Bab 11

Romance Completed 15358

Hari keenam...
(Sakinah POV)
Aku tak sangka lagi menyangka yang kami dapat pergi ke konsert yang kami idam-idamkan selama ini. Hari ini, hari bersejarah..ceh tak adalah. Ya, ya, sangat tu. Hari ini, kami akan pergi ke Tokyo Dome! Teruja aku.
"Eh, kau dah siap kemas barang ke, Nnah?" Soalku kepada Hannah yang sedang duduk bersandar di sofa. Amboi kau rilek betul.
"Belum." Jawabnya selamba. Aku pergi ke arahnya.
"Dah tahu belum pergi lah kemass~" ujarku sambil menarik telinganya.
"Haa haa okay okay. Aku pergi kemas." Balasnya mengerang kesakitan. Aku melepaskan telinganya.
Dia terus berlalu ke bilik. Aku ketawa. Apa-apa sahajalah kawan aku ni. Aku bersiap kerana sekejap sahaja lagi kami hendak bertolak ke Tokyo Dome. Aku suruh mereka berkemas dulu. Besok tak ada kelam-kabut. Manalah tahu balik dari konsert penat-penat jadi, tak adalah tambah penat sebab tak berkemas lagi.
"Weh, korang dah siap belum? Di sana ada yang menunggu. Kita VIP, weh." Soalku. Lama pula mereka ni.
'Tok tok tok'
"Sudah, siapa pula yang datang ni? Tuan rumah ke?" Soalku sendiri. Aku bangun dari sofa lalu menuju ke pintu. Aku membuka pintu.
"Konbanwa!" Ada 7 orang jejaka yang aku kenali dihadapanku.
"Konbanwa. Eh? You guys should go first, right?" Aku pelik.
"Yes, but someone wants to meet you first. Macam kat sana tak boleh jumpa." Ujar Koichi.
Ryoga sudah menyengih. Hm, dia lah tu.
"We wait for you at the car, okay? Bye! See you there, Sakina-chan!" Kata Yusuke memandang Ryoga lalu berlari ke kereta sambil melambai ke arahku. Yang lain mengekori perbuatannya lalu tinggal lah Ryoga seorang di situ. Aku hanya menggeleng tersenyum. Yang abang aku pun macam budak-budak dah kenapa?
"So, nande?" Soalku memandang dia yang tinggi itu.
"Erm, you will come to the concert, right?" Soalnya.
"Yes, of course. Why?" Soalku semula.
"Hm, okay, nothing, I just feel something not good." Ujarnya kerisauan.
"That will be nothing." Aku senyum.
"Promise?" Soalnya. Aduh, main berzanji pula dia ni.
"Promise." Aku mengangkat tangan seperti berikrar.
"Erm, okay. Bye, I see you there." Dia melambai ke arahku lalu menuju ke kereta. Aku melambai dia semula. Aku menutup pintu rumah.
"Dah!" Ujar Alyn, Eca dan Hannah gembira keluar dari bilik.
"Dah? Jom gerak." Ajakku. Kami pun menuju ke Tokyo Dome.
*******
"Fuh! Tepat pada masanya!" Ujar Alyn setibanya kami di situ.
"Tulah, eh, korang cek tiket." Aku merisaukan tiket aku. Kalau hilang sia-sia sahajalah datang sini.
"Ada." Balas mereka bertiga sambil Alyn dan Eca menunjukkan tiket masing-masing.
"Eh, Hannah. Kau punya mana?" Soalku kerana dia tidak pun mengeluarkan tiketnya.
"Ada dalam beg. Malas nak meraba dan keluarkan dompet aku lepas tu, buka zip then, tunjuk kat kau. Yang aku pasti, tiketnya wau, jim, wau, dal. Wujuudun." Balas Hannah. Pemalas betul.
"Yalah, okaylah. Dah jom, straightforward to the.. Tokyo Dome!" Ujarku teruja. Kami pun terus menuju ke Tokyo Dome.
Setibanya kami di luar stadium agak ramai juga manusia yang sudah tiba. Kami pun mengeluarkan tiket dan bersedia untuk masuk. VIP kenalah awal.
"Weh, jom lah cepat. Aku tak sabar gila dah ni." Keterujaan aku masih belum hilang selagi konsert itu tak habis.
"Jom!" Eca dan Alyn menyahut.
"Eh, kejap!" Hannah membantutkan hasrat kami hendak berlari ke arah kaunter.
"Kenapa, Hannah?" Soalku pelik. Haus ke? Ke lapar? Takkanlah, baru je makan tadi.
"Tiket aku. Jap, aku cari." Balas Hannah sambil mencari di dalam begnya.
"Ada tak?" Soalku kerisauan.
"Weh, tak ada." Hannah memandang kami dengan serba salah.
Kami bertiga terkejut.
"Seriuslah!? Kau dah cari betul-betul ke?" Aku merisaukan dia. Tempat ni dahlah jauh dari rumah, satu. Yang keduanya, takkan nak biar Hannah seorang diri di luar stadium. Memang tidaklah aku nak tinggalkan dia seorang di luar.
Aku tanpa berlengah dan tak berfikir panjang menghulurkan tiketku kepada dia, "Hannah, nah ambil ni." Ujarku. Dia memandang tiket dan mukaku silih berganti.
Dia menolak, "Tak payah nak merepek, Sakinah. Ada ni aku boleh cari lagi." Dia teruskan mencari. Alyn dan Eca hanya menikmati drama malam ini.
Aku berkeras, "Hannah, ambil. Kau nak cari sampai bila? Konsert dah nak start dah."
Dia memandang aku semula, "Lepas tu kau nak duduk luar ni?" Soalnya.
"Kalau aku kena buat macam tu. Kita tak ada pilihan, Hannah. Just take it and enjoy it." Ujarku masih menghulurkan tiketku kepadanya. Aku kawal muka habis-habisan lah waktu itu. Kerek gila muka. Haha! Walau tak nak lepaskan tiket tu tapi, nak buat macam mana.
"Kalau kau nak duduk luar aku nak ikut." Ujar Hannah memeluk tubuh.
"Oit, korang bukan datang berdua." Eca mengingatkan aku dan Hannah. Alyn mengangguk-angguk.
"Ya, aku tahu. Tapi, kalau dia nak duduk luar, takkan dia nak duduk seorang diri kat luar?" Soal Hannah.
Eca dan Alyn terdiam. Tapi, tak mungkin mereka nak menonton konsert berdua sahaja. Baik tak payah.
"Aku boleh duduk kat luar ni seorang daripada aku kena tinggalkan kau seorang kat luar ni. Tempat ni bukannya besar. Alah, even aku duduk luar pun aku tak pergi jauh. Nak kena tunggu korang mesti lah dekat-dekat sini je. Dah dah, sekarang aku nak pergi beli tuala purple ryoga tu dengan lighstick, walaupun tak masuk, tapi tak apa lah. Korang pergilah. Aku beli patuh blah pi jalan." Aku menepuk tangan. Tengah kawal emosi. Haha!
"Sakinah~" Akhirnya dia akur. Aku mencapai tangannya lalu memberikan tiketku itu kepadanya.
"Oit, janganlah sedih. You are my buddy, hitori ja mirenakatta sekai, bokura shika mirenai mirai~ (You are my buddy, I couldn't see you alone, the future only visible to you and me.)" Mula dah aku melalak di situ. Petikan dari lagu 'my buddy' oleh mereka sendiri, choutokkyuu. Lagu itu memang lagu kegemaran aku dan aku selalu sangat melalak lagu itu waktu dalam kelas dulu.
Aku tak habis nyanyi lagi sebenarnya tapi dah kena serang oleh Hannah. Dia memeluk aku dengan erat.
"O-oit, sa-sakitlah. Aku ni dahlah tu-tulang je." Ujarku. Dia melepaskan pelukan. Aku peluk dia semula. Dia sedih.
"Hei, janganlah sedih, kita datang sini nak seronok tengok konsert dorang. Dah, pergi, tu masuk, tengok Takuya-chan kau tu. Haha! Bye!" Aku melambai.
"Eh, apa-apa call aku. Jangan nak menyepi je. Tembak kau kang." Pesan Alyn.
"Iyalah makcik. Ouh weh, lagi satu. Nanti bagitahu dorang terutama Abang Koichi aku tu, cakap, tak payah nak merepek cari aku. Bukannya aku tak kenal dia tu. Just focus to their performance. And, cakap kat Ryoga aku minta maaf. Tadi, dah janji tiba-tiba tak ada pula." Aku menunduk. Maaflah, bukan sengaja.
"Okey, kitorang pergi dulu tau. Bye." Ujar mereka dengan sedih. Aku hanya melambai sehingga mereka hilang dari pandangan. Setelah mereka masuk ke stadium tersebut aku diluar memilih barang untuk dibeli. Hehe. Aku beli batang lampu berwarna ungu dan tertulis 03 yang menandakan itu untuk peminat Ryoga dan tuala berwarna ungu yang tertulis 03 juga. Itu pun untuk peminat Ryoga juga. Jarang dapat benda macam ni. Selalunya ada dekat konsert je, tu yang aku beli juga waktu itu.
