BAB 11

Drama Completed 44039

Nabilla menghirup udara malam.Dia cuba menenangkan dirinya.Kalau ada kat Pining,nak balik Perak.Bila dah ada kat Perak,nak balik Pining pulak.Haish..

Tiba-tiba,kemalangan berlaku di hadapan matanya.Sungguh,dia terkejut.Laju dia berlari ke arah motor itu.

"Encik?Encik tak apa-apa ke?"pembonceng itu ketawa secara tiba-tiba dan itu membuatkan Nabilla keliru.

"Encik?"

"Macam mana hang boleh ada kat sini?"kata Iskandar,ketawa besar.Nabilla mengerutkan dahinya."PAKSU!"

"Hang ni suka sangat datang time aku betul-betul perlukan hang,"kata Iskandar sambil membuka topi keledarnya.Nabilla melihat ke arah baju Iskandar yang sudah terkoyak akibat jatuh.Lukanya dalam!

Lekas dia mengambil telefon bimbit di poketnya namun Iskandar dapat mengambil telefon tersebut.

"Tak payah.Aku okay je.Dukung aku macam mana aku dukung hang tu,"

"Ee,takmau,"

"Cepatlah Nabilla,"Nabilla meneguk liurnya.Sudah,apa pula yang Iskandar mahukan?

"Tak payah dukung aku macam tu.Angkat ja aku.Bawak pi kerusi panjang kat situ,"Nabilla mengerutkan dahinya.Angkat pun pegang juga!Biar betul?!

"Cepatlah Nabilla.Sakit ni,"kata Iskandar dan itu membuatkan Nabilla ragu.Dengar dia sebut nama aku pun dah cair?

Nabilla pun mengangkat Iskandar hingga ke bangku panjang itu.Iskandar menghidu haruman wangian Nabilla.Dia leka.Bersama angin malam membuatkan dia rasa lega.Sakit di badan sudah dapat diubati dengan hanya adanya Nabilla.

"Paksu nak apa-apa?"

"Aku nak hang,"Nabilla mengangkat keningnya.

"Teruk sangat luka paksu ni,"

"Teruk sangat.Sakit sampai tak boleh nak kata apa-apa.Otak aku asyik fikir pasal hang ja.Senyuman hang,pandangan hang.Gila!"

"Paksu?"

"Hang buat apa kat sini sebenarnya?"Nabilla tersentak.Apa yang dia buat di sini?Tidakkah paksu tahu bahawa Thaqif datang melamarnya petang tadi?

"Thaqif datang lamar na?"Nabilla memandang Iskandar yang memandangnya.Dia mengangguk.Iskandar tersenyum.

"Macam mana?Setuju?"Nabilla mengangguk sekali lagi.Iskandar mengangguk.

"Hang terima sebab umie,mak dengan nek ma pun setuju?"Nabilla mengangguk lagi.Iskandar mengangguk.Dia tersenyum.

"Hang cintakan dia?"Nabilla memandang Iskandr yang masih lagi memandangnya.Dia mengangkat bahu.Dia sendiri pun keliru.

"Cinta tak semua orang akan dapat hang tau.Bukan senang nak dapat,"kata Iskandar.Dia menghembuskan nafas panjang.Mindanya sudah mula memainkan kejadian yang baru dia lihat tadi.

"Betul ke paksu yang masak laksa tu sendiri?"

"Betullah.Haiwat,tak caya?"Nabilla menggeleng.

"Aku belajar sendiri tau.Sebab aku tahu hang suka,"Nabilla tersenyum."Macam mana nak dapat lelaki yang macam paksu ye?"

"Kahwinlah dengan aku,"

"Paksu dah ada isteri,"

"Kalau aku dah takdak,hang nak kahwin dengan aku dak?"

"Kak bell dah nak jadi isteri orang,"

"Takpaklah.Aku tunggu,"Nabilla tersenyum sinis."Iye ye je paksu ni,"

"Betullah,"Nabilla ketawa."Werk,takmau!"

"Aku paksa hang sampai hang mau jugak,"Nabilla ketawa.Dia berharap sangat semua itu benar tetapi dia tahu,itu semua hanyalah gurauan Iskandar.Iskandar pula,berharap agar kata-katanya menjadi kenyataan.

(3 minggu kemudian)

Iskandar menutup pintu kereta di belah isterinya dan mula memasuki keretanya.Dia menyusun kertas-kertas yang diterima oleh pihak hospital tadi.Fetus membesar menunjukkan perkembangan bayi sihat.

Keadaan menjadi senyap seketika.Sudah tiga minggu perkara tersebut berlalu dan kini dia tidak tahu ingin mengatakan apa.

"Terima kasih Is tolong bawa I checkup,"kata Natasha,menggosok-gosok perutnya yang membesar.Is tidak menjawab.Dia mendiamkan dirinya.Selepas sahaja kejadian tersebut,mereka tidak lagi bergaul malah bersembang.Terasa sudah mati hatinya.

"Hari ni majlis kahwin kak bell.Nak ikut?"tanya Iskandar,lembut.

"Boleh boleh,"Iskandar hanya mengangguk selepas mendengar jawapan Natasha.

"You betul nak ceraikan I?"tanya Natasha dan dapat pertanyaan itu dapat menyentakkan fikirannya.

"I minta maaf Is.I tahu i salah.Please..."

"Shh.Azan,"kata Iskandar,menukar topik.Sungguh dia tidak mahu berbincang berkenaan itu.

"Dah kahwin pun termenung.Kalau nak cakap,cakap jelah.Dah kahwin ni tak payah jaga ikhtilat sangatlah.Dah isteri dah pun,"kata salah seorang kawan Thaqif yang berbaju biru melayu berwarna hijau.Thaqif tersenyum lebar sehingga menunduk.Malunya bukan kepalang!Tidak sangka gadis yang selama ini dia doa untuk dijadikan isteri telah menjadi isterinya!

"Ish kau ni!Dia ni dahlah pemalu!Janganlah buat macam tu,"kata kawannya yang lagi satu.

"Iyela.Jadi,apakah perasaan si teruna apabila dapat mengahwini si dara idaman?"tanya kawannya,membuat nada seperti pembaca berita.

Thaqif masih sibuk merenung Nabilla.Wajah,senyuman dan segala-galanya tentang Nabilla dia teliti.

"Angau gila Thaqif ni,"kata kawannya,ketawa.Thaqif tersenyum.Siapa yang tak angau kalau dah senyumannya sebegitu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience