Episde 27

Adventure Series 25852

episode 27

Di bilik khas, Hospital Vika.

"Arsh! Arsh! Arsh!!!"

Arsh membuka mata setelah mendengar suara yang memanggilnya. Pandangannya kabur tetapi dia bagaikan menggenali dengan figura itu.

"Seren....?" Wajah Seren mula kelihatan. Arsh mengapai tangan untuk menyentuh pipi Seren. Pandangan Arsh kembali kelam.

Tiba-tiba, jantung Arsh terasa sakit. Degupan yang menyakitkan menyebabkan Arsh mencengkam dadanya, tubuhnya yang separuh bogel telah dibalut dengan pembalut luka.

Arsh mengerang kesakitan dalam masa sama tubuhnya tidak dapat bergerak kerana terasa kekejangan. Dia hanya mampu menganggkat tangannya dan menolak-nolak dadanya yang menyengat itu.

“Arghhhhhhh!!!!”

"Apa ni?" Seorang doktor terlatih yang menutup mulutnya menunjukkan pada dada dibahagian jantung Arsh. Semua terkejut.

Di dada Arsh muncul lukisan panjang dan berantai seperti daun yang panjang dan lukisan api manakala ditengah-tengahnya ada seembun air. Lukisan tersebut sekejap bercahaya dan sekejap malap. Lukisan itu seperti tatu, tatu tu jelas kelihatan walaupun ada bahagian sudah dibalut dengan pembalut. Situasi ini berterusan. Mesin jantung mula bergerak laju dan siren kecemasan kedengaran.

"Panggil tuan!" Arah salah seorang permantau.

"Baik." Seorang lagi berlari keluar dari bilik.

"Sediakan bius penenang!"

"Bius penenang tak berkesan pada tubuh dia!" Salah seorang dari 7 petugas bersuara.

“Pakai bius tahap 2!”

“Tubuhnya lut dadah!”

“Lut?”

“YA! Tubuhnya tidak bertindak balas langsung dengan sebarang jenis perubatan yang melibatkan penggunaan dadah.”

“Kalau begitu pergi ambil ubat herba dari herbalist!”

“Baik!”

"Arsh..." Seorang yang memandang Arsh lesu.

“Jantungnya semakin laju!”

“Tekanan darah juga semakin laju!”

“Kalau berterusan macam macam ni uratnya pasti terputus!”

“Tak guna! Guna sihir penenang!”

“Baik!”

Mereka cuba menenangkan Arsh dengan sihir penenang, berhasil untuk mengurangkan degupan jantung dan nadi sebanyak 15 degupan per detik.

"Biar saya buat!" Salah seorang petugas yang lebih kecil dari semua.

"Cik, nak buat apa?"

“Biar saya guna sihir penenang saya.”

“Tapi kami sudah mencuba.”

“Jangan risau. Sihir penenang saya lebih tinggi tarafnya. Jika tidak mampu menggurangkan kelajuan degupan, sekurang-kurangnya sakitnya dapat dikurangkan. Selebihnya kita bergantung pada kekuatan tubuhnya dan ubat herba,” Pintas petugas wanita itu tenang.

“Berkesankah?”

Jeritan Arsh masih kedengaran. Pasti empunya tubuh sedang menahan rasa yang menebal. Ditambahi dengan tubuhnya tidak menerima sebarang ubat-ubatan. Walaupun tidak menerima, mujur tubuhnya tidak menolak. Jika tubuhnya menolak sudah pasti empunya tubuh sudah selamat pergi untuk selama-lamanya

"Berkesan atau tidak itu belakang cerita." Semua petugas memberi laluan pada gadis tersebut.

“Baik!”

“Saya akan aktifkan pentagram. Jika dia masih meronta saya mahu awak berdua sokong dengan pentagram kamu.” Pinta petugas tersebut.

“Baik!”

Gadis tersebut mengaktifkan pentagram biru ke tubuh Arsh. Pentagram tersebut bercahaya terang sebelum hilang perlahan-lahan. Arsh mula tenang kebarangkalian sakitnya sudah berkurangan tetapi denyutan jantung serta nadinya masih tinggi.

Mereka yang diarahkan untuk menjadi sokongan mula mengaktifkan sihr penenang jua. Mereka bekerjasama sehingga siren sudah tidak kedengaran.

Jeritan Arsh sudah tidak kedengaran kerana ia sudah diulit mimpi.

#####################

"Tuan." Mereka semua memberi laluan melainkan gadis tersebut yang masih mengawal sihir tersebut.

"Laporan?"

"Dia tadi sedar sebelum dia tiba-tiba diserang sakit dibahagian jantung." Terang salah seorang pertugas dibelakangnya.

Lelaki yang mereka memanggil 'tuan' bergerak disebelah gadis yang mengaktifkan sihir penenang.

"Macam mana keadaan dia sekarang?"

"Dia kembali tenang tetapi denyutan jantung dan nadi dia masih berdenyut laju walaupun sudah turun dari paras bahaya, tuan." Jawab gadis tersebut.

Lelaki tersebut memandang lukisan di dada Arsh.

"Lukisan ni.. Macam pernah nampak." Lelaki tersebut bermonolog.

"Aktifkan sihir penidur. Kita akan pindahkan dia ke wad tapi pastikan dia dalam keadaan stabil." Arah lelaki tersebut.

"Baik!" Semua menyahut.

Lelaki tersebut keluar dari bilik khas.

#####################

Dalam mimpi Arsh,

Terasa sekelilingnya bercahaya. Dia terapung dan keletihan. Arsh membuka matanya sedikit. Segala-galanya kabur. Otaknya kosong.

"Seren? Mana Seren? Aku dekat mana?" Suara hatinya kedengaran.

"Arsh... Arsh.... Arsh..." Suara halus kedengaran.

"Siapa? Suara siapa?"

Salji tiba-tiba turun diatasnya.

"Salji... Cantik..."

"Arsh." Suara yang dikenalinya.

"A..bahhh??"

"Bangun!" Suara tersebut mengarah Arsh bangun.

Arsh membuka matanya walaupun payah. Suasana sekeliling dilihat dengan jelas.

Seoleh-oleh berada di dalam hutan yang tebal. Suasana yang menyeramkan dengan pokok-pokok tebal dan akar pokok yang berjelar-jelar serta tebal dan besar. Air embun turun dari daun-daun pokok. Suara selain dirinya langsung tidak kedengaran.

"Hutan?"

"Hutan apa ni??"

"Hutan depan kamu adalah hutan kesunyian atau lebih dikenali sebagai hutan larangan."

"Abah?" Arsh memandang sekeliling.

"Apa maksud abah hutan ni hutan larangan?"

"Hutan larangan adalah hutan dimana ada makhluk mak engkau kurung ketika dahulu."

"Mereka adalah puak Kosei, Serigala berkacuk manusia. Nama mereka adalah Ko dengan Sei. Ko adalah penjaga untuk Sei. Ko adalah perak manakala Sei adalah emas. Cari mereka, kemudian bebaskan mereka. Selepas mereka dibebaskan perjalanan kamu akan bermula." Suara ayahnya mula menjadi perlahan.

"Abah??"

#######################

Di wad, hospital Vika.

Arsh membuka mata. Pandangan kabur mula kelihatan jelas. Dia memandang sekeliling. Dia melihat ada satu figura yang dia kenali sedang bermain dengan bunga.

"Sabrina?"

Gadis tersebut mengalih pandangannya.

"Arsh! Awak dah sedar?" Sabrina melulu ke arah Arsh lalu memeluk Arsh.

Arsh tergamam serta-merta wajahnya merah kerana tidak menjangka tindakkan Sabrina. Arsh tidak membalas pelukkan Sabrina.

"Dekat mana ni?" Kata Arsh dengan raut wajah yang merah.

"Hospital Vika. Awak dalam wad."

"Hem.. hem.. hem..." Seseorang berdehem.

Sabrina bagaikan tersedar dengan tindakan mula menjauhkan dirinya. Wajahnya merah, malu dengan tindakannya tadi.

"Arsh? Kau ok?" Lelaki yang dikenali oleh Arsh.

"Las? Ok lah kot."

"Apa ni kalah. Malulah." Kata Las sambil memberi bunga raya kepada Sabrina untuk diletakkan ke dalam vas.

“Mana kau tahu aku kalah?”

“Mana aku tahu? Kalau orang tu masuk hospital siap masuk wad selalunya kalah.”

"Hehehe.. Tak boleh nak buat apa.."

"Macam mana kau boleh kena serang ni? Kau kenal tak dia?" Tanya Las sambil duduk kerusi apung di sebelah katil Arsh.

"Ntah."

"Entah? Kau dah makan ke belum? Nak makan?" Las menanya sekali lagi.

"Kau ada bawak ke? Boleh tahan lapar."

"Kejap aku pergi beli. Kau sambunglah balik berpelukkan~" Las bergerak ke pintu.

"Las!!!!!!" Serentak Sabrina dan Arsh menjerit.

Las ketawa besar sebelum menutup pintu. Wajahnya berubah muram seketika bagaikan keadaan Arsh adalah sebuah beban baginya. Dia bergerak meninggalkan mereka berdua.

########################

Di situasi Arsh dan Sabrina,

Suasana janggal selepas diusik dengan Las. Mereka berdua masih lagi merah muka. Sabrina mula duduk tak senang.

"Macam mana kau tahu aku cedera?" Arsh cuba membuang perasaan janggal dalam hatinya.

"Oh! Masa tu saya tengah makan buah potong tiba-tiba saya dengar mak dengan ayah saya sembang. Kata mereka ada seseorang cedera dan dibawak pergi ke hospital oleh kumpulan Pahlawan Diraja Hitam." Kata Sabrina sambil bermain dengan bunga yang Las beri.

"Pahlawan Diraja Hitam?"

"Aah. Saya tak pernah nampak mereka. Mereka ni macam bayang. Tau-tau muncul. Mak saya cakap Pahlawan Diraja Hitam ada pakai baju jubah berkerudung warna hitam ada lambang bunga sakura biru dekat lengan. Sampai sekarang tiada siapa tahu siapa mereka sebenarnya."

Baju jubah berkerudung warna hitam? Lambang bunga sakura?

Arsh terfikir sejenak

"Jadi mereka yang tolong aku?" Bicara dalam hati Arsh.

"Arsh??"

Arsh tersedar dari mengelamun.

"Hurm?"

"Ok tak? Sakit lagi ke?"

"Tak." Arsh membalas dengan senyuman.

"Perayaan ni macam mana?"

"Kenapa?"

"Awak nak sambut dalam hospital ke?"

"Sedih mendengarnya. Aku nak sambut dengan korang dekat padang sekolah sama-sama." Arsh merengek.

Sabrina terkejut dengan renggakan Arsh. Tidak pernah dia melihat Arsh merenggek. Salah makan ke apa?

Comel. Itu yang bermain dalam hati Sabrina.

"Huh??" Sabrina mula merapatkan tangannya dengan dahi Arsh. Panas.

"Arsh! Awak demam!"

Arsh menarik tangan Sabrina lalu dibawa ke pipi.

"Biar macam ni. Selesa.” Arsh membaringkan dirinya dengan tapak tangan dipipinya. Jantung Sabrina bergerak laju.

Arsh! Kau jangan! Aku tikam kau kang! Bertukar jadi serigala kang...

Sabrina mula tidak menentu perasaannya.

"Aku dah pulang.." Las membuka pintu dan melihat Arsh sudah terlelap dengan tangannya ada tangan Sabrina.

"Kenapa?"

"Arsh demam tiba-tiba!" Sabrina memberitahu.

Terus Las melulu kearah Arsh lalu mendekatkan tangannya ke dahi Arsh.

"Suhu dia dah mencecah 39°C! Panggil doktor." Las mengetuk butang panggilan kecemasan.

Mana Las tahu 39 darjah calsius?!

“Aku boleh mengagak ketepatan suhu.” Kata Las tenang.

“Erk?” Sabrina tidak percaya kerana Las bagaikan menjawab soalan dalam hatinya. Kebetulan sungguh.

####################

Bilik kawalan berbunyi, petugas yang bertugas untuk menjaga Arsh bergerak ke bilik Arsh.

"Arsh! Kau jangan Arsh! Bangun! Jangan tinggalkan aku!" Wajah Las kerisauan.

Sabrina tergamam dengan reaksi Las. Pertama kali melihat wajah Las kerisauan sebab sebelum ni Las tenang menghadapi semua ni.

"Arsh!! Sabrina! Guna sihir rawatan kirinisinasi! Aku tahu kau reti sihir tu! Tu sihir asas untuk kawal suhu demam." Pinta Las separuh merayu.

Kirinisinasi?

Sabrina yang masih tergamam menurut kehendak Las. Sabrina bergerak ke kepala Arsh lalu mengaktifkan sihir tersebut.

"Aku dah aktifkan." Kata Sabrina.

"Suhu dia menurun ke suhu 38°C. Tapi suhu ni masih lagi bahaya." Suara Las sayu.

"Bantuan kecemasan dah sampai." Kata salah seorang petugas yang memakai baju doktor khas.

Mereka berdua memberi laluan kepada doktor-doktor tersebut.

Mereka berdua menutup tempat tersebut dengan langsir lalu mengaktifkan sihir penenang serta membawa ubat deman berteraskan herba. Ubat itu dicucuk terus ke urat Arsh.

Selepas 10 minit berlalu, mereka mula mengemas peralatan dan bergerak keluar. Melainkan doktor perempuan bertubuh molek serta mulutnya ditutup dengan penutup mulut bergerak kearah mereka.

"Siapa yang perasan Arsh demam?"

"Saya." Sabrina bersuara.

"Apa awak buat masa Arsh demam?"

"Saya suruh dia aktifkan sihir rawatan kirinisinasi." Pintas Las.

"Kirinisinasi? Adakah awak anak kepada tuan pengarah hospital vika?"

Sabrina mengangguk.

"Tahniah. Disebabkan sihir awak. Demam Arsh terkawal. Suhu yang tiba-tiba naik mendadak mampu memutuskan urat dan mungkin Arsh tidak dapat diselamatkan. Tindakan bijak korang dah selamatkan dia."

Mereka berdua melepaskan lelah. Mereka berdua gembira mendengar khabar yang disampaikan oleh Doktor tersebut.

"Saya minta diri dulu." Doktor perempuan tersebut bergerak keluar sebelum berhenti dan melihat wajah Arsh yang terlena untuk seketika.

Las mengikut doktor tersebut manakala Sabrina duduk disamping Arsh.

"Arsh.." Sabrina bersuara perlahan, dia memengang tangan Arsh.

Sabrina terkejut apabila tangannya digenggam semula.

"Arsh??"

Arsh tersenyum pada Sabrina. Sebelum terlelap semula. Sabrina hanya membiarkan tangannya dipegang oleh Arsh.

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience