BAB 6

Romance Completed 24711

“Mama tak hairanlah Ana, kau tu saja nak elak soalan mama kan?” mamanya dah masak dengan sikap Adriana bila tanya soalan pasal kahwin mesti nak larikan diri. Sudahlah umur semakin meningkat tapi masih jugak nak duduk bawah ketiak mamanya. Memang geram sangat dengan Adriana. “Cepat sikit bersiap, mama dah masak makanan untuk kau, nanti sejuk kau jugak komplen tak sedap.”

Usai selesai mandi dan solat Adriana terus keluar dari biliknya kerana perut sudah mula bernyanyi, lapar sangat sebab tak makan tengah hari tadi. Adriana memang manja, semua makanan mesti dah sedia diatas meja makan kalau merajuk tahap gaban tak nak makan. Nak masak sendiri, malas. Dia lebih suka masakan mamanya dari masakannya sendiri. Siapa tak suka masakan ibu, kan?

“Ana, mama tanya tadi Ana tak jawab pun.” Lagi sekali mamanya mula dengan topik cari pasangan, kahwinlah, nak ada cuculah, rumah sunyilah, macam-macam! “Mama ni teringin nak lihat Ana kahwin, pakai baju kahwin duduk atas pelamin, lepas tu ada anak, adalah jugak mama ni cucu kan. Tak da lah ruamh ni sunyi sangat.” Dengan suara sedih mamanya bercakap pada Adriana, namun dia hanya selamba menyuap makanan dalam mulutnya.

“Mama, Ana kan tengah makan ni.” Mulutnya penuh dengan makanan. Dia tahu kadang mamanya sedih sebab dia sendiri tak nak cari pasangan dan selalu biarkan soalan mama yang inginkan dia kahwin. Adriana pun tahu sekarang umur dia dah meningkat satu tahun dari tahun yang lepas, dah nak masuk 28 tahun. Tapi Adriana masih takut nak kahwin, takut bila dah kahwin dia kena ikut suami dia dan tinggalkan mama dan abah dirumah besar mereka. Dia tak nak tinggalkan mama dan abah sebab tu tak nak fikir pasal kahwin. Mungkin dia akan cari bakal suami yang sudi untuk duduk serumah dengan keluarganya, walau macam mana sekalipun dia tetap akan jaga mama dan abah sampai mereka tua atau sakit, sebab janji dia dengan abang kesayangan pasti akan dia tunaikan.

Hospital yang sibuk dengan kemalangan tragis petang tadi membuatkan Ana gelisah dan resah. Airmata tak dapat ditahan sudah membasahi pipinya. Tangan dan kakinya berketar-ketar, dia ingin membuat panggilan namun badannya bagaikan tiada tulang, rasa lemah dan akhirnya pengsan.

Kemalangan yang terjadi di hadapan matanya masih terbayang-bayang, lori besar yang membawa barangan besi dan kayu telah merempuh sebuah kereta Honda CRV warna biru yang menunggu di tepi jalan lebuhraya juga melibatkan beberapa buah kereta yang bergerak di hadapan. Kemalangan itu melibatkan seseorang meninggal di tempat kejadian.

“Ana, Ana kena janji dengan abang untuk jaga mama dan abah sampai bila-bila, ingat pesan abang jangan sesekali lukakan hati mereka. Abang sayang Ana, mama dan abah. Janji.” Adriana tak terkata apa-apa hanya menganggukkan kepalanya, tangisan yang tak dapat keluar hanya airmata yang keluar.

“Sabar ya adik, adik kena kuat. Abang sudah panggil ambulans dan polis pun sudah dalam perjalanan ke sini.” Lelaki berbaju belang hitam putih menolong Adriana dan abangnya. Pemandu yang lain hanya sibuk untuk melihata apa yang terjadi, bukan nak tolong pun.

Polis dan ambulan sudah sampai. Adriana sekali dengan ambulan yang membawa abangnya ke hospital. “Terima kasih.” Adriana yang sudah tak tahu nak buat apa hanya sempat berterima kasih pada lelaki tu, muka lelaki tu pun dia dah memang tak cam. Lelaki itu hanya senyum dan masih menolong untuk melaporkan apa yang terjadi kepada polis.

Suara Adrian masih terngiang-ngiang di telinganya, nama Adrian diapnggilnya berulang kali, tangannya memeluk jasad yang sudah berlumuran darah. “Abang jangan tinggalkan Ana, jangan tinggalkan Ana… Abang…!” Ana tersedar dari pengsannya kerana terasa badannya digoncang kuat oleh abah, mama yang duduk disebelahnya hanya menitis airmata.

“Ana kena kuat tau, abang Adrian dah selamat di kuburkan semalam. Abah minta maaf sebab tak dapat tunggu Ana sedar untuk sama-sama mengebumikan jenazah abang. Doktor pun tak benarkan Ana keluar dari hospital sampai Ana sihat. Ana okay tak ni?” apa yang abah cuba terangkan pada Adriana hanya mampu didengar tanpa sebarang jawapan, Adriana menangis lagi kerana abang yang selama ini banyak meluangkan masa bersama Adriana sudah meninggalkan dia buat selamanya. Tiada lagi usik-mengusik dari abangnya, tiada tempat bermanja, meluahkan perasaan dan bercerita sebelum tidur. Semua hanya tinggal kenangan bersama. Adriana sudah berjanji akan menunaikan perjanjian antara mereka dua adik-beradik.

“Miss KP Adriana!!” suara garang dari bilik Umar kedengaran membuatkan Adriana terkejut dan terus masuk ke bilik ofis Umar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience