Dua tahun kemudian...
"Mama!" panggil seorang kanak-kanak lelaki yang baru menginjak usia dua tahun.
Terkedek-kedek kanak-kanak lelaki itu berjalan ke arah seorang wanita yang tidak jauh dari tempat dia berada. Wanita itu tersenyum simpul melihat telatah kanak-kanak lelaki itu. Tanpa membuang masa, kini kanak-kanak tersebut selamat berada di dalam dakapan wanita itu tadi.
"Mama, nak ayah. Nak ayah belikan aiskrim." rengek kanak-kanak lelaki itu.
Anis Raihanna mencubit lembut pipi anak lelakinya buat seketika. Geram melayan kerenah manja satu-satunya anak teruna di dalam keluarga kecil yang dimilikinya sekarang. Pipi comel milik kanak-kanak lelaki itu dicium sekilas.
Walaupun baru berusia dua tahun, anak lelakinya membesar dengan bijak. Seawal setahun, anak lelakinya berjaya bercakap dengan lancar. Tangan runcing milik Anis Raihanna mengusap lembut rambut anak lelakinya. Tanpa dia sedari, bibirnya mengukir senyuman penuh makna.
"Raihan nak ayah je? Tak nak mama dah?" usik Anis Raihanna.
Laju sahaja kanak-kanak lelaki yang bernama Raihan itu mengeleng kepala. Bibirnya dimuncungkan. Pipi Anis Raihanna dicium olehnya lama. Sekali lagi, sebuah senyuman menghiasi riak wajah Anis Raihanna.
"Raihan nak mama dengan ayah. Raihan sayang mama dengan ayah." petah sahaja bibir comel milik Raihan membalas.
Anis Raihanna menghadiahkan sebuah ciuman di dahi Raihan. Lama mereka sebegitu. Rasa syukur dipanjatkan terhadap Ilahi kerana dikurniakan seorang cahaya mata yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh.
"Mama dengan ayah pun sayang Raihan." bisik Anis Raihanna pada telinga kanak-kanak lelaki itu.
Kedengaran tawa halus keluar dari mulut milik Raihan. Dia menepuk lembut kedua-dua belah tangan kecilnya bersama. Itu yang selalu dilakukan apabila dirinya terlalu gembira. Perbuatan kanak-kanak lelaki itu mengundang tawa dari Anis Raihanna.
Raihan Iskandar.
Sebaris nama itu yang menjadi sumber kekuatannya selama ini. Dia sendiri tak menyangka bahwa dia berjaya menghadapi tragedi hitam pada suatu ke dahulu sendirian.
Siapa sangka dia boleh bertahan selama dua tahun ini dengan kuat. Semuanya disebabkan oleh Raihan. Satu senyuman lebar menghiasi bibir Anis Raihanna sebaik melihat figura yang dikenalinya dari jauh. Terhapus terus lamunannya sebentar tadi.
"Ayah!" panggil Raihan sambil berlari-lari anak ke arah lelaki yang digelar ayah itu.
Tidak lama kemudian, Raihan selamat berada di dalam dakapan lelaki itu. Terkekek-kekek kanak-kanak lelaki itu apabila digeletek secara tiba-tiba oleh lelaki itu tadi. Anis Raihanna menghamburkan tawa halus apabila melihat kedua-dua orang yang disayanginya bahagia.
"Raihan nak aiskrim kan? Jom ayah belanja! Tapi kita jumpa papa dulu tau." ujar lelaki itu kepada Raihan.
Anis Raihanna mempamerkan riak wajah tidak puas hati ke arah lelaki itu. Manakala, Raihan mengangguk tanda faham. Dia menayang sebaris gigi putihnya ke arah Anis Raihanna. Sekali lagi, Anis Raihanna dilanda kekeliruan.
"Raihan, pergi main dengan Adam dulu. Nanti kita beli aiskrim lepas jumpa papa tau." arah lelaki itu kepada Raihan.
Tanpa banyak soal, Raihan menurut kata lelaki itu. Anis Raihanna hanya menghantar pemergian anaknya dari ekor mata. Sebaik melihat Raihan kini bermain dengan Adam, dia menghalakan pandangan ke arah lelaki itu semula. Satu keluhan kecil dilepaskan oleh lelaki itu.
"Apa awak cuba buat ni, Is?" soal Anis Raihanna dengan nada tidak puas hati.
Dia tak faham dengan tindakan Haiqal Iskandar pada ketika ini. Dia juga tak faham dengan reaksi yang diberikan oleh Raihan sebentar tadi. Bagaimana anak dia boleh faham apabila Haiqal Iskandar berkata bahwa mereka akan berjumpa 'papa' sebentar nanti sedangkan selama ini Raihan menganggap Haiqal Iskandar sebagai bapanya selama ini.
"Anis, awak tanya apa saya buat sekarang ni? Awak tak kesian ke dekat Raihan. Dia layak tahu siapa ayah dia yang sebenar. Saya yakin Afiq Raihan pun mesti nak Raihan jumpa dia." kata Haiqal Iskandar dengan nada memujuk.
Anis Raihanna tersentak buat seketika. Kolam air matanya mula berkaca. Perasaan sebak mula memenuhi dada. Tersentuh hatinya sebaik mendengar sebaris nama yang sudah lama dia lupakan selama dua tahun ini.
Afiq Raihan.
"Anis, aku tahu kau cukup kuat untuk cuba rahsiakan kewujudan Afiq dari anak kau selama dua tahun ni. Tapi kau tak boleh lari dari kenyataan yang Raihan tu anak kau dengan Afiq. Mungkin ini masanya untuk kau berterus terang dengan Raihan sendiri. Aku yakin lepas kau terus terang kau boleh hidup dengan tenang." tambah Haiqal Iskandar lagi.
Tangisan yang ditahan dari tadi dihamburkan jua. Anis Raihanna menangis teresak-esak. Perasaan bersalah mula menguasai diri. Dia lemah. Lemah sebaik nama Afiq Raihan disebut. Tiada siapa yang tahu perjuangan dia selama ini untuk kekal kuat dihadapan semua orang terutamanya Raihan sedangkan dia merana dalam diam.
Dia terpaksa menjadi kuat supaya orang sekelilingnya tak risaukan dirinya. Antara sebab utama dia berpura-pura kuat juga adalah untuk mengotakan janjinya terhadap Afiq Raihan. Haiqal Iskandar hanya mampu bersimpati terhadap keadaan yang menimpa Anis Raihanna sejak dua tahun lalu.
Perasaan sebak mula memenuhi dada Anis Raihanna. Kolam air mata mula tumpah membasahi pipi. Tangisan yang lemah mulai kedengaran di corong telinga Haiqal Iskandar.
"Is, a-aku nak j-jumpa Afiq. Please... Aku rindu dia sangat-sangat. A-aku tak kuat. A-aku tak kuat tanpa dia. Tolong bawa aku dengan Raihan jumpa dia. A-aku nak Raihan kenal siapa ayah dia yang sebenar. Aku tak sanggup nak tipu dia lagi setiap kali dia tanya kenapa nama dia bin Afiq Raihan dan bukannya nama kau." pinta Anis Raihanna separuh merayu.
Haiqal Iskandar tersenyum nipis sebaik mendengar permintaan Anis Raihanna. Dia melepaskan nafas lega. Akhirnya, Anis Raihanna setuju juga untuk melawat dan memperkenalkan Raihan kepada Afiq Raihan.
"Shhh...jangan nangis. Afiq mesti tak suka tengok kau nangis bila jumpa dia nanti. Aku dah janji dengan Afiq untuk tak biarkan kau nangis sebab dia. So please, tolonglah aku kotakan janji aku dekat Afiq jugak. Boleh?" pinta Haiqal Iskandar lembut.
Anis Raihanna mengetap bibir untuk menahan diri daripada menghamburkan tangisan lebih kuat lagi. Air matanya yang mengalir laju dari tadi diseka sekilas. Dia cuba menenangkan dirinya buat seketika.
"Bagus. Macam ni lah Afiq nak. Jangan nangis dah. Senyum lebar cepat. Afiq mesti nak kau senyum bila teringat dia kan bukan menangis macam tadi." sambung Haiqal Iskandar lagi dengan nada sebak.
Anis Raihanna sedaya upaya cuba mengukir senyuman. Haiqal Iskandar pula menghadiahkan sebuah senyuman penuh makna kepada Anis Raihanna bagi menyalurkan kekuatan kepada gadis itu. Tanpa dia sedari, Anis Raihanna membalas senyuman tersebut.
"Mama, kenapa mama nangis? Ayah kenapa mama nangis? Ayah buat mama eh? Ayah jahat! Raihan tak nak kawan ayah. Raihan tak sayang ayah!" marah Raihan yang baru lepas bermain dengan Adam tadi secara tiba-tiba.
Anis Raihanna tergelak kecil apabila melihat Haiqal Iskandar dimarah sebegitu. Haiqal Iskandar pula mengeleng kepala tanda tidak percaya yang dia baru sahaja dimarahi oleh kanak-kanak lelaki yang baru menginjak usia dua tahun.
"Raihan sayang, ayah tak buat apa-apa dekat mama. Mama nangis sebab mama rindu papa. Faham? Mintak maaf dekat ayah cepat. Kesian ayah." kata Anis Raihanna penuh kasih.
Raihan memuncungkan bibir tanda tak puas hati. Dia memulakan langkah kecilnya ke arah Haiqal Iskandar yang sudah tersenyum mengejek.
"Ayah...Raihan minta maaf. Raihan ingat ayah buat mama nangis. Raihan minta maaf...tsk...tsk. ucap Raihan diselangi tangisan.
Tanpa membuang masa, Haiqal Iskandar menarik Raihan ke dalam dakapannya. Pipi montel kanak-kanak itu dicium berkali-kali sehingga dia menghamburkan tawa. Anis Raihanna tanpa sedar turut menghamburkan tawa melihat kerenah dua lelaki dia hadapannya kini.
"Ayah sayang Raihan. Raihan sayang ayah tak?" soal Haiqal Iskandar cuba mengusik.
"Raihan tak sayang ayah! Raihan sayang mama sorang je! Mama pun sayang Raihan kan?" balas Raihan cuba memulangkan paku buah keras.
Anis Raihanna mengangguk laju tanda setuju. Dia cuba menahan tawa sebaik melihat reaksi Haiqal Iskandar yang sudah bermasam muka itu. Manakala, Raihan pula tertawa halus kerana gembira.
"Yelah, mana ada orang nak sayang ayah kan?" balas Haiqal Iskandar pura-pura merajuk.
"Raihan sayang ayah sangat-sangat. Raihan sayang ayah dengan mama! Janganlah merajuk dengan Raihan, ayah." pujuk Raihan bersungguh-sungguh.
Haiqal Iskandar menghamburkan tawa buat sekian kalinya. Seronok benar hatinya apabila dapat mengenakan kanak-kanak lelaki itu. Siapa suruh Raihan marah dia tadi kan dah terkena! Anis Raihanna hanya tersenyum simpul. Raihan pula dah memuncungkan mulut tanda tak puas hati.
"Dah jangan buat mulut macam tu. Nak makan aiskrim kan tadi? Jom kita jumpa papa dulu." ajak Haiqal Iskandar.
Laju sahaja Raihan mengangguk. Manakan tidak, kalau aiskrim yang menjadi habuan sudah pasti kanak-kanak lelaki itu tak akan menolak. Haiqal Iskandar berjalan sambil membawa Raihan didalam dukungan.
Anis Raihanna hanya mengikuti langkah mereka dari belakang. Dia tersenyum lebar melihat kemesraan antara Haiqal Iskandar dan Raihan. Kini dia sudah tahu jawapannya untuk lamaran Haiqal Iskandar beberapa hari lepas.
Sekali lagi, dia hanyut dalam lamunan.
"Abang, sayang datang nak jumpa abang ni."
Malam ni saya update sambungan pada BAB 53 ya! stay tune! love you ??
Share this novel