Bab 3 Perjodohan

Fantasy Completed 182748

Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi. Aku baru saja siap menyidai kain baju yang baru di cuci. Ketika aku ingin melangkah masuk ke dalam rumah,aku terdengar bunyi motorsikal masuk ke dalam halaman rumah. Aku agak hairan melihat
kak Diana pulang ke rumah dengan Tengku Farhad membonceng dibelakangnya. Di mana motorsikal dan kereta gading yang dibawa oleh Tengku Farhad? Dan kenapa sekejap sangat kakak dan Tengku Farhad pergi ke kebun ayah hari ni.

Kak Diana memberhentikan motorsikalnya,lalu Tengku Farhad mula turun dari motorsikal itu. Aku lihat baju dan seluar yang ada di tubuh Tengku Farhad basah kuyup dan agak berbau.

"Kak Diana,dah kenapa balik awal ni? Kenapa Farhad naik motor dengan akak, mana perginya motor dan kereta gading yang di bawa oleh Farhad tadi?"tanyaku ingin tahu.

"Motor dan kereta gading tu terjatuh dalam longkang. Nasib baik ada orang kampung tolong tarik bawa naik tadi. Motor dan kereta gading tu ada dekat bengkel sekarang ni,cuma tong racun kena beli lain sebab pecah dan rosak. Sya,kamu pergilah tengok keadaan Farhad tu ada luka ke tak. Akak nak pergi bengkel untuk tengok apa yang rosak dekat motor dan kereta gading tu,"beritahu kak Diana.

Aku berjalan ke arah Tengku Farhad untuk melihat keadaan dirinya jika ada luka atau sakit di mana-mana kerana terjatuh didalam longkang.Manakala kak Diana mula menunggang motorsikalnya keluar dari halaman rumah untuk pergi ke bengkel.

"Badan awak ada cedera dekat mana-mana tak? Atau ada sakit dekat mana-mana ke?"tanyaku ingin tahu.

"Ada luka sikit je, tak adalah teruk sangat. Tapi saya nak kena mandi dulu, sebab tak tahan dengan bau air longkang dekat badan saya ni,"kata Tengku Farhad.

"Pergilah mandi dulu...nanti dah selesai mandi saya akan tolong sapukan ubat luka,"kataku lalu ingin melangkah masuk ke dalam rumah.

"Ayah kamu mana?"tanya Tengku Farhad bila melihat tidak ada kelibat ayahku di depan.

"Ayah dia kurang sihat...ada dekat dalam bilik berehat,"beritahuku.

"Awak boleh mandi dekat luar tu,"kataku sambil menunjukkan bilik air yang berada di luar rumah.

Bilik air di rumah ini ada dua,satu di dalam rumah satu lagi di luar.Bilik air di luar tu sudah lama tapi masih elok lagi. Setelah kaki ayah kudung kami telah membuat bilik air di dalam rumah untuk kemudahan ayah. Petang semalam Tengku Farhad mandi di dalam bilik air di dalam rumah kerana badannya agak lemah semalam.

Aku lihat Tengku Farhad berjalan menuju ke arah bilik air untuk membersihkan badannya yang berbau air longkang.Aku segera masuk ke dalam rumah untuk mengambil ubat luka dan kapas. Setelah itu aku berjalan keluar rumah untuk mencari Tengku Farhad. Aku lihat Tengku Farhad sudah berada di luar stor tempat ia tidur malam tadi. Aku tersenyum melihat baju dan seluar yang di pakai oleh Tengku Farhad. Kerana baju dan seluar itu kepunyaan ayahku,agak sedikit besar bajunya. Seluar pula agak singkat bila Tengku Farhad memakainya.

"Awak, meh sini saya sapukan ubat dekat tempat luka tu. Biar luka tu cepat pulih,"kataku sambil berjalan menuju ke arah Tengku Farhad.

Di luar stor itu ada bangku,lalu Tengku Farhad duduk di bangku itu. Aku lihat ada luka di tangan dan kakinya. Lalu perlahan-perlahan aku menyapu ubat di tempat luka itu.

"Apa nama adik dan berapa umur adik?"tanya Tengku Farhad ingin tahu.

"Nama saya Nur Darwisya,umur 18 tahun,"jawabku.

"Oo,masih muda remaja lagi. Kakak awak tu pulak nama dan umurnya apa?"tanya Tengku Farhad.

"Kakak nama dia Nur Diana dan umur dia 22 tahun,"jawabku sambil menyapu ubat di tangan Tengku Farhad yang luka.

"Umur Darwisya muda lagi,tak sambung berlajar ke?"tanya Tengku Farhad.

"Agak jauh kalau nak sambung berlajar. Kesian dengan ayah tak dak sapa nak tengok,kalau kak Diana pergi kebun. Lagi pun kebun tu jauh dari rumah nanti ayah terpaksa tinggal sorang-sorang,"kataku berterus-terang.

"Diana tu dah ada boyfriend ke?"tanya Tengku Farhad.

"Kak Diana dulu ada boyfriend tapi dah putus. Sekarang ni kak Diana dah tak ada boyfriend,"jawabku.

"Kagum dengan Diana tu,sebab boleh buat kerja-kerja berat seperti lelaki. Saya pun tak boleh nak buat macam mana dia buat,"kata Tengku Farhad membuat aku merasa sedikit cemburu bila Tengku Farhad memuji kak Diana.Tapi aku cuba mengawal perasaanku itu.

"Kak Diana tu baik sebenarnya. Cuma sikap dia sedikit kasar dan suka cakap lepas," kataku.

"Betul tu...Diana yang tolong tarik saya dari dalam longkang tu tadi,"beritahu Tengku Farhad.

"Nasib baik luka awak tak lah teruk sangat. Kalau teruk mungkin kena pergi klinik," kataku.

"Kalau nak pergi klinik saya mana ada dokumen pengenalan diri. Nanti jadi susah pula,"kata Tengku Farhad.

"Boleh saya nak tahu, awak asal dari mana sebenarnya?"tanyaku ingin tahu.

"Saya asal orang Singapura," jawab Tengku Farhad.

"Apa kata awak telefon ahli keluarga awak bagitahu awak ada di sini. Minta mereka bantu bawa awak pulang,"kataku memberi pendapat.

"Saya tak mahu mereka tahu saya masih hidup. Kerana saya tak tahu di antara mereka semua siapa kawan dan siapa musuh," kata Tengku Farhad.

"Terpulang awaklah...dah selesai pun sapu ubat luka,sekarang saya nak masuk rumah dulu untuk masak makanan tengahari nanti,"kataku lalu aku berjalan masuk ke dalam rumah.

Tengahari baru kak Diana balik ke rumah. Tapi kelihatan kak Diana mood dia kurang baik kerana motorsikal dan kereta gadingnya rosak teruk. Paling yang membuat kak Diana angin satu badan sebab tong racunnya terpaksa beli yang baru,kerana tong racun yang jatuh bersama kereta gading itu sudah pecah dan tidak boleh di perbaiki lagi.

"Semua ni salah Pati tulah...dah tahu tak pernah tarik kereta gading tapi gagah juga nak bawa," bebel mulut kak Diana.

"Sudahlah...nanti ayah bagi duit untuk beli tong racun baru,"kata ayah cuba memujuk kak Diana.

"Maaf,saya tak sengaja,"ucap Tengku Farhad merasa bersalah

____________

Sudah hampir 2 minggu Tengku Farhad tinggal bersama kami sekeluarga. Tengku Farhad hanya akan makan di dalam rumah kami tapi bila malam ia akan tidur di stor yang berada di luar rumah. Walaupun ada juga yang memadang serong kerana ada lelaki tinggal bersama kami. Walaupun Tengku Farhad tidaklah tidur di dalam rumah kami. Tetapi mulut orang biasalah,ada saja yang menabur fitnah bermacam-macam kepada kami sekeluarga.

Aku lihat kak Diana sudah semakin rapat dengan Tengku Farhad. Kak Diana juga telah membelikan sebuah kipas angin untuk di letakkan di dalam stor tempat Tengku Farhad tidur. Aku merasa cemburu melihat kemesraan kak Diana dan Tengku Farhad. Setelah ada Tengku Farhad membantu kak Diana di kebun. Aku sudah tidak lagi pergi ke kebun untuk membantu kak Diana. Aku hanya berada di rumah menguruskan ayahku. Kerana kesihatan ayah semakin merosot dan menyebabkan aku dan kak Diana risau. Sudah jenuh aku dan kak Diana mengajak ayah pergi ke klinik untuk cek kesihatan ayah. Tetapi ayah bertegas tidak mahu.

Pagi ini setelah kak Diana dan Tengku Farhad pergi ke kebun. Aku masuk ke dalam bilik ayah untuk memandikan ayah. Aku melangkah masuk ke bilik ayah dan melihat ayah masih lagi belum bangun dari lenanya. Perlahan-lahan aku menghampiri ayah dan menyentuh tubuh ayah. Kerana merasa tanganku menyentuh tubuhnya,ayah membuka mata dan menoleh ke arahku.

"Ayah nak mandi tak,kalau ayah nak mandi tak pa nanti Sya bawa ayah pergi bilik air,"kataku sambil mengambil kerusi roda yang berada di tepi katil ayah.

"Ayah rasa tak mahu mandi lagi,badan ayah rasa sejuk,"jawab ayah.

"Kalau macam tu tak pa lah,"kataku lalu membetulkan kembali kerusi roda itu.

"Ayah ada teringin nak makan apa-apa tak? Nanti Sya buatkan,"tanyaku lagi.

"Ayah tak lalu nak makan... tapi kamu buatkan je ayah bubur nasi,,"kata ayah dengan nada yang agak lemah.

"Baiklah...kalau macam tu,Sya nak pergi masak sekarang jugalah," kataku memberitahu ayah.

"Sya,nanti kalau Farhad dan kak Diana kamu dah balik dari kebun. Ayah nak kamu bertiga jumpa ayah dekat dalam bilik ni,ada sesuatu yang ayah nak bagitahu kamu bertiga nanti,"kata ayah sambil matanya memandang ke arahku.

"Baiklah,nanti Sya akan beritahu dekat kak Diana dan abang Farhad,"jawabku lalu aku berjalan keluar dari bilik ayah.

Pukul 11.00 pagi kak Diana dan Tengku Farhad pulang dari kebun. Aku segera pergi ke arah mereka yang baru sampai di halaman rumah.

"Kak Diana,abang Farhad, ayah minta kita bertiga jumpa dia dalam bilik.Bila kak Diana dan abang Farhad dah balik dari kebun,"kataku memberitahu apa yang ayah katakan tadi.

"Baiklah,tapi kak Diana nak mandi dulu,"kata kak Diana.

"Abang pun nak kena mandi juga ni,"kata Tengku Farhad.

"Tak pa, kak Diana dan abang Farhad pergilah mandi dulu. Nanti dah selesai kak Diana dan abang Farhad berpakaian kemas baru kita pergi jumpa ayah,"kataku memberi cadangan.

Dalam pukul 11.30 pagi kak Diana dan Tengku Farhad sudah pun siap mandi dan berpakaian.Lalu kami bertiga segera pergi ke bilik ayah. Kak Diana memulas tombol pintu bilik ayah lalu membukanya. Kami bertiga pun melangkah masuk ke dalam bilik ayah. Aku lihat ayah masih lagi terbaring di atas katilnya. Sudah hampir 3 hari ayah tidak sihat dan suka tidur di katilnya itu.

"Ayah kami bertiga dah datang ni,"kata kak Diana sambil memandang ke arah ayahku.

Perlahan-lahan ayah menoleh ke arah kami bertiga. Ayah mengukir senyuman di bibirnya.

"Ada apa ayah nak jumpa kami bertiga ni?"soal kak Diana ingin tahu.

"Ayah nak minta sesuatu dekat,Farhad,"kata ayah sambil matanya memandang ke arah Farhad.

"Pak Cik,nak minta apa dari saya. Jika saya mampu saya akan berikan,"kata Tengku Farhad agak sedikit hairan.

Aku dan kak Diana juga agak hairan dengan kata-kata ayah. Apa yang ayah inginkan dari Tengku Farhad.

"Macam ni...Pak Cik nak kamu nikah dengan anak Pak Cik. Pak Cik yang akan mewalikan anak Pak Cik nanti,"kata ayah. Membuatkan aku tergamam dan tidak sangka itu permintaan ayah kepada Tengku Farhad.

Tapi entah kenapa hatiku terasa pedih kerana aku dapat menyangkakan bahawa kak Diana yang akan bernikah dengan Tengku Farhad. Kerana kak Diana anak sulung dan umurnya pun lebih tua dariku. Dan akhir-akhir ini kak Diana dan Tengku Farhad nampak sangat mesra.

Kerana aku merasa sesuatu yang tidak enak di hatiku. Dengan segera aku beristighfar supaya aku tidak terlalu mengikut perasaan. Kerana aku patut gembira kak Diana dan Tengku Farhad di nikahkan. Tengku Farhad bakal menjadi abang iparku.

Bersambung....

Agaknya siapa yang akan menjadi isteri Tengku Farhad,Diana atau Darwisya. Tunggu esok jawabannya.

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-05-03 08:29:57 

tunggu la ni hihihi


NovelPlus Premium

The best ads free experience