BAB 22

Short Story Completed 93520

Harini sudah sebulan dia dan Arjuna pulang ke rumah.Dua-dua kena berpantang atas arahan Datin Habsah dan Puan Samsiah.

Ratna pandang belakang Arjuna yang terdedah.Kesan tembakan dan banyak bekas luka.Tinggal kenangan yang perit.

"Abang rasakan nasib dah kahwin tau?"soal Arjuna tiba-tiba.

"Kenapa? Kalau tak kahwin lagi Abang nak kahwin dengan orang lain?"soal Ratna.

"Tak adalah kalau abang belum kahwin mesti wang hantaran abang murah sebab banyak parut Ni"kata Arjuna menunjukkan parutnya pada Ratna yang sedang menyusukan Tuah Raid Bin Arjuna Basith.

Ratna mengecilkan matanya memandang suaminya.

"Setahu saya perempuan aje kalau ada parut baru wang hantaran kurang"ucap Ratna.

Arjuna mendekatkan dirinya yang tidak berbaju itu pada Ratna.Ratna menolak lembut badan Arjuna.

"Kenapa?"soal Arjuna dengan dahi berkerut.

Ratna menundukkan wajahnya ke bawah.Arjuna memegang dagu Ratna.

"Kenapa ni? Abang tanya Ni?"soal Arjuna lembut.

"Saya risau hilang pertimbangan nanti"kata Ratna sambil menepuk belakang anaknya.

"Ehemm....bahaya ni baik Abang pakai baju balik.Ya tak Tuah anak Ayah"kata Arjuna menyarungkan pakaiannya semula setelah faham maksud Ratna.

Ratna memukuk bahunya.

"Aduh...sakit sayang ngilu terasa"kata Arjuna pada Ratna.

"Terima kasih sebab selamatkan saya dan anak kita.Terima kasih sebab kembali semula pada kami"ucap Ratna pada Arjuna.

Arjuna memegang tangan Ratna.Tangan itu diusap lembut dan diciumnya.

"Abang yang patut terima kasih pada Sayang sebab sentiasa ada dengan Abang.Dari Abang terlantar sampai sekarang boleh jalan balik.Dan Terima kasih pada Tuah Raid Ni sebab bagi kekuatan Tuah tu pada Ayah untuk jadi kuat"kata Arjuna mencium anaknya dipangkuan Ratna dan ciuman hinggap dibibir Ratna.

"Ehemm...ehem....dua orang ni Siah kalau tak diasingkan bilik mahu jadi yang kedua nanti"kata Datin Habsah yang berada di muka pintu.

"Betul tu...mahunya siang-siang hari pun jadi"kata Puan Samsiah mendekati katil tempat Ratna menyusukan cucunya.

Datin Habsah menepuk belakang anaknya.Arjuna tersengih macam kerang tak cukup zat.Malu dia dengan Datin Habsah dan Puan Samsiah.

"Juna kamu dah makan ubat belum?"soal Datin Habsah.

"Belum lagi Mummy.Tadi Tuah menangis"Arjuna memberi alasan.

Ketukan pintu membuatkan mereka berpandangan sesama sendiri.

*******

Arjuna turun ke ruang tamu bersama dengan Datin Habsah.

Matanya melihat susuk tubuh seseorang yang tidak dikenali duduk disofa ruang tamunya.

Dia mendekati wanita yang sebaya dengan Datin Habsah itu.

"Maaf saya tanya siapa Aunty Ni?"soal Arjuna pada wanita itu.

Wanita itu menundukkan wajahnya seketika.

"Saya Faridah ibu kandung kepada arwah Raiqal"ucap Wanita bernama Faridah.

Wajah Arjuna berubah bila nama itu disebut setelah sekian lama.

"Arwah Raiqal yang buat anak saya cedera teruk tu?"soal Datin Habsah dengan nada serius.

Faridah mengangguk perlahan tanda betul.

"Apa awak buat dekat rumah saya?"soal Datin Habsah.

"Mummy relaks kita dengar dulu.Apa tujuan Puan datang sini?"kata Arjuna.


"Saya nak minta maaf bagi pihak anak saya, Raiqal atas apa yang dia buat pada kamu dan keluarga kamu.Aunty betul-betul minta maaf pada Arjuna atas perbuatan anak Aunty"ucap Puan Faridah.

Arjuna menghembuskan nafas pendek.

"Maaf saya bertanya pada Aunty.Masa kejadian malam tu, Raiqal ada sebut nama Raiyan pada saya.Siapa pulak Raiyan? Kembar Raiqal ke? Sebab saya tak pernah tahu pun"kata Arjuna.

Puan Faridah terkesima seketika dengan pertanyaan Arjuna.Sudah lama dia tidak mendengar nama itu disebut.

"Sebenarnya Raiyan tu bukan kembar Raiqal"jawab Puan Faridah.

"Habis bukan kembar Raiqal anak siapa pulak Raiyan tu?"soal Datin Habsah pada Faridah


"Raiqal dan Raiyan adalah orang yang sama.Raiqal menghidap Dissociative identity disorder (DID).Raiyan dia punya karakter yang muncul buat pertama kali masa sekolah menengah.Aunty tak tahu sebabkan itu dia bertindak sejauh ni"kata Puan Faridah.

Arjuna meraup wajahnya.Akhirnya semuanya sudah jelas pada Arjuna.Dia lega dengan penjelasan Puan Faridah.

"Saya pun nak minta maaf kalau saya ada buat salah atau ada perbuatan yang saya buat tanpa sedar pada keluarga Puan juga.Terima kasih sebab jelaskan semuanya"kata Arjuna pada Puan Faridah.

********

Wajah Eiyad memerah.Panasnya dekat tapak projek ni tak boleh bawa bincang.Dia bergegas ke majlis doa selamat dan akikah anak sahabatnya.

Siap ada pelamin lagi.Huh....benci betul idea annoying kawannya ni.Saat ini, dia hanya tidak sabar nak ke Dubai hujung minggu ni.Bawa diri ke sana mana tahu jumpa gadis arab boleh lawan Arjuna.

"Lambat sampai?"soal Arjuna bila Eiyad mendekati.

"Ya Juna.Nak buat macamana lepas ni aku ada dekat Dubai.Selesaikan kerja mana yang nak tinggal.Maklumlah aku kan nak jadi orang Dubai" ucap Eiyad kemudian meneguk air sirap campur oren atau lebih dikenali air selangor ditangan dalam sekali nafas.

Dia toleh pada Diya dan Indah yang melayan tetamu.Tak semena-mena bibirnya senyum tipis.Tak lama lagi Diya akan melangsungkan perkahwinan juga.Indah pula? Dia tidak tahu gadis itu sudah berpunya atau tidak?.

"Pandang je ke? Tak nak try Abang ipar bagi chance?"

Eiyad mencebik dengan usikan Arjuna.

"Tulah tengah fikir juga nak hadap Abang ipar Ni.Macam tak berkembang salasilah keluarga nanti.Pusing-pusing dekat situ.Tak kuasa...."Eiyad mengayakan tangannya didadanya.

Arjuna ketawa.

"Takpe kau cari dulu awek Dubai kalau tak berkenan balik jumpa Abang ipar ni okay.Kalau masa tu masih kosonglah"Arjuna tepuk bahu Eiyad.

Eiyad pandang ke arah lain.Mujurlah Arjuna tak sempat bersuara bila Ratna menghampiri.Nampak terlalu cantik dengan persalinan berwarna rona coklat cair.Malah bertambah cantik dengan solekan nipis.

"Nampak penat? Kau buli Ratna ya Juna?"soal Eiyad.

"Sangat.Betul Arjuna buli saya tau.Dia yang busy sangat nak buat majlis.Siap pakej naik pelamin sekali"cerita Ratna.

"Okaylah buat kenangan keluarga.Ada majlis untuk meraihkan semua perjuangan dan pengorbanan"ucap Eiyad.

"Anyway tahniah atas kelahiran putera sulung.Jangan pulak aku balik dari Dubai anak buah aku bertambah.Kesian Ratna"Akhirnya luah segalanya yang selama ini Eiyad pendam.

Arjuna jengilkan mata memandang Eiyad terus Eiyad berlari menjauh dari Arjuna.

Ratna hanya tersenyum melihat tingkah dua orang yang amat disayanginya itu.

Dia toleh pada Ratna.Lama diperhatikan wajah itu.

"Sayang?"seru Arjuna bila Ratna siap bersalaman dengan tetamu.

"Sini" Dia menunjukkan kerusi disebelahnya.

Ratna duduk disebelahnya.

"Kenapa? Abang nak makan ke?"soal Ratna.

"Tak adalah saja suruh sayang rehat dekat Abang.Dari tadi layan tetamu tak berhenti-berhenti"ucap Arjuna.

Ratna memandang wajah Arjuna yang sedikit merah mungkin sebab panas.Dia mencubit pipi Arjuna.

Tangannya membetulkan songkok dikepala suaminya.

"Abang masih segak tak macam dekat London dulu"ucap Arjuna pada Ratna.

Ratna merenung lama.

"Masih segak lagi.Jangan risaulah Ratna ni dah letak cop banyak dekat badan Abang.Jadi tak boleh ada orang lain nak ambil Abang daripada Ratna"ucap Ratna pada Arjuna.

"Tak bolehlah ni.Abang baru fikir..."kata-kata Arjuna terhenti bila tangan Ratna mahu mencubit perutnya.

"Tak Abang fikir nak bagi Tuah Raid ni adik cepat-cepat sementara Abang masih larat lagi Ni"kata Kata Arjuna.

"Ohhhh sedarlah diri dah tua.Alhamdulilah Arjuna Basith sedar juga dia tua"ucap Ratna.Arjuna memeluk tubuh Ratna.Mereka memandang Tuah Raid yang dari tadi asyik berdukung dengan keluarganya.

"Terima kasih maha pencipta untuk segala aturan dan kejadian yang terjadi.Hamba mu ini hanya hamba yang lemah.Tidak berdaya dan kuat tanpa izinmu.Dan terima kasih isteriku atas segala perjuangan mu untuk cinta kita ini.

Cukup sampai di sini sayang kita akan terus mekar sampai bila-bila....

Segala Aturan hidup manusia itu sudah diaturkan CUKUP SAMPAI DI SINI SAYANG MELABUHKAN TIRAI.... Nantikan Novel terbaru saya akan datang. Love you all terus support karya saya.Maaf atas apa yang kurang atau tertypo.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience