BAB 8

Romance Completed 24711

“Mama… boleh tak kalau mama jangan excited sangat? Ana belum nak kahwinlah dengan dia. Baru je kenal takkan nak kahwin terus. Banyak lagi Ana nak uruskan tau tak?” timbul perasaan geram dan marah bila mamanya. Bukannya apa, belum tentu pun dia disukai atau dicintai oleh Umar Lutfi seperti apa yang dia rasa sekarang. Perasaan sayang dan cinta pada Umar memang sudah berbuku dihatinya selama ni. Tapi adakah Umar sama sepertinya yang mengharapkan hubungan mereka jadi satu pasangan suami isteri? Adakah?

“Ana memanglah mama kamu tu excited. Abah pun tak sabar nak tengok Ana kahwin and have children, Grandson or grandaugther for us, we are getting old now we want to see ypu get marry and live happily. Kalau Ana nak kami pinangkan dengan lelaki pilihan Ana. Abah tak kisah pun kalau pihak perempuan nak buat rombongan meminang ke pihak lelaki. Bukan salah pun, kan sayang?” Panjang lebar ayah bercakap tentang kahwin, jarang abah nak berbual “kosong” selalu abah hanya akan kata ya atau tidak, tak perlu, abah ok je ataupun hanya mengangguk kepalanya. Pelik! Adriana terus terdiam dengan cadangan Abahnya, tambah-tambah lagi ingin meminang pihak lelaki dari pihak perempuan pulak tu!

“Hwaahhhh…. Ana mengantoklah. Ana naik atas dulu ya esokkan kerja.” Adriana terus bingkas dari sofa melarikan diri meninggalkan mama dan abahnya yang sudah biasa dengan perangai anak perempuan mereka yang tak suka topik kahwin. Tapi Adriana yang mulakan dulu lepas tu larikan diri bila abah bersuara nak hantar rombongan meminang ke pihak lelaki. ‘Eeee seram sejuk aku bila perempuan pulak nak pinang lelaki, Nampak sangat aku ni tergila-gilakan Si Umar kalau betul abah nak buat rombongan tu, malu lah aku kalau betul-betul terjadi! Desis hati Adriana yang melangkah anak tannga menuju ke biliknya. ‘Lebih baik tidur dari memeningkan kepala aku dengan cadangan abah dan mama, tak pasal-pasal aku yang tanggung malu kalau Umar tak suka dengan aku, lagi sadis!’

Pagi-pagi dah Umar mulakan harinya dengan senyumannya yang manis dan muka comel garangnya masuk dalam bangunan syarikat Azra Holdings, memang semua pekerja yang melihatnya berasa hairan. Tak pernah Umar berperangai mesra dalam ofis tambah-tambah lagi awal pagi, selalu serius dan garang saja wajahnya tapi hari ni sangat berbeza dan pelik!

“Assalamualaikum Miss KP I yang busy.” Umar memang kelihatan pelik hari ni menegur Adriana yang sibuk menyusun fail di kabinet tempat duduknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience