Chapter 24

Romance Completed 35261

“Liza, abang jumpa dengan Fidah semalam. Hati abang sakit, Liza. Apabila Othman tengking Fidah, abang tak sanggup nak berdiam. Ingin belasah je Othman tu. Tapi abang tak dapat buat macam tu. Abang fikir pasal kehidupan Fidah kalau abang naik tangan kat Othman. Abang nak Fidah hidup bahagia bersama dengan suami dan anak-anak. Apa yang abang buat tu tak salah kan Liza?” Dato’Johari meluahkan perasaan sedih hadapan gambar arwah isterinya,Datin Aliza.

Dato’Johari kenal dengan Datin Aliza pun melalui adiknya, Datin Rafidah. Perkenalan antara Dato’Johari dan Datin Aliza dikenang kembali oleh Dato’Johari. Gambar arwah isterinya dipeluk erat di bahagian dada. Walaupun Datin Aliza sudah meninggal dunia bagi Dato’Johari, Datin Aliza masih lagi hidup di hatinya.

~ FLASH BACK ~

Dato’Johari asal dari Johor Bahru. Dato’Johari lahir dalam keluarga yang bukan berada. Ayahnya, Encik Malik bekerja sebagai pemandu teksi. Ibunya, Puan Leha ialah seorang tukang jahit. Encik Malik dan Puan Leha dikurniakan lima orang anak. Yang sulungnya adalah Dato’Johari berikutan dengan empat anak perempuan. Walaupun mereka bukannya kaya dengan duit dan harta benda, mereka kaya dengan kasih sayang.

Rumah mereka hanya diperbuat daripada papan. Kalau hujan lebat, kawasan perumahan mereka akan banjir. Encik Malik bekerja keras untuk menyara kehidupan mereka. Tidak pernah sesekali pun Encik Malik bantah kehendak anak-anak mahupun isterinya. Segala keinginan pasti dipenuhi oleh Encik Malik. Semua kelima-lima anaknya berjaya masuk ke universiti dan sukses dalam kehidupan mereka.

“Assalamualaikum. Anak manja ini dah balik. Tengok siapa datang rumah kita ni.” Rafidah mengheboh-hebohkan kedatangan tetamunya dari pintu masuk rumah.

“Waalaikumsalam. Ya Allah Fidah kenapa kecoh-kecoh ni? Sakit telinga mak ni tau.” Puan Leha membebel.

“Mak, tengok dulu siapa yang datang rumah kita. Tadaaa!!!”

“Artis mana yang datang rumah kita? Bila abang long tengok action adik ni macam artis yang datang ke rumah kita? P.Ramlee ke yang datang?” mengusik Dato’Johari.

“Assalamualaikum mak cik.” suara merdu seorang wanita masuk ke dalam telinga Dato’Johari.

“Waalaikumsalam Liza. Dah lama tak jumpa kamu. Sihat?” Puan Leha memeluk kawan anak perempuan bagi melepas rindu.

Datin Aliza dan Datin Rafidah kawan sejak dari sekolah rendah. Masa belajar sekolah, asyik Datin Aliza melawat keluarga Datin Rafidah. Selepas tamat zaman belajar, Datin Aliza berhijrah ke Kuala Kangsar atas urusan pekerjaan. Selepas itu jarang Datin Aliza berjumpa dengan keluarga angkatnya.

“Liza sihat mak cik. Mak cik sihat? Abang sihat?”

“Abang long, Liza tanya ni. Jawab lah. Yang berdiri macam nampak hantu ni dah kenapa?” Rafidah jerit di telinga Dato’Johari. Barulah Dato’Johari kembali ke alam nyata. Dirinya rasa malu sebab terlalu lama berkhayal. Sejak dari dulu Dato’Johari sukakan kawan adiknya itu. Tetapi tidak pernah sekali pun Dato’Johari memberitahu tentang hal itu kepada sesiapa pun.

“Err… sorry. Abang sihat.”

“Kalau dah suka, cakap suka. Jangan lepas pulak baru nak menyesal.” Datin Rafidah menyampuk.

“Diam lah Fidah.” arah Datin Aliza. Malu apabila Datin Rafidah cakap macam itu.

“Alangkah bestnya kalau abang long kahwin dengan Aliza. Mesti mereka bahagia. Liza pun akan jaga mak ayah dengan baik. Ya Allah, Ya Tuhanku, tolonglah satukan abang long dengan kawan baik hambamu ini.”

Sehari itu Datin Aliza meluangkan masa bersama dengan ahli keluarga angkatnya. Datin Aliza memang dari keluarga kaya. Ibu bapanya selalu sibuk dengan urusan kerjanya. Datin Aliza mempunyai seorang abang. Abangnya di Australia. Abang dengan hidup sendiri. Datin Aliza pula dengan hidup sendiri di Malaysia.

“Abang.”

“Liza, ada apa?” Dato’Johari menyoal apabila mendengar panggilan Datin Aliza.

“Boleh tak Liza cakap dengan abang? Lima minit pun cukup lah.”

“Boleh je.”

“Abang, Liza nak ajak abang kahwin.” Datin Aliza memberitahu hasratnya dengan cepat. Tidak mampu simpan hasrat itu lagi dalam hatinya.

Dato’Johari yang mendengar ajakan perkahwinan dari suri hatinya terkedu. Bukan ke selalunya orang lelaki yang ajak kahwin? Dalam cerita Dato’Johari dan Datin Aliza pula terbalik. Perempuan yang ajak kahwin dulu.

“Liza, abang…”

“Kenapa abang? Abang tak suka Liza ke?” suaranya bertukar kepada nada sedih.

“Bu… bukan Liza. ab… abang…” Dato’Johari gugup.

“Setuju ajelah abang long!” bersuara Datin Rafidah dari belakang.

Mata Dato’Johari dan Datin Azliza membulat apabila pandang belakang. Bukan Datin Rafidah sahaja ada kat situ, seluruh keluarga Dato’Johari mendengar ajakan perkahwinan mereka.

“Alamak, kantoi!”

“Macam mana Johari? Setuju tak?” menyoal Encik Malik.

“Kalau semua setuju, saya pun setuju.” kata putus Dato’Johari.

“Diri sendiri memang sukakan Liza. Cakap jujur je la abang long.” memerli Datin Rafidah.

Selepas beberapa bulan, Dato’Johari dan Datin Aliza disatukan. Mereka pun hidup bahagia. Dato’Johari, Datin Aliza and Datin Rafidah berpindah ke Kuala Lumpur selepas kematian Encik Malik, Puan Leha dan ketiga-tiga adik perempuan dalam suatu kemalangan.

~ END OF FLASHBACK ~

“Kalau Liza masih ada, Liza akan selalu ada di sisi abang kan. Abang rindu Liza sangat.” Dato’Johari melelapkan matanya.


********************

“Rohani, pukul berapa madam nak jumpa kita?” Sofia Amelia bertanya sambil menengok Iphonenya. Semua friend request dalam sosial media telah direject.

“Entah. Madam kata pukul 10 pagi. Tapi sekarang dah pukul 10.35 pagi.” jawab Rohani. Biskut marie dikunyah. Christina pula baringkan kepalanya di atas meja.

“Sofi. This is for you.” satu bakul yang diisi buahnya diletak di hadapan Sofia Amelia.

“Apa ni?” bengang Sofia Amelia. Apabila melihat bakul buah itu, Sofia Amelia ingatkan dia tu sakit teruk.

“Buah-buahan. Ada buah epal, oren, anggur, delima. Semua buah ni ada vitamin-vitamin penting untuk badan kita. Ambil lah.” Adam menjelaskan kepada Sofia Amelia.

“Christina, bangun. Tengok crush kau tu buat apa!” Rohani mengoyangkan bahu Christina.

“Biarlah aku tidur kejap.” nak tak nak Christina bangun dari perbaringan. Matanya digosok menggunakan tangan. Matanya membesar apabila muka Adam di hadapannya.

“Kau tengok tu. Adam bagi bakul buah tu kat Sofi. Ini mesti kau yang bagitahu Adam kan.”

“Kau ni. Bukan suka hati aku bagitahu dia okay. Adam tanya semalam, itu lah aku cakap kat dia. Salah ke? Tu, bakul buah tu dia bagi kepada Sofi pun sebab dia prihatin. Baik hatikan dia.” Christina memuji Adam. Muka Rohani pulak menunjukkan reaksi menyampah.

“Kau ambil balik bakul awak tu sekarang!” Sofia Amelia jerit. Semua yang berada di dewan itu memandang mereka.

“Wait? Why?” Adam terkejut mendengar jeritan Sofia Amelia. Tiba-tiba Sofia Amelia naik angin.

“Hei! Aku nak warn kau eh! Aku tak ingin lah apa-apa surprise ke hadiah ke dari kau! Aku menyampah tengok muka kau! Kau ni apa kelas? Kau pernah tengok muka kau kat cermin ke tak? Ada hati nak jatuh cinta dengan aku! Kau ingat aku ni tak tahu ke yang kau sukakan aku? Aku tahu lah! Ada banyak lelaki yang sukakan aku! Not only you! So, stop behaving like this! Lain kali aku nampak kau kacau aku, kau akan kena kaw! kaw! dengan aku! Faham! Berambus dari sini! Jangan tunjuk muka kau depan aku lagi!” tengkingan Sofia Amelia boleh dengar sampai ke luar dewan.

“Sofi, kenapa ni? Bukan salah pun apa Adam buat.” Christina menyebelahi Adam. Muka Adam dah lah merah.

“Kau jangan sebelahkan dia Christina.” Sofia Amelia memberi amaran. Bakul buah-buahan itu dicampak ke muka Adam.

“Sofi, dah lah. Jangan buat macam itu. Pity him.” Rohani menyejukkan hati Sofia Amelia.

“Adam, awak okay tak? Kenapa awak susah-susah belikan semua ni?” Christina pula serba salah tengok muka Adam.

“Tak apa lah. I am okay. Saya keluar dulu.”

“Awak pergi mana?” Christina menghalang pergerakan Adam. Sepatutnya Adam juga hadir ke meeting bersama dengan mereka.

“Rumah. Let me go.” tutur Adam lemah. Tidak sanggup untuk berada di situ lagi.


**********************

“So girls, bila kita start latihan?” Sofia Amelia sibuk menyoal mengenai latihan tarian kepada Rohani dan Christina. Mereka telah dipilih oleh pensyarah mereka untuk menari sempena majlis perpisahan untuk senior.

“Esok? Boleh tak? Tinggal lagi 3 minggu je untuk majlis tu kan.” Rohani memberi cadangan.

“Betul jugak. Macam mana dengan kau Christina?”

“Ikut korang je lah.” Moodnya hilang terus dari kejadian pagi tadi.

“Kenapa dengan dia?” bisik Sofia Amelia kepada Rohani.

“Tak tahu. Biarlah dia.” Rohani mengangkat bahu.

Tiba-tiba mata Sofia Amelia menangkap kelibat Iskandar Faiz menuju ke kafeteria.

“Rohani, itu Iskandar Faiz kan?”

“Ye.” Rohani menjawab. Christina hanya memandang kosong.

“Aku nak jumpa dia kejap. Korang pergi lah dulu.” Sofia Amelia meninggalkan mereka berdua.

“Hi awak.” mengucap Sofia Amelia. Iskandar Faiz terpinga-pinga melihat kemunculan Sofia Amelia di situ.

“Awak buat apa kat sini?” Iskandar Faiz menyoal. Bimbang juga kalau Wahidah Tiara ternampak mereka berdua.

“Ada dance meeting tadi. Can we have a cup of coffee?” meminta Sofia Amelia dengan tujuan untuk berterima kasih atas pertolongan kelmarin.

“Coffee?? Erm?” Iskandar Faiz berfikir perlu ke dia mengikut Sofia Amelia untuk minum kopi atau pun tidak.

“Oi perempuan gatal!” Wahidah Tiara terus jerkah.

“Siapa perempuan gatal? Mind your words!” Sofia Amelia geram mendengar tuduhan Wahidah Tiara.

“Rohani, tengok situ. Wahidah pergi serang Sofi lah.”

“Ya Allah. Jom lah. Pergi selamatkan Sofi.” Rohani bergegas ke tempat kejadian.

“Kenapa kau nak pergi situ? Padan muka Sofi tu. Tadi dia mengutuk Adam kan.” Christina masih lagi tidak puas hati dengan cara layanan Sofia Amelia terhadap Adam.

“Christina, kau sedar tak apa kau cakap tadi? Kau lupa ke Sofi tu kawan rapat kita? Kau lupa ke berapa banyak Sofi tolong kau masa kau susah? Lupa ke?” marah Rohani. Christina tidak mampu untuk menjawab soalan dari Rohani.

“Kenapa kau ikut boyfriend aku?” Wahidah Tiara tengking Sofia Amelia. Hatinya sakit apabila Wahidah Tiara ternampak Iskandar Faiz dan Sofia Amelia.

“Boyfriend kau?” Sofia Amelia betul-betul terkejut. Tak sangka Wahidah Tiara adalah kekasih Iskandar Faiz.

“Kau berambus dari sini!” Wahidah Tiara menolak Sofia Amelia. Tanpa sempat mengimbangi tubuh badan, Sofia Amelia duduk di atas lantai. Sakit pinggang tidak boleh diluah melalui mulut.

“Enough Tia! Stop it!” Iskandar Faiz menaikkan suaranya. Semakin hari Iskandar Faiz tidak mampu untuk mempercayai Wahidah Tiara. Kenapa kekasihnya layan Sofia Amelia tanpa periksa dulu?

Rohani dan Christina menolong Sofia Amelia yang mengerang sakit. Sakitnya seperti tulang pinggangnya patah.

“Rohani, aku tak dapat tahan sakit.” air matanya melimpah keluar dari mata Sofia Amelia.

“Kau boleh bangun tak Sofi? Aku bawa kau pergi klinik.” Rohani cuba untuk memapah Sofia Amelia.

“Leave her Rohani. I will bring her to the clinic.” Iskandar Faiz menawarkan dirinya untuk tolong Sofia Amelia.

“No Is! Biarlah kawan dia bawa perempuan tu ke klinik. Kenapa awak nak bawakan dia ke klinik pula?” Wahidah Tiara cuba menghalang Iskandar Faiz dari menolong Sofia Amelia.

“Shut up Tia! Saya tak sangka awak buat macam ni.” Iskandar Faiz meninggalkan Wahidah Tiara.

“Is! Is!” Wahidah Tiara memanggil Iskandar Faiz. Iskandar Faiz pula tidak mengendahkan panggilan Wahidah Tiara. Rohani dan Christina memapah Sofia Amelia dan mengikut Iskandar Faiz untuk pergi ke klinik.

* Dear readers, esok Kikki tak dapat update chapter baru. Lately agak busy. Akan update chapter baru hari Khamis. Enjoy reading. Jangan lupa untuk comment and rate tau. Love you all ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience