BAB 6

Humor Completed 22641

“Syuhada” panggil Puan Sofea.

“Ye ma”

“Ni ada mesej masuk”

Syuhada ke ruang makan untuk bertemu mamanya. Telefon bimbitnya yang sengaja ditinggalkan di dapur saat dia membantu mama menyediakan sarapan pagi tadi diambil. Telefon bimbit itu adalah telefon bimbit pemberian Haris saat hari lahirnya dulu.

“Syuhada ni, simpan phone merata” tegur mama.

Malu juga mendapat teguran yang pertama dari ibu mertuanya itu. Dia sekadar tersenyum. Sms itu dibuka dan dibaca.Syuhada tersenyum lucu sambil membaca kiriman mesej dari Haris.

‘Abang dekat Pulau Perhentian ni. Syuhada tak payahlah nak risaukan abang’

“Orang tak risau pun. Tak ada pun orang yang risaukan dia dalam rumah ni” tanpa disedari Syuhada mengomel sendirian.

“Siapa yang mesej?” soal Datin Hasmah.

“Haris” beritahu Syuhada.

“Dia cakap apa?”

“Dia cakap dia baik-baik saja. Tak payahlah risaukan dia” beritahu Syuhada lagi.

Puan Sofea tersenyum lucu. “Mama ni kan, bukannya mama tak risaukan dia, tapi dah sering sangat Haris tu merajuk keluar dari rumah. Biasanya lepas gaduh dengan papa, dia keluarlah dari rumah.

Bila papa dah stop credit card dia, nanti dia balik dengan sendiri. Tu sebab mama dah tak kisah sangat. Lagipun dia ada kawan baik dia. Tiap kali bergaduh dengan papa, dia pergi carilah siapa tu? Mama lupa nama kawan baik Haris. Tapi masa wedding korang hari tu, mereka ada datang” beritahu Puan Sofea. Rajin mulutnya bercerita kepada Syuhada.

“Joe dengan Arsyad ke mama?” Syuhada turut mengenali teman baik Haris itu kerana mereka jugalah yang sering melepak di café tempat dia bekerja dulu.

“Hah, merekalah. Syuhada kenal mereka?”Syuhada sekadar mengangguk.

“Syuhada pun tak payahlah risau. Nanti besok lusa, baliklah Haris tu”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience