Faridah sudah bersiap memakai baju dan keluar dari biliknya. Dia menuju ke dapur dan melihat seluruh ahli keluarga sedang duduk di atas meja makan untuk menikmati makan malam.
“Hah Ida meh la makan lauk daging kunyit. Favourite kau kan” kata Puan Yusnita sambil meminum air.
“Uish mama patutlah bau dari bilik Ida tadi. Nak makan la nih” kata Faridah lalu dengan pantasnya turun dari tangga dan duduk di kerusi meja makan.
“Tu nasi kat atas meja. Ceduk lah lauk sendiri Ida” kata Encik Shuhaimi.
“Okay ayah” kata Faridah.
“Mak, Nita ada benda ada nak cakap dengan mak” kata Puan Yusnita.
“Haa ada apa nih. Muka kamu macam serius sangat je” kata Nek Tipah.
“Ida ni kesayangan mak ni, nak sangat belajar buat ketupat lembu” kata Puan Yusnita. Nek Tipah tersedak air yang diminumnya.
“Eh mak kenapa nih okay tak ?” tanya Encik Shuhaimi.
Adirah menuangkan air kosong ke dalam cawan lalu memberikannya kepada Nek Tipah.
“Nek minum air kosong nih” kata Adirah. Nek Tipah meminum air.
“Mak okay ke tak nih ?” tanya Puan Yusnita.
“Nita, mak okay je. Tersedak kot mak makan tadi” kata Nek Tipah.
“Tersedak ke terkejut bila Nita cakap Ida nak belajar buat ketupat” kata Encik Shuhaimi sambil tersengih sahaja. Faridah menahan gelak.
“Nenek okay je kalau Ida ni nak belajar buat ketupat. Tapi Ida kau nak buat ketupat lembu ni susah tau. Esok dah 28 Ramadan. Sempat ke kau nak belajar” kata Nek Tipah.
“Nenek, Ida boleh je belajar ketupat dalam masa sehari. Lagipun esok mama dengan ayah nak pergi beli barang untuk hias rumah and untuk masak-masak lusa nanti kan” kata Faridah.
“Ya ayah tahu. Patutnya esok kau, Adirah dengan Alisha ikut ayah dengan mama. Tapi sebab kau nak bersungguh-sungguh nak belajar buat ketupat, ayah dengan mama okay je” kata Encik Shuhaimi.
“Takperlah Ida. Kau takyah ikut esok. Nak beli barang dekat pekan je” kata Puan Yusnita.
“Nenek, kitorang pun nak belajar buat ketupat lembu boleh tak. Isha teringin lah nak buat ketupat lembu. Isha dengan Irah memang nak mintak nenek tolong ajarkan tapi kitorang macam segan lah” kata Alisha.
“Okay lah tuh korang join. Sekurang-kurangnya aku ada la geng nak belajar ketupat dengan nenek kan” kata Faridah.
“Yelah teringin jugak nak belajar kan. Mana tahu kita boleh jual balik macam dulu-dulu” kata Adirah.
“Tak perlu la nak jual. Nenek pun dah tak larat la nak buat banyak-banyak. Kau pun tahu kan nak buat ketupat lembu ni ambik masa yang lama” kata Nek Tipah.
“Tahu nek. Takperla nek kitorang nak cuba hidupkan balik jualan ketupat nenek macam dulu kan. Baik kita belajar dari sekarang kan” kata Alisha.
“Kejap ye nenek ambil satu benda dalam almari nih” kata Nek Tipah lalu bangun dari kerusinya lalu mengambil satu barang di dalam almari yang berdekatan dengan meja makan.
“Dia ambil apa tuh” kata Faridah dalam hati.
Nek Tipah pergi ke meja makan sambil membawa satu kotak dan diletakkan di atas meja.
“Bukak lah Ida” kata Nek Tipah. Faridah membuka kotak itu dan di dalamnya adalah sebuah ketupat lembu dan satu kertas dalam bahasa jawi.
“Wah ketupat lembu ! Bagi aku kejap Ida yang kertas tuh” kata Alisha. Faridah memberikan kertas kepada Alisha.
Faridah menatap ketupat lembu yang sungguh cantik dan menarik walaupun daun ketupatnya telah pudar warnanya. Ketupat lembu itu agak besar berbanding dengan ketupat biasa. Ianya berbentuk seperti kerbau.
“Aduh susah lah tulisan jawi nih” kata Alisha.
“Apa yang susahnya meh sini aku tengok. Kan kita dah belajar jawi dekat sekolah dulu” kata Adirah lalu membaca kertas itu.
“Ni….cara-cara membuat ketupat lembu lah Isha” kata Adirah.
“Ouhh yeke. Sorry lah aku tak berapa pandai sangat lah” kata Alisha.
“Kenapa mak simpan ketupat lembu yang mak buat dulu dalam kotak. Dengan cara membuat lagi ?” tanya Encik Shuhaimi.
“Tak silap Nita, ketupat ni lah yang mak cakap ketupat kerbau. Ketupat ni istimewa sebab tiada sesiapa yang mampu buat ketupat sebesar macam nih. Orang lain boleh buat ketupat lembu biasa je tapi saiz kecil” kata Puan Yusnita.
“Mak simpan sebab mak berharap ada yang sudi belajar buat ketupat nih dari mak. Mak bersyukur sangat-sangat anak kamu tuh nak belajar buat ketupat lembu” kata Nek Tipah.
“Isha dengan Irah pun ikhlas nak belajar buat ketupat lembu. Boleh nenek tunjuk ajar kat kami nih ?” tanya Alisha kepada Nek Tipah.
“Boleh Isha. Tapi ada syaratnya” kata Nek Tipah.
“Apa syaratnya nek ?” tanya Adirah.
“Lepas korang solat Subuh jangan tidur dulu. Nenek akan ajar korang buat ketupat lembu. Tapi kalau tak jadi jangan serabutkan kepala. Cuba sampai boleh” kata Nek Tipah.
“Dengar tuh Ida. Jangan nak tidur je lepas Subuh. Tak baik” kata Puan Yusnita.
“Boleh nek. Ida memang nak sangat belajar and nak tunjukkan dekat kawan-kawan Ida” kata Faridah.
“Ouh okay la tuh. Ida boleh bawak hasil ketupat yang kau bawak tu dekat KL nanti. Nanti boleh lah tunjuk dengan kawan-kawan Ida kan. Nak jual buat koleksi pun boleh” kata Nek Tipah.
“Terima kasih nenek sebab terima Ida,Irah dengan Isha untuk belajar buat ketupat. Kejap ya Ida nak basuh pinggan” kata Faridah lalu membawa pinggan menuju ke singki dapur.
“Esok nak beli barang apa Nita ? Kalau ada rasa tak cukup nanti mak tuliskan lepastu bagi dekat Nita untuk beli esok” kata Nek Tipah.
“Boleh mak nanti letak je atas meja kat ruang tamu” kata Puan Yusnita.
“Mama, Ida nak main bunga api dengan diorang boleh ?” kata Faridah.
“Boleh pergi lah. Baik-baik tuh” kata Puan Yusnita.
“Okay jom Irah, Isha” kata Faridah mengajak kembarnya bermain bunga api di luar rumah.
“Susah ke nak buat ketupat ni mak ? Besar ni Ida mampu ke nak belajar buat dalam masa sehari. Lusa nak start anyam ketupat dulu. Esok mungkin Fadzil dah sampai sini boleh lah mintak tolong nanti” kata Puan Yusnita.
“Takper Nita. Mak akan cuba ajar diorang sehabis baik. Insyaallah tak sampai sehari pun dalam beberapa jam pun diorang dah pandai” kata Nek Tipah. Encik Shuhaimi mengangguk sambil tersenyum.
“Mak, Nita ada sesuatu nak tanya dengan mak” kata Puan Yusnita.
“Apa dia Nita ?” tanya Nek Tipah.
“Along ada datang tak rumah mak ni sejak kitorang duduk KL dulu ?” tanya Puan Yusnita. Nek Tipah terdiam.
“Hm awak ni kenapa tanya pasal abang awak tuh ? Dia tu tak tahu lah ada lagi ke tak sebenarnya” kata Encik Shuhaimi.
“Haimi, kenapa kamu cakap camtuh ? Walau dia teruk sekalipun dia tetap abang ipar kamu jugak kan ?” kata Nek Tipah.
“Mak, Yusof tu lah yang buat Nita macam nih dulu. Takkanlah mak tak ingat 5 tahun lepas ?” tanya Encik Shuhaimi.
“Hm mak tak tahu lah nak cakap macam mana. Along dah tak balik sejak beberapa tahun lepas. Dia tak balik langsung. Apa yang mak dengar dulu tak tahu lah betul ke tak tapi mak tak percaya” kata Nek Tipah.
“Apa dia mak ?” tanya Puan Yusnita.
“Ingat tak kes arwah Kak Ijah ? Yang dia meninggal sebab kena bunuh dengan kawan-kawan abang kau” jawab Nek Tipah.
“Ye mak Nita ingat. Kenapa dengan Along tu mak ?” tanya Puan Yusnita.
“Along kena tangkap dengan polis 5 tahun lepas sebab dia bersubahat dengan kes rogol akak ipar kau dulu. Sekarang ni orang kampung katanya nampak Yusof ada muncul kat sekitar pekan nih. Tak tahu lah apa tujuannya. Tapi diorang tak nak tegur pun Yusof tuh. Mungkin sebab kisah lampaunya dulu” terang Nek Tipah.
“Yeke mak ? Nita pun tak tahu yang Along kena tangkap polis dulu. Tapi kenapa mak tak bagitau kitorang dulu ?” tanya Puan Yusnita.
“Mak tak nak lah korang jumpa lagi Yusof tuh. Lagipun dah lama kes nih. Sekarang dia dah bebas cuma dia tak jumpa jalan untuk pulang ke sini je lagi” kata Nek Tipah.
“Bukan nak jumpa pun. Sekurang-kurangnya tahu lah siapa yang buat Kak Ijah sampai jadi macam nih. Nita tahu dah cuma tunggu polis je ambil tindakan dekat Yusof. Kepala Nita dulu pecah sebab dia lah dulu” kata Puan Yusnita.
“Mak faham Nita. Tapi sampai bila kau nak berdendam lagi dengan abang kau. Walau teruk dia pun, dia abang kandung kau jugak. Sama lah macam kes anak kamu tuh Fadzil dengan Farhad yang dulu diorang bergaduh kan ? Nita,Haimi…dah nak raya nih. Korang nak berdendam lagi ke dengan abang kau” kata Nek Tipah.
“Mak, kitorang memang tak nak jumpa Yusof lagi dah. Mak tahu kan macam mana perangai dia dulu ? Haimi sendiri pun tak nak lah ingat apa yang berlaku dekat Nita ni dulu” kata Encik Shuhaimi.
“Haimi, manusia boleh berubah dalam keadaan apa sekali pun. Dia dah masuk penjara dulu kan. Mana lah tahu dekat sana dia dah berubah ke. Takperlah mak nak naik ke ruang tamu dulu. Maafkan lah dia Nita,Haimi. Sedangkan Nabi pun mengampunkan umatnya inikan kita manusia biasa” kata Nek Tipah lalu bangun dari kerusinya dan menaiki tangga kayu menuju ke ruang tamu.
“Kenapa awak nih ? Awak okay tak” tanya Encik Shuhaimi apabila melihat keadaan isterinya seperti tidak selesa.
“Tak tahu lah bang. Saya macam tak percaya yang Along dulu masuk penjara sebab Kak Ijah dulu” Puan Yusnita.
“Kita pun baru tahu yang Yusof kena tangkap dengan polis kan ? Saya cuma risau kalau dia akan apa-apakan awak lagi macam dulu. Abang kalau boleh abang dah tak nak bergaduh lagi dengan Yusof. Abang dah tua dah” kata Encik Shuhaimi.
“Takyah lah bergaduh lagi bang. Kalau heart attack datang lagi macam mana ? Takyah lah fikir sangat bang. Apa yang mak cakap tu betul kan ? Mungkin Yusof dah berubah. Dendam kita dekat abang saya tu dah sama macam anak-anak kita dulu. Kalau kita maafkan Yusof, Insyaallah masalah anak-anak kita mungkin selesai kan” kata Puan Yusnita.
“Tak tahu lah Nita. Kita tak boleh jangka jugak. Jom kita kemas ni. Takyah lah awak fikir pasal Yusof tuh” kata Encik Shuhaimi lalu mengambil pinggan-pinggan yang kotor dan membawa ke singki untuk membasuhnya.
.
Fadzil dan Farhad keluar dari kedai makan dan menuju ke kereta Farhad.
“Kau mengantuk ke Ad ? Muka kau kuyu semacam je” kata Fadzil.
“Takdelah mana ada aku tak mengantuk pun. Mungkin aku penat sikit kot sebab aku tidur petang tadi kan” kata Farhad.
“Hm dah lah kau Ad. Kalau kau tidur siapa lah nak teman aku berbual nanti” kata Fadzil sambil membuka kunci keretanya.
“Alah kau ni takde apa lah. Aku tak tidur okay hehehe” kata Farhad sambil masuk ke dalam kereta. Fadzil menghidupkan enjin kereta lalu bergerak keluar dari kawasan rehat dan rawat.
Sementara itu Fahmi dan Jali yang sedang duduk di dalam kereta ternampak kereta Fadzil sedang keluar menuju masuk ke lebuh raya.
“Dia dah keluar Fahmi. Boleh gerak dah” kata Jali.
“Biar diorang bergerak dulu. Dalam lima minit baru kita gerak. Walau diorang dah tinggalkan kita berbatu-batu pun tracker ni dapat lagi detect kat phone aku nih” kata Fahmi.
“Bijak kau Fahmi. Okay kita stay dulu” kata Jali.
Fadzil memandu keretanya dengan penuh perhatian dan terdapat banyak kereta memandu dengan laju di atas lebuh raya.
“Ad, sebelum kau jumpa aku dekat rumah aku tadi. Kau pergi mana je ?” tanya Fadzil.
“Hm kalau aku cerita dekat kau kan, mesti kau macam nak percaya ke tak. Tak tahu lah kau macam mana” kata Farhad.
“Cerita jelah. Aku dengar” kata Fadzil.
“Okay. Aku surrender dekat balai polis tadi” kata Farhad. Fadzil terdiam.
“Kau…berani betul kau menyerah diri ? Kalau kau menyerah diri memang kau ke lokap la jawapnya. Sekarang ni kenapa kau bebas lagi ?” tanya Fadzil.
“Lebih baik menyerah dari aku menyorok sampai sekarang. Kalau sampai sekarang aku menyorok lagi, aku dengan kau kena tahan sebab kau dah bersubahat dengan aku. Mungkin kita akan ke penjara lah” kata Farhad.
“Aku faham dengan keadaan kau. Tapi macam mana polis tu senang-senang nak lepaskan kau ? Sebab apa yang kau buat dulu jadi kes berat tau” kata Fadzil.
“Kau tengok aku tenang je dari petang tadi kan ? Polis tu tahan aku sebab nak soal siasat je betul ke aku bunuh kawan-kawan aku. So aku cerita lah yang sebenar kenapa si Halim tuh bunuh kawan-kawan aku. Nasib la polis percaya. Lepas tu polis bagi aku bebas tanpa direman tapi ada syarat” terang Farhad.
“Syarat apanya ?” kata Fadzil.
“Polis suruh aku dapatkan info pasal Halim Tokan dengan geng-geng dia sekali. Dapat je terus bagitau nanti polis tangkap lah diorang. Lepas tuh kes tutup aku bebas lah” kata Farhad.
“Ad, patutnya kau tak payah nak ikut aku balik kampung sebenarnya. Kau patutnya tolong polis cari diorang semua. Kalau kau ikut aku, polis ingat kau cuba nak larikan diri” kata Fadzil.
“Hm bukan aku nak larikan diri. Cuma aku akan bantu lepas raya. Aku sebenarnya nak balik kampung dulu. Kalau boleh aku dah tak nak la buat benda-benda macam ni dah. Aku nak tenangkan diri. Polis faham yang aku nak beraya dulu sebelum aku tolong selesaikan benda ni” kata Farhad.
“Aku bukan apa Ad. Aku tak nak la jadi apa-apa dekat kau nanti. Aku harap diorang tak tahu pasal kita nih. Aku boleh tolong kau tapi lepas raya kau jangan lari lagi. Settle kan masalah kau kalau kau nak selamat” kata Fadzil.
“Aku dah berapa lama tak balik kampung. Aku nak rasa la suasana raya dekat rumah nenek macam dulu. Rindu nak mandi sungai dengan Ida,Irah dengan Isha macam dulu kan” kata Farhad.
“Hm kau janji tau dengan aku. Lepas raya kau settle kan kes kau nih. Ni je setakat apa yang aku boleh tolong kau” kata Fadzil.
“Terima kasih, kalau boleh kau dengan aku je yang tahu. Aku tak nak sampai family kita tahu. Aku tak nak kau, Ida, mama dengan ayah susah nanti. Sejak aku pindah Klang dulu, aku bagitau dekat ayah,mama dengan Ida yang aku nih kerja kilang besi je. Tapi aku dah berhenti” kata Farhad.
“Lah bila kau berhenti ? Kenapa kau berhenti ?” tanya Fadzil.
“Aku kantoi dengan bos aku dulu sebab kes dadah dengan kawan aku yang dah arwah dulu. Sebelum kawan-kawan aku kene bunuh dengan diorang dalam tiga hari lepas tuh” kata Farhad.
“Ada kau try kerja lain dulu ?” tanya Fadzil.
“Ada satu interview dekat kilang cat. Tak tahu lah dapat ke tak. Aku dah la ada kes jenayah macam sekarang nih. Dapat ke tak aku pun tak tahu lah” jawab Farhad.
“Aku ingat nak ajak kau kerja dekat KL. Kerja angkat stok dekat kilang. Dia nak jawatan pemandu forklift. Yang takde SPM pun boleh je mohon asalkan kau tahu sedikit. Walk in interview terus kau boleh start kerja” kata Fadzil.
“Okay lah tuh. Aku pernah jugak bawak forklift kalau nak angkut besi dekat tempat buangan. Fadzil…sampai bila aku nak macam ni je ? Agaknya bila lah nak dapat kerja tetap” kata Farhad.
“Maaf lah aku tak sepatutnya cakap dekat kau macam tuh. Bagi aku kerja ni pun okay jugak. Tak semestinya lepasan SPM ke lepasan diploma dapat kerja bagus-bagus. Tengok pada situation jugak kan” kata Fadzil.
“Takper Fadzil. Okay lah kalau aku dapat kerja kan. Dekat kilang cat tuh confirm tak dapat punya kalau dengan keadaan aku macam nih. Aku nak kerja tetap lah Fadzil. Kerja yang okay dengan aa yang aku ada” kata Farhad.
Fadzil melihat muka Farhad yang bermuram sahaja. Dia menjadi serba salah terhadap adiknya itu.
Fadzil berasa kasihan melihat keadaan Farhad yang tidak ada kerja tetap kerana dia tidak mengambil SPM. Tambahan pula ramai pekerjaan yang memerlukan sijil SPM sebagai sokongan untuk mendapatkan kerja. Dia mendapat satu idea.
“Ad, ingat tak tahun lepas masa yang aku ajak Lina makan-makan dengan kita sekali dengan Ida dekat KL dulu ?” tanya Fadzil.
“Adaa ! Aku ingat. Teringat pulak masa kau suprise kan Lina dekat aku dengan Ida. Cantik betul Lina kan. Tapi tu lah sekarang bukan kakak ipar aku lagi” kata Farhad.
“Kau cakap kau nak ambil SPM kalau kau free kan. Apa kata kau ambik SPM tahun nih. Kau cuma pergi sekolah private je. Kau belajar lah sampai kau rasa okay baru kau mohon nak ambik SPM” kata Fadzil.
“Yelah. Asal lah aku tak terfikir dulu. Tapi Fadzil, sempat ke aku nak belajar. Dahlah satu benda pun aku tak faham. Mana lah tahu kalau aku masuk sekolah tiba-tiba dah SPM. Susah lah aku” kata Farhad.
“Takper Ad. Kau boleh je belajar dalam setahun lebih. Nanti kalau kau dah ready, tahun depan cakap lah dengan cikgu kau yang kau nak ambil SPM nanti” kata Fadzil.
“Bagus lah cadangkan kau nih. Kalau aku ambil SPM balik, mama dengan ayah mesti suka. Aku teringin nak berjaya macam kau dengan ayah. Ida pun tahun nih nak ambik SPM kan” kata Farhad.
“Aku pun harap macam tu lah. Aku nak tengok mama dengan ayah tersenyum lah balik macam dulu kan. Macam-macam perkara yang jadi dulu jadi kita kena la betulkan balik” kata Fadzil.
Farhad mengangguk tanda faham dengan apa yang dikatakan oleh abangnya. Dirinya mula dibayangi suasana di kampung neneknya yang serba indah dan berasa nyaman.
Lamunan Farhad terhenti apabila dia mahu bertanya soalan kepada Fadzil tetapi dia agak gusar sedikit.
“Erm Fadzil aku nak tanya sikit boleh. Kalau boleh kau jangan lah marah” kata Farhad.
“Kau ni macam takut sangat lah hahaha. Tanya lah aku tak marah kau punya” kata Fadzil sambil menepuk bahu adiknya.
“Betul ke kau pernah join kongsi gelap masa kau habis sekolah dulu ?” tanya soalan cepumas dari Farhad.
Fadzil terdiam. Ada sesuatu yang dia ingin sembunyikan tetapi disebabkan Farhad bertanyakan soalan itu, dia menjawab dengan tenang sahaja.
Share this novel