Bab 11

Romance Completed 12519

SYAMIRAberlari laju menuju ke perpustakaan. Sesampai di perpustakaan,
dia meliarkan matanya mencari Izzah. Dia melangkah pantas ke tempat yang
diduduki Izzah. Wajahnya kelihatan cemas.

“Izzah, kau kena ikut aku sekarang jugak!” Syamira
berbisik di telinga Izzah sambil menarik tangan gadis itu.

Izzah yang terkejut dengan perlakuan Syamira terus menyambar
begnya. “Kita nak pergi mana ni, Mira? Kenapa kau kelam-kabut sangat
ni?” tanyanya apabila mereka sudah keluar dari perpustakaan.

“Kau kena cepat! Aiman belasah Harraz kat luar kampus!”

Izzah terkejut lantas mempercepatkan langkahnya. Wajahnya
berubah merah apabila melihat muka Harraz lebam dibelasah Aiman. Dia
meluru mendapatkan Harraz yang lemah di dalam pegangan Idham. Kemudian
dia berpaling memandang Aiman yang berada dipegangan Fadhli. Dia
merenung tajam ke wajah Aiman. Perlahan-lahan dia mendekati Aiman.
“Kenapa kau pukul dia?!” marahnya.

“Itulah akibatnya bila dia tak dengar cakap aku. Lepaskan
akulah, Li!” Aiman meronta minta dilepaskan.

“Apa yang kau suruh dia buat?” tanya Izzah lagi.

“Aku suruh dia jangan rapat dengan kau tapi dia ni degil!
Dia keluar makan jugak dengan kau semalam!” Aiman merenung tajam ke
wajah Harraz yang takut-takut.

“Kau tak ada hak nak suruh dia jangan rapat dengan aku dan
kau tak ada hak nak pukul dia!” Meninggi suara Izzah.

“Kenapa kau nak mempertahankan dia sangat hah, Izzah?!”
Aiman turut meninggikan suaranya.

“Sebab aku cintakan dia!”

Harraz tergamam.
Pelajar-pelajar lain ada yang berbisik.

“Apa yang ada pada budak sotong tu sampai kau
tergila-gilakan sangat kat dia? Cuba kau tengok aku. Rupa ada, kalau kau
nak kata dia kaya, aku pun kaya jugak! Aku lelaki sejati, bukan macam
dia. Lembik! Memang padanlah dengan gelaran sotong tu.” Aiman tersenyum
sinis pada Harraz.

Izzah mengetap gigi. “Kau ingat dia suka ke jadi lembut? Kau
ingat dia tak sedih ke kena caci? Cuba kau bayangkan kau berada di
tempat dia. Mesti kau rasa apa yang dia rasa, kan?” Dia berjeda menarik
nafas. “Untuk pengetahuan kau, aku suka dia bukan sebab dia kaya tapi
sebab hati dia! Walaupun dia lembut, dia tetap taat pada Tuhan. Walaupun
dia anak orang kaya, dia tak pernah pun menunjuk-nunjuk kemewahan yang
dia ada. Dia bukan macam kau yang kaki disko, kaki enjoy! Cuba kau
muhasabah diri. Adakah kau dah cukup baik? Dalam sehari cukup ke kau
sembahyang? Ubahlah perangai kau tu sikit. Jadilah anak yang baik dan
hamba yang taat. Kalau mama dan papa kau tahu perangai sebenar kau,
mesti mereka kecewa. Kau jangan riak dengan kemewahan yang kau miliki
sebab bila-bila masa je Allah boleh tarik balik semuanya.” Izzah
menarik nafas lagi sesudah menghamburkan rasa hatinya.

Aiman menunduk mendengar kata-kata yang keluar dari mulut
Izzah. Dia malu dengan gadis itu.

“Sudahlah, aku tak nak perkara ni berlaku lagi. Bersurai
semua!” Izzah melangkah mendapatkan Harraz. “Jom kita bawak dia pergi
klinik.” Dia mendahului kawan-kawannya menuju ke kereta.

Idham memapah Harraz menuju ke kereta Izzah.
Fadhli pula sudah melepaskan pegangan pada Aiman dan berlari mendapatkan
Izzah.

“Harraz!” panggil Aiman ketika Idham mahu memasukkan Harraz
ke dalam kereta.

Izzah, Harraz, Idham, Nadhia, Syamira dan Fadhli berpaling
ke belakang.
Aiman menghampiri Harraz. Dia merenung tajam ke wajah Harraz. Lama.
Tiba-tiba dia menghulurkan tangan kanan sambil tersenyum ikhlas.
Teragak-agak Harraz menyambut huluran tangan Aiman.

“Aku minta maaf. Kau bertuah memiliki cinta Izzah. Terimalah
dia. Dia ikhlas cintakan kau.” Aiman memandang wajah Izzah pula. “Izzah,
aku akan mengundur diri. Aku takkan kacau kau lagi.” Usai berkata-kata,
Aiman melangkah meninggalkan pekarangan kampus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience