Series
                        
4680
                    Mata yang terpejam itu dibuka perlahan . Penglihatannya samar-samar . Dia mula duduk dari perbaringannya dengan tangan yang melekap di dahi . 
   Setelah semuanya kelihatan jelas , matanya mula meliar memandang sekeliling . Berkerut dahinya .
   Aku dekat mana ?
   Matanya tidak henti memandang sekeliling tempat yang kelihatan agak ganjil baginya . Apa sebenarnya yang terjadi tadi ? 
   Otaknya ligat memikirkan tentang situasi yang berlaku sebentar tadi . 
“ Emelyn.. ” panggil seseorang .
  Laju saja kepalanya menoleh memandang gerangan yang memanggilnya tadi .
  Matanya bertembung dengan mata Cealyn yang turut memandangnya sambil tersenyum kecil .
  “ Kita dekat mana ? ” pelik.. selalu bukan dekat sini Cealyn berjumpa dengannya . 
  Cealyn juga turut memerhati sekeliling tempat itu . Senyumannya masih diukir .
“ Rumah aku . ” kata Cealyn perlahan .
Aik ? Jarang jarang kau bawa aku pergi rumah kau ni .
  “ Kau cintakan Cleo ? ” soal Cealyn dengan wajah yang serius .
  Kuh ! Mautnya soalan . 
Lama Emelyn memandang pelanduk dua serupanya itu . Nak jawab apa ? Aku pun tak tau yang aku cintakan dia atau tak..
“ Tak.. ” kata Emelyn perlahan sambil menggeleng . Cealyn ketawa kecil .
“ Habis kenapa kau cemburu setiap kali Alyaa dekat dengan dia ? ” soal Cealyn lagi dengan sisa tawanya .
Berkerut dahi Emelyn mendengarnya . Eh eh , dia tanya kita pula .
“ Bukan kau yang cemburu ke ? Mana tahu kau kawal hati aku untuk feel cemburu tu . ” terlebih jujur dan confident tahap tinggi pula mulut ni .
Cealyn tersenyum lalu menggeleng . Makin berkerutlah dahi Emelyn dibuatnya .
“ Aku mana pandai cemburu . ”
  Wah ! Serius ?! Tipu lah kalau kau tak pernah cemburu . Kau tak tengok ke betapa dekatnya Alyaa dengan Cleo tu ? 
   Baru saja Emelyn ingin membuka mulut.. 
“ Hati dengan perasaan mana dapat dikawal . ” sambung Cealyn lagi .
  Terus terkunci mulut Emelyn mendengarnya . Lidahnya kelu . Betul juga , hati dengan perasaan mana dapat dikawal . 
   Habis selama ni semua perasaan aku dekat Cleo memang perasaan aku sendiri ? Maknanya aku jatuh cinta dengan dia ?! Hah ! 
“ Cemburu tandanya suka . ” usik Cealyn .
Hampir saja Emelyn terkena serangan jantung disana . Gurau kasar nampak .
   “ Macam mana kau dengan Alyaa boleh rapat ? Takkan kau tak perasan yang Alyaa cintakan Cleo ? ” laju saja soalan itu dikeluarkan . Tukar topik jap . 
   Cealyn terdiam . Lama dia menatap wajah di hadapannya itu sebelum senyumannya terukir . Dia mengangguk perlahan . 
“ Aku dah lama tau dia cintakan Cleo . Tapi macam yang kau selalu cakap , cinta tak boleh dipaksa . ” kata Cealyn .
   Emelyn tergamam . Kata-kata tu selalu disebut dalam hatinya . Jadi selama ni dia dapat dengar kata hati aku ?
   Wah jadi kalau aku kutuk Cleo pun dia dapat dengar ? Hehe sorry Cealyn . 
“ Henry siapa ? ” satu lagi soalan penting diajukan .
Sekali lagi Cealyn terdiam . Reaksinya berubah . Kelihatan seperti marah , sedih , gelisah . Entahlah , semuanya bercampur baur .
“ Kau akan tau juga nanti . ” kata Cealyn perlahan .
Emelyn menatap wajah itu . Nampak sangat dia tidak mahu bercerita tentang Henry .
“ Jaga Cleo baik baik . ” sambung Cealyn semula .
Eh ? Tiber je .
“ Tak . Aku tak nak kacau hubungan kau dengan dia . ” betul apa . Aku tak nak lah kacau diorang punya relationship .
   Cealyn ketawa kecil mendengar kata-kata Emelyn . Apa punya jawapan lah .
   Dia mendekati gadis itu lalu memegang bahunya lembut .
“ Aku tau kau mula cintakan dia . Lagipun aku hidup dalam diri kau . Kalau kau jaga dia , maksudnya aku jaga dia . Tak ada perbezaan . ” kata Cealyn .
Emelyn mengeluh kecil . Masalahnya kami berdua ni berbeza . Aku manusia , dia vampire . Tak boleh BERSAMA faham ?
“ Kau akan jadi milik aku Cealyn ! ” jerit seseorang dengan lantang . Serentak semuanya menjadi semakin gelap . Ketawa kejam mula bergema di ruangan itu .
Matanya serta merta terbuka luas . Dia terduduk dari perbaringannya dan..
BUK !
   Dahinya terhantuk dengan dahi seseorang semasa dia terduduk . 
   Kedua tangannya melekap di dahi sendiri . Kepala yang sudah sedia pening bertambah pening apabila terhantuk . Nasib tak hilang ingatan sekali . 
   Dia menekan dahinya sendiri . Asal pening sangat aku hari ni ? 
   Otaknya cuba memproses sesuatu . Apabila semua memorinya sudah kembali , dengan pantas dia meraba-raba wajahnya . 
   “ Aku masih hidupkan ? ” soalnya seorang diri lalu menghembuskan nafas lega .
   Syukur.. Aku masih diberikan peluang untuk hidup . Kali ni aku tak akan lepaskan pembunuh tu . Tak akan !
   Dan.. kenapa hati aku kuat mengatakan bahawa Alyaa pembunuh tu ? Tak mustahil.. sebab nampak sangat Alyaa cintakan Cleo . 
   Tapi , Alyaa kawan baik Cealyn . Mana mungkin dia melakukan hal sebegitu . Lagipun , pembunuh tu seorang Demon . Alyaa pula Vampire . 
   Ehem , jangan lupa Emelyn . Demon pandai menyamar .
   Sekali lagi dia memicit dahinya . Kali ini peningnya tiga kali ganda lebih parah dari sebelum ni . Stress otaknya apabila melakukan kerja detective conan . 
   Sesekali matanya terpandang balutan di pergelangan tangannya . 
   Nasib baik Cleo tak hisap darah aku sampai habis . Cakap pasal Cleo hm.. Mana dia ? 
   Kepalanya menoleh ke kiri lalu ke kanan , dan pandangannya dihiasi dengan wajah tampan Carl yang lagi memejamkan matanya sambil memegang dahi sendiri . Aik ? Dia buat apa dekat sini ? 
   Carl memicit dahinya sendiri . Bisa betul hantukan seorang manusia ni .
   “ Erh.. Awak okay ? ” soal Emelyn apabila melihat Carl dari tadi memegang dahinya . Sakit ke ? 
   Carl membuka matanya . Terlupa sebentar tentang gadis ini .
“ Saya okay . Awak ? ” soal Carl semula . Risau pula dia jika gadis itu kesakitan kerana terhatuk tadi .
   Emelyn tersenyum lalu mengangguk . Hah tengok ! Perangai abang dengan adik bagai langit dan bumi . 
   Carl baik , Cleo jahat . Tapi entah mengapa Cleo pula yang boleh buat aku jatuh hati . Kan bagus kalau Cleo yang tanya aku okay atau tak huhu . 
“ Awak nak saya panggilkan Cleo ? ” soal Carl semula . Dia tahu bahawa gadis itu pasti mencari adiknya .
   Baru saja Emelyn ingin menjawab . Tiba-tiba pintu dibuka dengan kasar . Wah wah , cantiknya perangai . 
   Serentak Emelyn dan Carl memandang ke arah pintu . Aik panjang umur dia . 
   Cleo masuk dengan wajah yang susah ditafsir . Dia memandang Carl sekilas .
   Carl faham dengan pandangan yang diberikan itu . Tidak tunggu lama dia mula mengorak langkah menuju ke arah pintu .
   Cleo mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Emelyn . Sebaik sahaja pintu ditutup , kedua tangannya memaut kasar bahu gadis itu .
   Terkejut Emelyn dibuatnya .
“ Kenapa kau buat macam tu ?! Kalau jadi apa apa dengan kau macam mana ?! Nasib baik aku tak hisap darah kau sampai kering tau tak ! ” herdik Cleo sambil menggoncang tubuh Emelyn .
Hoih ! Kau nak aku pengsan balik kah ?!
  “ Apa masalah awak ni ?! ” meninggi suara Emelyn . Tangannya menepis kasar tangan Cleo yang lagi mencengkam bahunya . 
   Dasar brengsek ! Aik ? 
   Tangan kecilnya mula memicit dahi sendiri . Matanya terpejam . Bertambah pening kepalanya akibat digoncang kuat . 
   Ingat dia ni minuman ke nak goncang bagai . Dah lah baru sedar dari mimpi ngeri . 
   Jap ! Macam aku pernah dengar suara orang yang menjerit dalam mimpi aku tu . Tapi siapa eh ?
Henry !
   Terbuka luas matanya apabila nama itu tiba-tiba terlintas di dalam minda .
    Ah sudah.. Pembunuh tu pun aku belum tau siapa , yang tiba-tiba ada Henry ni kenapa ? Henry tu siapa sebenarnya ?
   Dia meraup perlahan wajahnya . Silap hari bulan boleh gila dia duduk di dalam dunia ni . Banyak sangat teka-teki . 
   “ Kau okay ? ” soal Cleo perlahan . Baru tersedar dengan sikapnya yang telah menyakiti gadis itu . Mana taknya , baru saja dia bangun sudah kena goncang . 
   Emelyn mengangguk perlahan . Cuba kuatkan diri dengan cobaan yang akan dia alami selepas ini . Kalau pembunuh tu sudah berani melukainya , tidak mustahil selepas ini dia akan terluka lagi . Dan mungkin akan lebih teruk . 
   “ Kenapa kau buat macam tu semalam ? ” soal Cleo lagi . Jelas terpapar wajah sedihnya . Kalau saja Emelyn terbunuh semalam , dia pasti tidak akan maafkan dirinya sendiri .
   Emelyn mengangkat wajahnya . Lama dia menatap wajah sedih itu . Senyuman kecil terukir di bibirnya . 
“ Saya tak nak awak mati . ” jawabnya jujur .
  Cleo terdiam . Hatinya tersentuh mendengar jawapan itu . Dia memang sama seperti dulu .
  Semasa dia menjadi Cealyn , dia selalu melindunginya . Dia tidak ingin lelaki itu terluka . Dan sekarang , dia tetap sama . 
  Laju saja kedua tangannya memeluk tubuh kecil itu dengan erat .
  Hampir saja roh Emelyn keluar melayang dengan tindakan Cleo yang tidak boleh dijangka . 
“ Kenapa ? ” soal Emelyn perlahan .
Cleo tersenyum kecil . Air matanya cuba ditahan untuk tidak mengalir .
“ Aku minta maaf.. ”
Berkerut dahi Emelyn mendengarnya . Dah kenapa tiba-tiba nak minta maaf ?
“ Sepatutnya aku yang melindungi kau . Tapi tidak.. Sebaliknya aku yang sakiti kau . ” sambungnya lagi .
Emelyn membalas pelukan Cleo . Belakang lelaki itu diusap lembut .
“ Awak tak perlu minta maaf . Bukan salah awak pun . Saya cuma tak nak awak mati . ”
Cleo ketawa kecil dengan jawapan gadis itu . Bukan salahnya ?
“ Kalau aku tak tersedar lebih awal semalam , mungkin kau dah tak ada disini sekarang . ” kata Cleo sambil meleraikan pelukannya . Wajah gadis itu ditatap dalam .
“ Kalau saya terbunuh sekali pun , kenapa ? Saya bukan siapa siapa dalam hidup awak kan . ”
Sengaja Emelyn menguji lelaki di hadapannya itu .
“ Kalau kau terbunuh semalam , hidup aku bagai tak ada makna tau tak ?! Sebab kau.. Nafas aku ! ”
  Sekali lagi Emelyn tergamam , begitu juga dengan Cleo . Perlahan-lahan senyuman Emelyn terukir . Aku tak salah dengar kan ?
  Cleo masih tergamam . Argh ! Macam mana aku boleh terlepas cakap ?!
  “ Apa awak cakap tadi ? Saya tak dengar . ” usik Emelyn sambil mendekatkan telinganya ke mulut Cleo .
  Cleo menjeling tajam lalu memandang ke arah lain .
“ Saya nafas awak ? ” usik Emelyn lagi . Bahagia pula bila dapat kenakan Cleo .
“ Kau jangan nak perasan boleh tak ? Aku bercakap dengan Cealyn . ” kata Cleo serius lalu melangkah keluar .
  Emelyn mencebik sebelum senyumannya mekar semula .
  Cakap dengan Cealyn lah konon . Padahal dengan jelas lagi aku dengar dia guna kau aku . 
Aku nafas dia ?
  Semakin lebarnya senyumannya . Dia menghalakan pandangannya ke arah balutan di pergelangan tangan kirinya . 
  Diusap lembut balutan itu .
“ Aku janji dengan kau Cealyn . Walau apapun yang terjadi.. Aku akan jaga dia . ”
Share this novel