85

Romance Series 93217

Throwback..

Seluruh ahli keluarga Tan Sri Zamir dilihat riang berkumpul di sebuah bilik yang menempatkan diri Yasir. Sebaik dipindahkan ke wad biasa, Yasir sudah dibenarkan untuk menerima kunjungan dari pelawat seperti biasa. Rata - ratanya melahirkan rasa syukur saat melihat Yasir sudah kembali sembuh seperti sedia kala dan orang yang paling gembira sudah pastilah Puan Sri Elise. Tidak henti - henti pipi anaknya itu dicium bagi melepaskan rindu yang bersarang di hati.

“Amboi mom! Happy nya sampai tak berenggang langsung dengan Yasir sejak tadi kan? Kita orang kat tepi mom ni mom buat macam tak wujud aje. Sedih tau. Kita orang pun anak mom juga." Usik Nadira pura - pura tidak puas hati. Dia menarik muka masam tanda merajuk dengan ibunya.

“Setuju. Kita orang pun ada hati dan perasaan tau. Mom buat kita orang ni macam takde nilai je. Apa kita orang ni sebenarnya bukan anak mom and dad ke?" Tambah Ezmal bagi memanaskan lagi suasana. Dia juga turut berpura - pura merajuk.

Puan Sri Elise menjegilkan biji matanya ke arah Ezmal dan Nadira. Sepantas kilat lengan kedua - duanya dicubit geram. Ezmal dan Nadira mengaduh kesakitan dan akhirnya tawa mereka sekeluarga bersatu.
Sedang mereka asyik bergurau senda, tiba - tiba pintu bilik Yasir diketuk. Seketika kemudian muncul Dr Khairi dan Dr Elayna di belakangnya. Kedua - duanya dilihat tersenyum manis sambil bersalaman bersama - sama ahli keluarga Yasir yang lain.

“Apa khabar Yasir? How's your feel now? Everything's fine or still rasa sakit?" Soal Dr Khairi ramah.

“Alhamdulillah, I rasa makin better sekarang. In shaa Allah diharapkan agar ianya akan semakin baik selepas ni." Jawab Yasir tenang sambil memegang bekas pembedahan di dadanya.

“Syukur alhamdulillah. Nampaknya darah yang kita salurkan ke badan you tu semakin serasi dengan you. Hope ianya akan terus serasi dengan antibodi you." Ujar Dr Khairi lagi.

“In shaa Allah, doktor. Tapi doktor boleh tak I nak tanya something?" Soal Yasir. Perlahan - lahan Yasir cuba bangun dari pembaringannya agar lebih selesa untuk berbual bersama - sama kedua - dua doktor di hadapannya itu.

“Boleh Yasir. You nak tanya apa tu?" Soal Dr Khairi tenang.

Semua pandangan tertumpu ke arah Yasir. Mereka menantikan soalan dari Yasir dengan penuh sabar. Namun tidak bagi Dr Elayna. Jantungnya tiba - tiba berdegup kencang. Entah mengapa dia seakan dapat menduga soalan yang bakal diajukan Yasir sebentar nanti. Pen dan fail pesakit di tangannya digenggam kuat. Sejujurnya dia belum bersedia untuk menceritakan hal yang sebenar. Namun Dr Khairi asyik mendesaknya agar menceritakan perkara yang sebenar agak tidak menimbulkan keraguan di hati seluruh keluarga Tan Sri Zamir. Sesungguhnya keraguan itu bukanlah sesuatu perkara yang baik. Jadi antara bersedia dengan tidak, dia harus mengakui segala - galanya.

“Boleh I tahu siapa sebenarnya penderma darah ni?" Soal Yasir lancar.

Suasana menjadi sunyi sepi secara tiba - tiba. Dr Khairi dilihat menarik nafas panjang. Satu persatu wajah keluarga besar itu ditatap. Semuanya seakan menanti jawapan darinya dengan penuh sabar. Perlahan - lahan Dr Khairi mengerling ke arah Dr Elayna. Gadis itu dilihat hanya menunduk rapat ke bawah.

“Dari apa yang doktor beritahu family I tempoh hari, pihak hospital kekurangan stok untuk darah O kan? Jadi boleh bagaimana proses ni masih boleh diteruskan walaupun tiada blood donation dari pihak keluarga I? Then may I know why I should be quarantined after the surgery? Lagipun kes I ni bukan kes yang serius kan? So why do I need to be quarantined?" Soal Yasir lagi. Kali ini wajahnya benar - benar seperti mengharap akan sebuah jawapan yang pasti.

Sekali lagi Dr Khairi seakan terkedu saat menerima soalan yang bertalu - talu dari pesakitnya itu. Ianya umpama peluru berpandu yang bertalu - talu menyerangnya. Namun Dr Khairi tidak menyalahkan Yasir sepenuhnya. Sebagai seorang pesakit, dia perlu mengetahui semua ini. Apatah lagi ianya melibatkan nyawanya sendiri.

“Sebenarnya inilah tujuan utama kami berdua datang bertemu anda semua di sini. Ada penjelasan yang perlu kami berikan secara details agar tiada salah faham dan keraguan yang timbul selepas ini. Dan orang yang selayaknya menjawab soalan - soalan itu adalah.." Dr Khairi menoleh perlahan ke arah Dr Elayna.

".. Dr Elayna." Sambung Dr Khairi lagi.

Suasana menjadi semakin hangat. Masing - masing seakan tertanya - tanya apakah maksud di sebalik kata - kata Dr Khairi itu. Kedua - dua wajah doktor itu dipandang silih berganti. Yasir semakin berdebar. Wajah Dr Elayna direnung sedalam - dalamnya. Dia cuba mencari sebuah jawapan di sebalik wajah suci itu.

“Sebenarnya... Sayalah penderma darah tu." Jelas Dr Elayna ringkas. Wajahnya diangkat sedikit menghadap Yasir. Tubuhnya terasa sedikit menggigil. Bimbang jika penjelasannya itu akan mencetuskan ketidakpuasan hati keluarga itu.

“What?? But why?? Kenapa doktor perlu lakukan semua ni?" Soal Nadira mewakili ahli keluarganya yang lain.

“Maafkan saya. Saya tahu keputusan saya ini agak membelakangi seluruh ahli keluarga Encik Yasir. Malah saya juga tahu bahawa keputusan yang saya lakukan ini telah melanggar etika profession saya. Tapi niat saya ikhlas. Saya ikhlas ingin membantu Encik Yasir. Dari saat saya melihat Encik Yasir dibawa masuk ke dalam OR lagi saya sudah berniat untuk membantunya. Jadi dengan rela hati saya telah memberitahu Dr Khairi bahawa saya ingin menjadi penderma buat Encik Yasir. Malah saya jugalah yang meminta Dr Khairi mengasingkan Encik Yasir dari pesakit - pesakit yang lain selepas pembedahan itu dijalankan. Tujuannya tidak lain tidak bukan hanya kerana ingin memastikan Encik Yasir diberi keutamaan ketika menerima rawatan dari pakar." Jelas Dr Elayna panjang lebar.

Kali ini Dr Elayna memberanikan dirinya untuk menatap wajah Tan Sri Zamir dan Puan Sri Elise. Kedua - dua pasangan itu dilihat begitu tenang menerima penjelasannya. Tidak sedikit pun mereka menunjukkan tanda - tanda ingin marah atau melenting selepas mendengar penjelasan itu. Dr Elayna menarik nafas panjang. Perlahan - lahan langkah kakinya mendekati Puan Sri Elise lalu tanpa dipinta dia berlutut di hadapan wanita separuh usia itu.

“Maafkan saya, Puan Sri. Maafkan saya. Saya langsung tak berniat untuk membelakangi Puan Sri dan keluarga ketika membuat keputusan ini. Niat saya ikhlas, Puan Sri. Tetapi seandainya Puan Sri dan keluarga berasa kecewa dengan tindakan saya ini, saya sedia menerima sebarang tindakan. Saya akur dengan kekhilafan diri saya. Saya sedia untuk kehilangan profession saya. Janji saya dapat lihat Encik Yasir kembali sihat seperti biasa." Sambung Dr Elayna lagi. Nadanya kedengaran sedikit sayu namun dia masih jua mengagahkan diri untuk memohon maaf di atas keterlanjurannya.

Meihatkan situasi itu, Yasir bagaikan terpaku. Entah mengapa hatinya seakan tersentuh melihat kesungguhan yang ditunjukkan Dr Elayna dalam menyelamatkan dirinya. Dalam sekelip mata, timbul suatu perasaan di dalam hatinya terhadap Dr Elayna. Betapa mulianya hati gadis itu sehingga sanggup berkorban demi memastikan kesihatannya pulih seperti sedia kala. Walhal mereka berdua tidak pernah mengenali dengan lebih dekat sebelum ini. Yasir hanya mengenali Dr Elayna ketika gadis itu merawat Harraz suatu ketika dahulu. Mereka hanya bertemu sekali sekala itupun hanya ketika berada di hospital. Sungguh Yasir benar - benar terharu dengan layanan dan pengorbanan doktor muda itu.

“Mengapa aunty perlu menghukum seseorang yang sudah mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan anak aunty? Sepatutnya aunty dan keluarga aunty perlu berterima kasih dengan Dr Elayna kerana sanggup berkorban demi menyelamatkan Yasir. Aunty betul - betul terhutang budi dengan doktor. Tiada apa yang aunty boleh katakan melainkan hanya berdoa kepada Allah agar sentiasa merahmati hidup doktor. Pasti keluarga doktor bangga kerana mempunyai anak yang berbudi pekerti mulia seperti Dr Elayna. Terima kasih banyak - banyak, doktor. Aunty benar - benar terharu. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik doktor." Balas Puan Sri Elise sebak lalu tubuh Dr Elayna dipeluk erat. Kedua - duanya dilihat saling mengalirkan air mata sambil berpelukan.

Suasana di bilik itu mula dipenuhi dengan suasana sayu dan syahdu. Masing - masing turut tidak dapat mengelak dari mengalirkan air mata melihat aksi Dr Elayna dan Puan Sri Elise. Dr Khairi yang sejak tadi hanya berdiam diri turut dilihat tersenyum bangga melihat keberanian yang ditampilkan Dr Elayna. Jauh di

sudut hatinya, dia seakan dapat membaca isi hati Dr Elayna. Dalam diam Dr Khairi mendoakan sesuatu yang terbaik buat Dr Elayna.

Share this novel

thalia efe
2020-03-04 19:38:52 

klo kelamaan nunggunya mending baca di w3bnv1 aja biar cepet, kan ada ceritanya yg mirip

He He
2020-03-04 19:37:20 

kapan update lagi?

Kontrol Diri
2020-03-04 19:35:18 

gk tau tuh bikin emosi sendiri wkwk


NovelPlus Premium

The best ads free experience