Series
                        
4680
                    Dari tadi dia hanya terbaring sayu di atas katil . Pandangannya dihalakan ke luar jendela . Fikirannya kosong . 
   Fikirannya bagai terganggu dengan sesuatu perkara , tapi entahlah . Dia sendiri juga tidak tahu apa yang menganggu fikirannya semasa itu .
“ Kak Lyn . ” panggil Lya .
Emelyn hanya mendiamkan diri . Termenung jauh nampak .
“ Kak Lyn ni dah kenapa ? Dari siang sampai malam tak keluar dari bilik . ” kata Lya .
   Lama Emelyn berdiam diri sebelum dia duduk menghadap adiknya .
   Pandangan sayu menjadi hiasan di wajahnya ketika itu . Sedih , tapi dia tidak tahu apa yang membuatnya sedih . 
“ Kenapa ? ” soal Lya lagi .
   Emelyn menatap mata adiknya itu dengan dalam sebelum senyuman kelat diukir . 
   Dia cuba untuk tidak bersedih atas sebab yang dia sendiri tidak tahu . 
“ Tak ada apa . Akak rindu mama dengan papa saja . ” kata Emelyn perlahan .
   Ya mungkin itu yang membuatnya sedih sepanjang hari ini . Mendengar cerita tentang keluarga Cealyn membuatnya teringat akan kedua insan yang telah pergi meninggalkan mereka di sini . 
    Entah mengapa tiba-tiba Emelya memeluknya dengan erat . 
“ Kak Lyn doakan saja mereka . Semoga diorang tenang disana . Lya pun rindukan mama dan papa . ” kata Emelya perlahan .
    Emelyn turut membalas pelukan adiknya itu . Belakangnya diusap lembut . 
   Terasa malam ini sangat sayu ditemani dengan keheningan malam .
“ Lya nak pergi jumpa Aunty Bethany jap . Kak Lyn jangan lah sedih lagi . ” kata Emelya perlahan selepas meleraikan pelukannya .
    Emelyn tersenyum kecil lalu mengangguk . Aku pun tak nak sedih lama lama . Seksa tau tak ? 
    Emelya menepuk lembut bahu kakaknya itu . Cuba memberinya kekuatan untuk terus tersenyum sebelum dia membuka langkah untuk keluar dari bilik ini .
    Emelyn hanya memerhati langkah Emelya sehingga dia hilang dari pandangan .
    Keluhan berat dilepaskan . Wajah itu diraup perlahan . Kenapa dengan aku ni sebenarnya ? 
    Dia mula mengorak langkah menuju ke luar balkoni . Cuba menghilangkan segala kesedihan yang semakin memuncak di hati .
    Mana lah tahu tiba-tiba Cleo muncul lagi macam hari tu kan kan ? Ehek !
    Setibanya dia di balkoni , pandangannya difokuskan ke hadapan . Memandang semua perumahan yang berada di dunia itu . 
    Sekali lagi keluhan terlepas . Angin malam yang meniup wajah itu juga tidak mampu menghilangkan kesedihan dihatinya . Walaupun sedikit..
    Ish mana Cleo ni ?! Selalu bukan main awal dia muncul ! Sekarang lambat pula !
    Dia dating dengan Alyaa lah tu . Macam aku tak tahu ! Huh !
    Ya dia tahu bahawa Alyaa berada di sini sepanjang hari ini . Kalau dia ada disini , mesti dia nak berkepit saja dengan Cleo kan ? 
    Sebab tu aku berkurung saja dalam bilik ni . Malas nak tengok drama yang menyakitkan mata sekali gus menyakitkan hati tu !
    Kadang aku terfikir , betul ke yang Cleo tu kawan baik Alyaa ? Macam ada udang di sebalik mee saja diorang berdua ni . Confirm Alyaa suka Cleo ni ! Ahh ! Tak boleh jadi !
    Jap , kenapa aku nak sakit hati pula ? Kalau dia nak dating dengan Alyaa pun , bukan hal aku kan ?
Emelyn menepuk kuat dahinya apabila mendengar kata hatinya sendiri . Dia menggeleng perlahan lalu memandang ke depan semula .
    “ Lumpuhkanlah ingatanku , hapuskan tentang dia . Ku ingin diriku lupakan tentang dia.. ” serangkap lagu ‘ Lumpuhkan ingatanku ’ tiba-tiba terkeluar dari mulut gadis itu . 
    Ah sudah ! Yang aku feeling bagai ni dah kenapa ?!
Sekali lagi dia menepuk dahinya . Boleh gila aku macam ni !
“ Kau okay ? ” soal seseorang di sebelahnya .
    Laju saja kepala Emelyn menoleh memandang tuan punya suara .
    Hah ! Panjang umur ! 
“ Tak . ” jawabnya sepatah .
“ Kau ada makan ke tak tadi ? ” soal Cleo lagi .
“ Tak . ”
“ Kau berkurung dalam bilik sepanjang hari ni ? ”
“ Ya . ”
    Sepatah jawapannya itu sangatlah berbaloi bagi Emelyn . Dia tidak langsung memandang wajah tampan di sebelahnya itu .
   Ah peduli apa aku kalau dia tampan ke , handsome ke , kacak ke apa . Aku tetap tak nak tengok kau ! 
    Aku masih merajuk tau dengan dia ! Boleh pula dia cakap aku bukan siapa-siapa dalam hidup dia ! Berkecai hati kite ni tau huhu . 
    Cleo mengeluh kecil melihat perangai gadis di sebelahnya itu . Laju saja kedua tangannya memaut lembut bahu Emelyn untuk menghadapnya . Wajahnya didekatkan dengan wajah gadis itu . 
    Terkebil-kebil Emelyn memandang Cleo . Eleh , dia ingat dia boleh cairkan hati aku kalau buat macam ni . Jangan harap !
“ Boleh tak kau jangan jadi macam ni.. ” kata Cleo perlahan .
Emelyn cuba melepaskan pautan di bahunya itu , namun payah . Cleo menguatkan lagi pautan di bahu gadis itu .
“ Jangan jadi macam ni apa ?! ” perlahan namun keras suara Emelyn . Marah manja-manja gitu ehem .
“ Kau macam mengelak dari jumpa aku . Aku ada buat salah ke ? ” soal Cleo lembut . Mata Emelyn ditatap dalam .
    Ya ! Kau memang ada buat salah ! Salah kau sebab buat aku cemburu tahap tak boleh nak tahan ! 
    Eh.. aku cemburu ? 
“ Kau tau aku akan rindukan kau walaupun sehari tak jumpa . ” sambungnya lagi setelah melihat Emelyn hanya mendiamkan diri .
    Emelyn terdiam , terkaku , tergamam , terkejut . Nasib tak tersakit jantung sekali .
    Aku tak salah dengar kan ? Dia rindu aku ? Serius ?
“ Awak rindu saya ? ” soal Emelyn sambil menunjuk dirinya sendiri .
   Lama Cleo memandang wajah itu sebelum mengangguk perlahan .
   Perlahan-lahan senyuman Emelyn mekar apabila melihat jawapan dari lelaki itu . 
   Okay aku mengaku , dia memang dapat cairkan hati aku . Hehe maaf.. 
“ Aku rindu nak buat kau marah . ” kata Cleo selamba sambil melepaskan pautan di bahu gadis itu . Pandangannya dihalakan kedepan semula .
    Mati terus senyuman Emelyn . Wajah yang gembira tadi bertukar menjadi masam mencuka . Hatinya yang cair tadi kembali keras . Hilang terus segala angau yang mula nak muncul tadi . 
    Ahh ! Kau memang menyakitkan hati !
“ Kenapa datang sini ? Awak pergilah jumpa kekasih awak tu . Mesti dia rindukan awak ! ” perli Emelyn .
Cleo menongkatkan dagunya di palang besi . Pandangannya dihalakan ke wajah Emelyn semula . Senyuman nakalnya turut terukir di bibir itu .
“ Kau cemburu ? ” soal Cleo .
   Sekali lagi Emelyn terdiam . Dia tidak menggeleng , tidak juga mengangguk .
   Aku pun tak tahu apa yang aku rasa sekarang . Nak cakap aku cemburu , mungkin tak . Entahlah.. Yang aku tau , setiap kali Alyaa dekat dengan Cleo , perasaan marah mula menguasai diri aku . Keluhan kecil dilepaskan .
   Berkerut dahi Cleo melihat reaksi Emelyn yang berubah menjadi sedih . Niatnya tadi hanya mahu mengusik , tidak sangka pula usikannya membuatkan gadis itu sedih . 
