BAB 5

Fantasy Completed 4006

“Aku harap kau boleh bersabar Caca. Mereka masih baru di kawasan ini jadi mereka tidak biasa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang. Aku harap kau boleh beri mereka masa untuk mereka sesuaikan diri di kawasan ini.” Ujar Tok Janggut. Caca menghempaskan keluhan kecil. Sememangnya hatinya sudah lama sakit dengan kawanan lembu itu dan berharap agar Tok Janggut dapat memberikan keadilan buat dirinya namun semuanya hampa belaka. Tok Janggut masih lagi mahu bertolak ansur dengan kawanan lembu itu.

Kalau dia jadi penghulu, sudah lama dia akan memarahi kawanan lembu itu. Namun itu hanya angan angan sahaja. Ternyata bukan dia yang menjadi ketua kawanan kambing di situ tetapi Tok Janggut.

Di hari lain, kelihatan Pak Hambali datang bersama dengan beberapa orang lelaki muda ke padang ragut itu. Mereka mahu membaiki kandang kawanan kambing sekaligus mencantikkannya. Ini bagi memberi keselesaan kepada kawanan kambing yang tinggal di kawasan padang ragut itu.

“Aku pelik dengan Pak Hambali tu.” Kata Tok Perkasa yang entah datang dari mana ketika Tok Janggut sedang memerhatikan Pak Hambali dan beberapa orang pemuda sedang tekun membaiki dan mengecat kandang kambing itu.

“Kenapa kau cakap macam tu?” Soal Tok Janggut yang diserang rasa aneh oleh kenyataan yang terbit dari mulut Tok Perkasa.

“Yalah… sepatutnya kandang kami yang perlu Pak Hambali baiki. Bukan kandang kalian. Kandang kami itu langsung tidak selesa. Tetapi kandang kalian yang masih elok dan cantik itu mahu dibaikinya.” Jawab Tok Janggut.

“Siapa kata kandang kami masih elok. Kamu tak nampak ke berapa banyak atap yang sudah bocor di kandang kami?” Balas Tok Janggut.

“Kebocoran atap di kandang kamu itu hanya sedikit sahaja jika hendak dibandingkan dengan kebocoran yang ada di atap kandang kami. Pak Hambali memang pilih kasih. Sepatutnya kami yang patut dilebihkan bukan kalian.”

“Kenapa pula kamu yang mesti dilebihkan?” Soal Tok Janggut dalam nada yang tidak berpuas hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience