Empat Puluh Sembilan

Other Completed 44787

Kes HyQarl mula dibicarakan selepas Cinta melahirkan dalam tempoh seminggu. Cinta diminta datang kesana untuk melihat kes yang ada kaitan dengan suaminya.

Dia yang baru bersalin seminggu terpaksa turun padang dengan ditemani Thariq.

Luthfi masih berada didalam Ward. Manakala Adam Luqman ditinggalkan pada Dinda masa dia sedang dalam urusan mahkamah.

"Jangan cepat sangat. Tak nampak macam orang baru seminggu bersalin." Kata Thariq.

"Ye. Mana ada Cinta cepat. Abang yang lambat." Kata Cinta.

"Eh eh kita pulak yang dicakapnya lambat." Kata Thariq.

Thariq meminpin Cinta menuju kelift yang disediakan. Sampai ditingkat atas, Aidil mananti mereka didepan lift untuk membantu Isteri abang sepupunya.

"Akak." Panggil Aidil.

Semua mata tertuju pada Cinta yang herkain batik dan berstokin menapak kedalam mahkamah dengan ditemani Thariq yang lengkap dengan beruniform dan Aidil.

Cinta diminta duduk dikerusi sebelah Aidil menggantikan suaminya yangasih didalam ward.

Tertuduh dibawa masuk bersama dengan Peguamnya. Dia jelas terlihat wajah HyQarl yang seperti tidak terurus berada didalam kandang pesalah.

Selepas beberapa jam mahkamah dijalankan, Akhirnya Pihak mahkamah mendapati HyQarl bersalah diatas cubaan membunuh dan kekerasan rumah tangga yang dulu dibuatnya.

Dia dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 5 sebatan. Manakala Gambit menerima hukuman 4 tahun penjara.

Mahkamah juga memutuskan agar HyQarl membayar ganti rugi diatas apa yang dilakukannya pada Cinta semasa Cinta masih bergelar isterinya dulu.

Cinta menangis bersyukur atas Allah kerana pembelaan terhadap dirinya dan suaminya berjaya tanpa banyak bertangguh.

"Terima kasih banyak Dil, Bantu Akak dan Abang Luth." Kata Cinta sambil bersalaman dengan Aidil.

"Love." Panggil Thariq dan memeluk Adiknya erat.

"Akhirnya adik abang dapat pembelaan penuh didalam mahkamah. Walaupun Abang tahu dah banyak Love menderita." Kata Thariq.

"Cinta bersyukur Abang atas apa yang Cinta dapat sekarang. Pembelaan selepas apa yang Cinta lalui hingga suami Cinta terpalit dengan semua ni." Kata Cinta.

"Abang tahu." Kata Thariq.

Peguam dari pihak HyQarl datang menemui Aidil dan berjabat tangan.

"Tanniah Bro. Aku tak sangka kau dapat buktikan apa yang aku tak tahu. Ka sama hebatnya dengan Luthfi." kata Peguam itu.

"Allah sentiasa ada pada orang yang teraniaya." Balas Aidil.

Peguam itu meninggalkan mereka bertiga.

"Nanti Aidil Claim dekat Abang Luth. Ni Aidil Claim dekat Akak dulu." Gurau Aidil.

"Nanti Akak suruh Abang Luth transfer dekat Aidil. Tanda terima kasih dan Syukur terhadap bantuan Aidil hari ni." Kata Cinta.

"Ishhh akak ni. Aidil gurau je." Kata Aidil.

"Takpe. Anggap ni dari Akak pemberian atas Aidil bantu Akak." Kata Aidil.

Mereka berjalan menuju keluar Mahkamah dan Phone Aidil berdering minta diangkat.

"Yes Sis?" Tanya Aidil.

"Sis kepala hotak kau." Kata Luthfi.

"Eh Abang Luth. Kenapa?" Tanya Aidil yang melihat Cinta memberi syarat agar dia tak memberitahu kes berjalan lancar.

"Macam mana kes Abang dan Aka" Tanya Luthfi.

"Hermm Entahlah. Masih ditangguh kebulan depan." Tipu Aidil.

"Lagi?" Tanya Luthfi.

Thariq yang melihat gelagat adiknya dan Aidil hanya mampu menggelengkan kepalanya.

"Mana Akak?" Tanya Luthfi.

"Ooo Akak jumpa HyQarl jap." Kata Aidil lagi.

"Jangan nak buat gila kat sana CINTA JASMIN!!" Tengking Luthfi.

"Pecah gegendang telinga Aidil lah abang ni." Kata Aidil.

Cinta menahan ketawa bersama Thariq.

"Abang Jumpa Sayang nanti Abang denda Sayang." Kata Luthfi. Dia tahu Ada isterinya disisi Aidil.

"Ye Abang." Sapa Cinta.

"Ya Allah sayang tahu tak, Abang ingat betul sayang jumpa dengan lelaki tu." Kata Luthfi.

"Maaf Abang." Kata Cinta.

"Dah balik!! Jangan nak menggatal kat sana, Mata-mata Abang banyak tengok isteri abang yang pakai kain batik tu." Kata Luthfi.

"Hah??" Cinta merasa pelik melihat Aidil dan Thariq.

"Bukan Aidil." Kata Aidil.

Cinta melihat Thariq yang sama menggelengkan kepalanya.

"Alamak kalau macam ni kantoilah Sayang nak cari baru." Kata Cinta.

Lepas ketawa Aidil dan Thariq serentak.

"CINTA JASMIN!! Jangan nak macam macam kat sana. Balik Abang cakap. Adam Luqman dah menangis nak susu tu." Perli Luthfi.

"Dia bukan nak susu tu, Dia nak Papa dia." Kata Cinta akhirnya.

"Luqman je nak Papa dia? Mama Luqman taknak Papa Luqman ke?" Kata Luthfi.

"Dah Dil baik aku tutup panggilan tu. Dah makin melalut orang tua tu." Kata Cinta.

"Tak lama lagi Abang balik. Sayang tunggu ye. Adik Luqman akan menyusul." Kata Luthfi ketawa bersama Kak Layla.

"Abang!!!" Jerit Cinta yang merasa darahnya naik kewajah dan membuatkan perasaan malunya menggunung didepan Aidil dan Thariq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience