BAB 5

Romance Completed 1249

“Awak boleh blah dengan nafsu tak guna awak tu. Jangan libatkan saya. Now, go. Jangan ganggu hidup saya dan biarkan saya hidup tenang. Pergi sana. Kita putus!” jerit Farikha seperti orang kurang siuman. Air matanya juga sudah laju mengalir di pipinya.

Selepas itu, Farikha terus berlari meninggalkan Edison . Sakit hatinya. Edison sama sahaja seperti Farid. Hanya mahu memuaskan nafsu sahaja. Lelaki semua tak guna.

HAMPIR sebulan Edison dan Farikha tidak berhubung. Farikha sendiri keliru dengan statusnya sama ada mereka masih bertunang atau tidak. Keluarga mereka masih lagi tekun menyiapkan persiapan perkahwinan mereka. Edison pula langsung tidak menghubunginya.

Pusing kepalanya memikirkan tentang masalah ini. pecah kelapanya. Pecah!

Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi. Tidak tahu siapa yang telefon. Dia tidak pernah melihat nombor ini.

“Hello? Nak cakap dengan siapa?” tanya Farikha .

“Ini Farikha ke?”

“Ya saya. Siapa ni?”

“Saya ibu Diha .”

Terkejut Farikha . Ibu Diha ? Nak buat apa dia telefon aku? Hati Farikha berbisik.

“Ya, ada apa mak cik?”

“Mak cik nak kamu datang ke rumah Diha sekarang. Mak cik mohon. Tolonglah datang Farikha .”

“Tapi kenapa mak cik?”

“Diha kemalangan dan dia sedang tenat. Dia sepatutnya ada di hospital tetapi dia nak juga balik rumah. Dia asyik sebut nama kamu sebab tu mak cik telefon. Mak cik tak tahu nak buat apa. Mak cik tak sanggup tengok dia terseksa. Makan, minum semua dia tak nak. Mak cik takut dia pergi sebelum dapat jumpa kamu. Datang ya, nak? Mak cik betul-betul perlukan bantuan kamu sekarang.”

“Baiklah mak cik. Saya ke sana.”

Talian dimatikan tetapi kepala Farikha ligat berfikir. Adakah ini keputusan yang tepat?

Tanpa banyak soal, Farikha bangun dan terus menuju ke pintu untu bergegas ke rumah Diha . Mungkin di sana ada kebenaran yang akan terbongkar.

“MAAFKAN aku, Farikha . Aku minta maaf,” kata Diha dengan suara yang perlahan dan lemah. Terpaksa Farikha mendekatkan telinganya ke mulu Diha .

Benar kata mak cik tadi. Memang tenat keadaan Diha . Badannya susut, tidak bermaya, muka pucat dan tangannya penuh dengan lebam dan calar-balar. Luluh hatinya melihat keadaan Diha begini.

“Kau tak ada buat salah, Diha . Kenapa perlu minta maaf?” tanya Farikha sambil menggamit tangan Diha .

Diha menggeleng.

“Salah aku besar. Farikha , Edison tak salah. Betul dia diperangkap waktu itu.”

Farikha terkejut!

“Aku yang rancang. Macam dalam drama. Letak dadah dalam minuman dan aku bawa dia ke bilik. Buka semua pakaian dia dan selimutkan hanya dengan selimut. Aku buka baju aku dan baring sebelah dia. Aku tak apa-apakan dia. Aku hanya baring sehingga pejabat agama serbu.”

Farikha menggeleng. Air mata cuba ditahan.

“Kerja ni bukan hanya aku seorang saja yang buat. Aku tak tahu kau kenal ke tidak tai dia yang tawarkan diri sebab dia cintakan kau. Kau kenal Farid? Pelakon baru tu? dia yang rancang semua ni. Aku dapat Edison dan dia dapat kau.”

“Kenapa kau buat semua ni? Kenapa kau baru cakap sekarang?” tanya Farikha . Perasaan marahnya cuba dikawal.

“Kau baik Farikha . Kau lepaskan Edison demi aku. Aku cuba gunakan kesempatan ini tetapi Edison langsung tak pandang aku. Setiap kali dia tidur pasti nama kau dia sebut. Tanpa dia sedar apabila dia bersama aku nama kau yang dia panggil. Lama-lama aku rasa bersalah. Dan ini balasannya Farikha . Aku jahat. Sangat jahat. Maafkan aku.”

“Sudahlah Diha . Kau kena kuat. Jangan lemah. Mak bapa kau sayangkan kau. berjuang demi mereka.”

“Aku tak mampu. Aku dah tak larat. Aku penat sangat. Tadi Edison datang tapi sekejap saja. Aku tahu dia kecewa sebab kau tak percayakan dia. Dia juga sudah tahu semua yang terjadi adalah rancangan aku. Maafkan aku. Kau maafkan aku, kan? Kalau kau maafkan aku, aku dapat pergi dengan tenang.”

“Ya, aku maafkan kau Diha . Sudah jangan merepek.”

Tiba-tiba nafas Diha menjadi tidak teratur. Dia tercungap-cungap. Farikha panik. Tangan Diha digamit dan dia membisikkan kalimah Allah ditelinga Diha . Air matanya jatuh melihat keadaan Diha teruk begini.

Mak dan ayah Diha segera mendekati anaknya. Mereka juga membisikkan kalimah Allah supaya anak mereka dapat pergi dalam keadaan tenang.

Akhirnya Diha menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah perkataan Allah meniti di bibirnya. Senyuman Farikha wujud kerana Diha dapat mengucapkan kalimah itu meskipun sukar. Keadaan Diha juga tidaklah seteruk mana. Tenang sekali wajah itu.

Aku maafkan kau Diha walaupun hati aku hancur kerana melepaskan cinta aku pergi. Mungkin memang bukan jodoh aku. aku sedar itu semua. Aku doakan semoga roh kau di cucuri rahmat. Amin. Bisik hati Farikha lantas memejamkan matanya.

SUDAH dua minggu Edison hilang. Farikha juga buntu mahu cari di mana lagi. Biarlah Edison mencari ketenangan dia. Farikha tidak mahu menganggu. Majlis perkahwinannya juga tinggal 1 bulan 2 minggu.

Kerjanya juga semuanya tidak menjadi. Farid ditangkap basah dengan seorang pelakon. Kerana malu mereka terpaksa bernikah dan berpindah jauh dari Malaysia. Selepas itu, sunyilah kisah Farid.

Diha sudah selamat disemadikan. Keluarga Diha berpindah ke Amerika kerana urusan perniagaan sekali gus membina kehidupan baru tanpa puteri mereka.

Dia pula? Masih di dalam zon yang sama. Merindu dan menggila. Kerja tak jalan, fikiran asyik ingat si dia yang hilang entah ke mana. Jalan cerita mereka masih kosong. Mana perginya Edison ? Teringat perbualannya dengan mak semalam.

“Farikha , kamu kena pergi butik yang mummy Edison tempah baju pengantin kamu tu. test mana yang patut. Edison dah pergi test,” kata mak.

Terkejut Farikha . Edison dah test? Bila?

“Yelah mak. Nanti Farikha pergi.”

“Ni lagi satu. Semua benda dah siap. Kamu je yang belum siap. Jangan fikir apa-apa. Edison yang uruskan semuanya. Dan ingat jangan sesekali ingat pertunangan ni putus.”

“Hmm.. Farikha tahulah mak. Mak ada jumpa Edison ? Dia dekat mana?”

“Aik? Nak pula ambil tahu. Ingat dah tak nak. Yela kan kamu dengan dia kan dah ‘putus’. Mak ada jumpa dia. Sama je dia dulu dan sekarang. Cuma mungkin kurus sikit je.”

“Hmm... Farikha naik dulu. Penat.”

Farikha hanya mengeluh. Maknya asyik menyindirnya. Tahulah memang dia yang salah. Agak-agak macam manalah hubungannya dengan Edison nanti? Adakah bahagia seperti pasangan lain? Atau dingin seperti angin di pantai? Hai... berserah jelah Farikha . Salah kau tak percayakan dia. Sekali lagi Farikha mengeluh. Mengeluh panjang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience