Bab 28

Fantasy Completed 14019

"KAI!!" Jane menjerit kuat. Pantas matanya dibuka luas memandang kiri dan kanan. Aku kat mana? Dahinya berkerut.

Mata gadis itu terhenti apabila terpandang wajah seseorang di hujung katil. Dani?

"dani? Wei dani!!" jane tersenyum. Gembira hatinya memandang lelaki itu. Dani hanya tersenyum tipis.

Lelaki itu melangkah mendekati jane. "kak jane, akak ok tak?" dani bersuara perlahan.

Jane memandang wajah dani yang agak muram. "kau asal? Tak gembira ke tengok aku? Ujar gadis itu pelik.

"aku okay lah. Tangan kau sakit lagi?" tanya lelaki itu sambil memuncungkan bibir menunjuk ke arah lengan jane.

Pantas jane menggeleng. "tak. Aku dah sihat. Mana kai?" soal jane tidak sabar.

Lagi lagi si kai! Dani mendengus perlahan. "aku tak tahu"

"eh! Kau tak tahu ke? Bukan ke kai yang bawak aku balik?"ujar jane sambil mengerutkan dahi.

"kai? Aku lah yang bawak kau balik"

"engkau?!" jane mula keliru.
"engkau yang bawak aku balik? Habistu mana kai?"

"kenapa asyik sebut nama dia? Mana lah aku tahu! Masa aku datang rumah kau malam tu, aku nampak kau sorang je yang terbaring dekat dalam rumah tu" lelaki itu memeluk tubuh.

Dahi jane berkerut. Aku sorang?
"betul ke aku sorang je dalam rumah tu.. Takkanlah.." gadis itu menutup mulutnya. Lantas dia menoleh memandang dani. Kalau dani ada dekat sini, maksudnya...

"kak kau ni kenapa?" dani mula seram memandang jane. Dah kenapa perempuan ni.

Pantas jane bangun dan keluar dari biliknya. Dia berlari masuk ke dalam rumah agam dan naik ke tingkat atas. Tujuannya hanya satu iaitu untuk melihat sama ada kai masih ada di situ atau tidak.

Jane menelan air liur. Dia merenung tombol pintu Bilik kai. Tolong lah kai! Tolonglah jangan pergi!

Tombol pintu dipulas perlahan. Kaki gadis itu melangkah masuk. Kosong. Bilik itu gelap. Jane jatuh terduduk. Apa yang aku dah buat ni?!

Nafas gadis itu tidak sekata. Dia tidak mampu menahan air matanya dari jatuh. Jane menangis di situ juga.

"jane?"

Laju jane menoleh. Kai? Awak ke tu?!

Kelihatan dani sedang memandang pelik ke arah jane.

Air mata jane meluncur laju. Sangkaan nya meleset.

"kak kau kenapa ni?" dani berjalan ke arah gadis itu. Kesian pula dia melihat jane yang sedang menangis.

"kak.. Kenapa kau menangis?" dani menyentuh lembut bahu jane.

Jane duduk memeluk lutut. "dani.. Dia dah pergi" ujar gadis itu perlahan.

"siapa? Siapa yang dah pergi?"

"kai.. Ni semua salah aku" jane mengetuk kepalanya beberapa kali.

"kak.. Janganlah macam ni" dani buntu. Tidak tahu apa yang harus dilakukan sekarang. Tangannya teragak agak untuk menyentuh rambut gadis itu.

Jane tidak dapat menahan rasa kecewanya. Gadis itu menyembamkan wajahnya di dada bidang dani. Lelaki itu tergamam. Perlahan-lahan tangannya mengelus lembut rambut jane.

"jane.. Jangan lah sedih.. Aku kan ada" pujuk dani.

"sebab kau ada lah, kai hilang" jane bersuara perlahan. Suaranya hampir tidak dapat didengari.

"apa dia?"

Jane menggeleng. Dia memeluk tubuh lelaki di hadapannya. Biarlah dia di anggap seperti mengambil kesempatan. Dia memang amat memerlukan seseorang ketika itu. Gadis itu berasa agak tenang apabila memeluk dani. Hangat seperti kai.

"dah okay?"

Jane mengangguk laju. "maaf buat kau tak selesa. Tapi.. Bau kau lebih kurang macam kai lah dani" ujar jane cuba berseloroh. Dia mengesat air hidungnya menggunakan baju.

Dani tersenyum tipis. "aku tak kisah kalau kau nak peluk aku lagi" ujar lelaki itu sambil tersenyum nakal.

"betul ke?" mata jane bersinar. Dia memang maksudkan apa yang dia cakap tadi.

Terus bertaut kening dani. Eh? Perempuan ni serius ke? "aku.."

"tak apalah. Jomlah kita keluar nanti puan besar marah" jane bangun dan berlalu keluar.

Hish! Dani menggosok rambutnya. "jane jap!" tangannya menarik lengan jane supaya berhenti.

"kenapa?"

"aku tak kisah kalau kau nak peluk aku lagi tapi aku nak ingatkan sesuatu je" dani merenung anak mata gadis itu.

"betul ni?!" ujar jane teruja.
"apa yang kau nak cakap tadi?"

"aku dani bukan kai" dani mengangguk dan tersengih.

Senyuman jane mati. "aku tahu la kau bukan kai. Kai tak pernah sengih macam kau" jane mencebik. Gadis itu menggosok matanya yang agak sembab kerana menangis tadi.

"jane? Dani?" tegur puan erika yang baru keluar dari biliknya. Terkejut dia melihat mereka berdua di tingkap atas.

"puan besar" jane tersenyum. Dani terus menyorokkan tubuhnya di belakang jane.

"dani kamu kenapa? Takut dengan saya ke?" soal wanita itu pelik. Puan erika menghampiri jane dan memegang lengan gadis itu yang masib berbalut.

"jane sayang.. Tangan kamu sakit lagi ke?" soal wanita itu lembut.

Jane menggeleng. "saya dah sihat tapi.." suara gadis itu terhenti.

"kenapa jane?" puan erika memandang mata gadis di hadapannya.

"puan tahu mana kai pergi?"

Wanita itu tersenyum. "saya tak tahu. Kai ada jumpa saya sebelum dia keluar tapi dia tak bagitau dia pergi mana"

Jane tersenyum lebar. "dia jumpa puan? Keadaan dia macam mana? Badan dia luka ke teruk ke?" soal jane bertubi tubi.

Wajah dani masam. Tak habis habis pasal kai!

"kai? Ouh dia tak apa apa" balas puan erika sambil tergelak kecil. Dia dapat membaca kerisauan di wajah gadis itu.

"betul ke?" ujar jane meminta kepastian.

"kak jane! Dah la tu. Kan puan besar kata kai tak apa apa" sampuk dani lalu memeluk tubuh.

"hah dani! Kenapa menyorok belakang jane. Mari sini" puan erika mengangkat keningnya.

Dani terkedu. Jane menolak tubuh lelaki itu supaya mendekati puan erika.

Wajah wanita itu serius memandang dani. Lelaki itu mula gelabah.

"kenapa kamu selalu elak dari jumpa saya?"

Dani menggeleng laju. "mana ada puan" lelaki itu tidak berani bertentang mata dengan puan erika.

"jane kata kamu nangis masa saya pengsan hari tu. Kenapa?" soal wanita itu lagi.

"saya.." dani tunduk memandang lantai.

"perangai kamu ni sama macam anak saya masa dia kecil dulu. Dia takut nak tengok mata saya bila dia buat salah. Kamu ada buat salah ke sampai tak nak pandang muka saya?" ujar wanita itu sambil tersenyum sinis.

Jane hanya memerhati. Dia tidak mahu masuk campur.

Perlahan-lahan dani mengangkat wajahnya memandang wanita yang berada di sebelahnya.
Tangannya berpeluh.

Puan erika ketawa. "kamu ada aura yang kuat dan mata yang tajam dani"

Dani hanya tersenyum tipis. Dia menjeling jane di sebelah.

"dani kenapa kamu takut dengan saya?" soal wanita itu lagi. Kali ini dia mahukan jawapan dari lelaki di hadapannya.

Dani menarik nafas panjang. Dia terpaksa beritahu perkara sebenar.

"sebenarnya.." dani terhenti. Tangannya mengigil.

Jane dan puan erika mengangkat kening. Menyuruh lelaki itu menyambung percakapan nya.

" sebenarnya... Saya anak makcik tina. Pembantu rumah ni dulu." sambung dani.

Puan erika memandang tidak percaya. Anak tina?

"mak kata dia pernah di tuduh mencuri sesuatu dari dalam rumah ni. Tapi mak kata, dia tak pernah buat semua perbuatan tu. Ada orang perangkap mak"

"siapa? Siapa yang nak perangkap mak kamu?" soal puan erika ingin tahu.

"makcik rosie" sebaris nama itu cukup membuatkan puan erika terkejut. Rosie, wanita yang bekerja sebagai tukang masak di rumah itu sebelum dia di ganti oleh sarah.

"rosie? Tapi dia.."

"ye.. Dia dah mati kan? Kena langgar dengan kereta masa balik dari kedai. Saya sendiri nampak dia kena langgar" ujar dani perlahan.

Puan erika menggeleng perlahan. Tak sangka perangai wanita itu begitu. Selama ini rosie amat menjaga pertuturan nya dan tingkah laku.

"saya minta maaf bagi pihak rosie" ujar puan erika sedikit sayu. Sebagai majikan, mungkin dia perlu melakukan sesuatu untuk mendiang rosie supaya tenang di alam sana.

Dani tersenyum. "mak kata dia dah lama maafkan makcik rosie, puan"

"tapi tina mana ada anak? Dia tak pernah berkahwin pun" wanita itu mulai pelik.

"memang betul. Sebab tu dia ambil saya sebagai anak angkat"

"oh, kamu tak tahu siapa mak kamu ke?" soal puan erika lembut.

Dani tersedak. "eh kenapa ni?" jane menepuk lembut belakang lelaki itu.

"huk.. Air.. Huk huk" pinta dani yang masih terbatuk.

"air ada di dapur, jane bawa dia turun" arah puan erika cemas.

Jane menarik tangan lelaki itu ke dapur.

"nah air" gadis itu menghulur segelas air suam.

Dani meneguk pantas. Hurh, lega!

"dah okay?" jane mengangkat keningnya.

Lelaki itu menggangguk dan memegang dadanya. Rasa nak terbakar tadi tau tak.

"dah jom lah balik bilik. Aku nak baring kejap. Pening" ajak jane lalu mengurut perlahan kepalanya.

Dani hanya menurut tanpa membantah. Dia memerhatikan jane masuk ke bilik sebelum dia melangkah masuk ke dalam biliknya sendiri.

Dani baring. Dia mengurut kepalanya. Lepas ni dia mungkin perlu lebih berhati hati dengan majikan nya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience