Amelia mengambil angin di luar. Dia hilang semangat buat kerja yang disuruh oleh Guna. Sebenarnya dia masih tidak selesa dengan pakaiannya.
Jobi pula masih sibuk dengan kerjanya. Dia biarkan Amelia duduk di luar. Dia tahu yang Amelia redahkan hati di luar.
Jobi elakkan ganggu Amelia buat masa sekarang. Dia mahu Amelia sendiri. Dia pasti yang Amelia sedih. Sedih dengan penampilan barunya itu.
“Amelia minta maaf dengan ibu. Amelia da buat hati ibu kecewa dengan Amelia.”.
Amelia sudah dilarang pakai baju begitu. Dia sudah diberi nasihat banyak kali oleh Kasyis. Kasyis pasti sedih jika dia nampak Amelia berbaju itu.
Amelia kembali ke pejabatnya. Dia betul-betul hilang mood. Kerja yang dimahukan Guna mungkin esok dibuatnya.
Jobi ternampak Amelia dengan raut wajah sedih. Dia berdiri dari kerusinya. Mahu menyapa Amelia.
“Amelia? Kenapa ni?”.
Amelia diamkan diri. Dia tidak balas sapaan Jobi. Macam tunggul Jobi dibuatnya.
Jobi menundukkan kepala. Sudah berkali dia lihat Amelia seperti itu. Pasti hilang mood.
Amelia terus ke biliknya. Mengambil beg yang pernah digunakan ibunya dahulu. Kini Kasyis sudah tinggalkan Amelia selama-lamanya.
Amelia hanya ada Geriz. Geriz adalah ayah kepada Amelia. Geris sudahpun kahwin baru. Dia lupa dengan pesan Kasyis. Kasyis yang sanggup masuk agama Islam untuk Geriz.
Kini Geriz sudah berkahwin dengan Puza. Puza sebaya dengan Amelia. Berumur 30-an. Dia tidak kesah dengan umur. Dia sudah jatuh cinta dengan Puza terlalu dalam.
Hatinya sudah ikhlas dengan pemergian Kasyis. Amelia terpaksa terima keputusan ayahnya. Awalnya tidak. Disebabkan tidak mahu lihat ibu baru selain Kasyis.
Beg yang mahu diambil sudah ada di tangan. Tinggal mahu keluar saja dari Makmal itu. Dia tidak kesah jika dimarahi oleh Guna. Tidak takut jika dilapor oleh Nora.
Amelia sudah putuskan katanya. Dia mahu bersendirian buat sementara. Dia akan teruskan jalannya hingga ke luar.
Dia memakai baju Jobi bagi. Esok saja dia pulangkan baju itu. Kecewa sedikit Amelia hari ini. Dia elakkan kerja sekarang. Jika dipaksa tidak terurus nanti kerjanya.
Dia sanggup keluar dari Makmal itu untuk rehatkan diri. Lagipun dia percaya dengan Guna. Guna tidak akan keluarkan dia dari Makmal itu.
Amelia miliki kebolehan yang hebat. Semua tentang Sains dia tahu. Disebabkan itulah Guna masih kekalkan Amelia di tempatnya.
^^^
Amelia jalan seorang diri di bandar itu. Dia bawa dirinya sendiri. Angin yang kuat tidak habis mengena di badannya. Begitu nyaman dia rasa.
Di depannya sekarang adalah Fabeles Hotel. Kereta yang dipandu oleh lelaki itu masih ada. Dia yakin lelaki itu masih berada di Hotel. Amelia teruskan jalannya. Dia cuba abaikan semua yang ada di sekelilingnya.
Baju yang dipakainya semakin selesa dengannya. Baju kelakiannya disimpan di beg.
“Huh?”.
Amelia ternampak Ajkar hampirinya. Lari dengan laju dia. Amelia tidak tahu buat apa. Betul-betul tepat dengannya dia lari. Orang di belakangnya tiada yang mengejar. Amelia bingung.
“Ikut aku sekarang.”.
Ajkar menarik tangan Amelia dengan kuat. Peluh di badan Ajkar juga basah. Begitu juga dengan tangannya.
“Kenapa ni? Ada apa?”.
Amelia bingung seketika. Dia tidak tahu apa yang terjadi pada Ajkar. Tangannya betul-betul digenggam kuat. Tidak boleh Amelia lepaskan tangannya dari Ajkar.
“Ikut aku atau kau nak mati?”.
Paksa Ajkar. Mukanya terlalu marah dengan kedegilan Amelia. Amelia cuba paksa larikan diri. Dia tidak tahu macam mana lepaskan tangan Ajkar itu.
“Kau da gila ke apa ni? Lepaskan tangan aku sekarang. Aku nak balik lah.”.
Rayu Amelia. Dia tidak tahan tangannya terus dipegang kuat.
“Kau nak ikut aku atau tak?”.
Ajkar acuhkan Pistol ke arah dahi Amelia. Amelia langsung terdiam. Dia ketakutan. Amelia cuba menarik nafas panjang.
“Okok. Aku ikut kau. Tapi jangan apa-apa kan aku.”.
Amelia ikut arahan Ajkar. Kali ini dia tidak melawan. Dia terus ikut kemahuan Ajkar.
“Sekarang ni ikut aku. Ingat. Buat apa yang aku suruh. Jangan cuba elak jauh dari aku. Faham! Sekali kau elak, aku bunuh kau.”.
Ugut Ajkar dengan paksa. Tangannya masih menyentuh tangan Amelia. Dia tidak mahu Amelia lari.
Ajkar bawa Amelia kembali masuk dalam Hotel itu. Orang yang lalu-lalu kurang. Hanya mereka berdua saja di sana.
“Okok. Aku ikut arahan kau.”.
Amelia terpaksa menahan ketakutannya. Dia pura-pura senyum untuk elakkan orang yang ada di sana tidak curiga. Jika dia cuba teriak Ajkar pasti akan bunuh dia.
“Welcome to Fabeles Hotel. What can I help you?”.
Seorang pekerja Hotel di sana menyapa kedatangan mereka. Amelia pula berpura-pura menjadi isteri Ajkar.
Pekerja itu tidak mengencam apa-apa antara mereka. Pekerja itu tetap melayan tetamunya yang datang.
“Oh it’s ok.”.
Pekerja itu sudah kenal dengan Ajkar. Lagipun Ajkar sudah datang di Hotel ini. Dia biarkan Ajkar teruskan jalannya. Amelia pula masih menahan ketakutan. Dia tidak dapat lakukan apa-apa sekarang.
Ajkar mengiring Amelia hingga ke biliknya. Dia buka pintu itu terlebih dahulu. Tangan Amelia masih belum dilepaskan.
“Duduk situ.”.
Arah Ajkar dengan suara garang. Dia menutup pintu itu kembali. Dia lihat-lihat juga orang yang ada luar sekejap. Tiada orang di luar. Dia menutup cepat pintu.
“Kau nak apa dari aku ni? Aku tak pernah ada masalah dengan orang lain. Lagi-lagi dengan kau ni. Aku tak pernah nampak muka kau. Jadi lepaskan aku sekarang.”.
Ronta Amelia dengan berang. Dia tidak tahan terus-terus bersama Ajkar. Amelia hanya duduk di katil itu.
Ajkar pula memandang lama Amelia. Senyum sedikit dia lihat Amelia. Dia masih kenal dengan Amelia. Orang itulah yang dia jumpa di Makmal Proffesor Guna.
“Kenapa kau senyum macam tu? Aku bagi kau amaran. Jangan kau cuba-cuba nak buat apa-apa kat aku. Nahas kau aku kerjakan.”.
Amelia seram sejuk lihat wajah Ajkar. Gerak-geri Ajkar seakan mahu buat sesuatu dengannya.
“Kau nak tahu kenapa aku bawa kau kat sini?”.
Ajkar tiada niat lakukan ini kepada Amelia. Dia terpaksa. Ajkar tidak ada teman wanita. Dia lari hanya mencari wanita yang dia nampak dari jauh. Ajkar nampak Amelia jalan-jalan di sekitar bandar. Dari sanalah Ajkar terpaksa culik Amelia.
“Apa dia?”.
Jawab Amelia. Walaupun sekarang ini masih takut. Amelia tidak kesah. Asal dia rasa selamat sekarang.
“Aku nak kahwin dengan kau.”.
Jawab Ajkar dengan sekali lafaz. Dia terpaksa lakukan ini dengan Amelia. Dia tiada pilihan. Dia memang tiada pasangan.
“Hahahaha. Kau ni gila ke apa? Kau da culik aku macam ni, lepas tu kau nak aku kahwin dengan kau. Aku tak kesah dengan muka kau tu. Duit kau banyak mana sekalipun aku tak akan kahwin dengan lelaki gila macam kau. You is Crazy Man.”.
Berang Amelia. Dia terkejut dengan kemahuan Ajkar. Tiba-tiba mengajaknya kahwin.
Ajkar sengaja letakkan pistolnya di meja. Dia cuba takutkan Amelia. Baju kodnya dibuka. Dia hilang sabar dengan kata Amelia itu.
“Kau tak de pilihan. Aku nak kau jadi isteri aku.”.
Amelia bangun dari katil itu. Cuba lari dari dari Ajkar. Dia tidak sanggup kahwin dengan orang yang dia sendiri tidak kenal.
“Nak pergi mana tu?”.
Amelia lari ke arah pintu itu. Ajkar pula lihat saja tingkah Amelia.
“Hahaha. Kau ni pernah tidur Hotel ke tak? Macam mana lah kau boleh kerja kat Makmal tu. Pintu tu guna kad. Da. Pergi duduk kat katil tu balik.”.
Kad itu dipegang oleh Ajkar. Dia simpan di poket. Amelia pula kembali ke tempat duduk. Dia sendiri tidak perasan yang pintu itu guna kad.
“Kenapa kau pilih aku?”.
Perlahan suara Amelia. Dia cuba elak kahwin dengan Ajkar. Dia memang tidak sanggup.
“Nanti lepas kita kahwin aku ceritakan kau. Sekarang aku nak kau tidur kat sini. Jangan cuba-cuba lari dengan aku. Aku kena keluar. Kalau aku tahu yang kau lari, sampai lubang cacing aku cari kau. Faham?”.
Ajkar keluar dari bilik itu dengan segera. Dia biarkan Amelia sendiri di bilik itu. Hatinya pula masih tidak tenang. Takut Amelia buat sesuatu di bilik itu. Tapi dia percaya. Bilik itu tidak dapat dibuka guna kunci. Wayar telefon yang ada di bilik itu juga dicabut.
Selang beberapa minit, bayangan Ajkar hilang. Tinggal Amelia yang mencari jalan untuk keluar. Di putar-putar di bilik itu. Telefonnya juga diambil.
Amelia cuba buka pintu itu. Dipaksa tarik bucu pintu itu.
“Err.”.
Terjatuh Amelia di lantai. Kepalanya terhantuk di lantai. Amelia pengsan. Dia terbaring di lantai itu.
Ajkar dengar bunyi hentakan kepala Amelia. Dia masih berada di luar bilik. Ketawa sinis dia bila terdengar hentakan Amelia jatuh di lantai. Ajkar pergi dari Hotel itu. Dia akan datang kembali menjenguk Amelia. Ada urusan penting yang perlu dibuat. Dia biarkan saja Amelia di bilik itu bersendirian.
Share this novel