Tok! Tok! Maksu mengetuk pintu bilik Saraa.
"Ye Maksu? Kenapa? Maksu nak Saraa tolong apa-apa ke?" tanya Saraa setelah membuka pintu biliknya.
"Sa..Saraa... Mak..Maksu nak cakap sikit. Saraa bawak bertenang, ya," ujar Maksu dengan suara yang sedikit bergetar.
Jantung Saraa berdegup kencang mendengar kata-kata Maksu. Nafasnya kini sudah tidak tentu arah.
'Betulke sangkaan aku selama ni?' ujarnya dalam hati.
'Walau apa pun yang Maksu nak cakap lepas ni, kau kena kuat, Saraa'
"Ma...Maksu na..nak cakap apa?" tanyanya tergagap-gagap.
"Mak..Maksu dapat satu panggilan tadi. A..ayah Saraa, ibu Saraa d..dan Adam ke..kemalangan. Adam kat ICU. A..ayah d..dan ibu Sa..Saraa dah tak..takde. Saraa bertabah ye, sayang," jelas Maksu.
Saraa tidak memberikan sebarang respon. Hanya air matanya yang mula mengalir perlahan membasahi pipi.
'Aku dah agak dah'
'Kenapa perlu sekarang?'
"Saraa kena kuat, ya," Maksu memeluk Saraa untuk memberikan kekuatan. Dia turut menangis apabila melihat air mata Saraa mengalir.
"Kita pergi hospital, ya. Kita uruskan jenazah sama-sama. Paksu dah tunggu dah kat bawah," ujar Maksu perlahan sambil menggosok belakang Saraa untuk menenangkannya.
...
Setelah selesai majlis pengebumian, Saraa terus menelefon Shazrin.
"Hello, assalamualaikum. Saraa? Kenapa call ni?"
"Sh..Shazrin,"
"Ye, akula ni? Kenapa?"
"Mak ayah aku...."
"Saraa... Kau okey tak ni? Kenapa ni? Kau buat aku risaula. Kenapa dengan mak ayah kau?" soal Shazrin yang risau dengan kawannya yang seorang itu.
"Mereka dah takde," Saraa kini sudah tidak dapat menahan tangisnya lagi.
"Innalillahiwainnalillahirajiun. Kau bertabah, ya. Lepasni aku bagitahu kat Areena dan Syafiqa. Inshaallah esok kami pergi rumah kau,"
"Aku tak kuat untuk semua ni, Shazrin," ujar Saraa teresak-esak.
"Aku tau kau kuat. Kau sabar, ya," pujuk Shazrin.
Saraa mematikan panggilan. Dia tahu dirinya tidak kuat untuk semua ini. Tangisnya kini semakin kuat.
Shafira, anak pertama Maklang yang melihat Saraa menangis teresak-esak di ruang tamu datang mendekatinya.
"Saraa kenapa ni? Tak elok tau meratap macam ni," tegurnya.
Saraa tidak menjawab. Hanya air matanya sahaja yang terus mengalir membasahi pipi. Shafira memeluknya untuk memberi ketenangan.
"Akak faham apa yang Saraa rasa. Dulu, ayah akak meninggal pun, akak dah rasa macam putus harapan. But life must go on, Saraa," ujar Shafira.
"Sekurang-kurangnya akak masih ada mak akak, Maklang. Saraa? Ibu dan ayah pergi sekali gus macam tu aje," katanya dalam tangisan.
"Hmm.. Takpe, takpe. Saraa menangislah puas-puas ye. Luahkan segala kesedihan yang ada dalam hati Saraa melalui tangisan ni. Tapi lepas ni, Saraa kena kuat tau. Akak percaya Saraa kuat," Shafira menenangkannya.
Saraa menangis sepuasnya dalam pelukan Shafira sehingga dia terlena kerana penat menangis.
"Kau ni dah kenapa, Fira? Kenapa kau peluk dia?" tegur Maklang setibanya dia di ruang tamu.
Shafira meletakkan jari telunjuknya di bibir untuk menghantar isyarat kepada Maklang supaya mengecilkan suaranya.
"Shhhhh... Saraa tidur. Dia menangis tadi, lepastu tertidur dalam pelukan Fira," jelasnya dengan suara yang perlahan.
"Prihatin jugak akak dengan dia, ya," sampuk Mila.
"Akak okey je dengan Saraa. Korang ni je yang tak suka dengan dia tak tentu pasal," ujar Shafira.
Mendengar ujaran Shafira, Maklang menjeling anak sulungnya itu.
"Kau ni nak menyindir mak ke, Fira?"
"Kenapa? Salah ke apa yang Fira cakap?" tanya Shafira.
"Bercakap dengan kau ni menaikkan darah aku je. Suka hati kau la," kata Maklang sambil berpeluk tubuh.
Shafira menggeleng kepala.
"Yela, yela Fira salah," Shafira mengalah kerana tidak mahu bertengkar dengan ibunya itu.
"Saraa... Saraa... bangun, Saraa," Shafira mengejutkan Saraa.
"Saraa pergila tidur kat dalam bilik. Kat sini tak selesa,"
Saraa yang masih mamai hanya mengangguk lalu beredar masuk ke dalam bilik.
"Kau jangan nak manjakan dia sangat, Fira. Nanti dia pijak kepala kau baru tau," pesan Maklang.
"Nak pijak apanya? Dia tu baikla, mak. Cuba mak buka sikit pintu hati mak tu untuk dia. Dia tu pun bukan orang lain, anak buah mak jugak," Shafira memberi nasihat kepada ibunya yang sudah agak keterlaluan itu.
...
Belum sempat dia memejamkan matanya untuk tidur semula, telefonnya berdering.
Areena.
"Assalamualaikum, Saraa,"
"Waalaikumsalam,"
"Shazrin dah bagitahu dah kat kitaorang. Kau kuat ya. Esok kitaorang datang kat rumah kau," ujar Areena. Terserlah nada prihatin dalam suaranya.
"Kuat?" Saraa mengerutkan dahinya.
"Ye. Aku tahu kau kuat. Kau tunggu kitaorang esok, ya,"
Panggilan dimatikan.
"Kenapa dengan Areena ni? Aku perlu kuat sebab apa?" soalnya kepada diri sendiri. Hairan.
Dia berdiri di hadapan cermin. Dia memerhatikan dirinya yang masih berbaju kurung hitam dan bertudung bawal putih itu. Matanya pula bengkak akibat menangis tanpa henti.
Dia cuba mengingati peristiwa yang berlaku. Setelah dia sedar akan apa yang terjadi, air matanya mengalir semula.
"Jadi aku tak bermimpi rupanya. Ibu dan ayah memang dah takde," ujarnya perlahan.
"Ibu, ayah, kenapa tinggalkan Saraa sorang-sorang kat sini? Saraa takut, Saraa tak kuat,"
'Ini realiti kau, Saraa. Kau kena kuat'
'Tapi aku tak nak jadi kuat. Aku nak ibu dan ayah aku balik je'
'Kau nak ke tak nak, ini je pilihan yang kau ada. Kau dah takde siapa-siapa, Saraa. Kau ada diri kau sorang je'
Saraa mengetap gigi sambil mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri dengan kuat. Dia menangis sepanjang malam mengenangkan apa yang bakal terjadi pada dirinya tanpa kehadiran ibu bapanya.
...
"Assalamualaikum," laung Areena dari luar pintu rumah Saraa.
"Waalaikumsalam," jawab Mila.
"Korang nak carik siapa eh?" tanyanya. Matanya terpaku apabila melihat wajah Damien.
"Saraa," jawab Syafiqa ringkas.
"Oh, Saraa. Masuklah dulu. Nanti saya panggilkan Saraa," katanya sambil tersengih-sengih melihat Damien.
Mereka semua masuk lalu duduk di ruang tamu.
"Saraa, kawan-kawan kau datang," panggil Mila.
"Eh, Areena, Syafiqa, Shazrin! Damien pun ada," tegur Saraa sambil mendekati mereka.
Melihat Saraa mendekati mereka dengan mata yang bengkak, Areena, Syafiqa dan Shazrin terus memeluknya.
"Takziah, Saraa," ucap Syafiqa.
"Hmm terima kasih, Syaf,"
Pelukan dilepaskan.
"Kau perlu kuat ya, Saraa," pesan Shazrin.
"Kitaorang tau kau kuat," sampuk Areena pula.
"Aku dah takde pilihan dah. Nak ke tak nak aku perlu jadi kuat jugak, kan?" Saraa memaksa dirinya untuk tersenyum.
"Korang dudukla dulu. Aku buatkan air untuk korang jap," ujar Saraa sebelum berlalu ke dapur.
...
"Siapa kat ruang tamu tu, Saraa?" tanya Maklang.
"Kawan-kawan Saraa," jawab Saraa ringkas.
"Kenapa diorang datang?" tanya Paksu pula.
"Laaaa. Mestilah diorang nak datang melawat Saraa," sampuk Maksu.
"Kau nak ajak diorang makan kat sini ke? Kitaorang takde masak apa-apa. Kau bawakla diorang pergi makan luar je," ujar Maklang.
"Eish mak ni kan. Kenapa cakap macam tu?" Shafira menegur ibunya.
"Takpe, Maklang. Diorang datang nak melawat aje, bukan nak mintak makanan kat Saraa," kata Saraa lalu meninggalkan mereka di dapur untuk menghidangkan minuman kepada kawan-kawannya.
"Kita ni nak buat tahlil seminggu ke untuk arwah Along? Habis duit nanti," soal Maklang kepada Maksu.
"Ya Allah, mak. Tak baik tau cakap macam tu," Shafira tidak senang dengan perangai ibunya itu.
"Kita buat tiga hari je la. Tu pun kita hantar kat orang surau je. Tak membazir sangat. Nanti kalau kita tak buat tahlil terus, nampak macam jahat pulak," ujar Paksu pula.
"Tapi tu kan abang saya, abang kita. Tak salah pun kan?" Maksu mula bersuara.
"Ish kau ni kan, Su. Dia dah takde dah. Kita yang masih bernafas ni mesti teruskan hidup. Kita perlukan duit untuk hidup,"
Shafira menggeleng kepala mendengar kata-kata yang keluar dari mulut ibunya itu.
...
"Korang nak pergi mana lepas ni?" tanya Saraa.
"Hmm balikla kot," jawab Areena.
"Kenapa, Saraa?" tanya Shazrin pula.
"Korang boleh tak bawak aku pergi hospital? Aku nak melawat Adam,"
"Oh tu kena tanya driver la," Areena memandang wajah Damien.
"Boleh je," Damien tersenyum.
"Mila nak ikut boleh?" sampuk Mila tersengih-sengih.
"Syaza pun nak," sampuk Syaza pula.
"Maafkan saya. Tapi muatan kereta saya dah penuh. Tak dapat nak bawak awak berdua. Kalau korang pandai memandu, korang boleh je ikut kitaorang guna kereta lain," jelas Damien dengan rasa bersalah.
"Awak ni comellah," puji Mila secara tiba-tiba.
"Hey, Mila! Kau jaga sikit perangai kau ya. Dia ni boyfriend kawan aku tau!" marah Saraa.
"Ala baru jadi boyfriend bukan jadi tunang ke, suami ke. Aku cuba nasib je," ujar Mila sebelum berlalu ke dapur dengan muka yang masam.
"Areena, Damien, aku mintak maaf tau. Dia tu memang macam tu," Saraa meminta maaf.
"Takpe, Saraa. Aku faham. Lagipun Damien ni kan handsome so aku tak terkejutla kalau ramai perempuan suka kat dia," kata Areena selamba.
Damien hanya tersenyum mendengar kata-kata teman wanitanya itu. Syafiqa dan Shazrin turut tersenyum.
"Hmm betul la tu kot. Aku masuk bilik dulu, ya. Aku nak bersiap. Korang tunggu tau,"
Share this novel