38

Romance Series 93217

Dari jauh Harraz sudah terpandangkan kelibat Ezmal yang sedang melambai ke arahnya. Bersama langkah yang perlahan, Harraz mendekati Ezmal. Hatinya berbolak - balik. Sejujurnya dia masih belum bersedia untuk menceritakan hal ini kepada Ezmal. Namun apabila memikirkan segala kemungkinan yang bakal terjadi, akhirnya Harraz terpaksa akur.

Sebaik selesai membuat pesanan minuman, Harraz kembali menumpukan perhatiannya kepada Ezmal. Nafas ditarik panjang sebelum dilepaskannya secara perlahan - lahan. Harraz cuba berlagak tenang walaupun pada hakikatnya dia sangat gementar ketika ini.

“Kau ni ok ke tak, Harraz? Resah je aku tengok muka kau tu dari tadi. Macam ayam berak kapur pun ada. Kenapa? Ada masalah ke dekat rumah tu? Atau kau ada masalah dengan keje?" Soal Ezmal prihatin.

Harraz pura - pura tertawa saat mendengarkan soalan Ezmal. Sejujurnya sejak dari tadi dia cuba sedaya - upaya untuk berlagak biasa agak kegusarannya itu tidak kelihatan di mata Ezmal. Malangnya usahanya itu hanya sia - sia. Pengakhirannya Ezmal tetap dapat mengesan kegusaran di wajahnya itu.

“Err... Takde lah. Aku ok je lah. Mana ada apa - apa. Pandai - pandai je kau ni." Harraz cuba berbohong.

“Come on, Harraz!! Don't ever you tried to hiding something from me. I know you better. What's wrong, dude? Tell me." Balas Ezmal lebih arif.

Akhirnya Harraz mengangkat tangan tanda mengalah. Ternyata dia memang tidak pandai menipu. Ezmal lebih bijak membaca air mukanya. Jadi antara mahu dan tak mahu, dia harus menceritakan jua segala - galanya kepada Ezmal.

“Kau ni pandai je kan baca isi hati aku. Kalau macam ni susahlah aku nak merahsiakan apa - apa dari pengetahuan kau." Ujar Harraz yang masih cuba untuk berseloroh.

“Well, like I said before. I know you better, Harraz. So what's wrong?" Soal Ezmal lagi tidak mengalah.

Harraz tidak terus menjawab. Sebaliknya dia segera mencapai air yang berada dihadapannya lalu disedut perlahan - lahan. Harraz cuba menenangkan dirinya terlebih dahulu sebelum menceritakan segala - galanya.

“Actually, apa yang aku nak sampaikan ni ada kena mengena dengan orang yang kau benci. Dan aku yakin kau pasti akan melenting bila dengar semua ni nanti." Ujar Harraz membuka mukadimah.

Ezmal tersentak. Dia tidak menyangka apa yang bakal disampaikan oleh Harraz itu nanti, ada kaitan dengan dirinya. Sangkanya Harraz mempunyai masalah di rumah atau di tempat kerja. Malangnya tanggapannya itu ternyata salah sama sekali.

“Apa maksud kau ni? Aku tak faham." Soal Ezmal lagi.

“It's about Ramona, Ez!" Balas Harraz bersahaja.

Mendengarkan sahaja nama wanita itu, reaksi Ezmal serta merta berubah. Wajah yang tenang pada awalnya kini sudah mula berubah tegang. Ternyata nama Ramona telah memberi impak yang sangat besar di dalamnya dirinya.

“Enough!! I don't want to hear anything about her. Just keep it on your mind." Ujar Ezmal memberi amaran.

“Nope, Ez!! Sama ada kau suka atau tak, aku tetap kena beritahu kau tentang perkara ni!!" Harraz meningkah. Nada suaranya juga agak sedikit tinggi.

“I said enough, enough!! I'm not too interested to know anything about her. She's not important at all for me." Mereka saling bertingkah antara satu sama lain. Masing - masing seperti tidak mahu mengalah.

Harraz menarik nafas dalam. Wajahnya diraup berkali - kali sebelum keluhan berat dilepaskan. Harraz bertekad. Walau apa pun terjadi, dia tetap akan menceritakan segala - galanya kepada Ezmal. Perkara ini tidak boleh dirahsiakan lagi dari pengetahuan Ezmal. Kerna lambat laun perkara ini pasti akan terbongkar jua.

“Ramona tengah sakit sekarang, Ez. She's got HIV positive." Luah Harraz jua akhirnya.

“So what?? Is that my problem?? Come on, Harraz!! I'm not so surprise to know about this. She's deserved it!" Ujar Ezmal bersama senyuman sinis dibibir.

Harraz menggeleng perlahan. Dia tahu Ezmal masih menyimpan dendam terhadap Ramona sehingga menjadikan dirinya sekeras itu. Tidak sedikit pun dia dapat melihat perasaan belas di hati Ezmal dengan apa yang telah menimpa diri Ramona.

“Tak baik kau cakap macam tu, Ez. Buruk baik dia sekalipun, dia tetap pernah jadi tunang kau sebelum ni. Aku tahu kau masih marahkan dia. Even aku sendiri pun still marahkan dia juga. Tapi siapa kita untuk menjatuhkan hukuman seperti itu kepada dia? Diri kita sendiri pun belum cukup sempurna, Ez." Nasihat Harraz penuh toleransi. Nadanya juga sudah semakin mengendur. Tidak seperti di awal perbualan mereka sebentar tadi.

