Bab 1 Intan Saleha

Drama Completed 183987

Bab 1

 

       Seorang gadis remaja berumur 15 tahun sedang mengayuh basikal pulang dari sekolah. Gadis remaja itu bernama Intan Saleha. Intan Saleha tinggal di rumah bapa saudaranya. Ibu Intan Saleha berada di dalam penjara kerana tertangkap menjual benda terlarang. Sudah 3 tahun Intan Saleha tinggal bersama bapa saudaranya. Intan Saleha mempunyai seorang adik lelaki yang berlainan bapa. Adik lelakinya itu berumur 6 tahun tinggal bersama keluarga ayah tiri Intan Saleha. Intan Saleha tidak pernah mengetahui siapa ayah biologinya. Kerana di sijil lahirnya tidak tertulis nama ayahnya. Guru dan rakan-rakan sekelasnya juga tahu bahawa dirinya anak diluar nikah. Kerana itu Intan Saleha lebih banyak mendiamkan diri dan membaca buku dari bersembang dengan rakan sekelasnya.

      Lebih kurang dalam 15 minit mengayuh basikal barulah Intan Saleha sampai di rumah bapa saudaranya. Intan Saleha menongkat basikalnya dan mula berjalan ke arah pintu rumah. Sampai di depan pintu Intan Saleha membuka kasut sekolah dan stokin lalu di letakkan di rak kasut. Intan Saleha membuka daun pintu dan berjalan masuk ke dalam rumah. Intan Saleha mendengar suara bapa saudara dan isterinya. Sepertinya mereka berdua sedang bertengkar. Intan Saleha sudah terbiasa mendengar pentengkaran antara bapa saudara dengan isterinya. Sayup-sayup Intan Saleha mendengar namanya di sebut oleh isteri bapa saudaranya itu.

      “Abang dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Kerja malas tapi boleh pula berhutang dengan ahlong. Saya dah letih! Dengan semua ini. Nasib baik ada Intan yang bantu kita. Tapi duit gaji Intan itu pun masih belum cukup.”Kata isteri bapa saudara Intan Saleha.

        Intan Saleha setelah pulang sekolah akan pergi bekerja di sebuah kedai makan. Dengan wang gaji yang tidak seberapa itulah Intan Saleha menyara dirinya. Dan sebagian wang gajinya itu juga diberikan kepada isteri bapa saudaranya, sebagai balasan kerana telah membenarkan dirinya tinggal di rumah ini.

       “Kamu ni tak ada benda lain nak cakap ke? Asyik memekak dari tadi.”Balas bapa saudara Intan Saleha yang bernama Harun.

         “Abang pergilah cari kerja tetap. Kerja saya sebagai cleaner ni tak cukup untuk bayar hutang abang tu. Abang pinjam duit banyak-banyak tu buat apa?”kata isteri Harun.

          “Aku buat pinjaman itu pun sebab kamu juga. Untuk buat modal untuk berniaga dan beli barang-barang yang kamu mahu.”bentak Harun.

        “Abang tu tak pandai nak berniaga tapi gatal nak berniaga. Duit modal pun tak dapat balik, hanya tambah hutang saja.”ujar isteri Harun.

         “Ah sudahlah! Aku nak keluar. Duduk dekat rumah ni buat kepala aku sakit je.”kata Harun sambil mula berjalan keluar.

       Intan Saleha memandang bapa saudaranya itu keluar dari rumah dan mula menunggang motosikal. Intan Saleha berjalan masuk ke dalam rumah dan pergi ke biliknya. Intan Saleha bersiap-siap pula untuk pergi bekerja di kedai makan tidak jauh dari rumah bapa saudaranya ini. Intan Saleha bersimpati dengan nasib isteri bapa saudaranya itu.

        Harun mempunyai dua orang anak. Yang sulung lelaki berumur 19 tahun. Kerap tidak ada di rumah dan seorang penganggur seperti Harun. Anak kedua perempuan berumur 14 tahun hanya muda setahun dari Intan Saleha.

      Setelah selesai menunaikan sembahyang zohor barulah Intan Saleha berangkat pergi ke kedai makan tempat ia bekerja. Intan Saleha hanya mengambil masa 15 minit untuk sampai ke kedai makan itu dengan mengayuh basikal. Di kedai makan inilah Intan Saleha mampu melupakan masalah menimpa dirinya. Walaupun wang gaji yang diperolehi oleh Intan Saleha tidaklah banyak tapi cukup untuk belanja sekolahnya. Di kedai ini ada 3 orang pekerja perempuan dan tiga orang pekerja lelaki. Tugas Intan Saleha hanya mengambil pesanan, mengemas meja dan mencuci pinggan.

        “Intan, macam mana ujian PT3 tadi?”soal Puan Rohana majikan Intan Saleha.

          “Alhamdulilah, Intan dapat jawab semua soalan. Tak pastilah jawaban itu semuanya betul atau tak.”Jawab Intan Saleha.

          “Keputusan Intan nanti pasti cemerlang punya.”Sampuk suara lelaki yang sedang membancuh air untuk pelanggan.

          “Harapan Intan macam itulah.”balas Intan Saleha sambil mengukir senyuman.

           Hari ini adalah hari terakhir peperiksaan PT3 di sekolah Intan Saleha. Keputusan peperiksaan PT3 akan di ketahui ketika cuti sekolah bulan 12. Tepat pukul 10.00 malam Intan Saleha mula mengayuh basikal untuk pulang ke rumah bapa saudaranya. Intan Saleha di benarkan pulang lebih awal dari pekerja lainnya. Kerana hanya Intan Saleha sahaja mengunakan basikal untuk datang bekerja. Pekerja lainnya mengunakan motosikal. Puan Rohana risau jika Intan Saleha pulang terlalu lewat takut terjadi sesuatu kepadanya. Pukul 10.15 Intan Saleha sampai di rumah bapa saudaranya itu. Kelihatan didalam rumah Harun masih cerah lagi.

          “Assalamualaikum.”Intan Saleha memberi salam di depan pintu sebelum masuk ke dalam rumah.

          “Waalaikumusalam.”Jawab satu suara dari dalam rumah.

          Suara itu adalah suara anak perempuan bapa saudara Intan Saleha namanya Noraini. Noraini membuka daun pintu untuk Intan Saleha masuk ke dalam rumah. Masuk sahaja kaki Intan Saleha ke dalam rumah. Intan Saleha melihat bapa saudara dan isterinya duduk dilantai ruang tamu. Kelihatannya wajah isteri bapa saudaranya kelihatan sedih. Begitu juga dengan Harun bapa saudaranya yang kelihatan seperti dirundung masalah. Intan Saleha tidak tahu masalah apa yang sedang dihadapi oleh bapa saudaranya itu. Wajah suami-isteri ini kelihatan sangat serabut sepertinya ada masalah besar sedang menimpa mereka.

       “Kenapa dengan mak dan ayah Noraini tu? Akak tengok macam ada masalah je.”bisik Intan Saleha pada Noraini.

        “Haah, memang ada masalah pun.”Jawab Noraini ringkas.

         “Pasti masalah hutang ahlong lagi ni.”tembak Intan Saleha.

         “Bukan sebab hutang ahlonglah kak. Tapi sebab Abang Long.”jawab Noraini.

         “Kenapa dengan Abang Long?”tanya Intan Saleha agak hairan.

           “Abang Long kena tangkap sebab positif dadah. Bukan itu je, benda tu pun ada dekat dalam poket seluar dia masa kena tangkap.”terang Noraini.

            Intan Saleha terdiam mendengar penjelasan dari Noraini. Ada rasa simpati dengan nasib yang menimpa keluarga bapa saudaranya ini. Intan Saleha memang tidak begitu suka dengan abang Noraini. Kerana tahun lepas ketika Noraini tiada dirumah kerana mengikut rombongan sekolah. Abang Long anak sulung bapa saudaranya masuk ke dalam biliknya tengah malam. Intan Saleha dan Noraini berkongsi bilik. Abang Long hendak melakukan sesuatu terhadap Intan Saleha tetapi Harun sempat menolong Intan Saleha. Harun benar-benar marah pada anak sulungnya itu. Malam itu terjadi pertengkaran antara Harun dan isterinya.

            Kerana Harun mengagap isterinya tidak pandai mendidik anak sulung mereka. Sehingga anak sulung mereka sanggup menyelinap masuk ke dalam bilik Intan Saleha untuk memperkosanya. Disebabkan kejadian itu Intan Saleha selalu cuba menghindari dari bersemuka dengan Abang Long. Jika Abang Long ada di rumah, Intan Saleha akan berada didalam bilik. Dan akan mengunci pintu bilik dari dalam. Ada rasa nyaman dihati Intan Saleha bila mengetahui sepupunya itu tidak ada di rumah ini lagi. Kerana sampai sekarang Intan Saleha akan terbayang-bayang kejadian Abang Long masuk ke dalam biliknya. Dan tiba-tiba Abang Long mencengkam tangannya dan manarik baju yang ia pakai ditubuhnya hampir terkoyak. Waktu itu Intan Saleha cuba sedaya upaya meronta dirinya dan cuba membuka pintu biliknya. Akhirnya Intan Saleha berjaya membuka pintu dan menjerit. Harun dengan cepat pergi ke arah jeritan Intan Saleha. Malam itu Harun memarahi anak sulungnya itu.

 

         Intan Saleha dan Noraini berjalan masuk ke dalam bilik. Kerana mereka berdua tidak mahu masuk campur urusan Harun dan isterinya yang sedang memikirkan masalah anak sulung mereka. Masuk ke dalam bilik Noraini terus merebahkan tubuhnya diatas katil. Manakala Intan Saleha pula mengambil kain tuala untuk pergi ke bilik air. Kerana Intan Saleha merasa badannya tidak selesa. Disebabkan itu Intan Saleha ingin membersihkan tubuhnya supaya ia boleh tidur dengan selesa malam ini. Kebetulan esok Intan Saleha tidak akan ke sekolah. Bolehlah bangun lewat dari biasa.

       Selesai mandi Intan Saleha ingin masuk kembali ke dalam bilik. Ketika melangkah ke arah bilik tiba-tiba ada suara memanggilnya.

       “Intan! Nanti dah siap pakai baju yang elok sikit. Pergi jumpa Pak Cik dekat depan tu.” kata isteri bapa saudara Intan Saleha.

        “Ada apa Pak Cik nak jumpa Intan ni?”soal Intan Saleha agak hairan.

          “Pergi je lah. Itukan Pak Cik kamu, banyak tanya pula.”ucap isteri Harun.

          “Baiklah,”balas Intan Saleha lalu masuk ke dalam bilik.

          Selesai memakai baju t-shirt dan seluar tracksuit. Intan Saleha bergegas keluar dari dalam bilik untuk bertemu dengan Pak Cik Harun bapa saudaranya. Pak Cik Harun sudah berada di ruang tamu menunggu Intan Saleha.

          “Ada hal apa Pak Cik nak jumpa, Intan?”tanya Intan Saleha sambil memandang ke arah bapa saudaranya itu.

           “Pak Cik perlukan pertolongan kamu, Intan.”Kata Pak Cik Harun.

             “Pak Cik nak saya tolong apa?”soal Intan Saleha lagi.

             “Jom ikut Pak Cik.”Harun tidak membalas pertanyaan anak saudaranya itu. Sebaliknya menyuruh Intan Saleha mengikutnya.

           “Pak Cik nak bawa Intan pergi mana malam-malam ni?”tanya Intan Saleha agak hairan.

            “Ikut je! Jangan banyak tanyalah.”ujar Harun dengan suara yang agak lantang.

             “Intan tak mahu ikut. Kalau Pak Cik tak bagitahu nak bawa Intan pergi mana.”kata Intan Saleha dengan tegas.

            “Baiklah Pak Cik akan bagitahu kamu. Pak Cik sebenarnya nak bawa kamu pergi bertemu dengan ayah kamu, Intan.”kata Pak Cik Harun cuba membuat Intan Saleha mahu mengikutnya.

            “Maksud Pak Cik ayah biologi Intan?” soal Intan Saleha sambil matanya memandang wajah bapa saudaranya itu.

            “Ya, dia bapa biologi Intan.”balas Harun mengiakan.

             “Kalau macam tu Intan nak pergilah.”Intan Saleha setuju mengikut bapa saudaranya itu.

            Harun membawa anak saudaranya itu dengan menunggang motosikal. Intan Saleha sangat teruja kerana bakal bertemu dengan ayah biologinya. Ramai yang mengatakan dirinya adalah anak di luar nikah kerana tidak tertera nama ayah di sijil lahir Intan Saleha. Tetapi ibu Intan Saleha mengatakan kepadanya bahawa dirinya bukanlah anak luar nikah. Tetapi ibunya memang berkahwin dengan ayahnya di negara jiran Thailand. Tetapi ayah dan ibunya tidak mendaftar pernikahan mereka di Malaysia. Di sebabkan itulah sijil lahirnya tidak tertulis nama ayah kandungnya kerana ibunya tidak mempunyai sijil nikah yang di iktiraf oleh undang-undang Malaysia. Yang paling menyedihkan lagi ketika ibu Intan Saleha mengandungkannya. Ayah kandung Intan Saleha tiba-tiba menghilangkan diri.

        Terpancar kegembiraan di wajah Intan Saleha malam ini. Kerana keinginannya untuk bertemu dengan ayah biologinya termakbul juga. Bermacam-macam bermain di fikirannya. Tidak terdetik pun di hatinya bahawa akan terjadi sesuatu kepadanya pada malam ini. Lebih kurang dalam setengah jam menunggang motosikal mereka berdua sampai di sebuah hotel. Intan Saleha tidak menyangka akan bertemu dengan ayahnya di hotel ini. Kerana ini kali pertama Intan Saleha menjejak kaki ke hotel.

  

 

 

      

 

Apa yang akan terjadi pada Intan Saleha. Benarkah dia bakal bertemu dengan ayah biologinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience