BAB 8

Romance Completed 18280

Seperti biasa, perkara pertama yang Hafiy akan lakukan bila sampai sahaja pejabat, dia akan terus ke pantri dan membuat air kopi dulu. Biar matanya segar nak menatap fail yang bertimbun. Jam menunjukkan pukul 8.15 pagi. Yang lain sudah lama tercongok di pejabat, hanya Aizat yang masih belum sampai. Hafiy mengacau perlahan air kopi nya sambil berdoa agar harinya dimudahkan dan berjalan lancar.

Teringat Zahara, Hafiy terus kembali ke meja kerja. Dia capai fail yang tertulis nama wanita itu. Hasrat di hati ingin mencari nombor telefon Zahara tetapi harapannya hancur. Dia tak sertakan nombor telefonnya pada borang peribadi. Hafiy mengeluh.

"Entah dapat ke tak dia bawak laki dia". Gumam Hafiy sendiri. Berkerut2 wajahnya.

"Hoi! Membebel apa sorang2 tu?". Sergah Aizat yang baru sampai. Hafiy menjeling geram.

"Elok la. Salam kau hilang kat rumah ke?". Perli Hafiy. Aizat tersengih tak bersalah.

"Kau pun! Aku dah bagi salam, kau yang tak dengar. Termenung sampai ke mana? Ingat bini pun agak2 la".

"Banyak la kau! Apesal masuk lambat?".

"Er.. tadi aku hantar mak aku pergi rumah akak aku. Sorry la".

Hafiy terus sejuk. Nasib alasan munasabah. Borang peribadi Zahara dimasukkan kembali ke dalam fail.

"Tu kenapa ambil borang dia? Kau cari apa?".

Aizat tak senang hati. Wajah kawannya dipandang lama.

"Er.. ni? Aku cari nombor telefon dia. Just nak tanya pasal harini". Hafiy letak fail ditepi. Dia kembali meneruskan kerja. Riak wajahnya segera di sembunyikan dari pandangan Aizat.

"Okay, aku just nak tanya je".

Aizat terus ke meja kerja. Beg sandang diletak di tepi meja. Laptop dinyalakan dan terus dia mengambil beberapa fail yang perlu disemak.

"Dia ada buat appointment ke dengan kau?".

"Hurm.."

Aizat terdiam. Sudah tiga hari berturut2 wanita itu berjumpa Hafiy. Teruk sangat ke masalah yang dia hadapi?

"Kau dah breakfast belum?".

"Dah! Ni..". Seraya mengangkat cawan nya yang berisi air kopi 3 in 1.

Aizat bingkas bangun. Dia menuju ke pantri dan mula membancuh air. Harini dia mempunyai 5 klien yang akan berurusan dengannya. Pasti harinya akan penat.

Hafiy leka menelek fail yang tersedia rapi di meja. Kejap lagi, dia juga mempunyai klien yang akan diuruskan. Jam menunjukkan hampir ke angka 9.

"Assalamulaikum, Encik Hafiy".

Suara Zahara kedengaran. Hafiy menoleh. Kelihatan Zahara bersama seorang lelaki disebelah. Masam sekali wajahnya! Pasti suami Zahara. Huluran salam Hafiy langsung tak bersambut.

"Ni, Hakim.. suami saya". Jelas Zahara. Serba salah wajahnya. Terdapat kesan luka di dahi sebelah kiri. Hafiy memandang geram.

"Saya Hafiy. Terima kasih kerana hadir ke sesi kaunseling harini. Er.. Puan, boleh kita terus ke bilik kaunseling la".

Hafiy bergerak dahulu diikuti Zahara dan Hakim. Masing2 diam tak bercakap. Masuk sahaja di dalam bilik, Hakim mula bersuara.

"Kau siapa nak arah2 aku suruh datang ni?".

Hafiy terkedu. Berubah wajahnya bila dijerkah sebegitu. Zahara mula memandang cuak. Dia menjauhkan sedikit dirinya dari Hakim.

"Sabar dulu, Encik Hakim. Kita bincang dulu elok2". Hafiy bersuara. Jauh didalam hati dia takut kalau Hakim bertindak agresif.

"Hal aku laki bini, biar aku je yang uruskan. Kau tak payah masuk campur!".

"Betul tu. Tapi, isteri Encik Hakim datang mengadu pada kami. Takkan saya nak biar pulak? Tugas saya untuk mintak encik dan Puan berbincang elok2 kat sini supaya jumpa jalan penyelesaian". Jelas Hafiy. Dia cuba beriak tenang.

"Jalan penyelesaian apa? Kau sengaja nak malukan aku, kan?". Hakim menunjal dahi Zahara kuat hingga dia terdorong ke dinding.

"Sabar, Encik Hakim! Jangan kasar dengan perempuan". Hafiy mendekati. Lengan Hakim dipegang kuat.

"Kuu tak payah masuk campur! Ini urusan aku dengan dia!". Dia merentap kembali lengannya. Turun naik nafas Hakim.

"Tapi, jangan sampai berkasar dengan isteri sendiri". Perlahan suaranya, diketap giginya. Hafiy bengang.

"Hak aku! Aku punya suka!".

Hakim tak mahu kalah. Zahara sudah menangis ketakutan di sisi Hakim. Hafiy mengeluh berat.

"Macamni lah, saya taknak merosakkan lagi keadaan. Saya minta Encik Hakim datang supaya boleh bincang kenapa encik perlakukan Puan Zahara sampai macamni".

"Sebab dia menyakitkan hati aku!". Pintasnya.

"Kenapa?".

"Isteri yang tak tahu nak jaga hati aku, tak layak aku layan elok2! Selama ni aku bersabar, tapi sekarang, aku tak boleh nak tahan! Perempuan ni, bukan nak sokong aku! Semua yang dia nak, aku kena tunaikan! Kalau tak, dia maki aku macam aku ni tunggul kayu! Isteri apa macamni?!".

Hakim memandang tajam isterinya. Dia mula mengepal penumbuk. Sakit hati yang disimpan lama, tak mampu nak ditahan.

"Saya faham tu. Saya dah pun terangkan pada Puan Zahara dan dia sendiri dah mengaku silap dia. Jadi, saya rasa Encik Hakim pun sepatutnya memaafkan dan bina balik hubungan ni".

Hakim ketawa berdekah2. Geli hati mendengar kata2 Hafiy. Dia halakan jari telunjuk tepat kearah Zahara.

"Perempuan ni? Kau nak aku berbaik dengan perempuan ni? Aku takkan lepaskan dia selagi aku tak puas dengan apa yang dia dah buat kat aku dulu!". Terketar2 suaranya. Zahara menggeleng kepala berulang kali.

"Istighfar, Encik Hakim. Isteri encik dah mengaku salah. Encik tak sepatutnya balas dengan kekejaman seperti ni!".

Hafiy mula panas hati. Dia paling pantang lelaki yang tak bermaruah seperti ini.

"Abang, maafkan Ara". Hanya itu yang mampu diucapkan. Zahara kembali teresak. Habis tudungnya basah dek air mata.

"Kau jangan ingat aku akan lepaskan kau! And kau! Jangan ingat aku bodoh! Kau baik dengan bini aku sebab nak dia lepas dari tangan aku? Harapan ajelah! Jangan ingat aku tak nampak kau siap hantar dia balik lagi semalam. Bukan main lagi kau ye!".

Lengan Zahara dicengkam kuat. Berkerut wajahnya menahan sakit. Hafiy tarik kuat tubuh Hakim agar cengkamannya dilepaskan.

"Tolong Encik Hakim! Hormat kat mana awak berada. Awak dah salah faham".

"Hormat taik kucing!".

Tak semena2, sebuah penumbuk dihadiahkan tepat mengena wajah Hafiy. Dia terduduk lemah. Pintu bilik dibuka dan terpacul wajah Aizat.

"Encik! Tolong hormat sikit! Kenapa nak bertindak kasar ni?". Aizat menghampiri Hafiy yang sedang terduduk sambil mengelap darah di hujung bibir.

"Aku tak kacau, jangan sibuk nak campur hal aku! Ara, balik!". Dia rentap tangan Zahara agar mengekorinya pulang.

Hafiy mendengus. Pedih bibirnya dek tumbukan Hakim.

"Kau pun agak2 la! Sampai macamni dia bertindak. Patutnya, kau boleh agak dah. Panggillah aku ke!". Tubuh Hafiy dipapah lalu dia tarik kerusi, membenarkan Hafiy melabuhkan punggung. Tisu dihulurkan.

"Tak expect nak jadi!". Ujar Hafiy.

Wajah Aizat dipandang lama. Ternyata kawannya sangat tak berpuas hati dengan cara Hakim sebentar tadi. Mujur sahaja dia mendengar hiruk pikuk suara dari luar. Nasib tiada yang lebih teruk berlaku.

"Kau tak payah la handle lagi. Biarlah kalau dah tu yang dia nak!".

Hafiy terdiam. Setelah apa yang berlaku, dia memang akan melepaskan kes ini sahaja. Tak sanggup nak kena lagi.

"Biadap gila laki dia! Suami apa macamtu!". Bahang terasa seisi bilik kaunseling. Hafiy mengeluh kasar.

Otaknya ligat berpusing. Hatinya merasa tak sedap. Ingatannya tak berhenti memikirkan Zahara. Apa yang akan terjadi pada wanita itu? Pasti bertambah teruk lagi.

"Woi, kau fikir apa?!". Sergah Aizat.

Hafiy tersenyum kelat. Ingatannya terhadap Zahara hilang begitu sahaja.

"Takde apa! Jomlah". Hafiy bingkas bangun sambil membawa kotak tisu keluar. Bibirnya masih pedih. Dia ingin meneruskan kerja yang masih berbaki, tapi dia sudah tiada mood.

"Balik lah! Ambil cuti. Kitorang boleh uruskan kat sini". Aizat duduk di meja kerja. Wajah Hafiy dipandang sekilas.

Hafiy bersandar lesu di kerusi. Dia mengehela nafas panjang. Idea yang menarik!

"Aku balik dulu. Nanti kalau sesiapa cari aku, cakap aku cuti". Hafiy bingkas bangun.

Hasrat di hati ingin mencari tempat tinggal Zahara. Dia ingin juga meneruskan niat nya untuk membantu wanita itu. Tak mungkin Hafiy akan membutakan mata melihat Zahara diseksa setiap hari.

Kereta dipandu laju menuju ke kawasan perumahan Zahara. Mujur sahaja dia masih mengingati jalan ke rumah wanita itu. Hatinya berkecamuk. Bayangan Hakim tak berhenti menerjah ruang fikirannya. Tak berhenti dia berdoa agar Zahara tidak diapa2kan oleh Hakim.

Perjalanan yang mengambil masa selama setengah jam membawa Hafiy ke simpang masuk rumah Zahara. Dia mematikan enjin. Matanya meliar memandang kawasan sekeliling. Hafiy cuba mengingati laluan yang digunakan Zahara. Perlahan2 dia mula berjalan kaki melewati jalan taman perumahan. Satu persatu rumah teres itu dipandang, cuba mencari kepunyaan Zahara. Kebanyakan teres yang diduduki kepunyaan orang Islam dan berkeluarga.

Hafiy sampai ke sebuah rumah yang kelihatan kosong. Matanya tertinjau2 isi rumah. Tiada kereta mahupun motorsikal yang terletak di halaman rumah.

"Bukan ni kot". Gumamnya.

Hafiy mengeluh. Dia cuba mencari rumah lain pula. Hatinya merasa tak sedap setelah membiarkan Zahara pulang bersama Hakim. Dia merasa tersangat bimbang. Hafiy meneruskan langkah.

"Cari siapa tu?". Tegur seorang lelaki tua berumur 50an. Pakcik yang sedang duduk menghisap rokok diluar rumah tersenyum pada Hafiy.

"Er.. nak tanya. Mana rumah Nur Zahara bt Ismail?".

Pakcik itu terdiam lama. Berkerut wajahnya cuba mengingati sebaris nama tersebut.

"Zahara? Erm.. Ara ke?".

"Er.. ha.. ha! Ara!". Hafiy mendekati. Berkobar dadanya. Dia menemukan harapan.

"Tu hujung tu.. rumah pagar kelabu". Pakcik tersebut menuding jari ke rumah teres hujung taman.

Hafiy tersenyum lega seraya mengucapkan terima kasih. Dia mempercepatkan langkahnya. Dari jauh kelihatan pintu pagar yang sedikit terbuka. Perlahan2 Hafiy mendekati. Matanya melilau mencari kelibat Hakim mahupun Zahara. Sunyi!

Hafiy tolak pintu pagar lalu melangkah perlahan ke dalam rumah. Tiada langsung tanda rumah berpenghuni.

"Belum sampai rumah ke?". Detik hatinya.

'Tak mungkin!'.

Hafiy cuba menekup telinganya ke tingkap rumah. Tiada sebarang suara yang kedengaran. Peluh di dahi menitik laju. Jam ditangan dikerling. Jam 1 petang. Sepatutnya mereka sudah lama berada di rumah.

Hafiy berputus asa. Mungkin sahaja mereka ke tempat lain. Baru sahaja Hafiy berkira2 ingin keluar, dia seperti terdengar erangan dari dalam rumah. Kakinya berhenti melangkah. Telinganya cuba menangkap bunyi yang sayup2 kedengaran. Suara wanita!

Hafiy kembali ke tingkap. Dia menggunakan seluruh pancaindera yang dikurniakan Tuhan untuk mendengar punca suara tersebut. Masih lagi terdengar suara erangan seorang wanita. Hatinya semakin tak sedap. Sepertinya sesuatu telah berlaku. Hafiy ketuk pintu berulang kali. Salam juga diberi. Masih tiada jawapan. Tak mungkin Hafiy salah dengar.

"Assalamualaikum! Puan Zahara!".

Masih tiada jawapan. Hafiy berjalan menuju ke pintu belakang. Tombol pintu dibuka tapi gagal. Berkunci. Hafiy ketuk kuat dengan harapan ada yang menyahut. Lima minit dia menunggu tapi masih tiada yang menyahut. Hafiy kembali ke pintu hadapan. Tingkap yang tertutup rapat diketuk kuat. Hafiy cuba memandang ke dalam rumah melalu tingkap. Samar2 penglihatannya.

"Apa patut aku buat ni?!". Dia garu kepala.

Separuh hatinya menyuruh agar tinggalkan rumah ini. Separuh lagi, pecahkan sahaja pintu rumah ini. Kalau pecahkan, dia kena bayar ganti rugi. Aih, masalah betul!

"Assalamualaikum, Puan Zahara! Ni saya Hafiy".

Lima minit, Hafiy terdengar bunyi sesuatu jatuh. Firasatnya kuat mengatakan ada sesuatu yang terjadi. Dia hilang pertimbangan waras. Pintu itu harus dipecahkan.

"Ganti rugi pun, ganti lah!".

Dengan sekuat hati, Hafiy menendang pintu rumah Zahara. Berderai jatuh ke lantai pintu tersebut. Hafiy segera mencari kelibat susuk tubuh Zahara. Tiada! Dengan pantas Hafiy mencari di bilik. Alangkah terkejutnya bila dia melihat tubuh Zahara sudah terkulai layu di lantai. Dengan darah yang membasahi sebahagian kepala nya, dia hampir sahaja tak sedarkan diri.

"Allah! Puan Zahara.. bangun! Mana Hakim?". Hafiy mendekati. Zahara memegang kuat kepalanya. Dia tak henti mengerang kesakitan.

"Tolong saya!".

Hampir tak kedengaran suara wanita itu. Dengan pantas Hafiy menelefon ambulan. Cemas hatinya. Darah yang mengalir laju dikepala tiada tanda akan berhenti. Hafiy berlari ke almari cuba mencari kain yang boleh menahan darah dari terus keluar. Kain tudung Zahara dicapai lalu ditekapkan ke kepala wanita itu.

"Sabar, puan! Kejap lagi bulance sampai. Sabar puan!". Hanya itu yang mampu diucapkan. Zahara berkali2 mengaduh kesakitan. Kepalanya berdarah. Dahi dan dagunya juga luka. Hafiy tak tahu apa yang telah terjadi antara mereka berdua. Yang pasti, berlaku pergaduhan yang dahsyat diantara mereka.

"S.. sa.. kit!".

"Ya, saya tau! Sabar puan! Kejap je lagi. Tahan dulu!".

Hafiy cemas. Kelibat ambulance masih tak muncul. Dia sudah tak betah duduk. Hafiy keluar rumah. Kereta nya terlalu jauh untuk diambil. Nak tak nak, dia terpaksa menunggu kehadiran ambulance juga.

Lima belas minit kemudian, kenderaan ambulance sampai di depan rumah Zahara. Dengan segera pihak bertugas mengangkat tubuh lemah itu lalu dibawa masuk ke dalma ambulance. Hafiy berlari laju ke kereta. Dia perlu mengikuti Zahara ke hospital. Dia langsung lupa tentang Mariam Syuhada di rumah. Hanya yang penting sekarang, Zahara!

Sampai sahaja di hospital, Zahara dibawa masuk ke unit rawatan kecemasan. Bibir Hafiy tak henti berzikir agar semuanya dimudahkan Allah. Teruk melihat keadaan Zahara yang tak berdaya seperti itu. Sehingga sekarang, dia masih tak nampak kelibat Hakim, suami Zahara.

"Encik penjaga nya ke?". Soal seorang jururawat berbangsa Cina.

"Er.. saya.. kawan dia!".

"Takde ahli keluarga yang hadir?".

Hafiy menggeleng laju.

"Erm.. macamni ya, encik. Doktor sedang melakukan rawatan keatas patient. Dia mengalami darah beku di otak akibat hentakan kuat. Kami mintak persetujuan untuk melakukan pembedahan kecil bagi membuang darah beku tersebut secepat yang boleh la. Kalau boleh, nak minta persetujuan dari ahli keluarga pesakit".

Hafiy serba salah. Dia langsung tak tahu dimana keluarga Zahara tinggal. Suaminya pun sehingga sekarang tak tahu dimana. Hafiy ketap bibir kuat.

"Dia takde family. Ada saya sorang je. Er.. saya sign, boleh kan?".

"Ok. Sila ikut saya ke kaunter". Arah jururawat tersebut. Hafiy mengekori langkah wanita itu dengan hati yang bercampur baur.

Pendarahan otak? Hakim dah melampau!

Borang kebenaran ditanda tangani. Kini, Zahara akan melakukan rawatan membuang darah beku tersebut. Hafiy setia menunggu di luar bilik bedah. Hensetnya berbunyi menandakan panggilan masuk.

Mariam Syuhada!

Hafiy serba salah. Apa patut dia terangkan pada isterinya? Hafiy tak menjawab. Hensetnya dipandang sepi.

Abg kt mne? Syu call knp xagkt? Bz ea?
~syu~

Hafiy mengeluh panjang. Mesej dari isterinya dibaca. Serabut otaknya. Bagaimana dia ingin menerangkan pada Mariam Syuhada. Ah! Isterinya pasti faham situasi yang berlaku.

Abg bz sikit. Abg otw blk ni. Jmp kt rmh ye.
~hafiy~

Mesej dihantar. Hafiy perlu balik sekarang. Dia segera menuju ke kereta. Zahara dibiarkan tanpa penjaga. Kalau nak diikutkan, hatinya merasa tak senang meninggalkan begitu sahaja. Tapi, Hafiy perlu pulang menerangkan keadaan yang berlaku kepada Mariam Syuhada.

Dia memecut laju membelah jalan raya. Kerisauan kepada Zahara tak dapat nak dibendung. Entah dimana Hakim sekarang! Tergamak dia melakukan isterinya seperti itu. Lelaki tak berhati perut! Entah kenapa manusia boleh hilang akal kewarasan dalam diri. Hafiy menggeleng kepala berkali2.

Kereta tiba di halaman rumah. Hafiy keluar segera dan terus masuk ke dalam rumah. Kelihatan Mariam Syuhada sedang duduk membaca majalah di sofa. Tanpa menunggu, Hafiy menerpa isterinya langsung memeluk erat tubuh kurus Mariam Syuhada.

"Abang? Kenapa ni?". Tergelak Mariam Syuhada. Suaminya seperti budak2.

"Abang cintakan Syu". Lemah suaranya. Pelukan dieratkan sebaik mungkin. Bau perfume Mariam Syuhada menenangkan hatinya.

"Abang ok tak?". Soalnya. Seperti dia merasakan ada sesuatu yang tak kena.

"Abang sayang Syu".

Hafiy terus menerus mengungkapkan kata sayang. Berkerut dahi Mariam Syuhada. Kenapa Hafiy?

Mariam Syuhada mengeratkan pelukan. Tubuh suaminya menggeletar. Kenapa Hafiy?

"Abang?".

Pelukan dileraikan. Riak wajah suaminya gusar. Ada tompokan darah pada hujung lengan kemeja suaminya.

"Ni.. darah apa?". Mariam Syuhada cemas. Wajah suaminya dipandang lama.

"Zahara..."

Hafiy duduk di kerusi. Dia meraup wajahnya kasar. Mariam Syuhada mendekati Hafiy. Tangannya dipegang erat.

"Kenapa dengan Zahara? Apa yang dah jadi ni?".

"Zahara kat hospital. Dia cedera teruk. Abang baru balik dari sana". Terang Hafiy perlahan. Mariam Syuhada juga terkejut mendengar.

"Macamana boleh jadi macamtu?".

"Dia kena belasah dengan suami. Teruk luka nya sampai ada darah beku kat otak. Doktor tengah keluarkan darah beku tu. Abang.. risau kalau2 apa2 jadi. Abang rasa macam ni semua salah abang!".

"Tak! Bukan salah abang. Abang dah buat kerja abang elok. Suami dia yang takde hati perut. Abang dah buat yang terbaik!". Wajah suaminya dipandang. Dia mengusap pipi Hafiy lembut.

"Diorang datang jumpa abang kat pejabat. Abang ingat laki dia lembut hati nak terima kaunseling. Tapi, dia simpan dendam. Zahara tempat dia lepaskan kemarahan dia".

Mariam Syuhada terdiam. Ngeri betul ada suami seperti itu. Mujur Hafiy suami yang penyayang.

"InsyaAllah, semua nya baik2 aje. Erm.. abang mandi dulu, segarkan badan, ye? Kita jenguk Zahara sama2 nanti". Mariam Syuhada tersenyum.

"Syu tak fikir buruk2 pasal abang?".

"Fikir buruk? Kenapa pulak nak fikir macamtu. Syu percaya abang. Jangan risau la. Abang dah solat?".

Hafiy menggeleng laju.

"Solat dulu. Syu siap2, nanti kita pergi sama2".

Hafiy tersenyum. Wajah Mariam Syuhada dipandang lama. Lega sedikit hatinya saat ini.

Hafiy bingkas bangun menuju ke bilik tidur. Dia perlu membersihkan diri sebentar. Mariam Syuhada pula sedang bersiap. Baju untuk suaminya juga disiapkan. Jauh di dalam hati, dia merasa kasihan dengan wanita itu. Apalah nasibnya mendapat suami seperti itu.

Hafiy keluar dari bilik air. Dia mula bersiap dan menunaikan solat zohor. Mariam Syuhada yang duduk di birai katil memandang Hafiy bersolat. Tenang sekali!

Doa dipanjatkan tanda kesyukuran. Mariam Syuhada turut mengaminkan bacaan Hafiy sebentar tadi. Usai doa, Mariam Syuhada bersalaman dengan suaminya. Hafiy sempat mengucup lembut dahi Mariam Syuhada.

"Terima kasih, Syu".

"Sama2 kasih. Syu akan sentiasa sokong abang dari belakang".

Hafiy tersenyum manis. Pipi isterinya diusap lembut. Bahagia mendapat isteri sebaik Mariam Syuhada.

"Jom, nanti lambat pulak!".

Mereka menuju ke kereta. Mariam Syuhada ingin membantu wanita tersebut. Pasti jiwanya sedih. Dia juga wanita, boleh merasakan apa yang dilalui Zahara.

Sampai sahaja di hospital, Hafiy berjalan laju menuju ke kaunter. Zahara sudah siap dibedah dan kini ditempatkan di wad biasa. Mereka beriringan menuju ke bilik Zahara. Pintu dibuka perlahan. Terlihat tubuh wanita itu lemah berbalut di kepala.

"Syu masuk dulu. Tutupkan rambut dia". Pinta Hafiy. Segan pula melihat keadaan Zahara tak bertutup.

Mariam Syuhada menurut. Dia melangkah masuk lalu mengambil kain tuala yang disediakan untuk menutup rambut Zahara. Perlahan2 bimbang mengejutkan lena wanita itu. Hafiy masuk sejurus isterinya menutupkan kepala Zahara. Dia sempat menadah tangan berdoa agar diberi kesembuhan buat Zahara.

"Kesiannya dia, bang. Muda lagi dah jadi macamni". Mariam Syuhada pegang erat jemari Zahara. Lebam matanya. Dahi dan dagu juga berbirat luka.

"Nasib dia. Kita doakan yang terbaik". Sahut Hafiy. Dia berdiri tak jauh dari katil Zahara. Mereka membuat keputusan untuk menunggu sehingga Zahara sedar.

Mariam Syuhada mula membacakan beberapa doa syifa buat Zahara. Dia tekapkan telapak tangannya di dahi wanita itu. Moga2 Allah memberikan kesembuhan buat Zahara.

"Abang turun bawah kejap, belikan air". Ujar Hafiy.

Tinggallah Mariam Syuhada berdua sahaja. Dia menopang dagu memandang Zahara. Cantik orangnya. Tapi kesian, luka telah membataskan rupa parasnya. Kenapa begini jadinya? Kenapa masih tergamak suaminya melakukan kezaliman seperti itu? Kesian Zahara.

Lama dia menunggu. Zahara kelihatan bergerak sedikit. Matanya terbuka sedikit. Jarinya bergerak perlahan.

"Zahara?". Panggil Mariam Syuhada. Dahi wanita itu diusap lembut. Zahara masih lemah.

"Saya kat mana?".

"Zahara ada dekat hospital. Jangan banyak gerak, awak masih lemah".

Zahara menghela nafas perlahan. Kepalanya terasa sakit yang teramat. Badannya juga terasa sengal. Susuk tubuh dihadapannya dipandang. Siapa dia? Mulutnya tak mampu nak bergerak. Dia hanya mampu mengerang kesakitan.

Mariam Syuhada bergegas keluar memanggil jururawat yang bertugas. Suaminya juga belum naik lagi. Zahara diperiksa keadaannya.

"Syu, dah sedar ke?". Tegur Hafiy dari belakang. Ditangannya terdapat beg plastik merah.

"Baru sedar. Tapi, macam lemah lagi. Tu yang Syu panggilkan doktor".

Hafiy mengangguk. Dia mendekati doktor yang sedang memeriksa Zahara.

"Encik penjaga Zahara ke?".

"Ya, saya!".

"Keadaan dia masih lemah. Dalam sehari dua ni kami terpaksa tahan dulu, nak tengok progress pesakit. Saya harap jangan terlalu pressure kan pesakit la".

"Ah.. ye2 doktor. Terima kasih banyak2 doktor".

Hafiy menghantar doktor keluar. Mariam Syuhada kembali mendekati Zahara. Wanita itu memandang lemah.

"Saya Syu.. Mariam Syuhada. Isteri abang Hafiy".

Zahara kelihatan terkejut. Dia cuba untuk bangun dari berbaring. Mariam Syuhada segera memapah dia bersandar.

"Maaflah, saya dah susahkan Puan". Ujar Zahara lemah. Dia memegang erat lengan Mariam Syuhada. Sedaya upaya cuba dimaniskan wajahnya.

"Takpe.. Saya ikhlas bantu. Zahara lapar ke?".

"Er.. takpe. Saya tak lapar".

Zahara tersenyum. Dia membetulkan tuala yang menutupi kepalanya. Wajah Hafiy dipandang sekilas. Malu pula kelihatan seperti ini.

"Terima kasih, Encik Hafiy".

"Sama2. Maaf, kalau boleh saya tanya. Hakim kemana? Apa yang dah jadi?".

Zahara mengeluh berat. Ingatannya serta merta kembali ke peristiwa pagi tadi.

*

"Berani kau malukan aku macamni, ye?! Kau ingat aku ni apa?!".

Herdik Hakim. Panas hatinya sejak di pejabat Hafiy tak dapat dibendung lagi. Zahara sengaja ingin menjatuhkan air muka nya. Kepala wanita itu ditunjal kuat.

"Maaf abang! Ara takde niat pun nak buat macamtu". Rayu nya sendu. Zahara kecut perut. Pasti dia akan terima balasannya lagi.

"Bodoh punya perempuan! Kau ingat aku ni tunggul kat rumah ni? Kau datang sana pun takde guna! Ni semua kau punca nya!". Tubuh Zahara ditolak kuat ke kerusi. Dia terduduk.

"Ara nak kita bina balik hubungan ni".

"Bodoh! Ingat aku heran sangat ke? Kau langsung tak layan aku macam aku ni suami kau, sekarang kau mintak aku bina balik hubungan ni? Supaya nanti senang kau arah aku lagi macam dulu?!".

Zahara geleng laju. Jauh sekali dia ingin melakukan seperti itu. Dia sedar kesilapannya. Dia ingin menjadi Zahara yang baru.

"Abang dah salah sangka".

"Aku salah sangka? Sudah lah Ara! Kalau kau pernah cakap menyesal kahwin dengan aku, aku pun boleh cakap benda yang sama!".

Zahara menekup telinganya, tak sanggup nak mendengar lagi. Hatinya terluka.

"Kau tak sanggup dengar, kan? Kau tak fikir pulak perasaan aku dulu masa kau hina aku, kau maki aku! Aku memang tak kaya macam orang lain, tapi aku tak pernah tak usaha nak bagi kau makan pakai cukup!".

Zahara menangis lebih kuat. Dia tak sanggup nak dengar lagi luahan Hakim. Bertapa berdosa nya dia dulu. Dia bukan isteri yang baik tapi dia cuba untuk berubah kearah yang lebih baik. Zahara cuba mendekati Hakim tapi segera ditolak ketepi.

"Jangan dekat dengan aku! Aku jijik! Kalau kau ingat aku boleh lepaskan kau, kau salah! Sampai bila2 aku takkan lepaskan kau! Perempuan bodoh!".

Hakim masuk ke bilik, dia ingin mengemas bajunya. Hakim telah membuat keputusan untuk membiarkan Zahara gantung tak bertali. Dia ingin hati isterinya merasa sakit. Baru dia puas. Zahara pegang lengan suaminya merayu agar menerimanya. Hakim tak menghiraukan esakan Zahara. Dia terus menyumbat baju ke dalam beg.

"Tolong abang, jangan buat macamni. Kita bincang elok2".

"Ah! Aku takde masa nak bincang!". Lengannya direntap kuat. Baju yang siap dihumban, terus di zip. Zahara memeluk kuat kaki Hakim. Sedaya upaya dia cuba merayu. Habis air matanya mengalir deras demi Hakim. Setitis pun tak dihiraukan lelaki itu.

"Aku kata, lepas.. baik kau lepas kan!".

"Taknak! Ara taknak abang pergi. Tolong abang, maafkan Ara!".

Hakim mendengus. Memang tak makan saman nampaknya! Hakim sekuat hati melepaskan kakinya dari dipegang Zahara. Dengan kekuatan seorang lelaki, Hakim menendang kuat tubuh Zahara sehingga wanita itu terhantuk kuat di bucu katil. Zahara menjerit kesakitan.

"Abang!".

"Balasan untuk kau!".

Hakim bingkas keluar dari bilik. Zahara gagahkan diri juga untuk mengekori langkah Hakim. Dia memaut lengan suaminya itu kuat.

"Apa masalah kau ni?!". Jerkah Hakim. Tangannya direntap. Tajam dia memandang Zahara yang sedang berdarah di kepala.

"Maafkan Ara!".

Untuk kesekian kalinya dia memohon maaf. Walaupun seribu tahun sekalipun, dia akan tetap mengucapkan kata maaf itu.

"Aku takkan maafkan kau!". Satu persatu ayat itu dituturkan. Lama dia memandang wajah Zahara yang lencun dengan air mata.

"Jangan macamni. Buang yang keruh ambil yang jernih. Maafkan Ara, abang!".

"Tak payah bazirkan air mata kau tu. Aku tak heran! Kau, aku takkan lepaskan! Aku biarkan kau gantung tak bertali! Baru puas hati aku!".

Hakim melangkah keluar dari bilik. Zahara yang ingin mengekori tersilap langkah. Kakinya tersadung pada alas kaki bilik menyebabkan dia terhantuk kuat di bucu meja solek dan dilantai. Zahara terus lemah. Kepalanya sakit dan perit. Tiada daya dia ingin bersuara memanggil Hakim. Hakim pula seakan tak bersalah dan terus meninggalkan Zahara terkulai layu.

*

"Zahara! Awak ok ke?". Tegur Mariam Syuhada. Zahara hanya termenung, langsung tak menjawab soalan Hafiy. Hanya air mata yang menitis laju di pipi.

"Er.. maafkan saya. Saya dah menyusahkan Encik Hafiy".

"Takpe! Puan tak payah risau. Saya ikhlas nak bantu. Apa yang jadi sebenarnya?".

Zahara menghela nafas panjang. Dia cuba mencari kekuatan yang masih berbaki dalam dirinya.

"Hakim tinggalkan saya. Saya tak tahu dia kemana". Zahara kembali menangis. Mariam Syuhada memeluk erat wanita itu. Dia juga turut sebak.

"Kenapa hidup saya jadi macamni? Apa dosa saya sampai dia buat saya macamni? Saya dah sedar! Takkan dia tak boleh nak maafkan?".

Mariam Syuhada mengusap lembut bahu Zahara. Teresak2 dia menangis.

"Sabar, Zahara. Ingat Allah!". Ujar Mariam Syuhada. Dia memandang suaminya yang terdiam.

"Dia tinggalkan puan.. maksudnya.. cerai?".

Zahara menggeleng.

"Dia biarkan saya gantung tak bertali".

Mariam Syuhada terkedu. Ternganga mulutnya mendengar kata2 Zahara. Kesian sungguh Nasibnya.

"Abang, tak boleh ke kita buat apa2?".

Hafiy mengeluh. Hanya ada satu cara yang yang boleh dilakukan Zahara.

"Tuntut fasakh!".

Zahara seakan tak mahu. Dia menggeleng perlahan.

"Kenapa Zahara? Ni je jalan yang Zahara ada. Takkan awak nak biar hidup terus terseksa macamni?".

"Saya.. takut".

"Jangan takut! Awak kena bela diri sendiri. Jangan sampai dia buat lagi teruk dari ni". Ujar Mariam Syuhada semangat.

Hafiy juga bersetuju dengan kata2 isterinya.

"Tuntut fasakh. Dia dah seksa, puan. Mahkamah akan luluskan. Puan tak perlu lagi hidup dengan dia".

"Saya masih sayang dia". Zahara bersuara perlahan. Terkedu Mariam Syuhada mendengarnya.

"Masih lagi? Setelah apa yang dia dah buat?".

Zahara menangis. Apa lagi yang boleh dia lakukan? Dia terlalu sayang pada Hakim. Hatinya terluka, tapi sayang masih utuh dalam jiwanya.

"Maafkan saya".

Hanya itu yang mampu diucapkan. Dia kembali berbaring. Kepalanya terasa sakit. Zahara segera memejamkan mata.

Mariam Syuhada mengeluh. Tak boleh nak menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Masing2 ada cara sendiri.

"Kami balik dulu. Apa2, puan fikirkan lah sebaiknya. Rehat ye!". Ujar Hafiy. Mariam Syuhada bangkit mengekori langkah Hafiy ke kereta.

"Macamana tu nanti? Kesian Syu tengok". Ujarnya. Tali pinggang dipakai kemas.

"Dah dia taknak. Abang tak boleh nak buat apa2. Dah la, jom balik! Abang penat sangat". Hafiy tersenyum. Wajah isterinya cukup menenangkan hati.

"Bibir abang sakit lagi?".

"Hurm.. sakit lagi. Tak dapat nak cium Syu puas2!".

Mariam Syuhada cubit lengan suaminya kuat. Gatal! Hafiy mengaduh sakit. Tenang hatinya seketika.

"Jangan nak kuning sangat otak tu!". Mariam Syuhada menjeling geram. Hafiy pula sengaja tersenyum nakal. Mujur hanya mereka sahaja didalam kereta. Malu kat orang tau!

"Abang lapar. Kita makan kat kedai la, baru balik".

"Syu ikut aje".

Mereka tersenyum. Kereta dipandu laju menuju ke kedai makan. Petang ini mereka ingin menghabiskan masa bersama. Hafiy ingin melayan isterinya penuh kasih sayang. Dari makan petang hinggalah ke waktu malam. Ada saja yang dilakukan oleh merpati dua sejoli itu. Mariam Syuhada bahagia, Hafiy juga turut bahagia.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience