Pulau Pulaza,Melaka
April 2001
LANGIT pagi ini begitu indah dan mendamaikan.Membiru dalam hiasan awan yang berarak.Pulau pulaza menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia.Laut Selat Melaka menjadi tempat yang begitu menenangkan dengan kepelbagaian sumber flora dan fauna.
Di sebuah kedai haiwan peliharaan,seorang kanak-kanak lelaki begitu gembira apabila dibawa oleh ibu bapanya ke sini.Dia turun dari kereta dan berlari masuk ke dalam kedai untuk meninjau suasana di dalamnya.Wajahnya amat ceria kerana hari ini merupakan ulang tahun kelahirannya yang ke-11.Tambahan pula,bapanya telah berjanji untuk menghadiahkannya dengan haiwan peliharaan.
“Lihatlah anak awak.Seronok betul dapat datang ke sini," ujar Fakhruddin lalu mengukir senyuman manis kepada isterinya.
“Tak.Dia gembira bukan kerana dapat datang ke sini.Tapi kerana dapat keluar bersama abang hari ini," jawab Melissa,turut membalas senyuman.
“Kita terlalu sibuk dengan kerja dan kurang meluangkan masa dengan Zaki.Hari ini kita sekeluarga menyambut hari lahirnya,tentulah dia berasa sangat gembira.Malah,sayang sendiri jugak berasa teruja," sambung Melissa lalu berpimpin tangan dengan Fakhruddin untuk masuk ke dalam kedai haiwan peliharaan itu.
“Ya.Mungkin ada benarnya jugak.Disebabkan itu abang bercadang untuk meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Layar Industries dan hidup seperti biasa.Supaya ada banyak masa yang boleh kita luangkan bersama kelak," beritahu Fakhruddin dengan wajah yang redup setelah berfikir secara mendalam.
"Sayang tak salah dengar ke ni? Bukan ke tu merupakan titik peluh abang selama ini? Abang tak menyesal untuk melepaskan segalanya?" soal Melissa,inginkan kepastian.
Bukanlah bermakna wanita itu takutkan kemiskinan atau gilakan darjat yang dimiliki oleh suaminya.Tetapi dia tahu,kepayahan dan pengorbanan yang telah dilalui oleh suaminya itu untuk menaikkan syarikatnya itu yang kini boleh dikatakan gah di mata dunia.Malah,betapa setianya suaminya itu terhadap syarikat dan pekerjaannya.Namun hari ini,dia sanggup membuat satu keputusan secara mendadak.Yang pada kebanyakan orang tentu tidak akan sanggup melepaskannya.
“Abang.....”
“Ayah!” Percakapan Fakhruddin tercantas apabila Zaki memanggilnya.
Fahkruddin memberikan secebis senyuman senyuman kepada Melissa dan terus menghampiri anak lelaki mereka yang kelihatan begitu teruja memerhatikan setiap haiwan peliharaan yang berada di dalam sangkar itu.
“Zaki dah dapat apa yang Zaki nak?” tanya Fakhruddin.
Matanya turut melilau ke dalam kedai.Terdapat pelbagai haiwan eksotik yang jarang dilihatnya sebelum ini.
“Zaki mahu yang ini”
Beberapa ekor arnab dari jenis Florida White yang berada di dalam sangkar ditunjukkan oleh Zaki dengan penuh minat.Sambil tersenyum,Fakhruddin mengusap kepala anaknya den memanggil tuan kedai untuk urusan jual beli.
Fakhruddin sempat menjelaskan kepada anaknya bahawa setiap hidupan itu diciptakan secara berpasang-pasangan.Termasuk juga haiwan yang mahukan teman.Ia merupakan lumrah dan rahmat TUHAN ke atas sekalian alam yang mahu hidup berkasih-kasihan.Oleh itu,mereka akan membeli dua ekor arnab untuk dibawa pulang ke rumah.Zaki menggangguk setuju dengan girang.
Seusai membuat bayaran,Zaki membawa arnab peliharaanya masuk ke dalam kereta.Dia terlalu teruja untuk bermain bersama mamalia berbulu itu.Ibunya yang berada di tempat duduk hadapan meminta Zaki agar tidak mengganggu arnab-arnab itu sebelum tiba di rumah.Ia bagi mengelakkan haiwan itu berasa tertekan dengan perubahan persekitaran tempat tinggal yang baru.
Baru sahaja Fakhruddin ingin menghidupkan enjin kertanya.Tiba-tiba.....
Prang!!!
Cermin hadapan keretanya pecah berkecai.Melissa menjerit ketakutan.Zaki spontan melindungi sangkar arnab itu dengan tubuhnya.Semua yang berada berhampiran saling berpandangan dan terkejut dengan apa yang berlaku.
“Apa yang berlaku,bang? soal Melissa dengan wajah yang berkerut.
“Abang khuatir ni angkara siapa ‘mereka’!” balas Fakhruddin.Wajahnya terus bertukar pucat.
“Ayah Zaki takut” ucap Zaki,sedikit gusar.
Diesebabkan bimbamg akan keselamatan anak dan isterinya,Fakhruddin segera menghidupkan enjin lalu berlalu pergi tanpa mempedulikan lagi cermin hadapan yang sudah pecah berkecai.Dibiarkan sahaja angin lalu menghempas tubuh mereka dalam kelajuan yang semakin deras meluncur di jalan raya.Dalam fikiran Fakhruddin,hanya ‘mereka’ sahaja yang sanggup melakukan perkara seperti ini.
Malang tidak berbau,tayar kereta yang dinaiki mereka meletup dengan tiba-tiba.Seperti telah ditembak dari jarak yang jauh.Kereta mereka nyaris merempuh penghadang jalan.Mujur Fakhruddin cekap mengendalikannya.Kereta itu terus tersadai di tepi jalan dengan tayar yang berdecit di jalan raya.Asap pula berkepul-kepul keluar dari arah enjin kereta itu.Fakhruddin dan isterinya berdebar-debar menghadapi detik yang mencemaskan ini.
Fakhruddin tahu semua yang telah berlaku ini telah dirancang.Ini merupakan percubaan menghapuskannya.Laci kereta dibuka,sepucuk pistol beretta dicapai sebagai langkah keselamatan.Jantung Melissa juga berdegup kencang.
“Kau tak boleh lari,Fakhruddin!” Tiba-tiba satu suara menujah ke anak telinganya.
Telahan Fakhruddin ternyata tepat.Memang benar ‘mereka’ yang datang memburunya! Wajahnya berkerut seribu.Dia tidak mahu nyawa anak dan isterinya menjadi mangsa musuhnya.
“Siapa mereka yang sebenarnya bang?” soal Melissa dalam ketakutan.
Beberapa buah kereta muncul dan mengepung Fakhruddin sekeluarga.Lalu sekumpulan lelaki keluar mengacukan senapang ke arah mereka.Kini,Fakhruddin benar-benar teperangkap.Tiada lagi jalan keluar untuk melarikan diri.Musuhnya itu benar-benar mahukannya.
Di belakang,Zaki sudah menangis teresak-esak.Babak ganas ini tidak ubah seperti filem yang pernah ditontonya di kaca telivisyen.Aksi tembak-menembak.Dan tentunya akan ada darah sebagai kesudahan babak.
“Keluar kau,Fakhruddin!” arah salah seorang yang berwajah bengis dan bermisai lebat.
Fakhruddin terpaksa keluar.Walaupun ditegah Melissa,namun lelaki itu tetap berusaha menenangkannya dengan memberitahu tiada perkara buruk yang akan berlaku.Akhirrnya Melissa akur dalam rembesan air mata yang semakin laju.Hatinya dilanda resah.Dia tidak mahu kehilangan insan yang paling dicintai dalam hidupnya.
“Aku akan serahkan benda itu kepada kalian.Cuma aku pinta,jangan diapa-apakan keluarga aku!” ujar Fakhruddin,cuba berunding walaupun dirinya berasa gentar.
“Baiklah.Kami setuju,” kata penjahat itu.
Fakhruddin dipaksa masuk me dalam sebuah trak hitam itu untuk mengikuti mereka.Melissa dan Zaki meraung sekuat hati tidak merelakan pemergian suami dan bapa yang dikasihi.Tetapi suara mereka tidak dipedulikan.Trak hitam itu terus meluncur laju meninggalkan mereka terkapai-kapai di tepi jalan.Paling menyayat hati,Fakhruddin sempat memandang anaknya dengan senyuman yang tulus.Ia seperti satu harapan.Bahawa dia akan kembali semula ke pangkuan keluarga.Atau mungkin,sebaliknya.....
“SEMUA lima kiub tu ada kat sini.Kau dah dapat apa yang kau mahukan.Sekarang,bebaskan aku!” Kata Fakhruddin dengan nada yang tinggi.
Bekas beg kalis gelombang itu ditatang oleh Mukhriz lalu dipersembahkan kepada Saiful.Lelaki bertubuh sasa itu tersenyum lebar melihat kiub-kiub sebesar dadu itu berada di depan mata.Sebiji kiub diangkat dan dibelek.Terdapat simbol yang menyerupai seekor haiwan pada kiub itu.
“Urusan kita dah selesai.Bunuh lelaki ini!” arah Saiful kepada Mukhriz.
“Tunggu! kau tak boleh bunuh aku, Aku dah serahkan apa yang kau nak!” bentak Fakhruddin,terasa dirinya telah diperdaya dan dipermainkan.
“Bukan kau yang membuat keputusan,orang tua” ucap Mukhriz sambil tersenyum kelat.
Senapang M16nya dihalakan ke arah Fakhruddin lantas satu tembakan dilepaskan.Pelurunya tepat mengenai dada kanan Fakhruddin sehingga dia jatuh tersembam ke lantai.Darahnya menyeruak keluar dengan banyak.Nafasnya berdesir dan matanya terbeliak.
“Melissa....Za....Zaki.....” ucap Fakhruddin,lemah.Air matanya berlinangan.Menahan sakitnya menerima tujahan peluru tidak bermata.Hatinya sayu mengenangkan detik perpisahan bersama keluarganya.Wajah Melissa dan Zaki terbayang-bayang di pelupuk mata,menari-nari minta digapai.Tetapi semuanya merupakan khayalan imbasan masa lalu yang tidak akan mampu dicapai.
“Maafkan ayah kerana sukar meluangkan masa bersamamu,Zaki.ALLAH....” Perlahan-lahan mata Fakhruddin terpejam.Menyebut nama TUHAN buat sekian waktu yang terakhir.Sehingga pandanganya bertukar gelap dan kelam.Sunyi!
Di atas bangunan pencakar langit setinggi 30 tingkat,Saiful berserta lima orang konconya bertemu dengan seorang lelaki.Mereka saling berbalas renungan meskipun lelaki itu mengukir senyuman yang sinis.Sementara Saiful berwajah kelat dan bengis,hanya dipenuhi dengan wajah kejahatan.
Beg berisi kiub itu digenggam erat.Misi mereka telah berjaya.Hanya menanti masa untuk pelaksanaan seterusnya.Dan yang pasti,terkandung makna bencana kepada seluruh penduduk Pulau Pulaza yang harmoni ini.
RAMAI orang beransur pulang dari tanah perkuburan apabila awan hitam di langit mencurahkan titisan air keramatnya.Upacara pengebumian yang berlansung tadi penuh dengan kesedihan dan air mata yang merasai pedihnya detik perpisahan.Tetapi ajal maut adalah ketentuan TUHAN.Tidaklah terlambat mahupun tercepat walau sesaat apabila telah tiba masanya.Maka yang harus dilakukan, mempersiapkan diri dengan iman untuk menghadapinya.
Zaki tidak mahu berganjak.Matanya merenung batu nisan yang tertera nama arwah bapanya.Kesedihan yang dialami anak muda itu sukar ditenangkan.Ibunya berasa sebak melihat anaknya begitu.Hakikatnya,ia adalah kesedihan yang dialami bersama.Pergi yang tak akan kembali.Maka yang masih hidup,tenanglah meneruskan kehidupan.Buat bekal pada hari kelak.
“Suatu hari nanti,Zaki akan balas dendam atas kematian ayah” tekad Zaki dengan mata dan semangat yang membara dalam jiwa.
Share this novel
Assalamualaikum