Ezmal diam membisu. Tidak sedikit pun dia menunjukkan sebarang respon terhadap nasihat - nasihat Harraz itu tadi. Dia menunduk rapat merenung ke lantai. Lama dia membiarkan dirinya dalam berkeadaan begitu. Tidak semena - mena, air mata kejantanannya mengalir dalam diam. Ezmal berusaha menyembunyikan situasi itu dari disedari oleh Harraz. Malangnya dia gagal. Esak tangisnya semakin lama semakin kedengaran. Akhirnya Ezmal menyembamkan wajahnya di atas meja. Kini dia tidak lagi peduli dengan pandangan orang ramai yang berada di sekeliling mereka. Hati dan jiwanya benar - benar terseksa.

Harraz yang menyedari akan situasi itu langsung tidak berusaha untuk memujuk. Tujuannya hanya ingin membiarkan Ezmal melepaskan segala kedukaan yang dipendamnya selama ini.

"... and one more thing yang kau kena tahu." Kata - kata Harraz termati di situ.

Ezmal pantas mengangkat wajahnya menghadap Harraz. Wajah itu dipandang dengan pandangan yang kosong. Air mata yang masih bersisa di tubir matanya dikesat perlahan. Ezmal menantikan penjelasan seterusnya dengan penuh sabar.

“She's pregnant." Ujar Harraz perlahan.

Bagai mahu luruh jantung Ezmal sebaik mendengarkan kenyataan itu lalu dia segera membetulkan duduknya agar lebih selesa dan tenang. Wajah Harraz ditenung lama. Dia cuba mencari sebuah kepastian di sebalik kenyataan itu.

“Betul ke apa yang kau cakapkan ni, Harraz? Ramona mengandung? Tapi anak siapa? Yasir??" Soal Ezmal bertalu - talu.

Harraz tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Sejujurnya dia sendiri tidak tahu bayi siapa yang sedang dikandungkan Ramona saat ini.

“Tapi dari mana kau tahu semua ni?" Soal Ezmal lagi.

“Aayra." Balas Harraz ringkas.

“What?? Aayra?? But why? Bukan ke Ramona tu bencikan sangat dengan Aayra tu sebelum ni?? Sekarang apa cerita?" Soal Ezmal tidak berpuas hati.

Memandangkan Ezmal begitu bersungguh - sungguh ingin tahu, akhirnya Harraz pun menceritakan situasi yang sebenar kepada Ezmal. Semuanya diceritakan tanpa berselindung apa - apa. Lagi pula Harraz tidak mahu Ezmal memikirkan yang bukan - bukan terhadap isterinya. Niat Aayra ikhlas ingin membantu.

“Hmm.. Entahlah, Harraz. Sejujurnya aku tak tahu nak cakap apa sekarang ni. Sakit, bro. Sakit sangat aku rasakan sekarang ni. Tetapi di dalam masa yang sama, aku bersyukur. Bersyukur kerana Allah menurunkan dugaan sebegitu kepada dia. Sekurang - kurang Ramona sedar tentang kekhilafan diri dia selama ni. Hidup kita ni bukan nak menongkat langit selamanya. Bila jadi macam ni, baru dia akan sedar apa yang dia buat selama ni akhirnya memakan dirinya sendiri." Luah Ezmal tentang rasa hatinya.

Harraz mengangguk setuju. Dia juga bersependapat dengan Ezmal. Ini semua adalah kifarah untuk Ramona. Jika selama ini hidupnya penuh dengan kemaksiatan, kini semua itu telah memakan dirinya sendiri.

“By the way, kau tak nak pergi melawat dia ke?" Soal Harraz tiba - tiba.

“Not for now. Aku masih perlukan masa untuk terima semua ni. Cuma aku nak kau pesan pada Aayra supaya berhati - hati dalam setiap tindakannya. Sometimes orang macam Ramona tu mana pernah kenal erti serik. Aku bimbang kalau - kalau dia akan lakukan sesuatu je lepas ni. Kau sendiri pun kenal Ramona tu macam mana kan? So, lebih baik kita ambil langkah berjaga- jaga sebelum terkena." Pesan Ezmal penuh kebimbangan.

“In Shaa Allah. Kau jangan bimbang soal tu. Aku akan pastikan keselamatan Aayra dijaga dengan baik." Balas Harraz.

Ezmal kembali tersenyum. Namun begitu masih jelas dari raut wajahnya akan kehampaan yang ditanggung. Timbul perasaan simpati di hati Harraz akan nasib yang menimpa Ezmal.

“Soal kandungan Ramona tu nanti, pandai - pandailah aku siasat siapa bapa kepada bayi tu. Andai benar Yasir adalah bapanya, aku akan pastikan Yasir akan bertanggungjawab sepenuhnya. Tak kisahlah apa pun yang bakal terjadi selepas ni." Ujar Ezmal tekad.

Harraz hanya mengangguk faham. Kini dia sudah berasa lega. Apa yang dipendamnya selama ini akhirnya dapat diluahkan jua.

Doa Harraz semoga segala urusan Ezmal dalam menangani masalah ini akan dipermudahkan olehNya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience