Usai sahaja aku sarapan bersama Farish Mikael, terus sahaja aku keluar rumah tapi aku meminta izinnya terlebih dahulu sebelum aku keluar kerana aku takut dia risau tentang aku pula.
Mula-mula dia agak curiga denganku namun aku yakinkan dia juga supaya aku hanya ingin bersiar-siar seorang diri tanpa ingin ada gangguan. Akhirnya dia akur dan faham.
Aku mengenakan baju berlengan panjang berbelang putih kuning dan seluar jeans berwarna biru. Aku bersiap seringkas mungkin kerana aku ingin cepat.
Satu nombor telefon aku dail pantas dengan harapan orang itu akan menjawab secepat mungkin.
Setelah beberapa saat panggilan itu di jawab. Aku mula mengukirkan senyuman.
"Assalamualaikum. Akak free ke? Nak jumpa kakak kejap dekat sini... Ya, dekat hospital. Saya tunggu dekat kafeteria... Okay... Terima kasih kak, datang cepat tau... Saya dah ada dekat sini... Okay... Assalamualaikum..."
Aku mematikan panggilan telefon. Aku tersenyum gugup. Tanganku terketar-ketar namum aku gagahkan juga. Hatiku turut terasa pedih seolah-olah aku sendiri yang menghirisnya menjadi cebisan kecil tapi apa kan daya. Aku terpaksa juga, demi kebaikan dia...
Ya Allah, aku harap rancangan aku ini akan berjaya. Aku inginkan yang terbaik untuknya. Kerana aku sayang dialah aku lakukan ini semua.
Air mata yang ingin jatuh ke pipi ini akan aku cuba tahan sedaya mungkin.
"Haaa, ni bukan adik yang masuk wad haritu ke? Ada apa ni nak jumpa akak?"
Sampuk satu suara yang mengejutkan aku secara tiba-tiba. Aku tersentak dari lamunan dan terus aku memandang wajah jururawat yang bernama Siti Fatimah itu dengan senyuman kelat.
Share this novel