   Baru saja Cleo ingin membuka mulut , tiba-tiba pintu bilik dikuak dari luar . Serentak Emelyn dan Cleo memandang ke arah pintu .
“ Cleo , Alyaa cari kamu tu . ” kata Aunty Bethany lembut sambil tersenyum .
   Emelyn mengeluh kecil lalu mengalihkan pandangannya ke depan semula . Entah sudah keberapa kali dia mengeluh .
   Argh ! Tak puas lagi ke kau nak dekat dengan Cleo ?! Tak boleh ke kau bagi ruang untuk aku dan dia ?! Aku pun rindukan dia ! Bukan kau seorang saja yang nak dekat dengan dia ! 
   Jap jap.. aku rindu dia ? 
Cleo menjeling sekilas wajah yang lagi masam mencuka di sebelahnya itu sebelum pandangannya dihalakan ke wajah ibunya semula .
“ Cakap dengan dia yang Cleo tengah busy . ” kata Cleo perlahan .
   Aunty Bethany hanya mengangguk . Dia tahu yang Cleo perlu masa untuk bersendirian . Dia juga perasan yang Alyaa kerap datang sini dan berjumpa dengan Cleo sehingga menyebabkan anaknya tiada masa untuk bersendirian . 
   Emelyn yang mendengarnya terus menoleh memandang Cleo yang lagi memandang ke taman bunga . Berkerut dahinya mendengar jawapan daripada Cleo .
   Busy apa ? Busy dating dengan aku ke tu hehe .
   Cleo menolak lembut dahi Emelyn apabila menyedari gadis itu dari tadi memandangnya . 
   Emelyn menggosok dahinya dengan kasar lalu memandang ke depan semula .
“ Kenapa awak tak nak jumpa dia ? Dia cari awak kan ? ” soal Emelyn .
   Lama Cleo berdiam diri sebelum tangannya memaut lembut kedua pipi Emelyn . Lepas bahu , pipi pula jadi sasaran .
   Ish dia ni ! Tak boleh ke cakap macam biasa ?! Suka betul nak buat macam ni ! 
“ Bukan ke kau cemburu ? ” soal Cleo semula sambil tersenyum kecil .
   Dengan wajah yang masih dipaut Emelyn menggeleng . Cuba untuk menafikan kebenaran yang sudah terungkai . 
   Cleo ketawa kecil . Comel saja kau ni kan . 
“ Aku tau kau cemburu . Aku cuba elakkan perkara yang buat kau sedih . Kalau dekat dengan Alyaa buatkan kau sedih , aku akan jauhkan diri dari dia . ” kata Cleo perlahan lalu melepaskan pautan di pipi gadis itu .
   Okay sekali lagi.. Aku tak salah dengar kan ? Dia guna apa tadi ? Kau aku ?
   Maknanya dia bercakap dengan Emelyn kan kan ? Ahh ! Bahagia ! 
   Tapi jap , ego harus ditinggikan dulu .
“ Awak sanggup ke ? Dia kan kawan baik awak . ”
Betul apa.. Aku tak nak lah Cleo rosakkan hubungan persahabatan dia dengan Alyaa hanya disebabkan tak nak buat aku sedih .
“ Aku hanya jauhkan diri dari dia . Bukan tak nak kawan dengan dia . ” kata Cleo sambil ketawa kecil .
Hm.. Betul juga kan ? Emelyn yang tersengih mendengar jawapan Cleo.
“ Lagipun , dia hanya kawan baik aku . Tak lebih dari tu . Jadi buat apa nak berkepit lama-lama kan ? ” sambungnya lagi sambil mengalihkan pandangannya ke arah Emelyn .
“ Habis awak nak berkepit saja dengan saya ? ” usik Emelyn .
“ Kalau ya kenapa ? Tak boleh ? ” soal Cleo sambil tersenyum manis .
   Ahh ! Sentiasa dialu-alukan sayang hehe ! Emelyn turut membalas senyuman Cleo . Hilang terus segala sandiwaranya tadi . 
   Hati mula berdegup kencang apabila melihat dia tersenyum seperti ini . Dia dapat menghapuskan segala kesedihan yang sentiasa terlubuk di hati ini .
Aku rasa aku dah mula cintakan dia..
Share this novel