BAB 10

Horror & Thriller Completed 7342

Saya pun cari isteri saya pula. Saya pergi ke arah lif tadi. Sebaik sahaja sampai di lif, kelihatan isteri saya dah tak ada.

Saya tekan butang lif. Sambil menunggu, saya tengok di tangga kalau isteri saya turun ikut tangga, tapi tak ada. Langsung tak ada dengar tapak kaki orang turun tangga.

Lif masih lagi belum sampai, saya pun keluar dari ruangan menunggu lif dan saya tengok kiri kanan. Dari jauh, kelihatan seperti seakan-akan seorang perempuan sedang berjalan. Saya pun dengan perlahan mendekatinya. Makin dekat, penglihatan makin jelas. Perlahan je dia jalan.

Saya tegur la "Hello..."

Tapi tak terjawab.

Perempuan itu seakan-akan pekak ataupun seakan-akan dirasuk. Kerana tangannya lurus ke bawah. Kepalanya lurus memandang ke depan tanpa toleh ke mana-mana pun.

Langkahnya pula perlahan menuju ke depan. Makin lama saya mendekatinya, saya yakin perempuan tu sebenarnya adalah isteri saya. Saya pun melajukan pergerakan saya. Alangkah terkejutnya saya apabila saya lihat isteri saya sedang membuka dan memanjat tingkap besar di hujung sekali dan kelihatan dia cuba untuk terjun.

Saya pun apa lagi, terus berlari sepantas yang mungkin untuk menghalang isteri saya dari berbuat demikian. Malangnya saya tak sempat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience