BAB 6

Mystery & Detective Completed 36681

Jam di dinding menunjukkan pukul 1.00 tengahari dan mata Lisa fokus mengawasi aktiviti Abil dan Bella bersama Leah melalui skrin ipad. Bella sedang asyik menonton tv sambil makan manakala Abil dan Leah duduk di sofa sedang berbual.

Sejam telah berlalu dan Abil dan Leah masih lagi duduk bersembang di sofa, Bella dilihatnya sudahpun terlelap di depan tv. Lisa tertanya-tanya apa yang disembangkan oleh mereka berdua sejam lamanya. Meskipun Leah tadinya berhenti berbual sebentar untuk mengurus Bella sebelum menyambung perbualan semula dengan Abil, tapi Lisa kurang senang dengan cara Leah.

Baginya ada banyak lagi kerja yang boleh dilakukan selain dari berborak, jika kerja rumah dah siap dia boleh pastikan Abil berlatih bermain piano untuk persembahan malam amal sekolah. Lisa terus memerhatikan pergerakan Abil dan Leah, dia ada 30 minit lagi masa terluang sebelum harus keluar meeting dengan client pukul 3 petang.

‘Babe, dah dahlah monitor diorang macam helang, ni proposal yang mr Adrian minta dah siap kah?’ suara Hadid, pembantu perribadinya buat Lisa teerkejut.

‘Fuh semangat! Jatuh jantung aku dibuat kau ni Hadid! Dah siap dah ni ha, kau tolong double check dan buat 3 salinan untuk meeting nanti ya,’ Lisa menyerahkan pendrive pada Hadid lalu matanya ditumpukan semula pada skrin ipad. Hadid duduk di kerusi hadapan dan turut serta melihat.

‘Babe, kau rasa apa yang budak umur Sembilan tahun dan seorang dewasa berumur 24 tahun boleh bualkan ya? Abil dan amah aku si Leah ni dah bersembang sejam lebih! Banyak benda lain dia boleh buat kot,’ tanya Lisa.

‘Biarlah babe, sekurang-kurangnya ada orang yang layan dan jaga anak kau, ke kau cemburu ni?’ Hadid berseloroh.

‘Hello, walaupun Benjy dan anak-anak aku suka dengan amah baru aku ni, aku tak cemburu Cuma aku curious dan let me make myself clear, reason aku pasang spy cam sebab zaman sekarang ni dunia makin gila and so manusia-manusia dalam isi bumi ni, aku tak kenal lagi Leah ni jadi kenalaah berhati-hati,’ jelas Lisa.

‘Amboi berkobar-kobar nampak, aku fahamlah babe, hello siapa yang bagi idea pasal spy cam ni kat kau at the first place? Aku kan? So aku sorang je yang faham apa yang bermain di kepala otak kau tu. Okay stop buat semua tu, balik nanti sambung. Sekarang, kau bersiap-siap sementara aku print dokumen ni dan kita terus gerak ke Changkat, Bukit Bintang okay?’’ Hadid beri arahan dan segera keluar dari bilik pejabat Lisa.

Lisa matikan laptop, kemas dokumen yang perlu dibawa untuk presentation iklan terbaru produk Listerine. Dia fokus semula, hari ini dia perlu melakukan yang terbaik di hadapan client dan berharap mereka suka akan ideanya.

Tingggg!

Oven berbunyi, Leah berlari riang ke dapur dan mengalihkan kek cawan yang sudah siap dibakar ke dalam bekas. Dipanggilnya Abil dan Bella yang sedang berada di ruang tamu, dengar saja suara Leah, berdesup dua beradik itu lari ke dapur, jauh beza kalau Lisa yang panggil, mau lebih lima kali Lisa panggil bak orang mengantuk disorongkan bantal, barulah anak-anaknya datang. Begitulah kuatnya kuasa Leah.

Leah mengeluarkan peralatan dekorasi kek dan aising mentega yang telah diwarnakan, ‘Okay aktiviti petang ni, masing-masing hias kek masing-masing okay, ni ada chocolate rice, bunga-bunga dan macam-macam lagi, korang boleh hias ikut kreativiti masing-masing okay,’ Lisa memberikan dua biji kek cawan buat Abil dan juga Bella.

‘Bella nak bagi warna biru macam glacier untuk kek Bella dan satu lagi nak warna pink, letak flower for mommy,’ ujar Bella teruja dan disokong oleh Abil yang juga mahu hiaskan kek untuk Lisa dan Benjy.

‘Taknak buat untuk kak Leah ke? Tak sayang kak Leah?’ tanya Leah seraya membuatkan dua beradik tadi tergamam.

‘Penat kak Leah jaga Abil dan Bella tapi both of you tak ingat Kak Leah pun, I thought that we had fun all this time and we have a special bond, untuk apa lagi Kak Leah di sini? Leah merajuk dan cuba beredar dari dapur.

Abil pantas menarik lengan Leah cuba menahannya dari pergi, Abil pandang Bella, ‘Janganlah pergi, kalau kak Leah pergi siapa yang nak jaga kami lagi? Kami sayang mommy but we love kakak Leah more,’ rayu Abil.

‘Kak Leah suka purple color kan, okay Bella akan hias this cake with purple flower dan satu lagi Bella akan bagi Daddy,’ jelas anak berusia lima tahun itu cuba memujuk Leah, Leah mula mengukir senyum.

‘Abil pula?’ tanya Leah.

‘Abil akan hias satu kek ni special untuk kak Leah dan satu lagi mommy dan daddy boleh share, just wait and see,’ jawab Abil.

‘No need for mommy since mommy busy and by the time momy balik korang mesti dah tidur. Each of you buat satu kek untuk kak Leah dan satu lagi untuk diri sendiri. Jangan risau untuk daddy, biar kak Leah buat kek special untuk daddy,’ Leah teruja dan mula mencapai aising butter bewarna krim, diisi ke dalam nozzle dan dia mula menghias kek cawan tadi, ditaburnya manik hiasan kek dan dilukisnya bentuk hati di atas kek itu.

Abil melihat Leah menghias kek tersebut dengan tekun, ada sesuatu yang kurang enak bermain di hatinya namun segera ditepis, dia dan Bella lalu mencurahkan bakat seni menghias kek.

Dua cawan hot chocolate untuk Abil dan Bella dan secawan Cinnamon tea untuk Leah, mereka duduk bersantai di laman rumah luar sambil bermain spelling dan trivia quiz, sedang asyik mereka bermain tiba-tiba sesusuk tubuh wanita dalam usia 50-an, memakai blaus lengan panjang berbunga-bunga dan bertudung hijau berada di hadapan mereka. Leah terkejut, tetapi kehadiran wanita itu disambut gembira oleh Abil dan Bella.

‘Mak Som!’ teriak Abil dan Bella memeluk wanita itu. Berdiri di hadapan mereka adalah mak Som, bekas amah mereka.

Mak Som memeluk dan mencium Abil dan Bella, selepas berbulan lamanya akhirnya dapat juga dia melepaskan kerinduan pada Abil dan Bella yang dianggapnya seperti cucu sendiri. Lama mak Som mengumpul kekuatan untuk datang berjumpa mereka dek kerana rasa malu dan bersalahnya.

Dipegang lembut tangan Bella yang melecur, luruh hatinya melihat parut kesan melecur itu perlahan-lahan Kak Som membisikkan perkataan maaf pada Bella menjawab, ‘tak mengapalah mak Som, dah tak sakit lagi. Lagipun parut ni tanda Bella istimewa.’

mak Som tidak tahu mahu berasa lega atau makin dihimpit rasa bersalah mendengar kata-kata Bella. mak Som bertanyakan jika Lisa atau Benjy ada di rumah kepada Abil.

Belum pun sempat Abil menjawab, tiba-tiba

PANGG!

Leah mencampak cawan porselin yang dipegangnya ke lantai, pecah berderai cawan tersebut.

Leah muncul dari belakang dan menarik Abil dan Bella seraya meminta dua beradik itu masuk ke dalam.

‘Masuk ke dalam cepat! Jangan sesekali bercakap dengan orang asing, get inside!’ teriak Leah.

‘Tapi Abil kenal Mak Som, Mak Som mama angkat mommy, our nanny,’ balas Abil.

Leah menjengilkan matanya ke arah Abil yang masih terpinga-pinga tidak memahami situasi tersebut. Leah memegang erat tangan Abil dan Bella lalu dihantar sehingga ke dalam rumah tinggalkan mak Som terkesima.

‘Mommy larang jumpa mak Som, kak Leah ikut arahan mommy. mak Som ni berbahaya orangnya, korang lupakah gara-gara dia tangan Bella jadi hodoh? Now get inside and wait for me, don’t ever come out until I come, get it?’ arah Leah.

Abil dan Bella menuruti arahan Leah, sebelum masuk mereka sempat melambaikan tangan ke arah mak Som dan dibalas mak Som dengan senyuman bercampur air mata.

Leah menutup pintu rumah lalu berjalan ke arah mak Som yang masih berdiri menantikannya.

‘Hoiii orang tua tak sedar diri, apahal kau datang lagi? Kau ni tak faham kan yang keluarga ini dah tak perlukan kau lagi. Apa kau lupa, apa yang kau dah buat pada Bella sampai tangan budak tu cacat.

‘Lisa dah tak perlukan kau lagi! Dia cakap dia benci dengar nama kau apalagi nak hadap muka kau ni. Keluarga ni tak perlukan kau lagi dan mulai hari ini jangan ganggu keluarga aku,’ jerit Leah.

‘Makcik cuma nak datang melawat dan meminta maaf, makcik datang bukan untuk meminta bekerja di sini semula, Cuma ingin melepaskan rindu pada Lisa dan anak-anak. Lagipun haritu Lisa ada call tapi makcik tak terjawab pula, bagilah makcik jumpa Lisa sekejap saja, selagi makcik tak jumpa hati makcik tak tenang,’ mak Som merayu pada Lisa, tangannya memegang lembut bahu Leah namun Leah menyambutnya dengan agresif.

‘Woi orang tua, aku dah cakap tadikan Lisa taknak kau, dia menyesal kenal kau, gara-gara kau seumur hidup Bella ada parut hodoh, jijik, dihina dan dibuli orang. Lisa taknak jumpa kau sampai bila-bila, pergi! Pergi! Jangan kacau keluarga aku! Ini keluarga aku!

Leah menolak mak Som kasar.

Hati kak Som terguris dengan kata-kata Leah, dia tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Leah. Mana mungkin Lisa yang dikenalinya sejak sekian lama, yang telah melayannya seperti seorang ibu tergamak berkata sedemikian. Mak Som juga curiga dengan tingkah laku Leah yang seperti cacing kepanasan dengan kehadirannya. Tapi saat ini dia benar-benar terganggu dengan kata-kata Leah. Benarkah Lisa membencinya? Apa betul keluarga ini tidak perlukannya lagi?

‘Berambuslah orang tua, Bella cacat sebab kau, Bella benci kau, Abil benci kau, Benjy benci kau dan Lisa harap kau mampus!’ Leah menolak mak Som, tapi mak som tidak semena-mena seperti meracau, menangis, terpekik tapi dalam masa yang sama menepis tangan Leah yang cuba memukulnya.

Leah ternampak kereta Range Rover Sport milik Benjy yang baru memasuki garaj kereta. Leah mati akal seketika. Matanya melilau mencari idea.

Lantas, ditariknya tangan mak Som lalu diacukan ke mukanya seolah-olah Kak Som yang menamparnya. mak Som berteriak sambal menggelenggkan kepala tapi insiden itu disaksikan oleh Benjy dan dari pandangan Benjy, mak Som yang bertindak agresif terhadap Leah.

‘Apa semua ni?!’ teriak Benji seraya menarik Leah, bahu Leah dipeluk, Leah memandang Benjy dan berpura-pura menggigil ketakutan sambal mengalirkan air mata, ditekap wajahnya ke bahu Benjy.

‘Bukan Benjy, bukan mak Som, mak Som tak buat apa-apa kat budak ni Benjy,’ jelas mak Som panik sambal cuba mendekati Benjy memohon agar Benjy mempercayainya.

‘Mak Som lupakah apa yang mak Som dah buat pada Bella?’ Lupa?’ soalan Benjy itu buat Mak Som terkesima.

‘Tidak! Tidak! Mak Som tak sengaja! Tidak!’ Mak Som menggeletar, kata-kata Benjy itu menusuk tepat ke hatinya dan ia benar-benar sakit, insiden tangan Bella melecur bermain-main di fikirannya, sekali lagi perasaan bersalah menghantuinya dan dia perlahan-lahan beredar meninggalkan Benjy dan Leah.

Dari jauh Lisa melihat kereta kancil merah mak som parkir di depan rumahnya, dia menguntum senyum, lega kerana mak Som datang juga akhirnya. Belum pun sempat Lisa memasuki perkarangan rumahnya, dilihatnya mak Som tiba-tiba meluru keluar dalam keadaan menangis.

Lisa mematikan enjin, cuba mendapatkan mak Som yang sedang menuju ke keretanya.

‘Mak Som tunggu! Tunggu!’ panggil Lisa.

Mak Som berpaling memandang Lisa, namun hanya perkataan maaf saja yang mampu diucapnya berkali-kali kepada Lisa lalu memandu laju meninggalkan Lisa.

Lisa terpinga-pinga, dia kemudiannya masuk ke rumah namun langkahnya terhenti apabila menyaksikan Leah teresak-esak menangis dan kepalanya terlentok di dada Benjy. Dari jauh juga dia melihat kelibat Abil dan Bella yang menyorok dibalik langsir tingkap, mengintai kejadian di luar rumah.

‘Apa ni sayang?’ tanya Lisa berang.

Leah berpura-pura terkejut seraya mendengar suara Lisa walhal dari tadi dia tahu Lisa sudah melihat kelibat Lisa. Benjy melepaskan dakapan Leah, dia mula cuak takut Lisa salah faham sedangkan dia hanya cuba menenangkan Leah, tidak lebih dari itu. Benjy cuba menjelaskan keadaan tapi Leah segera menjawab.

‘Kami bertiga sedang bersantai di taman tadi, tiba-tiba mak Som datang. Dia mencari puan tapi saya bagitahu elok-elok yang puan tiada di rumah, dia enggan percaya dan tiba-tiba menjerit-jerit ke arah kami. Saya ketakutan tapi cuba larang dia dari masuk ke dalam rumah, mak Som marah dan berkali-kali menampar saya,’ adu Leah, dilihatnya anak mata Lisa yang seakan ragu-ragu dengan penjelasannya, lalu dia ‘menggeletarkan’tubuhnya agar tampak lebih real lakonannya.

‘I nampak tadi sayang dengan mata I sendiri, mak Som menampar Leah dan menjerit-menjerit, I leraikan mereka berdua tadi dan minta mak Som balik,’ jelas Benjy.

‘Mak Som cakap benda yang bukan-bukan dan mengugut untuk cari saya sampai ke lubang cacing, bagi saya, mak Som seperti orang tak siuman puan, saya takut nak balik,’ Leah menangis sambal memeluk Lisa. Lisa tercengang, dia tidak menyangka mak Som akan bertindak sejauh ini. Dia menepuk-nepuk belakang Leah cuba menenangkan gadis itu.

‘Maafkan saya ya Leah kerana awak terpaksa melalui semua ini, mak Som yang saya kenal seorang yang lemah lembut dan baik hati orangnya, mungkin ada sesuatu yang sedang mengganggunya. Saya minta maaf, apakata awak masuk ke dalam dulu dan dinner sekali dengan kami malam ni okay?’ tanya Lisa.

Leah mengangguk senyum.

‘Terima kasih untuk hidangan malam ini puan Lisa, sudah lama saya tidak merasa makan semeja seperti satu keluarga seperti ini,’ ujar Leah ceria.

Bella gembira kerana Leah tinggal lama sedikit dari hari biasa, berulang kali dia diberitahunya Lisa dan Benjy untuk sentiasa mengajak Leah makan malam bersama dan kalau boleh tinggal bersama.

Berbeza dari Bella, Abil memilih untuk mendiamkan diri sesekali dikuisnya sisa makanan di pinggannya sambal termenung. Direnungnya wajah Leah, apabila Leah menyedari yang Abil sedang merenungnya cepat-cepat Abil mengalihkan pandangan.

‘Abil naik dulu mommy, daddy, nak kemas jadual,’ Abil bangun dari kerusi, diletaknya pinggan di sinki kemudian dia mencium Lisa dan Benjy dan mengucapkan selamat malam kepada mereka sebelum beredar dari ruang makan.

‘Mana kiss untuk Kak Leah?’ tanya Leah pada Abil tersenyum namun matanya tajam memandang Abil.

Abil perlahan-lahan menuju ke arah Leah dan memberikan kucupan selamat malam kepada Leah.

Benjy juga beredar dari ruang makan dan terus ke bilik studionya.

‘Biar saya cuci pinggan, awak cuma kemas meja saja ya Leah, awak mesti penat,’ ujar Lisa dan Leah mengangguk.

Sedang mereka sibuk mengemas dapur, tiba-tiba telefon rumah berdering. Lisa cuba berhenti untuk menyambut panggilan tersebut namun Leah yang berada lebih dekat dengan telefon menawarkan diri untuk membantu menjawab panggilan tersebut.

‘Lisa, ini… ini…’ terputus-putus suara wanita tersebut namun Leah cam suara siapa di hujung talian itu.

‘Mak Som minta maaf pasal tadi, tapi mak Som memang tiada buat apa-apa pada gadis itu sebaliknya dia yang serang mak Som tiba-tiba. Lisa, mak Som bukan mahu menyibuk tetapi ada sesuatu yang aneh tentang gadis yang bekerja dengan Lisa sekarang ni, mak Som tak tahu apa, tapi mak Som minta Lisa berhati-hati ya sayang,’ terketar-ketar mak Som bercakap, hatinya tak sedap bila mengenang semula kejadian petang tadi.

‘Orang tua tak reti-reti mampus, kau memang tak faham Bahasa kan? Aku dah cakap jangan kacau keluarga aku. Kau memang nak kena kan? Lisa tahu yang kau pukul aku dan dia cakap kau gila dan minta aku panggil polis kalau kau datang lagi, kalau berani datanglahh,’ gertak Leah namun masih cuba mengawal nada suaranya agar tidak didengari Lisa.

‘Saya tak kenal awak siapa, tapi yang saya tahu awak memang merbahaya! Saya akan datang esok beritahu semuanya pada Lisa!’ balas mak Som, entah dari mana datangnya keberanian menjawab ugutan Leah itu. Dia tekad berjumpa Lisa esok pagi.

‘Siapa tu Leah?’ tanya Lisa dari dapur.

‘Prank call!’ Cepat-cepat diletaknya gagang telefon.

‘Leah, apa kata awak bermalam saja di sini malam ini, dah nak jam 10 malam ni okay? Atau awak nak saya hantarkan ke rumah awak?’ tanya Lisa.

‘Tak mengapa puan, saya tak boleh bermalam di sini, saya lebih selesa tidur di rumah sendiri dan puan tak perlu hantar saya, puan berehatlah ya. Tiba-tiba kawan saya sms, nak jumpa saya sekejap jadi saya kena pergi sekarang,’ jelas Leah.

Dalam keadaan terburu-buru, Leah mengambil beg galasnya dan meminta izin dari Lisa untuk beredar. Lisa hanya memerhatikan saja gelagat Leah yang tak ubah seperti dikejar anjing.

‘Nak jumpa kawan kah nak jumpa boyfriend,’Lisa tersenyum sendiri.

Ditutup suis lampu dapur lalu Lisa naik ke atas, diselaknya pintu bilik kedua orang anaknya. Bella telahpun lena manakala Abil pula baring namun matanya masih celik seakan merenung siling rumah, langsung tidak menyedari akan kehadiran Lisa.

‘Abil sayang, kenapa belum tidur lagi?’

Lamunan Abil terhenti, dia segera menarik selimutnya dan berbaring semula.

‘Dah nak tidur lah ni mommy,’ jawab Abil acuh tak acuh.

‘Ada apa-apa tak kena kah ni Abil? Kenapa buat muka macam tu kat mommy?’ tanya Lisa kehairanan, pelik dilihatnya perangai anak sulungnya ini, dari petang tadi diam.

‘Mana ada apa-apalah mommy, okaylah selamat malam,’ jawab Abil.

Lisa betulkan selimut Abil lalu mengucup anaknya itu, baru sahaja dia ingin bangun dari katil tiba-tiba Abil memaut lengannya.

‘Mommy, kenapa mommy benci mak Som? Hati Abil sakit sekarang ni mommy,’ luah Abil dan tidak semena-mena air mata Abil mengalir, Lisa tergamam lidahnya keluh.

‘Siapa cakap mommy benci mak Som?’ tanya Lisa.

‘Kasihan mak Som tadi, Bella dah okay dan happy jumpa mak Som, mak Som bukan orang jahat jadi kenapa mommy larang mak Som datang?’ tanya Abil.

‘Apa yang Abil cakap ni? Mommy tak faham? Mommy tak pernah larang mak Som datang and in fact mommy happy jumpa mak Som tadi, Siapa cakap mommy larang mak Som datang?’ bertalu-talu pertanyaan Lisa pada anaknya.

‘Kak Leah yang cakap macam tu tadi,’ jawab Abil.

‘Abil, ada something yang tak kena pada mak Som tadi, dia pukul Kak Leah. Mommy tak tahu kenapa tapi mungkin mak Soma da masalah sekarang ni’ jelas Lisa, dia pun tiba-tiba kurang yakin dengan jawapannya.

‘Tapi, tadi bukan mak Som yang,’ Abil tiba-tiba berhenti membuatkan Lisa ternanti-nanti apa yang ingin dikatakan oleh Abil. Namun Abil tidak mahu meneruskan perbualan. Dia sendiripun tidak pasti dengan apa yang terjadi, walaupun dia yakin yang dia melihat dengan mata sendiri bagaimana Leah berpura-pura diserang mak Som, namun ada sesuatu yang menahannya dari memberitahu perkara sebenar. Dia sudah hilang mak Som, dan dia tidak mahu kehilangan Leah. Walaupun dia mula merasa Leah agak menakutkan, namun dia tidak mampu untuk merasa sunyi. Rumah mereka besar namun dia merasa kosong. Adanya Leah, sekurang-kurangnya ada teman untuk berbicara berbanding Bella yang masih kecil. Dia perlukan teman.

‘Tak ada apa-apalah mommy, lupakan saja, nanti next week kita panggillah mak Som datang sini, Abil rindu nak makan kuih bingka ubi mak Som,’pinta Abil.

‘Okay Abil, will do. Tapi sayang, kalau ada apa-apa yang tak kena boleh tak Abil janji dengan mommy untuk bagitahu mommy,’ pinta Lisa sambil mengusap lembut rambut Abil.

‘I will mommy,’ jawab Abil. Lisa bangun dan beredar meninggalkan bilik.

Lisa duduk bersandar di atas katil sebaik saja selesai mengeringkan rambutnya. Benjy sedang baring tapi masih terjaga, Lisa hanya mendiamkan diri, dia mahu berkata apa-apa, terlalu banyak yang bermain difikirannya tambahan pula, masih ada rasa cemburu tersisa dengan apa yang dilihatnya petang tadi. Sekuat mana pun dia, dia tetap seorang wanita hatinya juga mudah tersentuh. Segera ditepisnya andaian-andaian merepek yang bermain di mindanya.

‘Tidak, Benjy takkan betray aku,’ Lisa memujuk dirinya sendiri.

‘Sayang, I tak sedap hatilah, I rasa bersalah dengan mak Som, maybe I terlepas cakap tadi sampai menyinggung perasaaan orang tua tu, esok I singgah rumah mak Som, nak minta maaf dengan dia,’ Benjy bersuara, perasaan bersalah menghimpitnya apatah lagi bila mengenangkan bagaimana reaksi Mak Som yang menangis teresak-esak dan menggeletar, dapat dia bayangkan bagaimana terlukanya perasaan mak Som sekarang. Dia juga menganggap mak Som sebagai ibunya, insan yang banyak memainkan peranan membantu rumah tangga mereka.

Lisa hanya diam membisu, dia baring dan dipalingkan tubuhnya ke arah bertentangan, dia bukan merajuk dengan Benjy, bukan tidak mahu memandang wajah suaminya tetapi malam ini dia hanya mahu menangis.

Bunyi mesin jahit memenuhi segenap penjuru rumah, walau hatinya pedih dan sakit tapi dia mahu menyiapkan baju kurung kedah buat Abil dan Bella mala mini juga, dia sudah berjanji pada mereka untuk menjahit baju kurung kedah dengan corak animasi Frozen. Membayangkan wajah gembira kedua cucu angkatnya itu bila mendapat baju yang dijahitnya ini saja sudah buat dia teruja.

PANGGGG!

Bunyi seperti barang jatuh dari dapur mengejutkan mak Som, dia berhenti seketika sebelum menyambung kerjanya semula. Sudah biasa dia mendengar bunyi sebegitu, dia tahu siapa punya angkara, tiada lain kalau bukan Mok Cun, kucing siam yang dibelanya, barangkali sedang sibuk mengejar tikus.

Bunyi tersebut semakin kuat, begitu juga dengan bunyi dentuman guruh di langit. Mak Som bangun untuk memeriksa kucingnya, tiba-tiba dia merasa tak sedap hati. Diketiknya suis lampu dapur, tudung saji dan lebihan lauk pauk berjatuhan di lantai, mak Som menggelengkaan kepala.

‘Kau ni Mok Cun, tunggu kau, aku dah bagi makan sedap-sedap kau buat perangai,’ leter mak Som sambil tangannya mengutip sisa makanan di lantai lalu dilapnya. Selesai membersihkan kotoran tadi, dia menuangkan air panas dari termos ke dalam cawan dan menghirupnya perlahan-lahan, rasa air yang diminumnya agak pahit. Tiupan angin yang meniup rambutnya membuatkan mak Som terhenti dari memikirkan tentang rasa air yang pelik itu. Dilihatnya pintu belakang terbuka sedikit.

‘Eh macam mana pula boleh terbuka ni? Setahu aku, tadi aku dah kunci pintu ni,’ mak Som kehairanan.

Dia memang pasti yang dia dah kunci pintu itu tadi sebelum dia mula menjahit. Tanpa berlengah, dikuncinya pintu itu dan diperiksanya tingkap dapur semula, ingin memastikan semuanya terkunci. Sedang dia berdiri di tepi tingkap, sesusuk tubuh sedang berdiri memeluk tubuh di belakangnya.

Mak Som terkejut, dia tidak percaya dengan apa yang dilihat di depan matanya sekarang ini.

‘Kau.. kau… kenapa kau? Ma.. Macammana kau boleh masuk rumah ni?’ tanya mak namun dibalas dengan senyuman sinis dari orang yang perlahan-lahan berjalan ke arahnya.

Mak Som mundur ke belakang dan dalam masa yang sama matanya melilau mencari sesuatu untuk mempertahankan diri. Dilemparnya tudung saji dan bermacam-macam objek namun orang tersebut tenang berjalan ke arahnya dengan pandangan yang tajam, tanpa sebarang kata ia sudah cuku menakutkan mak Som.

Mak Som mencapai pisau dan mula mengacukannya pada orang tersebut, serangan mak som Berjaya ditepis namun tangannya terluka dek terkena hujung mata pisau yang tajam itu. Langkahnya terhenti begitu juga dengan mak Som.

Orang tersebut memandang mak Som semula, dirampasnya pisau yang berada di genggaman mak Som lalu dicampakkannya ke bawah. Dia mula bertindak agresif dengan menolak mak Som ke dinding dan mula mencekik mak Som. Mak Som meronta-ronta minta dilepaskan, tangannya liar memukul kepala orang tersebut, namun kudratnya tidak mampu melawan tenaga muda tetamu yang tidak diundang itu. Tiba-tiba pandangan mak Som kabur dan berpinar-pinar, dia tidak berdaya melawan lagi dan perlahan-lahan cengkaman di leher mak Som dilepaskan.

‘Owh dah mula nampak kesan pil tu, so aku duduk dan tengok saja okay, izinkan saya,’bisik orang tersebut di telinga mak Som sambil berjalan duduk di kerusi makan. Dia berdiri semula dan membuka peti sejuk lalu mengeluarkan jag air dan meneguknya laju sambil memerhatikan mak Som yang telah rebah menggelupur kesakitan di hadapannya.

‘Kenapa kau buat macam ni? A.. Apa salah aku? Tolong selamatkan aku, aku taknak ma… ma… mati,’rayu mak Som, namun orang itu cuma duduk diam memerhatikannya.

Mak Som mengengsot tubuhnya ke arah orang tersebut, dia mahu minum, tekaknya pedih seperti mahu pecah namun dia tidak berdaya untuk mencapai jag air di atas meja. Dia menarik kaki orang tersebut cuba meminta belas.

‘Nak minum?’ tanya orang itu dan mak som mengelip-ngelipkan mata sebagai isyarat, dia sudah tidak mampu bercakap. Orang tersebut mengambil cawan berisi air yang diminum mak Som tadi lalu memberinya pada mak Som, mak Som meneguknya laju namun tidak semena-mena memuntahkannya air itu semula. Badannya tiba-tiba kejang, tidak mampu bergerak dan mulutnya mula berbuih.

Dipegangnya jari jemari mak Som yang mula pucat dan sejuk, lalu dia tersenyum.

‘Aku takkan biarkan kau seorang diri, aku akan temani kau sampai ke akhirnya dan pastikan kau ingat dengan jelas muka aku ni,bawa sampai ke lubang kubur. Aku takkan biarkan kau rosakkan rancangan aku. Kejap lagi sakit kau akan hilang till then I’ll enjoy the show,’ujar orang itu.

Di luar, kilat berdentam-dentum, satu malam yang penuh penyeksaan buat mak Som, derita yang tidak ada sesiapapun tahu dan bisa membantu.

Halangan kedua terbesar sudahpun senyap dan lenyap dari dunia, sebelum beredar dia membuang lebihan air dari termos, pastikan keadaan dapur kemas dan bersih. Dia tidak mahu meninggalkan sebarang kesan seperti rumah ini dipecah masuk, dia mahu kematian orang tua itu lebih kepada kematian mengejut, mati tua atau bunuh diri sebab kemurungan, suka hati bagaimana pihak polis mengandaikannya nanti, yang penting semuanya kini sudah selesai. Dia meninggalkan rumah itu secepat mungkin.

Dibuangnya pisau dan sarung tangan getah yang dipakainya sepanjang berada di rumah mak Som di dalam sungai. Dia menghembus nafas lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience