Rate

CA 1

Other Series 1769

Dari kejauhan , kelihatan seorang lelaki sedang duduk sendirian di satu sudut. Bunyi muzik yang bingit memenuhi kelab malam tika itu tidak langsung di endahkan. Sebelah tangan memusing gelas kaca yang berisi air coca cola.

Nafas di hela , dia angkat kepala yang sekian lama menunduk memandang gelas yang di pegang. Tubuh di tegakkan. Dia duduk berlipat kaki seraya menyandarkan tubuh. Sepasang anak mata coklat pekat miliknya asyik memerhati sekelilingnya.

"Hey.. sorang je.."

Satu suara lunak manja menyapa di sebelah. Tanpa di pelawa lelaki itu , dia lantas duduk mengeselkan bahunya yang terdedah seksi di permukaan dada itu.

Mata yang dari tadi sibuk mengitari ruang kelab malam itu kini tertunak pada figura tubuh yang mampu mengiurkan setiap lelaki yang memandang.

Si gadis tersenyum mengoda. Bola mata jatuh pada gelas yang di pegang lelaki itu. Pfft! Masih ada kah lelaki masuk kelab malam minum coca cola.

"You.. kalau ya pun nak minum coca cola , tu kedai kat tepi jalan you boleh minum. You masuk tempat ni why not you cuba sesuatu yang mampu berikan you kenikmatan yang cukup memuaskan. Rugi you masuk sini setakat nak minum air ni.." dia tunjuk gelas di tangan itu.

Bibir merah itu mengukirkan senyuman senget.

"You siapa nak sibuk hal I.." sinis nadanya , pandangan matanya menunjukkan jika dia benar jengkel dengan perempuan di sebelahnya tika itu.

Si gadis ketawa meleret. Ops! dia terlepas cakap ke..

"Sorry.." dia ketawa gedik.

"Get lost!" suara garaunya di tekan keras.

"Why.. I just nak temankan you malam ni. Dari tadi I lihat you duduk sendiri kat sini." rengeknya manja minta perhatian pada lelaki depannya itu.

Dia ketawa sinis. Temankan.. Hmm!

"I tak perlukan perempuan macam you temankan I.. Now get lost!" tubuh itu di tolaknya.

"Auch!" dia mengosok bahunya yang di tolak kasar.

"Owh.. I tau sebab perempuan macam you dengan muka tak tahu malu terhegeh hegeh nak temankan lelaki macam I.. First , you aimed lelaki mesti yang berduit , ada harta.. ada rupa. Dapat target tinggal goda. I cukup tau perempuan spesis macam you ni. Am I right dear.." dia ketawa mengejek. Muak!

Si gadis ketap bibir , geram! Dia bingkas bangun , gelas di tangan itu di rampas , laju saja air yang masih tersisa di simbah mengenai wajah itu.

"I harap you takkan jumpa perempuan yang you ingat tak pandang harta you , duit you semua tu! Sekarang ni takda perempuan nak jadi bodoh kahwin dengan lelaki takda duit!" gelas di tangan di letak kasar atas meja lalu berlalu pergi dengan wajah merah menahan marah.

Dia masih kelihatan tenang. Baju dan wajah yang dah basah tak langsung di hiraukan. Puas hatinya. Cukup puas! Perempuan semua sama , pantang tengok lelaki berharta sikit mulalah nak pasang perangkap. Jadi lelaki ni pun jangan terlalu bodoh sangat , mudah kena tipu dengan perempuan kaki kikis.

Bunyi tawa kecil yang kian menghampiri tempat duduknya buatkan dia lantas memandang si empunya badan.

"Dah cukup puas gelakkan aku." tisu di tarik lalu mengelap wajahnya kasar.

Mark menepuk tangannya.

"Bravo man.." ibu jari di angkat , isyarat terbaik di sertakan rate 5 bintang buat kawannya itu.

Tsk! Wajah Mark di tenung dengan rasa sebal.

"Han.. kalau macam ni lah cara kau layan perempuan , alamatnya sampai ke hari tua lah kau tak kahwin kahwin nanti.." Mark tergelak melihat reaksi yang di berikan Han.

"So what?" Han jongket bahu , buat tak tahu.

"Kau tak kesian ke dengan mama kau yang teringin sangat nak dapat menantu cantik , cucu comel.." makin galak Mark mengusik.

"Apa kata kau je yang kahwin dulu , bagi mama aku cucu , kau kan anak mama aku jugak."

Hubungannya dan Mark dah macam saudara biarpun mereka hanya kawan. Lagipun mamanya dah anggap Mark macam anak sendiri. Tak salah kan kalau nak bagi cucu pada mamanya tu.

Tawa Mark mati.

"Im not ready yet.." sahutnya santai. Kahwin.. bukan kah itu satu beban nanti. Dia belum bersedia nak galas tanggungjawab sebagai suami.

"Cakap je kau masih nak berfoya dengan perempuan.." ejeknya selamba.

Mark tahan geram. Mulut longkang!

"Kalau kau jenis tak berfoya dengan perempuan kenapa tak kau yang kahwin dulu." Mark tak puas hati. Suka hati Han je nak tuduh dia.

"Kau perhati perempuan sekarang , kalau aku menyamar jadi orang miskin , sembunyikan identiti aku.. kau ingat ada perempuan nak datang dekat macam perempuan tadi?" Han dah berdiri.

Mark angguk , ada betul juga tu. Dia akui kata kata Han itu. Perempuan memang pandang yang berduit , segak bergaya je. Lagi lagi Han cukup package , idaman satu dunia gitu. Tak semua perempuan macam tu , ada je yang punya hati baik , kena pandai pilih dan lihat. Tu je..

"Aku nak balik." Han buka langkah.

"Tunggulah kejap.." pinta Mark.

"No. Aku jadi muak lihat wajah kau tiba tiba muncul kat sini." Han terus menapak pergi.

What!

Dasar kawan tak guna! Kalau macam ni gaya kau , memang takda lah perempuan baik hati nak kat kau. Mulut takda insurans , bidadari pun takut nak datang dekat , ini kan lagi seorang manusia yang bergelar perempuan. Kempunanlah mama kau nak tengok kau kahwin Han..

_______

TOMBOL pintu di pulas berlahan , selangkah kaki di langkahkan masuk ke dalam dengan berhati hati dan cermat sekali. Ruang tamu gelap , lega!

Dengan perlahan juga , pintu di tutup semula. Han pusingkan tubuh..

Tap!

Ruang tamu yang gelap kini di terangi cahaya lampu.

"Argh!"

Han urut dada saat mata pandang susuk tubuh yang berdiri bercekak pinggang di tepi tangga dengan mask yang bertepek di muka belum di tanggalkan lagi.

"Ma!" Han mengeluh. Terkejut.

"Pukul berapa baru balik?" Puan Camila tunjuk jam di dinding.

Han pandang kosong ke arah jam yang di tunjuk mamanya. Baru pukul 12:45 malam. Bukan lewat sangat pun.

"Han pergi mana?" serius pertanyaan di ajukan buat anak terunanya yang satu itu.

"Cari bakal menantu untuk mama.." Han sengih sumbing.

"Nak cari bakal menantu mama boleh , cari siang siang bukan lewat malam macam ni. Han cari bakal menantu ke cari hantu." sinis Puan Camila galak merenung wajah itu lama.

Han gosok belakang kepala. Terkena balik , padan muka kau Han.

"Good night ma.." Han mengatur langkah ke anak tangga.

Puan Camila urut dahi.

"Han!"

Langkah Han mendadak terhenti.

"Kalau Han tak kahwin juga biar mama yang cari calon isteri untuk Han." Puan Camila pusingkan tubuh pandang Han.

"Ma.." Han mengeluh lagi.

"Keputusan mama muktamad Han , dah naik lenguh mulut mama ni jawab pertanyaan mak cik , pak cik kamu , bila Han nak kahwin? Han ni normal tak? Ni.. nasib baik telinga mama tak bernanah tau." Puan Camila hela nafas.

Dah berbuih mulut katakan benda yang sama tiap hari , tiap saat , tiap detik yang berlalu dan Han tetap begitu.

"Pedulikan mereka orang.. Yang nak kahwin Han bukan mereka." Han tunjuk muka tak rasa bersalah langsung pada mamanya.

Puan Camila jegilkan mata. Degil!

"Han! umur Han bukan belasan tahun lagi tau. Masuk tahun ni genap umur Han 35 tahun! Han ingat Han masih sweet 18 ke? Kalau dari dulu Han kahwin , sekarang ni dah berderet cucu mama tau tak."

Mula dah mamanya membebel. Bersambung lagi esok dan sampai ke tahun depan. Han conform sangat.

"Ma , tidurlah.. Han masuk dulu." laju langkah menaiki anak tangga.

Puan Camila mengelengkan kepala. Takpa Han , takpa.. Degil sangat kan.. Han tengoklah nanti apa mama nak buat.

Kepala Puan Camila ikut terangguk angguk merencanakan sesuatu yang luar biasa. Sebagai seorang ibu , dia harus bertindak pantas.

_______

SWEATER biru cair di sarungkan dengan tergesa gesa. Dia dah lambat! Bergegas kaki di atur keluar dari bilik menuruni anak tangga. Dia berlari anak.

"Arghh!"

Satu suara halus terjerit kecil memenuhi ruang tamu petang itu. Mendadak langkah di hentikan. Mata terarah pada seorang gadis mengenakan seluar pendek paras betis dan baju singlet bertali halus warna putih cukup menyerlahkan bentuk tubuh yang seksi miliknya.

"Gia!"

Satu tempikkan nyaring turut bergema , meluru seorang wanita dengan rambut di sangul kemas menuju ke arahnya. Tubuhnya di pukul banyak kali. Dia masih statik tak buka mulut mahupun melawan.

"Aurel.. maafkan Gia.." dia papah gadis yang terduduk jatuh itu untuk bangun.

"Gia tolak Aurel tadi." Aurel tunjuk tepat wajah Gia dengan wajah muram.

"Gia tak tolak kakak , kakak sendiri yang jatuh." Gia menyahut. Bukankah keadilan harus di tegakkan. Memang dia tak tolak Aurel pun. Aurel sengaja kenakan dia. Dia tahu sangat drama yang sedang berlangsung semata mata ingin menyalahkan dirinya depan mata semua orang.

Aurel ketap bibir.

"Mama!" laungnya kuat.

Puan Geisha kalut.

"Gia , minta maaf sekarang kat Aurel!" tempiknya bersama renungan tajam pandang Gia , anaknya itu.

"Gia tak salah.." Gia genggam hujung bajunya.

"Apahal kecoh ni.."

Kelihatan seorang wanita cukup anggun menuruni anak tangga. Renungan tajam di lempar pada dua wajah depannya itu.

"Mama.. Gia , di tolak Aurel lagi. Sakit.." Aurel urut kakinya dengan wajah berkerut seolah sedang menahan kesakitan yang amat sangat.

Mencerlung Puan Dian tenung Gia , benci! Tak habis habis buat masalah!

"Kau tak ajar anak kau beradab sikit ke?" dia pandang Puan Geisha pula , madunya itu.

Puan Geisha tundukkan kepala.

"Maaf Dian.. Benda ni takkan berulang lagi." katanya kesal.

Puan Dian senyum senget.

"Dian.. kau tak layak panggil nama aku! Hey! aku puan besar dalam rumah ni! Kau perempuan tak tahu malu rebut hak aku , tumpang senang duduk rumah ni bawa anak tak guna kau ni sekali!" herdiknya lantang. Kebencian kian memuncak sejak dulu lagi. Sejak suaminya memutuskan untuk mengahwini wanita depannya itu.

"Kenapa ibu minta maaf.." Gia pandang wajah ibunya. Tiap hari dapat dia kira berapa kali ibunya menuturkan kata maaf dalam rumah itu.

Pap!

Pipinya di tampar kuat. Berdesing telinganya , kulit pipi terasa membahang panas. Pedih! Gia sentuh pipi kirinya yang baru saja di tampar ibunya sendiri.

"Kau memang anak kurang ajar!" rambut yang di ikat kemas di rentap kasar.

"Sakit.." Gia berusaha melepaskan cengkaman tangan ibunya.

Makin galak tangan ibunya memukul bahu dan belakang tubuhnya , tak di hiraukan langsung rintihannya.

Aurel dan Puan Dian berpandangan seraya tersenyum puas melihat adengan di depan mata. Memang itu yang mereka nak tonton. Menarik!

"Pandai anak mama berlakon.." rambut Aurel di belai lembut.

Aurel senyum suka.

"Anak mama kan.. mestilah pandai." senyuman meleret di bibir.

"Apa bising bising ni!" tempelak satu suara di muka pintu.

Semua mata terarah pada seorang lelaki dengan wajah bengis sedang merenung satu persatu wajah di depannya itu.

"Dian! Aurel! Ada apa?" dia tenung wajah isteri tua dan anak perempuannya itu.

"Tu.. papa tanya mereka." Aurel menghalakan pandangan pada Gia dan ibunya yang masih bergelut.

"Geisha! Gia!" Tuan Jason pantas menarik tangan isteri mudanya itu.

"Anak you tak habis habis buat hal dari dulu sampai sekarang!" dia tenung Gia tajam.

Aurel dah bersorak gembira dalam hati. Papanya tak pernah tahu kalau selama ini apa yang berlaku angkara dirinya.

"Maaf.." Puan Geisha tak berani nak tenung wajah yang sedang menahan marah itu.

"Pergi! Jangan kusutkan lagi kepala aku lihat wajah kau kat sini!" tempelaknya pada Gia.

Gia berlari keluar dari rumah seumpama istana neraka itu tanpa menoleh lagi. Sempat telinganya menangkap ayat 'Maaf' yang ibunya tuturkan tak pandai habis.

Dia muak dengar kata maaf yang ibunya ucapkan sedangkan mereka tak salah apapun!

"Arghh!" Gia menghentakkan kakinya melepaskan geram di hati.

Perlahan kaki melangkah menyusuri jalan menuju ke tempat kerjanya. Pipi yang masih perit di sentuh. Ini bukan pertama kali ibunya memukulnya , dah banyak kali.

Sejak ayahnya pergi meninggalkan mereka buat selamanya , dia dan ibunya hilang tempat bergantung. Ayahnya terlibat dalam kemalangan semasa sedang bekerja. Ibunya pula hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa. Kehilangan ayahnya memberikan impak besar buatnya lebih lebih lagi tika itu dia masih lagi belajar dan akan menduduki SPM.

Berita mengejutkan tentang kematian ayahnya belum lagi dapat di terimanya , satu lagi berita mengejutkan yang dia dapat apabila ibunya memutuskan untuk menikahi seorang lelaki berada , punya segalanya. Paling tak sangka lelaki yang bakal jadi ayah tirinya masih punya isteri dan anak perempuan.

Masih dia ingat..

***IMBAS KEMBALI***

"Gia.. dengar cakap ibu.. Kita dah takda tempat nak bergantung harap. Ibu takda kerja , macam mana ibu nak sara hidup kita nanti. Ayah Gia juga tak tinggalkan apa apa untuk kita Gia.."

Suara ibunya merintih sayu.

"Ibu.. Kita boleh cari kerja sama sama. Gia akan bantu ibu , Gia akan kerja cari duit untuk kita." dia tetap memujuk.

Sebolehnya dia tak mahu ibunya mengahwini lelaki lain , belum sampai setahun ayahnya pergi , dan tiba tiba ibunya putuskan untuk berkahwin lagi.

Paling tak dapat di hadam bila ibunya sanggup bermadu , sanggup jadi isteri nombor dua pada lelaki itu. Apa ibunya tak punya harga diri lagi? Dia kesal. Cukup kesal!

"Gia! Tengah bulan ni Gia daftar masuk form 6 , Gia ingat ibu mampu ke nak tanggung Gia belajar nanti , dengan sewa rumah , barang makan kita lagi."

Gia geleng.

"Gia tak masuk form 6 , Gia akan cari kerja. Gia merayu dengan ibu , jangan buat macam ni.. Gia janji akan cari kerja untuk tanggung hidup kita nanti." kedua tangan itu di genggam minta pengertian kalau dia tidak setuju ibunya mengahwini lelaki itu.

Puan Geisha ketawa.

"Kerja.. Gia ingat senang ke nak cari kerja. Dengan basic gaji yang tak seberapa tu , Gia ingat cukup ke? Gia , jangan jadi bodoh boleh tak.. Ibu buat semua ni demi Gia. Ibu nak hidup Gia senang.. Ibu tak lakukan semua ni untuk kepentingan ibu , ibu lakukan demi hidup Gia.." Puan Geisha tarik tangannya yang di genggam Gia. Dia bangun berdiri.

"Ibu.. jangan.. Gia mohon jangan lakukan demi Gia." tangan ibunya di tarik semula.

"Gia , keputusan ibu muktamad , suka atau tak Gia kena terima.."

Matanya berkaca , kecewa.

"Ibu.. Gia tak minta ibu lakukan demi Gia. Kita jalani kehidupan kita seperti dulu , Gia mohon.." dia terusan merayu.

"Baik! Ibu tak lakukan demi Gia , tapi ibu akan lakukan demi hidup ibu sendiri!" tangannya di tarik kasar.

"Ibu.." rintihnya.

"Kalau Gia taknak ikut ibu , anggap saja mulai hari ni ibu pada Gia dah mati." Puan Geisha beredar pergi.

Gia meraung menangisi nasibnya sendiri. Dia dah cukup membayangkan penerimaan keluarga barunya nanti. Ibu tirinya , saudara tirinya..


***

Gia mengeluh lagi. Dia meraup wajahnya. Baru berapa minggu dia habis menduduki STPM. Sementara menunggu keputusan , dia bekerja di sebuah cafe untuk mengumpul duit tabung. Dia tak harapkan ayah tirinya menanggung hidupnya. Biar dia sendiri yang berdikari.

Kaki berhenti melangkah. Banyak masalah yang tak mampu dia luahkan dengan kata kata. Untuk mengelak stress pada usia muda.. Smile!

Perlahan bibirnya mengukirkan senyuman manis namun masih tak mampu menutup cela di hati.

Earphone di sumbat pada sebelah telinga. Lagu photograph yang di nyanyikan Ed Sheeran di mainkan.

Dua tiga langkah di atur..

Splash!

Sebuah kereta lalu dengan laju sekali.

Percikkan air yang bertakung di sisi jalan mengenai wajah dan pakaiannya.

"Yah!" earphone di telinga di tarik kasar. Matanya pandang kereta Lamborghini hitam yang berdesup laju.

Argh! kurang ajar punya pemandu! Mentang mentang bawa kereta mahal suka hati kau je kan nak redah tak fikirkan orang yang jalan kaki. Aku jumpa kau lain hari siap kau! dengan kereta mahal kau tu sekali aku humban kat lautan China selatan!

Dia pandang baju yang dah basah dan terdapat kesan tompokkan kotor. Nasib dalam bag dia ada bawa pakaian ganti.

"Arghh!" kedua tangan mencengkam rambut geram.

Rasanya , dialah seorang Gia yang bernasib malang pada abad kini.

Unlucky person!

p/s ~ Next chapter will be update

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience