BAB 9

Horror & Thriller Completed 4761

Pagi esoknya, sebelum aku bangun dari tidur, mereka semua datang balik rumah tu untuk kemas barang dan terus pindah keluar hari tu juga. Aku yang tak tau apa-apa ni, masih duduk kat rumah tu sambil buat macam biasa.

Kawan serumah aku pindah tidak dapat diketahui sebab aku lihat tak banyak perubahan yang berlaku dalam rumah itu. Sebab bila hari siang aku tiada kat umah tu dan bila nak tidur je aku balik.

Selama ni aku fikir diaorang semua dah tidur rupanya semua dah pindah keluar. Barang-barang mereka yang dah takde tu aku langsung tak perasan. Sebab aku balik dah malam. Lampu pun dah tutup dan rumah ni memang gelap-gelita.

Yang aku ingat Norman Hakim masak maggi tengah-tengah malam, bukanlah Norman Hakim, tapi makhluk lain. Yang aku fikir budak alim tu bersembang tengah-tengah malam (dalam bahasa yang tak dapat difahami) bukanlah dia tapi bende lain.

Jadi selama 2 minggu aku sebenarnya duduk seorang je kat umah ni. Bunyi-bunyi yang aku dengar malam buta tu sebenarnya adalah aktiviti paranormal yang dijalankan oleh makhluk halus yang dah pun jadikan tempat tu tempat mereka.

Orang nak lalu kat koridor depan rumah siang-siang hari pun tak sanggup, inikan pula malam-malam buta.

Apabila dah tahu cerita sebenar, aku pun pucat. Lalu aku ambik keputusan mudah untuk pindah keluar juga. Tapi tak ade seorang pun yang berani nak tolong aku angkat barang. Aku paksa-paksa baru nak.

14 hari tinggal bersama hantu adalah pengalaman ngeri yang tak mungkin dapat aku lupakan. Ini satu pengajaran yang berguna buat aku. Lain kali kena beramah mesra dengan orang serumah. Dan jangan bersikap tak ambik tahu fasal persekitaran kita. Peristiwa ni telah menginsafkan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience