Bab 11

Romance Completed 21373

Iris mengeluh perlahan. Sudah setahun peristiwa Tania dan Puan Salmi menyerangnya. Kini dia menyambung pelajarannya di University of Southampton. Anaknya juga sudah berusia 4 bulan dan dinamakan Ryan Izhan bin Rayyan Hadif. Sengaja dia memberi nama itu kepada anaknya untuk mengubat kerinduannya terhadap si suami yang belajar di Harvard. Dia melarang keras jika sesiapa ingin menjenguknya dan dia tidak akan balik ke Malaysia sehingga dia menggapai segulung ijazah.

Rayyan dan keluarganya sehingga kini tidak tahu menahu tentang kehadiran Izhan. Iris buntu memikirkan tentang perkara ini. Lambat laun, mesti terbongkar juga rahsianya.

Lamunannya tersentak apabila seseorang menepuk bahunya. "Iris, I think Izhan ni laparlah." Naila, teman serumah yang begitu perihatin terhadap dirinya dan Izhan. Naila tahu tentang kisah Iris. Ini mengingatkan Iris kepada Tania. Dia tidak tahu tentnag keadaan Tania sekarang.

"Oh! Thanks. Anak mama ni lapar ya? Kejap ea?" Naila tersenyum melihat Iris sebelum dia melangkah keluar. Kesian juga dia dengan apa yang ditanggung Iris.
***************
"Hei, kawan! Berangan ingatkan bini ke?" tanya Hazriq. Alhamdulillah, dia dapat melupakan Iris. Dan kini dia lebih menumpukan kepada pelajaran sahaja. Rayyan tersenyum hambar.

"Aku tak tahulah. Aku tak dengar khabar apa-apa pun dari dia. Sihat ke dia? Dia tak rindukan aku ke? Aku cuti ni berharap dia pun balik Malaysia, tapi tengoklah, kosong. Tak ada apa pun." Rayyan meluahkan segala yang terbuku di hati.

Hazriq terdiam sebentar. Kemudian dia tersengih. "Apa kata kau tanya Khairil. Bini kau tukan rapat dengan sepupu dia tu."

Rayyan menepuk dahi. Macam mana dia boleh terlupa tentang Khairil? Adoiii...
"Ha ahlah! Bijak juga kepala otak kau ni. Nanti kalau aku jumpa dia aku tanya lah. Ciao dulu, brother." Rayyan pantas memasuki keretanya lalu memandu balik ke rumah.
**************
"Khairil!" Rayyan menepuk bahu Khairil kuat. Terkejut beruk lelaki itu dibuatnya. "Hoi! Kau memang nak nama aku tambah arwah kat depan ea?" Khairil berpura-pura marah.
Tergelak Rayyan. 'Boleh tahan kamcenglah aku dengan si Khairil ni.'

"Kau tengok gambar sapa tu?" tanya Rayyan sambil meninjau skrin telifon Khairil. Dari tadi dia perhati Khairil begitu khusyuk melihat gambar seorang bayi. Comel!
Khairil ketawa terbahak-bahak.

Rayyan buat muka blur. 'Mamat ni tercabut satu wayar ke?'

"Kau kenapa, Rayyan? Amnesia? Takkan muka anak sendiri tak ingat?" jawab Khairil dengan sisa tawanya. Rayyan terkejut.

"Apa maksud kau ni? Anak? Sejak bila aku ada anak? Kenapa Iris tak cakap apa pun dengan aku? Kau jangan main-main. Betul ke ni anak aku?" laju Rayyan bertanya. Dia merampas telifon bimbit Khairil. Memang bayi itu seiras dengannya.

"Iris tak ca....." mulutnya ditutup. 'Alamak! Dah jauh aku bercerita baru tersedar aku dah terlepas cakap. Mampus!'

"Umi!!!!" berlari dia ke dapur dengan telifon Khairil di tangan. Khairil turut mengejar Rayyan.
**************
"Kenapa ni Rayyan?" Hajah Laila serta Irdina hampir serentak. Rayyan menunjukkan gambar di dalam telifon itu.

"Comelnya! Kenapa tunjuk gambar ni? Rayyan kenal ke? Bawalah akak jumpa budak ni. Comellll!!!" Irdina membelek gambar tersebut. Muka Khairil pucat. Kepalanya asyik memikirkan tentang dirinya yang bakal dimarahi Iris.

"Ni anak Rayyan." Rayyan menunjuk ke arah gambar itu. Terbuntang mata wanita-wanita itu.

"Book ticket. Kita pergi lawat Dya. Macam mana Dya selama ni mengandung dengan berpantang sorang-sorang? Ya Allah! Bagitahu family kamu dengan walid sekali."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience