan ibu. Suka atau tidak, you tetap kena minta maaf, faham?” Itu pesanan terakhir daripada Aidil sebelum melangkah naik ke atas bersama Faresha. Tinggallah Neldia seorang diri dalam keadaan hancur. Tangisnya tak henti-henti mengalir saat itu mengenang nasibnya yang malang.

Sebuah kereta telah memasuki perkarangan rumah tepat padal pukul 2 petang. Faresha yang menyedari kedatangan tersebut, segera menunggu di hadapan pintu bersama debaran yang tak henti-henti. Maklumlah, kali pertama dirinya berjumpa dengan ibu mentuanya, puan Kartini. Entah apa pula nasibnya selepas berhadapan dengan wanita tersebut. Apa yang diharapkan hanyalah restu dari wanita itu.

Dari sudut pandangan puan Kartini pula, tertanya-tanya dengan gerangan wanita yang sedang menunggu itu. Tak mungkin pula pembantu rumah dengan perut yang menonjol kedepan. Wajah anaknya disebelah dipandang. “Siapa tu? Kawan Neldia ke? Apa dia buat di rumah ni?” bertubi-tubi soalan ditanya kepada Aidil.

Aidil tersenyum. “Ibu... Kalau Aidil cakap, ibu jangan terkejut pula. Marah pun tak boleh tau,” Tangan Puan Kartini dicapai lalu digenggam erat. Risau pula ibunya terkena serangan jantung apabila mendapat tahu cerita sebenar.

Dahi Puan Kartini mula berkerut. Ada perkara yang tidak kena agaknya. “Cakap ajelah siapa dia? Isteri kamu?” teka Puan Kartini. Laju Aidil menganggukkan kepala beberapa kali. Tak sangka tekaan ibunya tepat.

Puan Kartini menggeleng lalu tersengih. “Buaya sangat anak ibu ni, ya.” Jawapan Puan Kartini dapat meledakkan tawa Aidil serta-merta.

Kehadiran Puan Kartini disambut mesra oleh Faresha walaupun sedikit gentar. Syukur, apa yang dirinya mahu, termakbulkan. Puan Kartini telah merestui perkahwinan mereka. Terpancar jelas wajah wanita itu terlalu gembira sehingga melupakan masalah yang dipikul buat sementara waktu.

Sedang seronok bersembang, kelibat Ria Neldia muncul di ruang tamu tersebut dengan mata sembap. Dia memandang Aidil dan Faresha silih berganti sebelum duduk melutut di hadapan Puan Kartini. Dia ingin meminta maaf kerana telah berlaku kasar terhadap ibu mentuanya. Itu pun hanya kerana terpaksa. Keras kepala macam mana pun dirinya, kata-kata suaminya semalam tetap dituruti juga.

“Ibu, Neldia minta maaf sangat-sangat. Neldia terlalu emosi masa tu. Tolong maafkan Neldia, ya?” ujarnya dengan lemah-lembut walaupun nada sedikit bergetar. Puan Kartini hanya memandang penuh kebencian. Tiada satu pun perkataan dikeluarkan dari mulutnya. Huluran tangan menantunya diabaikan begitu sahaja.

“Eh, Kak Neldia. Marilah minum sekali...” pelawa Faresha memecahkan ruang kebungkaman yang terjadi saat itu.

“Tak apalah, terima kasih. I naik dulu,” Dia terus meninggalkan ruang tamu tersebut.

“Kamu tak payah baik sangat dengan Neldia, takut nanti dia apa-apa kan kamu. Dia mana boleh percaya sangat!” jelas Puan Kartini cuba memperingati. Faresha hanya tersenyum mendengar.

“Assalamualaikum, Hanis. Ooo, Hanis.” ucap Mariam setelah berada di hadapan pintu kediaman Hanis. Pintu rumah tersebut diketuk sedikit keras agar penghuni didalamnya dapat mendengar suara ketukan tersebut. Namun, sudah dua minit, Hanis masih tidak memunculkan diri untuk membuka pintu itu. Pelik dan cemas diri Mariam saat itu. Pelik kerana Hanis tidak timbul, cemas kerana takut ada apa-apa yang terjadi pada wanita tersebut.

Mariam cuba untuk bertenang dan memikirkan hal yang positif. Mungkin Hanis sedang mandi agaknya. Nombor Hanis dihubungi serta-merta. Tiada sambutan. Hal itu membuatkan Mariam semakin cemas. Tak kan mandi lama sangat? Dia cuba ketuk entah kali yang keberapa. Tombol pintu cuba dipulas dan ia mengejutkan apabila pintu tersebut tidak berkunci. Tanpa membuang masa, Mariam terus memboloskan diri masuk ke dalam rumah itu.

“Hanis?” panggil Mariam. Dia cuba memeriksa di bahagian bilik dan juga kamar mandi. Kosong. Dia bergerak ke dapur pula.

“Ya Allah, Hanis!” Mariam segera mendapatkan wanita yang telah terbaring kaku di atas lantai. Serpihan kaca yang pecah, berterabur disekitar situ. Makanan juga turut bersepah. Entah apa yang telah terjadi dengan Hanis. Wajahnya pucat lesi. Entah masih bernyawa atau pun tidak, dia tidak pasti.

Laju saja dia meminta bantuan daripada jiran-jiran disitu untuk mengangkat Hanis ke keretanya. Laju saja kereta miliknya memecut membelah jalan raya menuju ke hospital yang berdekatan. Sejak kebelakangan ini, Mariam risau melihat keadaan Hanis. Menangis, tidak mahu makan. Sebab itu dia selalu melawat Hanis apabila balik dari kerja.

****

Happy reading <33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience