Bab 23

Fantasy Completed 13895

"puan bangunlah!" dani menggoncang bahu puan erika agak kuat.

"dani!" jane menarik tangan lelaki itu dari terus menggoncang tubuh puan erika. "dani.. Jangan macam ni, kejap lagi puan bangun ok?" pujuk gadis itu sambil menepuk bahu dani perlahan.

"aku risau.." lelaki itu bersuara perlahan. Wajahnya di tundukkan.

"aku pun sama tapi aku yakin puan akan bangun sekejap lagi" walaupun jane agak pelik dengan sikap lelaki di sebelahnya namun dia buat tidak endah.

Dani memandang jane di sebelah. Air matanya sedikit bertakung.

Jane memandang tidak percaya. Dani.. Nangis?!

Lelaki itu menarik tubuh jane dan memeluk gadis itu erat. "tolonglah, sekejap je" bisik dani perlahan. Dia perlukan kekuatan ketika itu.

Jane hanya kaku. Nak ditolak, lelaki itu sedang sedih. Tak apalah sekali je.

"Ehem!"

Serentak jane dan dani menoleh ke arah pintu bilik. Kelihatan sarah sedang memeluk tubuh sambil memandang tajam ke arah mereka berdua.

Cepat cepat jane melepaskan pelukan. Gadis itu bergerak menjauhi dani.

"dah tak ada tempat lain ke?" ujar sarah sinis. Dia bergerak mendekati jane.

"yang engkau ni, berani kau curang dengan kai kan? Dasar perempuan tak tahu malu" sarah memandang benci ke arah jane yang sedang menundukkan kepala.

"aku tak paham la kau ni, dani kau nak, kai kau nak. Jangan jadi perempuan tak ade maruah jane!" sarah menunjal kepala jane kuat.

"sarah!" dani menolak bahu gadis itu sehingga sarah terdorong ke belakang.

"ape benda? Hei kau tahu tak yang jane ni dah berpunya! Kenapa kau nak kejar jugak perempuan ni hah?!" bentak sarah.

"sebab dia aku punya!" dani mencerlung tajam wajah sarah.

"kau jangan ingat aku tak tahu apa yang kau buat sebelum kau kerja dekat rumah ni sarah" ujar dani sambil tersenyum sinis.

Sarah tergamam. Sial! Mana lelaki ni tahu?!
"kau.." sarah menunjuk ke arah dani. Argh! Terus gadis itu keluar dari bilik.

Jane menarik nafas lega. Risau dia tadi. Tak kan nak gaduh depan puan besar.

"dani.." puan erika memanggil lemah. Dia baru tersedar dari pengsan.

"puan!" pantas dani memaut tangan wanita itu dan diletakkan di pipinya.

Jane memandang tanpa berkerdip. Apa yang berlaku ni?

"dani.. Saya nak anak saya.. Tolong cari dia sekarang.." pinta wanita itu sambil memandang dani penuh berharap.

Dani menarik nafas panjang lalu kepalanya di angguk laju. "saya akan cari anak puan, saya pergi sekarang" terus lelaki itu bangun dan bergerak keluar dari bilik.

"eh dani!" panggil jane. Pantas dia berlari mengejar lelaki itu.

"jane, kau jaga puan, aku nak pergi cari anak dia" dani tersenyum tipis dan terus berlalu.

Cari tuan muda? Dani tahu ke kat mana? Jane menggaru kepalanya. Perlahan-lahan Kakinya melangkah ke arah bilik majikan nya.
_______________

3 hari berlalu.

Banyak perubahan yang berlaku di rumah itu. Dani pergi sudah tiga hari tak pulang. Sarah pula sudah hilang entah ke mana. Terpaksa jane menggantikan tempat gadis itu untuk memasak. Mujurlah dia sudah tidak perlu mengemas. Semuanya si kerdil yang tolong. Puan besar pula sudah agak sihat. Wanita itu sudah semakin kerap duduk dan berjalan di dalam rumah.

"jane.."

"eh puan, nak makan ke?" ujar jane yang sedang memotong buah epal.

Puan erika menggeleng. "esok anak saya balik tau" beritahu wanita itu dengan senyuman lebar.

Hah? "mana puan tahu? Dani? Dani dah balik?" soal jane teruja.

"bukan. Cuma saya dapat rasakan. Saya naik dulu" wanita itu berlalu naik ke biliknya.

Oh... Jane merenung rantai di lehernya. Kenapa dengan aku ni? Takkan aku rindu budak tu kot?
______________

Malam.

"hei budak. Puan besar minta kau bersihkan bilik tuan muda malam ni" si kerdil memberi arahan.

"hah? Tapi.."

"esok tuan muda balik. Puan besar harap sangat kau boleh tolong" tambah lelaki kerdil itu lagi.

Jane mengangguk. "bilik yang mana satu?" soal gadis itu pula. Yela banyak bilik kat atas tu.

"bilik hujung sekali sebelah kanan"

"okay saya pergi sekarang" jane bergerak menuju ke stor di dapur untuk mengambil cadar baru dan beberapa peralatan mengemas. Pantas kaki gadis itu naik ke tingkat atas.

Hujung sekali kan? Matanya memandang bilik yang terletak agak jauh kebelakang. Tu ke?

Gadis itu berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik hujung. Tombol pintu dipulas perlahan. Wow. Luasnya. Perhiasan di dalam bilik itu sangat antik dan menarik.

Jane tersenyum. Bilik di rumahnya pun hanya sebesar tandas di bilik itu. Dengan pantas gadis itu mengemas dan mengelap semua habuk.

Semua barang di dalam bilik itu berhabuk. Jadi agak mengambil masa untuk mengelap satu persatu.

Dah siap! Jane tersenyum senang. Semuanya sudah beres. Cadar dah tukar, langsir dah tukar, semua dah lap.

Ni kotak apa pulak ni? Jane memandang kotak lusuh di bawah katil. Baik aku keluarkan. Gadis itu mengangkat kotak itu turun dan menyimpannya di dalam stor.

Sekarang aku nak rehat! Jane balik ke bilik dan terus tertidur selepas mencuci kaki. Penat sangat.
_______________

Jane bangun awal. Dia kena masak sarapan cepat sebab hari ni anak puan erika dan dani akan balik.

"selamat pagi jane" puan erika menegur. Hari itu wajah wanita itu tampak sangat berseri seri.

"selamat pagi puan, sila duduk" ujar jane lalu menarik kerusi utama untuk wanita itu.

"terima kasih, mari duduk sama dengan saya" pelawa wanita itu pula.

"eh tak apa.. Puan makan dulu ya" jane menolak.

"jangan lah macam ni jane, sedih saya. Semalam kamu tolong kemas bilik anak saya sampai lewat malam kan? Kesian kamu terpaksa bangun awal, mari sini" arah wanita itu sambil menolak kerusi di sebelahnya.

Nak tak nak terpaksalah jane menuruti.

"semalam anak saya balik" beritahu puan erika dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

"ye ke? Mana dia?" soal jane terperanjat. Perasaannya tika itu bercampur antara terkejut dan gembira.

"kejap lagi dia turun"

"bonda.." suara dari belakang menegur. Serentak jane dan puan erika menoleh.

Terbeliak mata jane memandang lelaki di hadapannya. Jantungnya berdebar dengan sangat laju. Tangannya mengigil secara tiba tiba.

"kai meh sini" panggil puan erika sambil menunjukkan kerusi di sebelahnya yang terletak betul betul di depan jane.

Jane menutup mata menahan debaran yang semakin kencang.

Dahi kai berkerut memandang gadis yang sedang duduk di depannya. "siapa ni bonda?" soal lelaki itu sambil merenung tajam wajah jane.

"ni jane, manis kan orangnya?" ujar puan erika sambil mengelus lembut rambut gadis itu.

Jane hanya tersenyum. Dia cuba mengawal pernafasan yang semakin bercelaru. Kai tak kenal dia ke?

"oh, pembantu baru ke? Kenapa dia makan dekat sini?" tanya kai selamba. Dia menyuap satu sandwich ke dalam mulutnya.

"kai. Jangan cakap macam tu, bonda dah anggap jane macam anak bonda sendiri" tegur puan erika. Tidak senang dengan sikap anaknya.

"oh, mana budak yang bonda suruh cari kamu tu?"

"budak mana? Tak ada orang yang suruh saya balik bonda. Saya pulang sendiri" balas kai pelik. Dia memandang bondanya.

"tak ada?"
"jane kamu ada nampak dani?"

Pantas jane menggeleng. "puan.. Saya err.. Saya nak kemas sinki sekejap ya, puan dan tuan muda makanlah dulu" ujar gadis itu. Pantas dia melarikan diri ke dapur.

Fuhh! Jane menarik nafas lega. Macam mana aku boleh tak tahu puan erika tu bonda kai? Asal aku tak pernah tanya nama anak dia!! Jane memarahi dirinya sendiri.

Gadis itu berulang alik di dapur. Kai memang tak kenal dia atau buat buat lupa? Ke lelaki tu hilang ingatan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience