Di awal pagi lagi Professor Guna sudah tiba di makmal itu. Guna sudah melihat hasil peta yang dilukiskan oleh Nora dan Jobi. Guna tahu arahannya kali ini didengari oleh Nora dan Jobi. Guna tidak ingin melihat Jobi dan Nora terus didenda. Jika sikap Nora dan Jobi tidak berubah pasti Guna dialihkan ke belakang dari Profesor yang maju ke hadapan.
Cabarannya adalah Proffesor Jumar. Guna mahu mengalahkan Professor Jumar dalam mencipta pelbagai alat elekrtonik. Sudah banyak kali Guna dikalahkan oleh Jumar. Jumar langsung tidak beri peluang kepada Guna. Guna bertamabah tekanan. Dia akui dengan pekerja yang dimiliki oleh Jumar. Bukan seperti Nora dan Jobi. Sering bertengkar. Guna yakin yang dia mampu atasi Jumar.
“Good morning Proff?”.
Nora menyapa dari belakang. Berseri-seri kelihatan wajah Nora. Kali ini Nora tidak tertidur di Makmal. Ini disebabkan pertolongon dari Jobi. Tanpa bantuan Jobi, Nora teruskan dengan perangainya itu. Tertidur di Makmal. Dia tidak akan bangun jika sudah tertidur lena. Matanya memang sangat berat untuk terbuka. Untung saja dia ditemani Jobi. Terelak Nora dari tertidur dari Makmal itu.
“Ye Nora. Jadi macam mana dengan peta tu, awak dah siapkan semua?”.
Soal Guna lantas dengan tujuannya menuju ke Makmal itu. Mereka berdua masih berada di luar. Guna memerhati wajah Nora dengan ligat. Lain kali ini Guna rasakan. Tidak selalu Nora tunjukkan muka berseri seperti itu.
“Jangan risau Prof. Saya dah siap lukis peta tu. Kalau Prof nak tengok, masuk lah. Saya dan Jobi siapkan lukisan tu semalam.”.
Jawab Nora dengan riak muka yang gembira. Dia tidak lupa beri senyuman kepada Guna. Guna adalah majikannya. Nora menunjukkan jalan pintu Makmal. Tangannya menghal ke Makmal. Dia iringi Guna masuk ke dalam Makmal.
Kedua-dua mereka mula masuk ke Makmal itu. Guna bergerak ke hadapan sedikit. Nora berada di hadapan. Menuju ke meja tempat disimpannya gambar peta yang dilukiskannya semalam.
“Nora Stop. Saya ada nak bagitahu ni?”.
Tersentak Nora mendengar suara perlahan Guna. Begitu garau suara yang dikeluarkan oleh Guna. Dia terhenti ke hadapan. Nora mengalih ke hadapan. Memandang Guna semula. Nora mula berfirasat yang lain-lain terhadap Jobi.
“Apa dia Prof?”.
Tanya Nora dengan perasaan curiga. Dia melihat Guna menundukkan kepala. Nora hanya diamkan diri. Menunggu percakapan dari Guna itu.
“Nora, Jobi dah berhenti. Jobi akan lanjutkan belajar ke luar negara. Mungkin hari ni akan jadi hari terakhir korang berjumpa. Jobi ada kat bilik. Saya dah nampak lukisan yang korang berdua dah buat. Cukup cantik. Sekarang ni kau pergi lah jumpa Jobi kat pejabat.”.
Nora tergumam dengan berita yang disampaikan oleh Guna itu. Tidak tahu mahu berkata apa lagi di mulutnya. Sememangnya salahnya pada Jobi terlalu banyak.
“Betul ke ni Prof?”.
Nora masih tidak percaya dengan penyampaian dari Guna. Dia pasti yang Jobi belum berhenti dari Makmal ini.
“Jumpa Jobi kat pejabat sekarang.”.
Arah Guna. Guna tahu ini berita buruk buat Nora. Sudah banyak kesalahan Nora terhadap Jobi. Guna sudah tahu pertengkaran Jobi dan Nora. Sememangnya Nora harus berjumpa dengan Jobi sekarang. Sebelum Jobi bergerak dari Makmal pagi ini.
“Baik Prof.”.
Lari Nora dengan memecut. Skirt nya dinaikkan ke atas. Nora mahu berjumpa dengan Jobi sebelum Jobi tinggalkan Makmal ini. Mahu meminta-maaf semua kesalahan yang dia pernah lakukan.
Tinggallah Guna seorang diri. Guna masih memerhati Nora lari. Begitu pantas dia berlari ke tempat Jobi. Tersenyum Guna melihat riakkan dari Nora. Belum pernah Guna melihat sifat Nora seperti itu.
“Nora Nora. Apesal lah susah sangat nak buka hati kau tu kat Jobi. Anak muda skang ni memang macam ni ke becinta. Tak nak jujur satu sama lain. Apa lah susah nak jujur sangat korang berdua ni.”.
Sindir Guna seorang diri di Makmal itu. Apapun Guna hanya beri harapan penuh kepada Nora. Dahulu Nora sangat diabaikan oleh Guna. Kali ini dia akan beri tanggungjawab besar pada Nora. Nora saja yang Guna ada. Kejayaannya bergantung pada Nora.
^^^
Nora masih berdiri di luar bilik pejabat Jobi. Nora masih terasa gugup untuk berjumpa dengan Jobi. Kakinya tergetar-getar. Kukunya digigit. Masih meragui sama ada mahu masuk atau tidak pejabat Jobi itu.
Plukk!!
Satu fail yang berada di rak luar pejabat Jobi terjatuh. Begitu kuat bunyi fail itu terjatuh. Fail yang diperbuat daripada plastik. Habis bertaburan kertas yang ada di fail itu. Nora semakin cemas.
Suara tapak kaki pula mula terdengar ke arah telinga Nora. Jobi menuju ke tampatnya. Mahu saja Nora berlari sekarang. Mahu mengelak untuk berjumpa dengan Jobi. Tapi, hatinya masih belum berniar lari. Dia tetap menunggu kedatangan Jobi. Walaupun perasaan berdebar semakin mendatang di dadahnya. Nora tetap bertahan.
“Nora?.”.
Sahut Jobi. Jobi hanya memakai baju track-shirt. Jelas Jobi tidak lama berada di Makmal itu. Jobi hanya memunggut barang-barangnya yang berada di pejabat itu. Matanya menumpu ke arah Nora. Yang tiba-tiba datang ke pejabatnya.
“Oh Jobi.”.
Tergetar-getar mulut Nora mahu bercakap dengan Jobi sekarang. Dia tidak tahu untuk mulakan perbualang terhadapa Jobi. Mulutnya tidak berhenti tergetar. Begitu juga tangannya. Belum pernah Nora mengalami masalah ini.
“Nora hari ni aku last ada kat sini. Aku kena keluar dari tempat ni. Aku nak sambung belajar. Aku ditawarkan belajar ke luar negara. Sebalum aku keluar dari Makmal ni, aku nak minta maaf dengan kau banyak-banyak. Aku tahu aku dah banyak buat silap dengan kau. Banyak kali dah kenakan kau. Tapi jujur aku tak terniat nak buat macam tu. Aku just bawa kau gurau-gurau. Sebab aku nak kau tahu kau tak seorang kat sini. Kau ada aku dan Professor Guna. Mungkin ini kali terakhir kita akan jumpa.”.
Sebak Nora mendengar cerita dari mulut Jobi. Dia tidak tahu mahu berkata apa lagi kepada Jobi. Baginya dia terpaksa menahan sebak itu. Nora tidak memaksa kehendak Jobi. Dia tahu ini peluang keemasan Jobi.
“Bila kau akan pergi luar negara?”.
Tanya Nora dengan menahan sedih. Sebenarnya hatinya masih tidak menerima yang Jobi berhenti dari Makmal ini.
“Esok.”.
Jawab Jobi dengan tenang. Dia perasan dengan riak wajah yang ditunjukkan oleh Nora. Langsung tidak peduli terhadapnya pergi dari Makmal itu. Walhal Nora menyimpan rasa sedihnya di hati.
“Boleh tak malam ni keluar dengan saya sebelum awak pergi dari tempat ni?”.
Kali ini nada lembut dari mulut Nora keluar. Terkejut sedikit Jobi. Belum pernah Jobi mendengar suara lembut Nora itu sebelum ini. Terbeliak sedikit mata Jobi dengan kemahuan Nora itu.
“Aku nak korang berdua luangkan masa bersama-sama hari ni. Jobi kau akan temankan Nora hari ini. Aku akan lepaskan korang berdua hari ini. Nora esok aku nak kau datang awal sikit. Ada benda aku nak cakap dengan kau sesuatu.”. Jelas Guna.
Guna datang dari arah belakang. Professor Guna melihat reaksi diantara Jobi dan Nora. Masih terlihat kekok di depan mata. Guna faham perasaan Nora. Dia tahu Nora tidak sanggup Jobi berhenti dari pekerjaannya ini.
“Eh Prof. Tak pe ke ni?”.
Risau Jobi dengan kebenaran dari Professor Guna itu. Dia ingin lepaskan Nora hari ini. Semata-mata mahu luangkan masanya dengan Jobi. Jobi rasa bersalah terhadap Guna.
“Tak pe Jobi. Aku tahu korang tak pernah berbual baik-baik kan? Ni lah masa korang nak kenal antara satu sama lain. Pergi lah. Aku izinkan.”.
Tegas Guna. Guna sendiri izinkan Nora luangkan masanya bersama Jobi.
“Baik lah kalau Prof da cakap macam tu. Saya kena kemaskan barang dulu. Nanti kalau dah siap saya akan panggil awak. Awak duduk lah kat sofa tu dulu. Nanti saya datang.”.
Ujar Jobi kepada Nora.
“Awak nak saya tolong ke?”.
Nora teringin mahu membantu Jobi kemaskan barangnya di pejabat itu. Melihat dari luar saja, terlihat jelas barang Jobi masih banyak bersepah. Nora iklas mahu membantu Jobi. Mahu membalas budi Jobi selama ini. Jobi sudah membantunya beberapa kali. Disebabkann itu lah Nora mahu mebalas budi Jobi selama ini.
“Betul ke awak nak bantu saya?”.
Jobi teragak-agak mahu Nora membantunya. Dia masih beridiri tegak. Ketika itu Guna sudah menuju ke pejabatnya. Tinggal lagi Jobi dan Nora saling berhadapan. Jobi masih diamkan diri. Tidak tahu mahu menjawab pelawaan Nora itu.
“Dah lah. Sampai esok lah awak fikir tu. Saya akan tolong awak kemas.”.
Nora tidak peduli dengan riak Jobi. Dia tetap masuk ke bilik Jobi. Tanya dibalas oleh Jobi. Nora tidak kesah. Nora mahu ringankan beban Jobi sedikit. Jika dia membantu Jobi, cepat sedikit mereka bersiar-siar di keliling bandar. Ini lah masanya Nora mahu kenali siapa Jobi sebenarnya.
“Apa lagi masih tercegat kat sana. Kemas lah barang ni.”.
Jobi terus berdiri di depan pintu pejabatnya. Masih memandang Nora yang mengemas barang-barang di pejabatnya itu.
“Oh ye.”.
Tersedar Jobi dari khayalannya. Suara Nora begitu kuat. Hinggakan tidak sedar yang Nora sudah berada di dalam bilik pejabatnya.
“Jobi sampul ni nak letak mana?”.
Nora memegang sampul bewarna biru. Kelihatan Jobi terbeliak mata selepas sampul bewarna biru itu di tangan Nora. Sampul itu adalah rahsiahnya. Keluar peluhnya. Nasib sahaja Nora tidak membuka sampul biru itu.
“Oh bagi kat saya.”.
Berdiri Jobi dari tempat duduknya. Nora juga perasan yang Jobi kelihatan cuak selepas melihat sampul surat itu. Tapi Nora padamkan perasaan curiganya itu. Dia teruskan mengemas barang-barang Jobi yang terlihat bertaburan. Perlahan-lahan Nora agihkan barang-barang Jobi di setiap kotak itu.
“Thanks Nora sebab dah tolong saya.”.
Jobi masih tidak terasa selesa selepas Nora mempelawa diri mahu membantunya mengemas barang-barangnya di pejabat.
“You’r welcome. Kemas cepat. Jam 2 ni kita akan keluar.”.
Arah Nora dengan tegas. Dia tahu yang Jobi lama memerhatinya. Segan sedikit Nora. Ada kalanya malu-malunya mula timbul. Tapi Nora memaksa menahan perasaan malu itu.
“Baiklah.”.
Jobi terus fokus mengemas barang-barangnya yang berada di bilik pejabatnya. Separuh sudah siap dikemaskan. Tinggal lagi kertas-kertas dan buku-bukunya di raknya itu. Mereka berdua terus mengemas.
Share this novel