Dah habis aku membeli belah aku pun pergilah jalan-jalan di sekitar bandar itu sambil memakai tuala itu di leher dan memegang batang lampu itu. Aku mendapati ramai orang memandang aku sebab pegang batang lampu itu sambil berjalan arah bertentangan dengan stadium tadi. Aku pun simpan batang lampu itu di dalam beg galasku. Tinggal lah tuala di leher sahaja. Ah, biarlah orang pandang pun. Tuala pun pelik ke?
"Aduh, Rygo tak ada pulak nak teman aku." Keluhku sambil berjalan tanpa hala tuju. Rygo aku tinggalkan di rumah. Tadi nak bawa dia sekali ke sini dia tidur pula. Kesian dia dah ikut aku pergi jalan selama beberapa hari. Mesti dia penat sangat.
(Alyn POV)
"Weh jom lah pergi depan sikit." Ajakku. Mereka ni dah tahu masing-masing tu VIP, ada hati nak duduk belakang-belakang.
"Jom, jom." Sahut Eca. Hannah hanya mendiamkan diri dari tadi.
"Weh, tak apa ke kita tinggal Sakinah seorang kat luar?" Soal Hannah tiba-tiba. Aku bukan tak kisah tentang Sakinah tapi, alah bukan aku tak kenal dia tu. Kalau kitorang keluar balik cari dia, ada yang tak ada gigi bila pulang ke Malaysia nanti.
"Tak apa. Insya-allah dia tak apa-apa. Weh, kau lupa ke dia tu pengganas antarabangsa waktu sekolah dulu. Cikgu yang cakap tau bukan kita. Muka macam gangster macam tu siapalah nak datang dekat. Haha!" Aku ketawa besar. Pengganas antarabangsa betul. Mereka turut ketawa.
"Haha. Aku ingat waktu tu. Kelas sains. Hahaha!" Eca gelak sepuas hati. Hannah pun macam dah okey. Kami pun pergi ke depan lagi iaitu tempat yang sepatutnya kami berada. Waktu itu di dalam stadium orang tak ramai lagi. Lengang je. Luar je penuh. Mungkin membeli-belah.
"Huhu~ pukul berapa nak start ni? Kesian Sakinah kat luar tu." Keluh Hannah sambil melihat sekeliling.
Secara tiba-tiba ada sekumpulan menyapa kami dari kiri pentas. Mereka turun dari pentas dengan memakai mask. Huh, sekelip mata je aku dah tahu siapa.
"Hey, so early you all get here." Sapa Yusuke.
"Erm, where is Koichi?" Soalku. Aku nak beritahu adik dia tak ada, dia pula entah kemana.
"Sleeping. Why? Eh? Wait. Where is..Sakinah?" Takuya pelik melihat Sakinah tiada. Yang hanya ada di situ cuma Yusuke, Ryoga dan Takuya sahaja. Koichi tidur, Kai, Yuki dan Takashi kemana entah. Masih bersiap agaknya.
"Hm, that's why we're searching for Koichi. We want to tell him that Sakinah's not here." Eca berterus terang.
"Ha? Why? Where is she?" Soal Ryoga bertalu-talu.
"Ouh, em, ha, she wants me to tell you that she's sorry that she's not here right now." Kataku. Aku pula yang serba salah rasanya.
"Now, where is she?" Soal Ryoga lagi.
"We don't know. And, she said don't ever think to search her in this moment. She's willing to wait for us outside than she have to left Hannah alone." Jawabku.
"This is my fault. My ticket is missing. So, she gave her ticket to me." Terang Hannah.
"It's okay, don't blame yourself." Pujuk Takuya. Hannah masih tidak putus asa mencari di dalam begnya.
"Weh, ada lah dalam dompet!" Ujar Hannah tiba-tiba. Rupa-rupanya, tadi Hannah hanya mencari dalam beg tapi dompet dia tak keluarkan pun. Aduh makcik kepochi seorang nih. Kalut betul.
"Hey, why you guys still here? Do you guys have done makeover?" Soal Koichi yang tiba-tiba je datang. Itupun mamai lagi.
"Where is your mask?" Soal Yusuke.
Dia meraba mulutnya.
"Eh? Gone!? Ah, ignore it. What happened? Why you guys gather here?" Soal Koichi lagi.
"Where is...aby?" Apalah yang laki ni membebel. Kitorang tak sempat nak jawab apa-apa pun.
"Aby? Aby!" Dia sepertinya dah mulai panik dan mahu mencari Sakinah. Mestilah panik, adik dia kot.
"Hey hey, calm down. Your little sister is not here. She's somewhere we don't know." Ujarku dengan laju. Dia membebel laju sangat tak bagi peluang pun kami nak terangkan.
"Ha? Why?" Soal Koichi pelik sambil masih tercari-cari adiknya itu.
"It's okay. Later we'll tell you. Now, I have to find her." Ujar Ryoga bersemangat.
"I, huh?" Koichi tersenyum.
"I mean we." Ryoga menyengih. Hak alah, dah tersasul tu sudahlah.
"No, just you. If we want to go together, I afraid it will be nothing in the end because her phone is off. Budak ni aku kata jangan off phone, lagi dia buat. At least, if just you go and find her, the concert can start and cover you for a little while." Aku memberi cadangan.
"Okay, we just have 20 minutes before the concert start. So, where I could find her?" Soal Ryoga sambil mencapai tiket yang diberi oleh Hannah. Jangan tanya aku kenapa bukan Koichi yang pergi cari. Katanya, sebab dia nombor satu. Tapi Ryoga bukan ketua ke? Ah, apa-apa sahajalah mereka ni.
"Erm, kat mana ek?" Aku menyoal Hannah dan Eca. Kami berfikir.
"Ha! The first thing that she always think when we go out together is food. Try to search her at any cafe or Seven Eleven in this town. Just around here. She usually go find any snacks to eat first. Her snacks stock had finish already." Aku teringat. Kantoi lah aku pergi selongkar beg dia pagi tadi. Tak, sebenarnya stok snek dia aku yang habiskan. Hihi. Dan dia kalau pergi jalan, benda pertama yang dia fikir mesti makanan. Makan banyak, badan keding tinggal tulang.
"Okay, bye, I go now." Ujarnya terus berlari. Kami hanya memerhatikan dia.
"Wow! So fast!" Ujarku terbuntang mata. Mereka hanya mengangguk. Koichi, Takuya dan Yusuke pun pergi balik ke pangkal jalan iaitu belakang pentas untuk bersiap.
*******
(Sakinah POV)
Aku mengusap perutku. Aduh, laparlah pula. Tiada apa-apa ke yang aku boleh kunyah? Aku berhenti dan mencari di dalam beg galasku.
"Habis!? Semuanya!? Yah! Banyaknya kau makan Sakinah!" Keluhku sendiri apabila mendapati segala snek, biskut dan coklat yang selama ini aku simpan dalam beg telahpun habis stok.
"Kena pergi beli ni." Ujarku lalu masuk ke dalam sebuah kedai serbaneka kegemaranku. Apa lagi, Seven Eleven lah.
"Wah! Banyaknya. Sedap ni biskut ni." Aku mencari biskut Jepun kegemaranku. Aku berjalan di sepanjang rak itu tanpa melihat jalan.
"Ha! Ini sedap ni!" Ujarku lagi. Hai, membebel je lah kerja kau Sakinah.
Aku cuba mencapai biskut itu, secara tiba-tiba ada tangan yang memegang biskut itu dahulu sebelum tangan aku tiba di biskut tersebut. Dia seperti menahan tak bagi aku ambil biskut tersebut. Eii! Siapa ni!? Kacau je mood aku nak berbelanja! Aku mencekak pinggang lalu memandang dia.
"Eh? Ryoga-san!?" Aku menurunkan tanganku yang berada di pinggang tadi.
"Shh!" Dia meletakkan jari dibibirnya sebagai isyarat diam. Aku menekup mulutku sendiri. Dahlah agak ramai juga yang berada di seven eleven itu. Kami berdua memandang sekeliling. Fiuh! Tak ada siapa yang perasan.
"Sorry." Aku menyengih. Terkuat pula.
"Why you're here?" Soalku. Apahal lah pula mamat ni di sini? Beli biskut juga ke?
"I'm searching for you." Ujarnya.
"Why you're searching for me? Just leave me alone. Go back to the concert. It will start soon. You're the riidaa. You shouldn't just leave the concert like this." Bebelku sambil menyambung semula hasrat mencapai biskut tadi. Aku berjalan menuju ke kaunter.
"No! If you said that you can't left Hanna-chan alone, I can't left you alone." Balasnya berkeras. Hish, keras kepala betul lah dia ni.
"Then, you want to accompany me here? You have a concert to run. You have fans that you have to cheer up them all. No way just because of me you leave everything." Kataku lagi sambil membayar biskut itu. Tak habis lagi cerita biskut ni.
Aku mengambil biskut-biskut yang telah dibayar itu lalu memasukkan ke dalam begku.
"If I have to." Balasnya selamba.
"Don't ever think about it." Aku terus keluar dari Seven Eleven.
"Hey! Stop! Awak ni terburu-buru lah." Katanya memberhentikan langkahku. Aku menoleh memandang dia. Ditangannya ada sekeping kertas. Eh, jap! Aku macam kenal sahaja kertas apa tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience