CHAPTER 30

Action Series 136574

Bangun sahaja dari tidur, matanya terus melilau mencari susuk tubuh tegap yang menemani malamnya beberapa hari di hospital. Namun tanpa sedar, bibirnya mengeluh perlahan. Tiada kelibat itu seperti kebiasaannya yang sentiasa menemaninya.

Kali ini dia terpaksa menyorong sendiri tiang drip yang bersambung di tangannya untuj ke bilik air. Rutin paginya selalu ditemani dan di lakukan oleh suaminya.

Tidak sangka walaupun wajah itu sentiasa menunjukkan riak wajah yang beku, tapi tanggungjawabnya terhadap Thea tetatp di laksanakan.

Kaki yang sudah menjejak lantai itu perlahan-lahan menyarung selipar bunny yang disediakan untuknya. Tiang drip ditolak dengan penuh berhati-hati seperti langkahnya.

"Hurm.. Bila kau nak sihat ni, Thea?" Soal Thea sendirian sambil mata memandang ke arah pantulannya di dalam cermin tu.

Berus gigi di dalam cawan yang terdapat di atas sinki di capai begitu juga dengan ubat gigi. Dengan malasnya dia membersihkan dirinya. Setelah beberapa minit membersihkan diri, dia melangkah keluar dari tandas. Namun kakinya terkaku di muka pintu tandas tersebut sambil matanya terarah pada susuk tubuh yang berada di hadapannya itu.

"Erk.. Maaf, siapa ya?" Tegur Thea perlahan.

Dahinya mula berkerut apabila melihat seorang lelaki yang tidak dia kenali berada di dalam bilik itu. Setahunya Emeer meletakkan dua orang bodyguard di pintu bilik dan tidak membenarkan sesiapa masuk tanpa izinnya.

"Maaf Cik Puan Thea. Saya di arahkan untuk menghantar makanan untuk Cik Puan." Jawab budak lelaki itu sambil meletakkan bekas makanan di atas meja di hujung katil.

Walaupun sedikit sangsi dengan jawapan yang diberikan oleh budak lelaki itu, Thea hanya menganggukakn kepala sambil kakinya menyambung langkah ke katil.

"Saya minta diri dulu ya Puan. Selamat menjamu selera."

Thea mengangguk lalu tersenyum kecil.

Sebaik sahaja kelibat lelaki itu hilang, dia duduk di birai katil, meja yang terdapat sarapan pagi itu di dekatkan padanya. Bibinya mengukir senyum melihat hidangan yang tersedia di hadapannya.

Tangannya segera mencapai potongan buah epal di dalam piring lalu di suap ke dalam mulutnya. Kemudian, hot coklat yang berada di atas meja itu juga di ambilnya. Aroma minuman kegemarannya itu betul-betul membangkitkan seleranya.

Tanpa menunggu lama, gelas itu di ambil lalu disuakan ke bibirnya namun belum sempat dia menghirup hot coklat tersebut, terasa mug itu di tarik kasar dari pegangannya dan sekelip mata mug itu terpelanting di hujung katil.

Prangg!

Mata Thea kaku memandang mug yang berderai itu. Dia terus menoleh ke sebelah kanannya.

"What are you trying to do?!" Soal Thea dengan marahnya. Lelaki Inggeris di sebelahnya itu di pandang dengan rasa geram. Geram bila tiba-tiba sahaja dia di serang hendap seperti itu.

"Sorry, I have to do this before you die." Jawab lelaki itu selamba.

Mata Thea membulat. Terkejut dengan sikap selamba lelaki yang tidak dikenalinya itu. Namun, belum sempat dia menjawab, suara yang amat dikenalinya jelas kedengaran.

"Watch your language, kevin. She's my wife." Tutur Emeer sambil melangkah mendekati Thea.

Sempat dia menjeling ke arah Kevin yang sedang tersenyum sinis itu.

"Are you okay?" Soal Emeer sambil matanya menoleh sekilas ke arah gelas yang berterabur di sebelah kirinya. Dia dapat agak apa yang berlaku.

"Okay. Tapi siapa dia? You know him?"

"Very well." Balas Emeer ringkas. Matanya kemudian menghala ke arah Kevin, memberi isyarat kepada lelaki itu.

Thea mengeruhkan dahinya.

Pintu bilik kdengaran di buka dari luar, lantas matanya terus terarah di situ namun figura yang muncul buat matanya membulat besar. Kedua belah tangan di tekap ke mulutnya. Thea terus menoleh ke arah suaminya.

"Apa ni?"

"Lelaki ni ke yang datang hantar makanan dekat kau tadi?" Kali ini Emeer memandang tajam ke arah Thea.

Pandangn dah suara keras milik suaminya itu buat dia terasa kecut perut. Bulu roma mula menegak. Dia hanya mengangguk kecil.

Melihat reaksi Thea, Emeer mendengus kecil. kakinya kemudian melangkah ke arah lelaki yang sedang terduduk lemah di lantai bilik VVIP itu.

Kevin mula menjarakkan diri, memberi laluan kepada kawannya. Kerana dia tahu apa yang bakal Emeer Hayyes lakukan.

"Who's send you? Think first before you answer." Emeer duduk bertinggung di depan lelaki itu. Thea hanya memerhati setiap tingkahlaku suaminya.

"No one. Aku hanya menurut arahan untuk hantar makanan tu."

Emeer ketap bibirnya.

Dagu lelaki itu di cengkam kuat. Urat di rahang Emeer kelihatan jelas timbul. Menandakan dia dalam keadaan marah. Thea yang melihat perubahan suaminya itu terus mencengkam kuat cadar katil.

"Aku cakap tak tahu, tak tahulah! Yang aku tahu bini kau tu patut mati!" Jerit lelaki itu berani.

"As your wish."

Bukk!

Serentak itu Emeer menyepak kuat muka lelaki itu sehingga darah tersembur keluar.

"James!" Laung Emeer keras.

Tidk menunggu lama, James muncul di depan bosnya.

"Hold him tightly. Aku nak bagi dia makan breakfast dulu." James terus menarik lelaki itu untuk duduk melutut di hadapan bosnya itu. Melihat sahaja Emeer mencapai pinggang yang berisi pancake itu tadi, Kevin terus mendekati James lalu membuka mulut lelaki tadi.

Melihat situasi tegang itu, Thea mula cemas. Dia tidak tahu apa tujuan sebenar suaminya. Terus sahaja dia menarik tangan Emeer sekaligus menghentikan kelakuan Emeer itu di separuh jalan.

"Awak nak buat apa ni? Awak sedar tak sekarang ni kita dekat mana? Boleh tak jangan buat benda bodoh." Marah Thea.

Emeer tersenyum sinis. Pinggang yang berisi pancake tadi di letakkan semula di atas meja. Lalu tanpa sebarng kata, tubuh Thea di angkat dah di letakkan di atas katil.

"Stay. Don't you dare to move. I warn you. Just don't." Tutur Emeer keras serentak dahi Thea di kucup lembutsebelum dia menyambung perbuatannya yang terbantut itu.

"Argghhhhhh."

Thea memejam matanya serapat mungkin. Dia tidak sanggup untuk melihat apa yang di lakukan oleh suaminya. Kejam. Kedua belah tangannya juga naik menekup kuat di telinga. Tidak sanggup mendengar jeritan lelaki itu.

Tanpa sedar air matanya turut membasahi pipinya. Esakan yang mula kedengaran itu cuba di kawalnya. Tidak pernah dia melihat akan kejadian seperti itu di depan matanya.

Kejam.

You are devil, Emeer Hayyes!

Tidak sanggup menyaksikan apa yang berlaku di depan matanya, dia terus bangun dari katil dan melangkah masuk ke dalam bilik air.

Dumm!

Pintu bilik air itu di hempas kuat. Tanda marahnya mula membuak-buak. Di dalam tandas itu, dia melepaskan tangisan itu sekuatnya.

Bukk!

Sementara di ruang tengah bilik itu, untuk sekian kalinya Emeer melepaskan sepakan kuat ke muka lelaki yang telah muntah darah di sebabkan di paksa makan pancake yang beracun itu.

Nasib baik Kevin sempt melihat gelagat curiga lelaki itu. Memang cari maut dengannya di situ juga.

"Throw him into Lionel's cage. And ask someone to clean this mess." Arah Emeer kepada James sambil tangan ditunjukan ke arah pintu. Halau.

Tisu di atas meja sisi di ambil beberapa helai untuk membersikan kesan darah yang terpalit di tangannya.

"Kevin, I need your help. Aku nak bawa isteri aku keluar dari sini. So, settle it."

Kevin menganggukkn kepalanya ambil berkata.

"Alright bro. See you at your mansion." Dia terus berlu dari situ tanpa menunggu balasan dari sahabatnya. Selepas kelibat Kevin menghilang, mata Emeer terus menjeling tajam ke arah pintu bilik air itu.

Tisu di tangan terus di campak ke dalam tong sampah. Lalu kakinya mula mendekati pintu itu.

"Open the door, Thea." Tangannya naik mengetuk pintu itu beberapa kali. Emeer menunggu dengan penuh sabar namun tidak tanda-tanda Thea akan membukanya.

Rahangnya mula kelihatan tegang. Dia mendengus kasar.

"Thea! I said open the door! Jangan sampai aku pecahkan pintu ni. I really mean it, Thea Hazel." Kali ini suaranya kedengaran keras.

Thea yang mendengar suara keras suaminya itu hanya membiarkan. Dia tetap dengan kedudukannya dari tadi. Duduk di atas lantai marmar yg sudah kering itu sambil memeluk lutut. Kepala yang terasa menyucuk itu cuba di tahannya.

Emeer yang nasih berdiri di luar pintu bilik itu mendengus kasar. Dia masih lagi menahan sabarnya dari memarahi isterinya. Kerana dia tahu, perlu menggunakan akal fikiran untuk mengawal perempuan yang baru sahaja hadir dalam hidupnya bukan kekerasan.

Telefon di dalam poket seluarnya di capai lalu nama Kevin di tekan sebelum telefon bimbit itu di letakkan ke telinga.

"Ask them a spare's key for this room."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience