Bab 38

Romance Series 106380

HARIS dan Juwita makan tengah hari bersama. Mereka kelihatan sangat gembira. Gurau senda, gelak tawa serta kemesraan mereka mengundang cemburu sesiapa saja yang memandang.

Sungguh bagai pinang dibelah dua. Sama cantik, sama padan. Disebalik kegembiraan dan senyum tawa mereka, ada hati yang terluka.

Dengan langkah yang cukup berani, figura itu menghampiri mereka. Mati serta merta senyuman di bibir mereka. Haris pula tergaman dengan tindakan spontan dari figura itu.

"Hai Baby... lama tau tak jumpa you. Sejak you resign dari company daddy I, you langsung tak nak jumpa I, kan?" Gadis itu merengek manja. Lengan Haris dipeluk erat.

Juwita hanya memandang. Tiada secalit senyuman di bibirnya. Dia tidak marah mahupun cemburu. Tapi matanya meluat melihat sikap gedik Khaty. Khaty tersenyum melihat Juwita yang kaku ditempatnya. Dalam hati, dia ketawa kemenangan.

Melihat Haris yang semakin tidak selesa, Juwita segera angkat punggung lalu merapati mereka. Wajahnya ditundukkan dan bibirnya dirapatkan ke telinga Khaty.

"Berambus sebelum aku malukan kau kat sini. Kang viral. Kau nak macam tu?" Berubah wajah Khaty. Lengan Haris dilepaskan. 

"Baby, perempuan ni nak malukan I." Rengek Khaty. Juwita geleng kepala. Entah bagaimanalah Haris boleh tahan dengan perempuan gedik macam ni. Dia sendiri rimas tengok. Mengalahkan menggeletis Si Zailani. Juwita mencengkam erat lengan Khaty apabila tiada tanda-tanda gadis itu akan beransur pergi.

"Berambuslah. Tak faham bahasa ke? Atau kau memang nak aku malukan kau?" Khaty merengus. Dia segera bangkit lalu menghentak kaki tanda protes.

"Kau tak kenal siapa aku lagi. Kau tahulah nasib kau nanti." Juwita tersengih.

"Baik. Aku akan buat report mengatakan kau ugut aku. Aku ramai saksi dekat sini yang dengar apa kau katakan." Juwita mula main psikologi. Malas sebenarnya ingin melayan perempuan gedik ni. Dia masih banyak lagi benda yang difikirkan dari serabut kepala memikirkan masalah Khaty.

Tanpa menunggu lama, Khaty segera meninggalkan mereka. Juwita kembali duduk ditempatnya. Wajah Haris ditenung lama.

"Masih tak boleh move on walaupun aku cakap yang aku ni tunang kau ke?" Mendatar sekali suara Juwita. Haris melepaskan keluhan berat.

"Sebab tu aku resign dua puluh empat jam dari syarikat daddy dia. Aku tak tahan dah. So, jalan terbaik aku terima offer papa untuk gantikan tempat kau sementara emosi kau stabil." Haris menyandarkan tubuhnya.

Hari ini Juwita sudah kembali bertugas. Haris suka melihat cara Juwita bekerja. Sangat profesional. Malah di pejabat, dia tetap membahasakan diri Tuan Mansur sebagai Tuan dan bukannya uncle. Lagi pula, mereka masih belum mengumumkan status Juwita lagi.

Ikut perancangan Tuan Mansur yang telah dipersetujui oleh Juwita sendiri, majlis memperkenalkan Juwita akan diadakan pada hujung minggu ini dan kebetulan Zalilah juga telah pulang ke Melaka setelah berbulan berada di Sarawak. Sehingga ke hari ini Zalilah masih belum mengetahui tentang Zaitun.

 "Okey. Balik pada perbincangan asal kita. Kau memang tak tahu kenapa Maisara berdendam dengan kau?" Haris masih mencuba nasib. Manalah tahu Juwita ingat. Namun, jawapan yang diterima tetap sama.

"Kau pun tahu yang aku kenal Maisara masa dia berpindah ke universiti kita belajar dulu. Aku sendiri tak tahu menahu sebab dia berdendam dengan aku. Bila kau cerita, aku sendiri jadi blur. Seingat aku, aku terus putuskan persahabatan aku dengan dia bila dia hina aku macam-macam. Cakap selama ni, bukan dia yang rampas jantan bodoh tu dari aku tapi aku yang rampas dari dia." Wajah Juwita kelihatan tegang, Urat-urat di dahi kelihatan timbul.

Haris terdiam. Maknanya Juwita sendiri tidak tahu menahu mengenai dendam Maisara. Nampaknya dia terpaksa memainkan peranannya.

"Kau tahukan Maisara cuba rapat dengan aku. Sekarang ni, kita ikut dulu rentak yang dia mainkan. Aku pun tak tahu sebenarnya yang dia ada kaitan dengan kes kau ni. Tapi budak-budak aku dapat info. Jadi masa dia tegur aku, kebetulan budak aku memang tengah intip gerak geri dia. Jadi, dari situ aku tahu Maisara terlibat." Juwita silang tangan di dada.

"Aku nak sangat tahu apa yang dia dendam sangat kat aku. Sekarang ni, kau kena burukkan aku pada dia sampai dia buka cerita. Nampak gaya kau kena mainkan peranan macam kau pun nak hidup aku hancur." Akhirnya Juwita buat keputusan. Haris tersentak. Tidak menyangka, Juwita juga mempunyai idea yang sama dengan dia.

"Aku memang dah rancang macam tu dari awal lagi. Cumanya aku nak bincang dulu dengan kau. Aku tak nak emosi kau tak menentu balik." Haris mengeluh. Entah mengapa dia berasa tidak tegar.

Juwita menggenggam erat tangan Haris. Dia benar-benar mengharap rancangan Haris berjaya.

"Kalau kau betul sayang aku. Tolong aku bongkar semuanya Haris. Aku tak sanggup nak terus hidup dalam keadaan macam ni. Sampai bila aku nak kena hadap dendam yang aku sendiri tak pasti?" Juwita mulai sebak. Haris ukir senyum nipis. Tangan Juwita yang sedang menggenggam tangan kanannya ditepuk lembut.

"Serahkan pada aku. Aku akan selesaikan semuanya. Yang pasti, kau juga kena mainkan peranan. Atau rancangan ini akan gagal." Juwita mengangguk lemah. Suka atau tidak, dia perlu turuti.

Apa lagi cara yang dia punya untuk merungkai semua ini. Sudah hampir dua tahun dia menghilangkan diri dari mereka. Hidupnya cukup tenang dan aman damai walaupun terpaksa menjalani kehidupan yang sangat mebosankan. Pergi balik kerja. Menyekat pergaulan dia ditempat kerja.

Dia serik. Tidak sanggup lagi berdepan seandainya perlu bertemu lagi dengan seorang sahabat yang sanggup menikamnya dari belakang.

"Aku gerak dulu. Aku dah janji dengan Maisara nak jumpa ni pukul tiga. Kau jaga diri. Balik nanti, tolong minta Zai hantar kau balik atau balik dengan papa. Aku tak masuk office semua." Juwita mencebik.

"Eee... sukati je nak keluar masuk. Ingat anak bos boleh buat sesuka hati?" Juwita menepek. Haris melepaskan ketawanya.

"Aku dah apply half day dekat papa. Urusan kau lebih penting. Lagipun, aku cuma ambil alih sementara tugas kau sepanjang kau cuti." Haris mengekek ketawa melihat wajah cemberut Juwita.

"Haaa... sebelum aku terlupa. Hensem juga si kurita tu bila dah tak mengeletis. Aku tengok kemain lagi budak-budak gedik dekat office tu duk meleseh kat dia. Jangan jual mahal sangat. Aku takut kau melepas." Haris ketawa besar sebelum berlalu meninggalkan Juwita sendirian.

Sakit hati Juwita ketika itu. Haris sengaja membakar hatinya. Namun kaki tetap melangkah masuk semula ke pejabat kerana waktu rehatnya akan tamat sebentar lagi. Saat kaki melangkah ingin menyeberang, kelihatan Zailani sedang bersembang mesra dengan budak HR.

Apa lagi, menggelegak darah Juwita ketika itu. Dia sengaja jalan tergesa-gesa lalu melanggar bahu Zailani.

"Ops.. Sorry tak sengaja. Happy dating you all." Sempat dia menjeling tajam ke arah Zailani. Zailani menelan air liur yang terasa kesat di kerongkongnya  ketika itu. Tanpa sebarang kata, dia terus mengejar Juwita yang telah pun jauh meninggalkannya.

"Ju... tunggulah Lan." Zailani tak puas hati apabila melihat Juwita menjelirkan lidah lalu membiarkan pintu lift tertutup rapat.

"Shit!" Zailani menyumpah dirinya sendiri. Mujur saja pintu lift sebelah terbuka, terus Zailani meloloskan dirinya masuk ke dalam.

Keluar saja dari lift, Zailani terus menuju ke bilik Juwita namun hampa. Juwita tiada di situ. Zailani menggaru kepala yang tidak gatal. Kemana pula dia nak cari Juwita. 

Zailani terus melangkah ke mejanya. Petang nanti baru jalankan misi memujuk Miss Singa tu. Pujuk sekarang pun tak guna. Kang tak memasal Zailani kena baham. Arwah pula Mr. Kurita. Dah tu tak jadi apalah nanti.

Zailani sedang leka menyiapkan kerjanya apabila terdengar kekecohan yang berlaku di ruangan menunggu. Pertengkaran itu bukan saja menarik perhatian Zailani. Malah satu jabatan turut menjengah melihat apa yang berlaku.

"Shut your mouth! Pergi jahanam kau ni anak buah bos sekalipun. Kau ingat aku hairan? kalau bos sendiri pecah amanah pun, aku tetap akan heret." Buntang mata Zailani mendengar kata-kata Juwita.

Jadi selama ni Zack tu anak buah Tuan Mansur? Adakah Zack juga sepupu Juwita? Semua itu menjadi tanda tanya dalam hati Zailani.

"Hey perempuan. Kau jangan berlagak tau. Aku boleh buat kau kena pecat bila-bila masa je." Juwita tersenyum sinis.

"Kau tak boleh buat aku kena pecat." Juwita ketawa sinis. Sakit hatinya dengan sikap Zack. Kali ini dia tak boleh bersabar lagi.

Bukan sedikit wang syarikat telah digelapkan oleh Zack. Malah segala bukti yang dikumpulkan selama ini juga telah cukup. Tak perlu nak simpan lagi manusia macam ni. Manusia macam nilah yang selalunya menjahanamkan sesebuah syarikat.

"Kesian aku pada Tuan Mansur yang berpenat lelah bangunkan syarikat ni tapi dapat anak buah jahanam macam kau. Bukan nak bangunkan syarikat tapi menjahanamkan adalah." Juwita menghamburkan kemarahannya.

Laju tangan Zack naik untuk menampar wajah Juwita namun tindakannya dihalang oleh seseorang. Mencerlung matanya memandang Zailani. Dia perasan sejak kebelakangan ini perwatakkan Zailani sudah berlainan.

"Jangan jadi dayus pukul perempuan. Menyesal tak sudah kau nanti." Zailani memberi amaran. Namun tindakan Zailani itu mendapat penumbuk sulong dari Zack.

"Jangan masuk campurlah kurita. Sedar sikit diri tu." Zack melepaskan rasa di hatinya. Tergamam Juwita melihat bibir Zailani yang pecah berdarah. Namun Zailani hanya tersengih.

Kekecohan itu rupanya sampai ke pengetahuan Tuan Mansur. Malah Tuan Mansur sendiri melihat bagaimana Zack cuba menampar Juwita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience